Month: November 2015

TELUR PENYU SAJA PUN, KENAPA BERANG SAMPAI MAHU SAMAN-MENYAMAN?

Jika saman Najib Razak terhadap akhbar perniagaan The Wall Street Journal atau WSJ yang dijanjikan pada hari Selasa tidak diketahui bila akan menjadi kenyataan, nampaknya hari ini, Khamis boleh dianggap hari saman-menyaman bagi dua orang menteri. Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom akhirnya menunaikan janjinya untuk mengemukakan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan […]

"CARI MAKAN", "TAK CUKUP MAKAN" ATAU "MAHU LEBIH MAKAN"?

Siapa pun yang mengikuti rentetan kemelut berkaitan1MDB, pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju tentang perlunya ahli perniagaan Jho Low dipanggil untuk memberi keterangan untuk merungkai pelbagai isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah dan sarat hutang itu. Ini kerana meskipun namanya tidak tertulis secara rasmi dalam 1MDB, tetapi seperti mana pernah dilafazkan oleh Khairy Jamaluddin, “cop jarinya […]

SATU SOALAN TAPI JAWAPAN MACAM-MACAM

Tulisan ini diperolehi daripada Facebook dan grup Whatsapp tetapi tidak dipastikan siapa yang melakukannya. Mungkin sudah ramai yang membacanya kerana banyak dikongsi di sana sini dan saya menyiarkannya kembali untuk kita sama-sama memikirkan mengenainya. Tahniah kepada mereka yang rajin mengumpul jawapan ini dan kemudian kreatif pula menjadikannya sebuah hasil tulisan dalam bentuk soal jawab untuk […]

BAJET GAGAL DITOLAK TAPI NAJIB TETAP TIDAK SELAMAT

Meriah dan seronok benar puak-puak pro Najib Razak apabila Bajet 2016 gagal ditolak di Parlimen dalam pengundian pada malam Isnin lalu. Gembiranya mereka seolah-olah kemenangan 128 -74 itu merupakan petanda Najib akan mampu bertahan sehingga hari kiamat layaknya. Sebenarnya gagalnya bajet itu ditolak bukanlah perkara yang pelik dan menghairankan kerana BN sedia dimaklumi mempunyai jumlah 134 Ahli […]

APA AGENDANYA PULAK NI?

Apakah pengguguran nama Gabenor Bank Negara atau timbalannya dalam panel pelaburan tabung angkatan tentera ini ada kaitannya dengan apa yang dilakukan oleh Bank Negara terhadap 1MDB sebelum ini? Kenapa nama Gabenor Bank Negara atau timbalannya mahu digugurkan secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah kedengaran kehadiran mereka menimbulkan apa-apa masalah kepada tabung tersebut? Makin selamatkah tabung angkatan […]

KEKASIH YANG PATUT DILUPAKAN

Pas kini bukan setakat bermain mata lagi, bahkan sudah mula berani hendak “berdating”  dengan UMNO walaupun masih malu-malu untuk mengakui mahu menjalin hubungan secara terbuka. Selepas dua tiga kali “dating” barangkali dan kemudian memupuk keserasian, logiknya tidak mustahil jika kedua-duanya akan menikah dan membina kehidupan bersama. Begitulah perumpamaan paling mudah untuk menggambarkan hubungan Pas dengan […]

PELAN RASIONALISASI HUTANG 1MDB, TAPI RASIONALKAH IA KEPADA RAKYAT?

Keputusan siapa bakal memenangi tender membeli Edra Energy, syarikat milik 1MDB akan diumumkan tidak lagi. Ia merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan hutangnya yang dianggarkan berjumlah RM42 bilion. Aset Edra yang mahu dijual itu terdiri daripada lima loji janakuasa tempatan dan lapan di luar negara yang dinilai harganya oleh bank-bank kira-kira RM10 bilion. […]

HMMMMM….

Saya menerima kiriman poster ini lewat malam tadi daripada seorang rakan. Program ini masih jauh lagi iaitu pertengahan Disember nanti tetapi sudah boleh dibayangkan bersamanya Najib Razak dan Hadi Awang dalam program itu pasti membuatkan media arus perdana meriah dengan laporannya. Apakah ini tanda-tanda cempedak akan jadi nangka? (SH 16/11/2015)

HUSAM TAK SEPATUTNYA TERUS BABIT ISTERI DALAM SUMPAH POLITIKNYA

Walaupun kita mungkin dapat memahami mengapa bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa sanggup bersumpah mentalak isterinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai penubuhan kerajaan campuran parti itu dengan UMNO melalui usaha Hadi Awang sendiri, tindakan beliau tetap merupakan sesuatu yang tidak sewajarnya. Kalau pun ingin menunjukkan dakwaannya itu bukan main-main dan seolah-olah Hadi Awang mengkhianati perjuangan […]

KENAPA NAJIB TOLAK NASIHAT ORANG2 LAMA, NASIHAT SIAPA YANG DIMAHUNYA?

Apabila Perdana Menteri, Najib Razak dengan pantas menolak cadangan Tun Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Majlis Orang-Orang Lama untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan, yang pertama terlintas di fikiran kebanyakan orang ialah sama ada beliau tidak suka mendengar nasihat atau sudah pun memiliki pasukan penasihat yang lebih dipercayainya. Apa masalahnya dengan nasihat daripada orang-orang lama […]

APA LAGI…SAMANLAH!!

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir memutuskan tidak akan meminta maaf atau menarik balik pendedahannya mengenai pemergian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat yang didakwa menggunakan wang YaPEIM. Dengan ini, desakan Jamil Khir semalam yang memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk menarik balik […]

PECAT SEGERA 'ORANG BESAR' YaPEIM

Sehingga ini hanya Jamil Khir Baharom saja tampil dengan penjelasan mengenai dakwaan terhadapnya berkaitan YaPEIM. Itupun beliau tidak menafikan mengenai pemergian dan kos perbelanjaannya bersama isteri dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu, tetapi hanya ingin menunjukkan kewajarannya berkaitan lawatan itu. Wajar atau tidak wang YaPEIM dibelanjakan untuk seorang menteri dan isteri bagi tujuan itu terserahlah […]

BEGINIKAH RUPA PEMIMPIN KITA?

Pendedahan pertama – Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun. Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami […]

MUHYIDDIN TAK JADI DIPECAT?

Pulak? Sekejap tujuh, sekejap bukan tujuh… Pening betullah dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini!! Beliau sendiri yang dulu mengatakan ada tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya. Siapa kata tujuh? […]

TAWFIK TUN DR ISMAIL 'BUNUH' KESEDERHANAAN KUMPULAN G25

Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail?  Selain umum mengenalinya sebagai anak bekas Timbalan Perdana Menteri kedua yang agak disanjung ramai, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik sebaliknya tidaklah begitu dikenali walaupun pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut selama sepenggal antara tahun 1986 hingga 1990. Beliau barangkali dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihanraya untuk mengenang jasa […]

ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?

Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap “bosnya” itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan  seperti “asal ada  jawapan”  sahaja. Malah melihat caranya menjawab dan “spin” hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai […]

PEGUAM NEGARA ARAH SPRM SOAL NAJIB SEBELUM AKHIR TAHUN…HMMMMM….

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian, Peguam Negara, Apandi Ali  mahu SPRM menyoal Perdana Menteri, Najib Razak dan melengkapkan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International dan derma RM2,600 juta sebelum akhir tahun ini. Menurutnya, beliau mengeluarkan arahan itu kerana mengambil serius kebimbangan orangramai mengenainya. Kata Apandi yang dilantik penghujung Julai […]

ISMAIL SABRI – SIBUK-SIBUK TENTANG VAPE, LOW YAT 2 APA CERITA?

Tulisan ini bukan sangat tentang vape, tetapi lebih mengenai perlakuan seorang menteri, Ismail Sabri Yaakob yang nampaknya lebih berminat tentang vape berbanding tugas hakikinya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Walaupun sebelum ini sudah banyak yang menegur dan mengecamnya, termasuk daripada kumpulan pro Najib dan kerajaan sendiri, apabila begitu pantas mengumumkan keputusan kabinet tidak […]

HASAN MALEK BAKAL DUTA KEMBOJA?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Hasan Malek sekarang ini sejak digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai lalu? Sejak digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan memang kelihatan mendiamkan diri dan tidak banyak memunculkan dirinya. Barangkali beliau kini lebih banyak menumpukan masanya kepada keluarga serta menjaga […]

JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita. Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai […]