NAJIB SEDANG MENGHANCURKAN UMNO

Pada 2 Disember ini, sembilan Ketua Cawangan daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mendesak pengunduran Najib Razak daripada memimpin parti dan kerajaan akan mengadap Lembaga Disiplin berhubung tindakan mereka itu.
Selepas itu, mereka kemungkinannya sama ada akan dipecat, digantung keahlian atau sekadar diberi amaran saja.
Tetapi berdasarkan kepada kes Ketua Wanita UMNO Gopeng, Hamidah Osman yang dipecat, juga disebabkan didakwa terlibat dalam aktiviti yang mahukan pengunduran Najib, besar kemungkinan semua sembilan Ketua UMNO cawangan itu juga akan menerima nasib yang sama.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, selepas sekumpulan Ketua  UMNO Cawangan dalam bahagian Teluk Kemang membuat desakan itu, beberapa Ketua Cawangan daripada bahagian-bahagian  lain turut juga membuat desakan yang sama.
Jika dihitung berdasarkan beberapa pengakuan serta perhimpunan yang turut dihadiri pihak media, ia sudah pun menjangkau ratusan Ketua Cawangan jumlahnya, malah dalam pertemuan terbaru di Kinrara baru-baru ini, kumpulan tersebut mengaku mereka mewakili kira-kira 200 Ketua Cawangan di seluruh negara.
Persoalannya, apakah hanya Ketua UMNO Cawangan daripada Teluk Kemang saja yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin?
Bagaimana dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan lain dari seluruh negara yang juga membuat desakan yang sama?
Bilakah mereka mahu diberikan surat tunjuk sebab dan  kemudian memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin?
Jika jumlah Ketua Cawangan yang mendesak pengunduran Najib terus bertambah dari semasa ke semasa, apakah pihak ibu pejabat UMNO akan terus menggunakan pendekatan yang sama iaitu memanggil mereka memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin juga?
Selain itu, jika Ketua UMNO Cawangan yang mendesak pengunduran Najib dianggap suatu kesalahan dan dihadapkan ke Lembaga Disiplin, bagaimana pula dengan Tun Mahathir yang tidak berhenti-henti membuat desakan serupa sejak lebih setahun yang lalu?
Jika benar-benar adil dan Najib pula seorang yang berani, bukankah Tun Mahathir yang sepatutnya paling awal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti sebelum sembilan Ketua Cawangan terbabit?
Begitu juga, jika Hamidah dipecat kerana didakwa menganjurkan program Bicara Negarawan di Ipoh serta dilihat berada di Lapangan Terbang Subang ketika menyambut kepulangan Tun Mahathir daripada luar negara tidak lama dulu, bagaimana dengan ramai yang lain yang sentiasa bersama dengan bekas Perdana Menteri itu?
Sekali lagi, mengapa Tun Mahathir yang berucap dan disambut kepulangannya tidak diberikan sebarang surat tunjuk sebab?
Sejak bila menjemput, meraikan dan menghargai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO sendiri merupakan suatu kesalahan?
Adakah suatu kesalahan juga mendesak pengunduran pemimpin semata-mata atas kepercayaan ianya tindakan yang terbaik untuk menyelamatkan masa depan parti?
Apakah jika parti sudah berada begitu buruk di mata rakyat yang diakibatkan oleh perlakuan tidak baik  permimpinnya, maka semua pihak perlu berdiam diri saja?
Tidakkah dianggap keterlaluan, dalam keadaan parti lebih mungkin kalah daripada menang dalam pilihanraya, pujian melambung masih perlu dilontarkan kepada pemimpin yang menjadi punca masalah itu?
Ahh…hakikatnya banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapan di sebalik tindakan mengenakan hukuman mengadap Lembaga Disiplin terhadap sembilan Ketua UMNO Cawangan daripada Teluk Kemang serta pemecatan Hamidah Osman itu.
Berbeza ketika Tun Mahathir memimpin parti dan kerajaan dulu di mana beliau juga ada didesak untuk mengundurkan diri, namun semua desakan terhadap beliau tidak sesekali menjurus kepada kebimbangan bahawa parti akan kalah dalam pilihanraya jika terus dipimpin olehnya.
Malah, Tun Mahathir sentiasa membuktikan penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen tetap menjadi milik BN ketika itu
Kini, melalui satu demi demi tindakan yang diambil Najib untuk mengekalkan kuasanya, ia bukan saja terus mencemarkan imej UMNO di kalangan ahlinya sendiri, bahkan kian menghakis kebolehpercayaan rakyat yang akhirnya lebih memudahkan kehancurannya. (SH 29/11/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

6
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
NordinabilaHAnonymousTok Perakberasiam Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Sebenarnya umno dah hancur dibawah najib dan sua t adnan mereka tu syok sendiri tunggulah pru14 semoga org melayu tolak umno sehingga lingkup

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Sebenarnya umno dah hancur dibawah najib dan sua t adnan mereka tu syok sendiri tunggulah pru14 semoga org melayu tolak umno sehingga lingkup

Anonymous
Guest
Anonymous

kerana nila setitik rosak susu sebelanga….semoga doa org2 yg teraniaya dimakbulkan olehNYA…

Tok Perak
Guest
Tok Perak

Jadi kalau yang sangat dihormati TDM dijemput ke PAU nanti, ku nan dan seluruh jawatan kuasa PAU juga harus dipecat. Baru adil…

Anonymous
Guest
Anonymous

Seekor blongang penjilat (LSS) konon2nya menjawab persoalan Tun M. Walhal kalau tak kerana bosnya Penyamun Malaon tu kebulur sangat dgn komisyen, tak perlu pun ada 1MDB, tak perlu pun skandal billion2 sekarang yg menyusahkan rakyat gara2 semuanya naik harga nak cover kerugian 1MDBodoh haramjadah tu. Kerana tamak kebulur duit sanggup menyusahkan rakyat. Blongang prepaid LSS tu seronok dpt bahagian juga dgn mengampu dan membodek. Mintak2 Penyangak Malaun dan sekutu2nya ditimpakan hukum karma sebelum mampos. Kena angin ahmar ke.. kena sakit kulit seluruh badan ke.. Baru nanti geng Pencuri Malaon ada akal sikit.

berasiam
Guest
berasiam

Ketua cawangan hanya membawa suara ahli iaitu akar umbi parti. Jawatan ketua cawangan adalah mandat yang dipercayakan oleh ahli secara terus. Ini berbeza dengan jawatan lain dalam Umno yang sama ada dipilih oleh perwakilan atau dilantik oleh kepemimpinan. Lazimnya cawangan akan menyalurkan pandangan dalam bentuk usul atau cadangan pada persidangan cawangan. Usul ini akan dimajukan untuk perhatian dan pertimbangan bahagian. Secara tradisi, bahagian tidak beri sebarang perhatian pun terhadap usul cawangan. Dalam mesyuarat perwakilan bahagian, tidak pernah usul dari cawangan dicatat dalam laporan apatah lagi disebut dalam mesyuarat. Itulah tradisi Umno. Dalam isu mendesak najib undur, pasti ada cawangan yang… Read more »