ALAMAK…AYAM PUN TAK MAKAN DEDAK DAH SEKARANG INI!!

Tulisan kali ini ingin lari seketika daripada isu politik dan hal ehwal semasa negara, namun mengenai penemuan baru dalam dunia keusahawanan yang seperti ada kaitan juga dengan perbualan semasa dalam negara sejak kebelakangan ini.
Pernahkah kita mendengar ayam makan rumput?
Kita tahu ayam selalunya diberi makan dedak, jagung atau nasi, bagaimanapun barangkali asing kedengarannya bila ayam diberi makan rumput.
Ehh, kalau ayam tak makan dedak, siapa pula yang  makan dedak sekarang ini?
Tetapi inilah kelainan yang ditampilkan oleh dua usahawan ayam kampung organik, Puan Lily dan rakan kongsinya Norazura yang mengusahakan ladang ternakan “Republik Ayam Kampung” di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
Ayam-ayam kampung peliharaannya lebih banyak diberi makan rumput berbanding dedak. Rumput yang diberi makan itu dikenali dengan nama saintifiknya Asystasia L, tetapi di kalangan orang kampung ia juga selalu disebut sebagai “rumput Israel” atau kadang-kadang turut dikenali sebagai “kangkung darat”.
Rumput ini banyak tumbuh di hutan atau di ladang-ladang dan apabila mula membiak ia akan menjadikan rumput-rumput lain tidak berupaya hidup kerana cengkaman “penjajahannya”. Maka itulah ia lebih sinonim dikaitkan dengan Israel.
Oleh yang demikian, mendapatkan rumput tersebut bukanlah menjadi masalah sebenarnya, lantaran ia memang mudah diperolehi di mana-mana.
Meskipun demikian, rumput tersebut didapati mengandungi beberapa zat yang sesuai sebagai pemakanan ayam. Dengan memakan rumput tersebut, ayam-ayam peliharaan di “Republik Ayam Kampung” hanya memakan dedak atau jagung sekitar 30 peratus saja.
Puan Lily dan Norazura bukan saja melakukan jualan ayam kampung kampungnya dengan melantik beberapa kedai dan peniaga persendirian sebagai wakil jualannya atau secara dalam talian, bahkan juga sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian atau kenduri kendara.
Ayam-ayam yang dijualnya bukan saja dalam bentuk siap proses, bahkan juga ada yang sudah dirempah dan hanya perlu digoreng saja lagi sebaik membelinya.
Kalau ada yang teringin dengan kelainan rasa ayam kampung makan rumput, bukan makan dedak, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera dalam poster di atas untuk mencubanya. (SH 28/11/2015).

Seorang pekerja di ladang ternakan Republik Ayam Kampung sedang memberi makan ayam-ayam kampung dengan rumput Israel.

Inilah rupa rumput Israel atau kangkung darat yang rupa-rupanya boleh dijadikan pengganti dedak untuk makanan ayam.

Ayam kampung yang sudah siap diproses dan dirempah untuk kemudahan pengguna membeli dan kemudian terus saja menggorengnya.
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

26
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymoushanifhassanujang1 jh9667jhNordinabilaHMonkey ShooterZakaria Ali Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Oooh! Kalau rumput israil tu tau la ,kat kampung banyak.rumput ni kalau ia nya naik saja memang menyusah kan tumbuhan yg lain.tu pasal gelar israel tu mmg sesuai gelaran tu

hanifhassanujang1 jh9667jh
Guest
hanifhassanujang1 jh9667jh

Agar usaha murni bisnes sedara kita ni agar terus terusan berkembang maju , Walau tidak mendapat sebarang suntikan atau Dana kerajaan, Wajib perkataan "republik" itu ditukar. Dikhuatiri Bakal mensabotaj ketenteraman dan kestabilan ekonomi Dan social negara. awas. Sosma sedans memerhati tu yea…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ayam makan rumput.
Sebab Lembu makan duit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan tuan,adik akak,abang dan pokcik mokcik,tuan shah ni dia menulis ikut pemikiran luar kekotak …jd lu pikir la sendiri…ayam pun pandai pilih taknak makan dedak jadi pikir pikir lah apa maksud yang tersurat dan tersirat,bukak Al Quran surah Al nahl ayat 23,inshaallah ada jawapan.salut tuan shahbudin !

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah kpd 2 pengusaha wanita ini anda telah membuat transfomasi dari ayam makan dedak menjadi ayam makan rumput saya cadangkan tak payahlah buat pinjaman berjuta ringgit macam projek ternak lembu tu sampai hari ni lembu pun tak ada dan jangan berharap duit brim tu kasilah pada org umno je

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah kpd 2 pengusaha wanita ini anda telah membuat transfomasi dari ayam makan dedak menjadi ayam makan rumput saya cadangkan tak payahlah buat pinjaman berjuta ringgit macam projek ternak lembu tu sampai hari ni lembu pun tak ada dan jangan berharap duit brim tu kasilah pada org umno je

Anonymous
Guest
Anonymous

perghhhh!!! pedih2……dalam puji akak ni pun sempat hang Q kepala mamat2 ngok….salute…buat lagi,,,,…nanti hang akan didisplinkan tanpa sebab.

makan dedak tersedak sedak
projek lembu beratus juta
hasil mahsul apa pun tarak
cakap begegar semua nya auta

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa yg najib kata semuanya auta..auta..auta..auta
Najib auta…najib auta…najib auta

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini lah kejayaan setelah Najib berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel.

Monkey Shooter
Guest
Monkey Shooter

Din Ayam Menantu Hadi Awang yang sekarang makan percuma wang Peransang (kewangan rakyat Selangor) pun sepatutnya dah mula berjinak-jinak makan Rumput Israel tu. Kerana tak lama lagi Ayam Bodoh yang diberi makan percuma oleh rakyat Selangor itu akan tersingkir apabila mertua beliau menumpang bahtera UMNO.

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Ayam pun jadi pening…makan dedak nanti orang kata ayam belaan najib…bila makan rumput israel dah di label sokong israel pulak. Jadi ayam pun susah, baik jadi lembu bolih dok dlm kondo Kak Jat ada air cond.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagi makan kangkung

Anonymous
Guest
Anonymous

Maksud lain tulisan kali ni.. Rakyat dah tak mau mkn gula2 lagi.. Kalu boleh tukaq nak rasa yg lain pula.. Gurau jer. Huhu

Anonymous
Guest
Anonymous

nih ada maksud tesirat ka mr din?
letih nak mikir ayam makan rumput ni..
dedak lagi mahal apa!

Anonymous
Guest
Anonymous

tak payah piker……akak in punya idea, bapak monteri dapek namo……..yanadde..porddah….cerita dolu2…..karabau,sape,kambin,itek dah lamo bedal bondo tuu…
yang suruh makan dodak tu kapitalisss…….surupo joo issu makan kangkong……lu pikio laa ….nanti di racun nya majlis daerah rumput isreal ni ….sebab no gst

Anonymous
Guest
Anonymous

Ayam pun malas nak ngikut perbuatan cai najib pemakan dedak….martabat ayam republic lagi tinggi drpd cai najib kesimpulan yang hendak disampai tuan budin….

Anonymous
Guest
Anonymous

Dedak skrg ni d mkn olih penyokong najib.nanti bila dah dibuang msk SG buluh,blh bg mkn rumput Israel Juga la….hahaha

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Ini dah boleh dapat bantuan/pinjaman RM250 juta untuk besarkan ladang ternakan ayam mereka. Lepas ternak ayam, ternak lembu pulak. Bila dah maju bolehlah melabur dgn membeli condo di sana sini, termasuk di US dan UK. Masalah dana tak jadi hal, banyak orang akan derma, termasuk orang2 kaya Arab.

Anonymous
Guest
Anonymous

Spot on bro.. nanti saya cadangkan Tengku Adnan ngan Najib gi tulis proposal 1 page a4 utk wat pinjaman KWSP 100 billion. InsyaAllah projek ini akan mendapat berkah dunia dan akhirat.

Duit untung Petronas bertrillion2 tak diaudit pun free lagi.. boleh gak tu.. insyaAllah kita akan mendapat ayam 1malaysia yg wasatiah walmutawassitoh demi makanan yg halalan walbalunan walbilyunan.. insyaAllah..kahkahkah..

Gemas pun dekat dah dgn Port Dickson. 120km ja.. Ayam itam pun best.. nak makan? Boleh hantaq sesegera mungkin.. book hotel dulu tuan..InsyaAllah beregh..

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Ini dah boleh dapat bantuan/pinjaman RM250 juta untuk besarkan ladang ternakan ayam mereka. Lepas ternak ayam, ternak lembu pulak. Bila dah maju bolehlah melabur dgn membeli condo di sana sini, termasuk di US dan UK. Masalah dana tak jadi hal, banyak orang akan derma, termasuk orang2 kaya Arab.

kluangman
Guest
kluangman

Perkataan "Republik" sangat sensitif kerana ia boleh mengancam keselamatan dan mensabotaj ekonomi negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apala sumer nak sensitif sangat kluang ooi.. awatla melayu dan rakyat malaysia ni bangsa lembik sangat dan lembam mcm hang..

Owh lupa pulak.. mmg sesuai la dgn gelaran Negara Dunia Ketiga. Duduk dlm tempurung masing2.. kesian..

Anonymous
Guest
Anonymous

tak ada ke saintis malaysia yg boleh genetic engineering ayam berkaki enam? anak2 aku suka mkn paha ayam saja… bahagian lain depa tak suka… pening bila nak beli ayam…

berasiam
Guest
berasiam

Buat ternakan ayam kat tapak ladang nfc yang gagal bela lembu tu ka?

Anonymous
Guest
Anonymous

Buka ladang kangkung di pekan

Anonymous
Guest
Anonymous

Syabas…moga terus berjaya ke hadapan