NAJIB KIAN KALUT, KENAPA HANYA NAIB PRESIDEN NO 1 DAN NO 3 JUMPA MEDIA? MANA NAIB PRESIDEN NO 2?

Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam UMNO. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah UMNO, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.

Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya. 
Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.
Selepas itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini akan diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut dihadkan.  
Sebarang ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan mengelakkan banyak salah lapor oleh media.
Serentak dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.
Kenapa tiba-tiba Najib dan UMNO takut dengan media sehingga walaupun PAU diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja keadaannya?
Kenapa dalam dunia langit terbuka, Najib mahu membawa UMNO semakin tertutup jadinya?
Bukankah semua akhbar arus perdana dan stesen televisyen  memihak kepada Najib dan UMNO?
Jika bimbang dengan salah lapor, mana perginya media arus perdana dan  segala macam blogger serta pengamal media sosial berbayar pro Najib yang dikhabarkan berlambak-lambak ramainya?
Kenapa dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan UMNO masih takut dengan kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah acara tertutup?
Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?
Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?
Selain itu, menjadi kelaziman juga pada setiap kali PAU diadakan, biasanya Presiden UMNO sendiri  bersama lain-lain pemimpin utamanya yang akan mengadakan sidang akhbar harian untuk menjawab isu-isu yang berbangkit dengan pihak media.
Tetapi, mengapa tahun ini Najib takut berhadapan dengan media, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin?
Mengapa tidak diserahkan saja kepada Muhyiddin berurusan dengan media jika Najib takut melakukannya? Kenapa sekali lagi Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO diketepikan juga?
Kalau mahu menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden UMNO pula, bukankah penyandang jawatan itu ada tiga iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein? 
Berdasarkan undi diperolehi dalam pemilihan 2013, Zahid memperolehi undi tertinggi, diikuti Shafie tempat kedua dan Hishammuddin di tempat ketiga yang nyaris-nyaris kecundang dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz Mahathir.
Kenapa hanya Naib Presiden No 1 dan No 3 diberi peranan dalam sidang akhbar harian itu, manakala Naib Presiden No 2 diketepikan?
Alasan Tengku Adnan bahawa nama Shafie tidak dimasukkan kerana ketika keputusan tersebut dibuat semalam Naib Presiden UMNO itu tiada dalam mesyuarat, langsung tidak boleh diterima. 
Apakah ini merupakan satu lagi petanda bahawa dalam mesyuarat MT yang akan diadakan sehari sebelum PAU 2015 bermula nanti, Shafie bersama Muhyiddin akan diambil apa-apa tindakan yang menyekat sama sekali mereka daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan kali ini? (SH 25/11/2015).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

30
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousnickBAMBANGANZakaria AliNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Didepan gelap dibelakang nya Gaung
Terperangkap ddlm Bangkai yg Busuk
Terang dan Suci tempat ber Naung
Mengapa Berkongsi Korupsi Terkutuk!?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ddlm Gaung Nanah ber Timbun
Bangkai yg Busuk Merata-rata
Lahap Merakus Million dan Billioun
Begitukah Kemuliaan Hidup Manusia?
Rakyat Tersiksa Turun temurun
Begitukah Indahnya Hidup Ber Negara??

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau inilah yang terbaik kat Malaysia ini maka terimalah seadanya tetapi kalau ada yang lebih baik dari ini, berhijrahlah. cakap banyak tak guna bro.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rahsia sudah pecah. Draf Kertas Pertuduhan terhadap Najib sebenarnya telah diberi olih mendiang Kevin Morais, DPP yg kena bunuh kepada Sawarak Report. Kevis Morais adalah DPP yg Gani Patail pertanggonjawabkan utik meniliti Kertas Siasatan SPRM terhadap Najib.

Adiknya Charles dlm satu Akuna bersumpah kata, Kevin dibunuh sebab dia DPP Jabatan AG yg mengendalikan kes siasatan SPRM. terhadap Najib. Gani dibuang dan Kevin dibunuh. Pegawai2 SPRM dan juga DPP mereka dikacau dan ditangkap olih Polis Khalid,

Anonymous
Guest
Anonymous

Berita tergempar ni

Anonymous
Guest
Anonymous

orang dah nak hujung nyawa ni mulalah buang tebiat.

nick
Guest
nick

Setelah berpuluh2 tahun menjaja PAU kepada orang melayu barulah sekarang terdedah PAU yang dijaja itu adalah PAU yang sudah basi serta modalnya juga dari hasil yang tak bersih. PAUnya basi, modal bisnesnya kotor, masihkah ada lagi orang melayu yang mahu melanggan apa yang dijaja oleh UMNO ni?

Nick.
Cape Tiger.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kapal Terbang UMNO Flight 1MDB Sudah KeHilangan. Dua Naib Presiden akan beri Sidang Akbar atas Perkembangan pencarian setiap hari…

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku tak hairan apa derang nak buat, itu rumah depa. Lantak pi lar. Derang nak cacamerba ka, serabut ka, ia adalah lebih baik dari tersusun dan teratur.

Kalau rumah derang cacamerba, yang untung adalah rumah kita juga. Senanglah nanti mengalahkan rumah derang.

Kalau rumah derang tersusun dan rapi macam mana nak lawan, tentunya rumah derang akan dipilih dan bukan rumah kita.

Makanya apa yang kita mahu, rumah derang tersusun atau cacamerba? Atau apakah kita tidak yakin rumah kita tidak akan secacamerba rumah derang…

BAMBANGAN
Guest
BAMBANGAN

Kakkakak..korang semua silap…najib tutup media sebab rosmah akan berucap…kakkakakakakaka..rosmah nak kongsi rahsia mcm mana nak masak nasi kangkeng…kkakakakakakakaka

Anonymous
Guest
Anonymous

Betulkah ni? Aku ingatkan Hadi dah beri nasihat supaya PAU dibuat secara tertutup, sama seperti Hadi yang masih menutup kemas mulutnya setelah dicabar Husam menjawab soalan diberikan. Jawab ya atau tidak, itupun Hadi tak berupaya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Macam ini rugi lah bisness.

Dah bayar deposit untuk satu lot premisis di PWTC.

– Tauke Belacan –

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Cuma ahli umno saja yg akan menentukan hala tuju parti …Ahli umno mesti bangun dan hadapi pemimpin yg merusakkan parti. Apa yg kita lihat umno kian lemah kerana pemimpin no 1 yg merencanakan hala tuju dgn bantuan menteri yg kurang cerdik.Umno kian nazak dan kian terhakis kesetiaan ahli.PRU 14 makin dekat dan rakyat semakin meluat dgn kos sara hidup yg gagal ditangani pemerentah.Cukai cukai terus di naikkan tanpa pertimbangan yg adil.Aku harap rakyat bersatu menolak kerajaan Najib Nazak

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Cuma ahli umno saja yg akan menentukan hala tuju parti …Ahli umno mesti bangun dan hadapi pemimpin yg merusakkan parti. Apa yg kita lihat umno kian lemah kerana pemimpin no 1 yg merencanakan hala tuju dgn bantuan menteri yg kurang cerdik.Umno kian nazak dan kian terhakis kesetiaan ahli.PRU 14 makin dekat dan rakyat semakin meluat dgn kos sara hidup yg gagal ditangani pemerentah.Cukai cukai terus di naikkan tanpa pertimbangan yg adil.Aku harap rakyat bersatu menolak kerajaan Najib Nazak

Anonymous
Guest
Anonymous

Teringat satu masa dulu ada ketua umno bhg yg mengadakan mesy. dlm bas yg sedang bergerak dan apabila bas berhenti mesy perwakilan bhg pun selesai.
apa yg akan berlaku dlm pau kali ni seakan sama je dan kemungkinan juga ahli2 pun tidak dibenarkan hadir ke sekitar pwtc krn takut ada gerakan tertentu.
soalnya apakah ahli umno maseh mahu berdiam diri setelah melihat hak2 seorang ahli semakin di hakis dan hanya di kuasai pemimpin yg sewaktu dgn presiden?
Apakah ahli umno kini hanya menganguk sahaja setiap patah perkataan yg keluar dari mulut puak2 najib sahaja?
Teringat lagu yg remeh dan temeh nyanyian to'ki.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lepas ini mesyuarat Bahagian pun tertutup. Mesyuarat cawangan pun tertutup. Tahu-tahu karipap habis.Mee hoon habis.

Nak buat mesyuarat tertutup buat lah mesyuarat luarbiasa sebelum PAU.

Kekuatan parti juga di ukur pada Perhimpunan atau Mesyuarat Agung kerana ahli-ahli ingin melihat kecedasan pemimpin pelapis berucap dan kebijaksanaan memberi hujah.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Umno ni bukan najib punya ahli yg punya aku cadangkan MAU 2015 diadakan di Seri Perdana je lebih baik dan selamat baginya tak payah keluar rumah itu cadangan je kan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Umno ni bukan najib punya ahli yg punya aku cadangkan MAU 2015 diadakan di Seri Perdana je lebih baik dan selamat baginya tak payah keluar rumah itu cadangan je kan

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasanya tak perlulah semua pihak bimbang dgn protokol pau kali yg meminta 2 naib utk memberi berita kpd wartawan semasa pau sedang berlansung, cara terbaik berpakatlah seramai mungkin semua wartawan mendptkan maklumat dpd timpres dan 1 naib yg dinafikan hak mereka dlm melaksanakan tugas kepartian

Anonymous
Guest
Anonymous

Boikot sajalah
Dia boleh buat kat kita. Kita pun boleh buat kat dia

Anonymous
Guest
Anonymous

PAU terbuka ka, tertutup ka, ada sidang media ka, tak relevan. Orang umno sendiri tak baca media umno seperti NST dan Utusan. Buktinya, ABC kata circulation dua dua paper ni sikit je, banding dengan 3 juta ahli.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin parti keramat ini akan tersungkur bersama-sama kawasan Dato keramat juga agaknya ya!.Maka hilanglah semua warisan Melayu di Lembah Kelang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang kalut. Melainkan semua perserta PAU kena angkat sumpah laknat tidak akan mendedahkan apa-apa pun mengenai PAU.

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang apabila tidak di buat secara tertutup maka nanti akan ramai yang memberi ucapan akan menunjukkan kejantanan sebagai hero untuk ahli-ahli UMNO.

Rupanya dalam perlembangaan UMNO pun ada akta speech.

Anonymous
Guest
Anonymous

bang najib sekeluarga,…perjalanan hidup kamu……bang yang menjadi penentu seterusnya…..raayat telah berpesan pesan kepada kamu……cukuplah , insaflah, tobatlah…..ajal datang tanpa diundang…..sebelum terlambat,insaflah

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak kena BANG kuat kuat kat lubang telinga dia tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya percaya TSMY dan DSSA akan disingkir dr parti atau digantung keahlian utk mengelakkan kekecohan dan menutup rasa malu apabila isu yg meliliti batang tubuh DSNR disebut dalam PAU depan DSNR sendiri. Strategi Najib hadapi satu persatu, Hamidah telah dibuang, tunggu reaksi dua sosok ini bersuara utk disabitkan menentang keputusan parti sekaligus memudahkan Op Sapu 2 berjalan. Permainan ini telah dibaca oelah pemerhati politik, Permainan menghampiri "Game Over". Dua sosok ini akan "dicheckmate" oleh DSNR sehari sebelum PAU.

berasiam
Guest
berasiam

Cacamarba semuanya gara2 panglima bugis layar dikembang sauh dilabuh. Tradisi memang tidak dipedulikan, peraturan pun tidak dihiraukan. Kak Midah kata nak buat sidang media jumaat ni. Mungkin ketua2 cawangan yang mahu mendesak najib undur boleh memeriahkan majlis. Harap kak midah tak keberatan berkongsi platform. Hanya warwarkan tempat dan waktunya, pasti ramai yang sudi melapangkan masa.

roslan othman
Guest
roslan othman

Najib dan kuncu kuncu nya yang beriman kepada jawatan kedudukan dan wang masih ada dua tahun lebih untuk survival , saya cukup yakin dalam tempoh itu lebih banyak perkara bodoh akan dilakukan oleh mereka dan lebih banyak kesilapan yang akan dilakukan oleh puak puak ini akhirnya akan terlingkup keseluruhannya , semua ini kerana :1. Najib adalah individu yang memang bersalah dan banyak skandal.2. Dalam umno dan kerajaan hanya tinggal pemimpin dan individu yang tak berkualiti ( No wisdom . No integriti , Korup) bukan tak ada yang bagus tapi dah kena sideline.3. Takut takut pintu rahmat dan barakah sudah kian… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

bukan takut…cuma xbrani je nk adap media…laksmana bugis selagi boleh elak selagi itu la dia elak….