KEBANGKITAN KETUA2 CAWANGAN BERJAYA MENAKUTKAN NAJIB

Mesyuarat MT UMNO petang tadi akhirnya memutuskan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal tidak diambil apa-apa tindakan, sebaliknya hanya Ketua Wanita Gopeng, Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.
Meskipun Muhyiddin terselamat daripada pemecatan atau penggantungan, kedudukan dan kelazimannya sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tetap dinafikan, sebaliknya perasmian itu akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.
Persoalannya, apakah keputusan  tidak membenarkan seorang Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap ini hanya untuk tahun ini saja,  suatu keputusan yang kekal selama-lamanya atau selagi Muhyiddin memegang jawatan nombor dua itu sahaja?
Terlihat bahawa keputusan ini dibuat dalam ketakutan dan tidak yakin dengan kekuatan dirinya sendiri, walaupun tidak dinafikan beliau terlalu ingin memecat timbalannya itu.
Setelah memperpecatkan tarikh mesyuarat daripada 27 November kepada 24 November, menukar tempat mesyuarat daripada ibu pejabat UMNO ke Bangunan Parlimen yang diketahui agak ketat kawalan keselamatannya, bahkan sebelum ini Tengku Adnan menyatakan pihaknya sudah letih dengan pemimpin yang selalu memberi kenyataan berbeza dan mengakui siasatan sedang dijalankan, alih-alih yang berani dipecatnya hanyalah Hamidah Osman saja.
Walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak hadir mesyuarat kali ini, tetapi Najib tetap tiada keberanian untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap kedua-dua pemimpin yang lantang mengkritiknya itu.
Ketakutan Najib itu tidak lain ialah kerana kebangkitan Ketua-Ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sudah mula secara berani menolak kepimpinannya serta mendesaknya agar berundur bagi memberi harapan lebih cerah kepada UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang.
Bermula dengan Teluk Kemang, Sepang, Puchong, 34 cawangan daripada lima negeri bersolidariti di Port Dickson minggu lalu dan malam tadi 108 cawangan daripada 7 bahagian di Johor berbuat demikian, pada 27 November ini pula kira-kira 200 Ketua Cawangan dijangka akan mengadakan perhimpunan khas di tempat yang belum ditentukan di Selangor.
Apa yang nyata, arus menolak Najib itu ialah sebagai isyarat bahawa jika Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir diambil tindakan pemecatan atau penggantungan, lebih ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan seluruh negara akan bangkit menyatakan bantahan.
Bayangkan jika tiada kebangkitan Ketua-Ketua Cawangan sejak beberapa hari lalu, apakah mungkin Muhyiddin dan Shafie masih kekal dengan jawatannya sekarang ini?
Sekalung tahniah kepada Ketua-Ketua Cawangan UMNO  yang dengan berani menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan parti. Teruskanlah perhimpunan pada 27 November ini sebagaimana yang dirancang dan gegarkan lagi kebangkitan yang lebih besar untuk hari-hari seterusnya.
Jika kebangkitan mereka kali ini dapat menghalang Muhyiddin dan Shafie daripada dipecat, jangan lupa matlamat asal mereka yang sebenar ialah untuk menyelamatkan UMNO dan mengelakkannya kalah dalam pilihanraya akan datang.
Ianya tidak lain ialah mendesak pengunduran Najib daripada takhta kuasa.  Hanya UMNO dan BN tanpa Najib akan kelihatan cahaya kemenangan di hujung perjuangan. Matlamat itu, tanpa kompromi harus diusahakan sehingga berjaya. (SH 24/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

10
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
adzzam adzzamAnonymousZakaria AliYusof BujaiMamat umno Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Umno yg ade adalah Umno ciptaan Madey..bukan Umno yg original..klon..mane nak same ngan ori..ape yg korang nak heran..perangai dan mentaliti korang sebenarnye bermasalah..tak reti menilai mane pencuri mane penyamun..mampos la korang nak nyampai PRU 14!! (Aku pon same gak..hehehe)

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Famousnya Tun M.

Kalau sehari,ko tak sebut nama dia resah gelisah agaknya.

Ni zaman Najib, isu2nya ttg Najib, nak kait dgn org tua tu dah basi, tak de pekdah dah.

Yg nak menjawab, nak digilap balik imej dan nama, si Najib.

Amat benar telahan aku, TSMY dan Shafie, hanya sprt melukut tepi gantang.

Apapun, ketua2 cawangan mesti terus bersuara dan membuat ketetapan menolak Najib.

Regim Najib dlm Umno semakin kurang ajar dan ketakutan.

Singkirkan kesemua mereka ini dari Umno dan tanahair.
Secara terang2, mereka adalah pengkhianat kpd kepercayaan rakyat dan negara.

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Hanya Dato Midah sahaja yg di pecat…..kami di DUN Kpg Rapat dah tolak awal awal lagi,Midah dah x der pengaruh lagi.Kenapa Najib x buang yg lain ? Yang lain tu ada pengaruh yg kuat….aku nak tengok umno hancur sebelum PRU14…

Leburrr

Yusof Bujai
Guest
Yusof Bujai

Bukan Tan Sri Muhidin dan dato Shafie yg bermasalah, ttpi doto Sri Najb, presiden umno yg bermasalah…..akar umbi umno perlu bangkit utk memulihkan umno. Presiden datang dan pergi. Umno lebih penting dari pemimpinnya. Pemimpin yg menjadi leabiliti kpd umno…perlu disingkirkan.

Mamat umno
Guest
Mamat umno

Krisis sekarang ini bukan kerana najib seorang sahaja. UMNO jadi lemah dan huru hara kerana ramai dalam MT yang menjadi kaki ampu dan "pak turut". Merekalah yang harus dihukum.

Dayus sangàt kalau setakat hukum seorang ketua wanita. Kenapa tak pecat semua ketua-ketua cawangan yang sahih lawan tokey tu. Apakah sangat dengan ketua cawangan.. tapi tak berani.

Cubalah adakan pemilihan, saya yakin bukan sahaja najib malah mereka semua akan "dibersarakan" oleh perwakilan.

Ramai yang berpendapat "nasi dah hampir jadi bubur. "Damage has already been done". Buat apapun, sukar sangat nak pulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO…

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa UMNO kesah? Selagi SPR ada, semua tu UMNO BN boleh atur. Lagi2 la semua agensi kerajaan dgn segala ketua yg dilantik adalah kesemuanya adalah barua UMNO. Bukan saya menidakkan kuasa tuhan. Penentangan dalaman UMNO cuma belum capai 1% dijanakan. Pakatan Harapan sudahpun bungkuih dah. Jadi tiada apa yg menggugat UMNO BN pun. NOW wiselblow pun kes kecik ja.. x sampai 5000 billion pun.. boleh biarkan menteri rembat lagi.. ini kes kecil.. org melayu islam mana ada maruah?? Najib ini manusia bersarang penuh penyakit. Tak semestinya sakit tenat akan membawa kematian. Jika takdirnya baik, baca bismillah jampi sikik2 pun,,dah boleh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Awal-awal sepatutnya di kena kan tindakan ke atas cawangan Teluk Kemang. Orang Teluk Kemang lebih tahu "Madah Berhelah" Najib ..

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib Najib menyorok lg…ketua ketua sayap jd kambing hitam… Betul ke ini pemintaan ketua ketua sayap… Ingatkan Najib je takut pd Tsmy rupanya ketua ketua sayap pun takut!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang umngok mana ade teloq..kalo ada bran..keluaq dari umngok ramei-ramei..tubuh jer parti baru..

Anonymous
Guest
Anonymous

Seperti biasa pahlawan bugis takde telor. Kena gempaq keling terus menyorok dalam spenda kak mah.