HARI SELASA, DARI 'HARI SAMAN' MENJADI 'HARI PEMANCUNGAN'

Mesyuarat MT UMNO sudah sah akan diadakan pada 24 November ini di Bangunan Parlimen dan tidak di ibu pejabat UMNO seperti kebiasaannya. Tarikh ini adalah tarikh yang diawalkan daripada jadual asal yang ditetapkan pada 27 November.
Kelaziman mesyuarat MT UMNO yang biasanya diadakan pada hari Jumaat juga sudah bertukar kepada hari Selasa.
Agenda paling penting dalam mesyuarat kali ini ialah memutuskan pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Tun Mahathir Mohamad dan empat yang lain yang dikenali sebagai “Kumpulan Tujuh”, meskipun Tengku Adnan Tengku Mansor turut membayangkan jumlahnya mungkin lebih daripada itu.
Dengan demikian, jika sebelum ini  Selasa diingati sebagai “hari untuk menyaman” berikutan tindakan undang-undang yang pernah dinyatakan Najib akan diambil terhadap akhbar perniagaan The Wall Street Journal atau WSJ tetapi belum menjadi kenyataan,  kini Selasa juga nampaknya bakal dikenang sebagai “hari pemancungan” pemimpin.
Menerusi beberapa maklumat, antara tujuh pemimpin atau lebih yang diperkatakan akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT kali ini, tiga daripadanya iaitu Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir adalah 99 peratus pasti menerima hukuman, manakala selebihnya dipercayai dalam bentuk amaran saja.
Muhyiddin akan diambil tindakan kerana ingin menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada malam 8 Disember dan seterusnya berucap dalam acara penggulungan pada 12 Disember.
Najib yang kini diampu oleh para penasihat dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang berkepentingan dikatakan amat bimbang jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden menggunakan kedua-dua ruang itu untuk terus melontarkan persoalan dan kritikan berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dipercayai mampu menimbulkan keresahan dalam parti.
Begitu juga dengan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO,  tujuan utamanya beliau diambil tindakan ialah untuk menyekat suara lantangnya daripada berkumandang berkaitan isu yang sama yang mungkin diambil kesempatannya dalam acara penutup Perhimpunan Agung itu.
Bagi Tun Mahathir pula, tindakan yang akan diambil terhadapnya tidak lain adalah bertujuan mengekangnya daripada terus bertemu dengan ahli-ahli akar umbi di seluruh negara untuk mengkritik Najib.
Selepas diambil tindakan, bekas Perdana Menteri itu akan dilayan dan dihadapi oleh Najib dan lain-lain pemimpin UMNO sebagai seorang musuh yang nyata atau setaraf seperti pemimpin-pemimpin pembangkang lainnya.
Dikatakan juga tiada apa lagi yang mampu menghalang Najib daripada meneruskan tindakan keras terhadap pengkritiknya dalam mesyuarat MT kali ini, terutama tiga pemimpin terbabit kerana yang diutamakannya kini hanyalah dirinya saja.
Najib dikatakan sudah tidak peduli sama ada UMNO semakin terhakis sokongannya, rakyat makin menjauhi atau semakin ramai Ketua-Ketua Cawangan UMNO menolaknya kerana yang dimahukannya ialah terus berkuasa sehingga PRU 14 akan datang.
Mengukuhkan lagi keyakinan Najib untuk tidak bertolak ansur terhadap Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir ialah kerana majoriti Ketua-Ketua Bahagian sentiasa mengasaknya untuk berbuat demikian.
Selepas mengepung semua “lubang angin” yang jelas diperlihatkan dalam beberapa tindakannya sebelum ini seperti pemecatan Peguam Negara, menghuru-harakan PAC, kacau-ganggu terhadap SPRM dan lain-lainnya, matlamat Najib hanyalah mahu memastikan tiada lagi sebarang gangguan terhadap genggaman kuasanya sehinggalah 2018 nanti.
Selepas 13 Ketua Cawangan Teluk Kemang, 10 di Sepang dan semalam 34 lagi Ketua Cawangan daripada lima negeri bersatu hati menunjukkan keberanian secara terbuka menolak kepimpinan Najib, semua itu tidak akan menghalang  tindakan terhadap Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir daripada diteruskan.
Najib ketika ini, selain bersandarkan kepada kekuatan Ketua-Ketua Bahagian yang bersamanya, beliau hanya ingin menyelamatkan dirinya daripada serangan dalaman UMNO dan selepas itu akan menyerahkan nasibnya kepada pertaruhan rakyat dalam pilihanraya membuat penentuan.
Tetapi Najib tidak sesekali akan mengalah sebelum ketibaan PRU 14 dan itulah antara sebab kukuh mengapa Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir mahu dinyahkannya dengan seberapa segera. (SH 22/11/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
BAMBANGANAnonymousSang Wira BangsaNordinabilaHroslan othman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
BAMBANGAN
Guest
BAMBANGAN

Aku mendapat ilham…dalam dunia ni..jangan sesekali percaya dengan orang botak pakai gincu yang ada bini pendek…jangan…trust me…..hehehehhehehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang pertama yang akan dipecat adalah Tun Mahathir, selepas itu akan diikuti oleh Muhyiddin, Shafie, Sanusi dan beberapa orang ketua bahagian dan ketua cawangan. Ini hanya lah rujukan nujum pak belalang saja… Walau bagaimana pun, bukan pekara mustahil ianya akan terjadi demi mempertahankan Najib, Rosmah, Jho Low, 1MDB, dan duit curi RM2,600 juta. Perlu diingatkan pada ahli dan pemimpin UMNO Baru bahawa kerosakan yang berlaku dalam negara adalah berpunca dari kelemahan Najib dalam menguruskan ekonomi negara. Tiada siapa yang mempertahankan kedudukan Najib yang telah merosakkan nama baik Malaysia kecuali sebahagian dari ahli dan pemimpin UMNO Baru serta beberapa agensi penguatkuasa… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 12.25, Hang cakap itu betul sangat,sekarang ini tengah dok berubat minum air ketum bagi ada tenaga untuk berperang dengan penyakit.Pembawa penyakit seorang saja tetapi bila pergi palit kapada Umno buat apa,tengah merebak sekarang semua orang salah mereka saja betul.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lama aku tak dengar najib kata 1 Msia…Orang pun dah tak bawa placard l love PM dan l am 4 U.

Bajet dah habis ker najib? Atau dah tak ada orang nak bawa placard pembawa sial tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Pada pendapat aku…..biarlah mereka nak pancung ker nak tendang ker aku dah x kisah dah…..tapi yg aku minta selepas tindakan ini aku pasti umno akan mengidap kencing manis,kita akan lihat kaki dipotong,tangan dipotong dan dah x terdaya lagi….tunggu hari mati sahaja

Sang Wira Bangsa
Guest
Sang Wira Bangsa

Paling terkesan jika tindakan gantung atau pecat benar-benar berlaku Selasa ini ialah Dr Mahathir Mohamad. Rumah dan keluarga yang dibinanya selama ini (UMNO Baharu) menendang beliau keluar. Tragis. Tiba saat itu, jika ada yang masih ingat doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor suatu masa dahulu, pasti tersentuh dan tersedar tingginya maqam hamba yang terinaya di sisi Allah. Jika Dr Mahathir Mohamad merasakan dirinya diinaya lalu menyerah (berdoa) kepada Allah, suatu hari kelak Mohd Najib Abd Razak pula beroleh karma. Janganlah persenda kuasa doa. Allah Maha Melihat lagi Maha Adil

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku tak percaya berita ini kerana ku nan kata jangan dengar kabar angin dan berta yg tak sahih itulah pandangan hamba yg daif ini ameen

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku tak percaya berita ini kerana ku nan kata jangan dengar kabar angin dan berta yg tak sahih itulah pandangan hamba yg daif ini ameen

Anonymous
Guest
Anonymous

Cik NordinabilaH,

Dalam politik tak boleh percaya secara total kepada sesiapa saja. Tambah lagi Ku Nan tu…kalau keturunan pun dia bleh tipu, tukar nama dari rakyat biasa jadi Tengku celup, inikan pulak cakap-cakap politik. Itu pandangan hamba yang naif….

Anonymous
Guest
Anonymous

Ular Sawa UMNO tu. Cukup berlagak. Cukup menyombong. Dah lah rupa tu buruk. Perangai lagilah buruk.

Nan bila kau nak mampus?????

roslan othman
Guest
roslan othman

Pemimpin yang korup dan lemah seperti najib akan selalunya dikelilingi oleh orang orang yang korup dan tiada integriti , selalunya semua kelompok seperti ini termasuk ketuanya yang korup akan hidup dalam pembohongan , penipuan dan kesilapan , Mereka tiada hikmah dan bijaksana dalam apa saja yang mereka lakukan akhir nya bila masa sudah tamat , mereka akan dihukum dengan kesilapan kesilapan yang mereka sendiri lakukan , kehinaan akan menyelubungi sejarah diri mereka .

berasiam
Guest
berasiam

Kisah firaun memang dijadikan ibrah untuk manusia hingga akhir zaman. Nabi Musa as diutus untuk memberi peringatan kepada firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan. Firaun yang rasa dirinya mampu berbuat banyak perkara luar biasa mencabar Nabi Musa as dengan pelbagai helah tetapi semuanya dijawab dengan baik oleh Nabi Musa as. Disebarkan propaganda kononnya Nabi Musa as ingin merampas kuasa firaun dan menguasai negaranya. Kemuncaknya firaun mengumpul ahli sihir untuk menundukkan Nabi Musa as. Jika ahli sihir menang dijanjikan kedudukan dan imbalan yang besar. Bila akhirnya firaun memutuskan untuk menghapuskan Nabi Musa as dan kaumnya, diperintahkan mereka menyeberangi laut merah yang… Read more »

muring.com
Guest
muring.com

Apakah alternatif yg ada untuk rakyat…umno/bn haru biru termasuk komponen parti…pas dgn carany a yg tk kemana…pan masih bermimpii…pkr pon lebih kurang..

Anonymous
Guest
Anonymous

selamat menyambut hari selasa……nak gantung jangan tali putus
nak pancung jangan pedang tumpul