MEMAHAMI TANDA2 MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ATAU SEBALIKNYA

Bila sebenarnya mesyuarat MT UMNO akan diadakan? 
Ada maklumat mengatakan tarikhnya telah ditetapkan pada 27 November ini, tetapi sebagaimana yang tersebar luas dalam media sosial dan grup Whatsapp, mesyuarat itu dikatakan sedang cuba diawalkan pula kepada 24 November.
Tidak dipastikan sejauh mana betul atau tidaknya maklumat itu, tetapi jika benar mesyuarat akan diadakan pada 24 November, kemungkinan ia tidak dapat dihadiri oleh Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana kedua-dua berada di luar negara.
Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.
Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat  dalam mesyuarat MT UMNO kali ini?
Jika benar tarikh mesyuarat itu diawalkan kepada 24 November, apakah tujuannya dan adakah ia merupakan petanda buruk kepada kedua-duanya?
Namun, jika mesyuarat kekal pada tarikh 27 November, adakah ia boleh dianggap petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman?
Mesyuarat MT kali ini lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan. Sebarang tindakan, sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian, khususnya kepada Muhyiddin, akan dilihat sebagai percubaan secara “terang lagi bersuluh” untuk menghalangnya daripada merasmkan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang dijadual diadakan pada malam 8 Disember.
Bagaimanapun, jika kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari lalu masih boleh dipercayai dan diterima pakai,  bermakna kedudukan Muhyiddin Yassin tidak akan tergugat menjelang Perhimpunan Agung UMNO 8 hingga 12 Disember ini.
Tengku Adnan dilaporkan berkata, isu pemecatan Muhyiddin daripada UMNO hanyalah khabar angin semata-mata dan beliau tidak mengetahui apa-apa mengenainya.
Sejak mesyuarat MT yang sepatutnya berlangsung pada 30 Oktober lalu ditangguhkan, spekulasi berlegar kuat bahawa penangguhannya ialah untuk memberi tempoh kepada ibu pejabat UMNO menyediakan laporan dan seterusnya pertuduhan terhadap Muhyiddin dan enam pemimpin lain yang didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan parti secara terbuka.
Antara yang disebut-sebut akan diambil tindakan sama selain Muhyiddin dan Shafie ialah Tun Mahathir Mahathir, Sanusi Junid dan beberapa yang lain yang tidak diketahui secara pasti identiti mereka.
Dalam program Bicara Minda – Berani Kerana Benar di Johor Bahru kira-kira dua bulan lalu, Muhyiddin turut meluahkan perasaan kecewa berikutan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO tidak lagi dihormati selepas digugurkan jawatan dalam kabinet.
Kata beliau, terdapat beberapa mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya selaku Timbalan Presiden, antaranya Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO, kini sudah diambil alih oleh Najib.
Katanya lagi, keadaan itu seperti tidak menghormati ahli-ahli parti yang memilihnya sebagai Timbalan Presiden UMNO serta seolah-olah lupa kepada pengorbanannya selama ini.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut mendedahkan terdapat desas-desus peranannya merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini turut ditiadakan dengan digantikan oleh Najib selaku Presiden UMNO.
Meskipun perkara ini sudah menjadi percakapan ramai sejak akhir-akhir ini, namun masih tiada kepastian yang nyata mengenainya.
Di kalangan pemimpin UMNO, hanya Mustapha Mohamad dan Mukhriz Mahathir yang ada memberi reaksi mengenainya dengan mengatakan sehingga ini perkara itu masih bersifat khabar angin dan tiada kepastian lagi.
Di kalangan Pemuda UMNO pula, hanya Ketua Pemuda Selangor, Zainuri Zainal yang kekal mempertahankan kedudukan Muhyiddin serta mahukan jawatan serta kebiasaan seorang Timbalan Presiden UMNO merasmikan mesyuarat sayap-sayap terus dikekalkan.
Sekiranya benar kenyataan Tengku Adnan bahawa isu pemecatan Muhyiddin hanyalah sekadar khabar angin, maka sebelum mesyuarat MT akan datang ini, peranan Muhyiddin  mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti sebagaimana lazimnya, haruslah dikembalikan terlebih dahulu.
Tidak perlu Biro Politik yang dipengerusikan Najib mengambil alih tugas itu seperti yang berlaku sejak Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu.
Jika peranan Muhyiddin mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti tidak juga dikembalikan sebelum mesyuarat MT akan datang ini atau memang benar tarikh mesyuarat dipercepatkan kepada 24 November, maka kemungkinan besarnya ialah Muhyiddin bakal dipecat atau digantung keahlian UMNOnya.
Begitu juga dengan Shafie dan lain-lain yang termasuk dalam Kumpulan 7 itu, mereka juga akan menerima nasib yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin. (SH 20/11/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

8
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Rani……
Rani mana ni…..yg aku kenal rani kulop aje,rani yg banyak buat repot tu rani glamour.x pernah aku dengar dia ni pejuang bangsa dan agama….

Anonymous
Guest
Anonymous

ayahanda rani……x buat repot polis ke? ini masalah pecah amanah…masalah agama….islam pulak tu…takkan bab jerubu boleh buat, tapi bab anak yatim/ org miskin/ mualaf x amik pot…..glamour nanti wak,, pru 14 calon pm… tak ke gitu

Anonymous
Guest
Anonymous

Hati-hati dengan doa orang teraniaya.

Anonymous
Guest
Anonymous

apa susah……lepas wat dosa, gi umrrah…….meronong mereneng pusin kaabah….sah , dosa terampun walaupun sebelum tu gi mengunta ngan bini ……umrah..0.000000035% sja ..mahzahab wajidun asrafun khafeeroon

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak doa apa? Tukar Najib jadi batu? Haha.. berangan ja.. x pernah makbul pun. Tgk apa jadi dgn Palestine. Rakyatnya x berdoa ka @ memasing buat pekak sampai negara sendiri hancur lebur??

Anonymous
Guest
Anonymous

Maaf cakap, tapi apa bezanya kalau Muhyiddin/Shafie masih atau dibuang UMNO. Apa mereka berdua ni boleh buat?

Anonymous
Guest
Anonymous

makes no diff cos the population of malay ngok is increase due to the mou between ungok and pasngok and pkr deems to be buried alive…wawi, wake up…you are in the quicksand

Anonymous
Guest
Anonymous

Mereka x menyumbang apa2 lagi utk UMNO. Dah jadi selipar buruk. Dlm UMNO dan malaysia, manusia dihormati kerana kuasa. Bukan kerana ilmu.

Bila dah jadi selipar buruk, bunuhlah diri dpn Dataran Merdeka pun, malaikat x akan sedar. Apa nak heran…