BAJET GAGAL DITOLAK TAPI NAJIB TETAP TIDAK SELAMAT

Meriah dan seronok benar puak-puak pro Najib Razak apabila Bajet 2016 gagal ditolak di Parlimen dalam pengundian pada malam Isnin lalu. Gembiranya mereka seolah-olah kemenangan 128 -74 itu merupakan petanda Najib akan mampu bertahan sehingga hari kiamat layaknya.
Sebenarnya gagalnya bajet itu ditolak bukanlah perkara yang pelik dan menghairankan kerana BN sedia dimaklumi mempunyai jumlah 134 Ahli Parlimen berbanding 222 keseluruhannya. Pembangkang hanya mempunyai 87 Ahli Parlimen saja, itu pun termasuk Pas yang memang diketahui lebih condong kepada UMNO dan BN sejak kebelakangan ini. Seorang lagi iatu Khalid Ibrahim pula Bebas.
Pembangkang tidak risau mereka kalah dalam pengundian itu kerana sedar angka 87 jumlahnya lebih sedikit daripada 134. Malahan budak sekolah rendah pun tahu 134 lebih besar daripada 87. Bagi mereka, kalau kalah ia perkara biasa, jika menang luar biasa.
Tetapi yang risau akan kalah dalam pengundian itu ialah BN sendiri. Bukan saja Zahid Hamidi memberi amaran akan memerhatikan satu demi satu arah sokongan Ahli Parlimen BN ketika pengundian itu, bahkan Najib sendiri ketika tiba daripada lawatan ke Turki pada malam Isnin itu, tidak pulang ke rumah sebagaimana kebiasaannya, sebaliknya terus pergi ke Parlimen untuk melakukan undian.
Aduh, sampai begitu sekali risau hatinya? Dan sampai begitu sekalikah angka kecil mampu menakutkan angka yang lebih besar?
Kenapa bimbang sangat walaupun sudah sedia mempunyai angka 134 daripada 222 jumlah Ahli Parlimen? Tidak yakin dan percayakah dengan pendirian Ahli Parlimen BN sendiri?
Kesimpulannya, kejayaan BN mempertahankan Bajet 2016 daripada ditolak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Jauh sekali untuk berkokok dan berkepak seolah-olah ia suatu kejayaan yang besar.
Ia tidak lebih umpama menangnya motorsikal apabila berlumba dengan basikal.
Tetapi, tentunya ramai tertanya-tanya kenapa sebelum perlumbaan itu dijalankan, pasukan pelumba motorsikal lebih bimbang berbanding penunggang basikal?
Selain itu, sesuatu harus disedari juga ialah kemenangan mengekalkan Bajet 2016 itu tidak menambahkan walau sedikit pun sokongan rakyat mahukan ahli UMNO terhadap Najib.
Jika sebelum pengundian  diadakan, daripada sepuluh pejalan kaki yang ditanya sama ada menyokong Naib atau sebaliknya dan mungkin hanya dua atau tiga yang memberikan jawapan positif, adakah selepas bajet dapat dipertahankan, sokongan itu bertambah menjadi enam atau tujuh?
Jika tidak ada apa-apa yang bertambah, apalah sangat mahu diraikan kemenangan itu!
Malahan, sokongan dalam UMNO juga boleh dilihat makin berkurangan selepas bajet dapat dipertahankan bila mana sekumpulan Ketua UMNO Cawangan di Selangor mengadakan sidang akhbarnya semalam menolak kepimpinan Najib dan menggesanya meletakkan jawatan jika ingin BN terus memenangi pilihanraya.
Tindakan Ketua-Ketua Cawangan di Selangor ini adalah susulan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang menuntut perkara yang sama bulan lalu.
Dengarnya juga, terdapat beberapa lagi Ketua UMNO Cawangan daripada negeri-negeri tertentu turut menuntut perkara yang sama selepas ini. Hakikatnya, hari demi hari, sokongan terhadap Najib bukannya bertambah, malah kian berkurangan.
Mereka yang berakal rasional dan pemikiran pula  tidak dijangkiti sebarang virus kepentingan diri, rata-ratanya dapat melihat Najib bukan saja beban kepada UMNO tetapi juga kepada negara.
Kalau sudah memiliki jumlah 134 tetapi masih bimbang dengan angka 88, tidak lain ia adalah isyarat tidak yakin diri “tahap gaban”  sedang dialami oleh Najib, UMNO dan BN sekarang ini.
Dalam pada itu, penolakan dan asakan kepada Najib juga tidak berhenti setakat ini saja. Mungkin lebih banyak lagi siri-siri penolakan sama ada dalam UMNO, Parlimen atau melalui gerakan rakyat yang lain selepas ini.
Menolak bajet hanyalah permulaan, bukannya akhiran segala penolakan terhadap seorang pemimpin yang paling banyak masalah dan kebencian daripada rakyat.
Maka, tidak perlulah terlalu gembira dan bersorak sorai dengannya. Permainan belum tamat lagi. (SH 18/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

20
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousgiorgio Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

PAS bijak?? Hehehe..sape-sape yang sokong Najib..kalo diiktiraf sebagai bijak..tak tau le orang tu manusia ke kambing ke lembu ke..tambah pulak kalo ostard-ostard..tak layak dipanggil ostard lagi tapi lebih layak dipanggil "retard" jer..hehehe..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tanggung jawab MP BN ialah memastikan betul-betul bajet tidak menyusahkan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara.

Jika MP BN menyokong semata-mata kerana takut pada Najib dan Zahid, tunggu lah masa nya di mana menyesal pun sudah tidak berguna lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

teringat arwah ustaz nakaei…..permergian mu tidak dihargai..kisah perjuangan mu tidak diiktibari…kini tghh cuba ingin menyusuli….kita tengok apa akan terjadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila dia jadi arwah???? tak dengar berita pun.

Anonymous
Guest
Anonymous

arwah dari ungok dan pasngok adalah

Anonymous
Guest
Anonymous

Nakhaei mana mampuih lagi.. dia kluaq UMNO Sept 2014 ja slps jadi selipar burok daà..

giorgio
Guest
giorgio

Bro, RM will soon turn to pesos, USD1 to RM5 is within reached, when TPPA is officially approved which I think it will… Makcik n Pakcik Felda will start weeping without tears flow from the eyes… When we come to greed n power, nothing is enough…

Anonymous
Guest
Anonymous

unstable mind will be swirl when obsessed by rm, no matter who ……rm the mother of all evil

Anonymous
Guest
Anonymous

big mummy

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampak sangat PM bukannya takut dgn pembangkang. Sebenarnya dia takut pada MP BN nya sendiri..

~ Si Luncai takut dgn bayang2nya..

Anonymous
Guest
Anonymous

Biarkan….biarkan…

Anonymous
Guest
Anonymous

ita rakyat marhaen ni bekerja untuk cari makan sesuap nasi

Bapak bapak menteri kerjanya curi makan untuk hidup semewah mewahnya dan bawa anak bini shopping ke luar negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib tahu MP2 BN semuanya bolih dibeli olih dia. 'Cash is king'. Kalau tak bongok dan tak bolih dibeli, jangan harap nak jadi MP BN.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia ingat usul hudud boleh lepas jika dia sokong najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampak gaya politik pas bijak juga kerana sudah tahu kalau bangkang pun tak akan beri kesan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunggu saja PRU 14 nanti. Kita tolak mereka sehingga ke hujung dunia termasuk Ular Sawa UMNO tu sekali.

Sekarang ni bolehlah gelak gelak bolehlah berlagak

Anonymous
Guest
Anonymous

Bijak politik? Yg pasti nya rakyat meluat dgn sikap PAS yg mengkhianati amanah yg di beri kan. Sepatutnya budget ni di tolak sb menyusah kan rakyat. 3 YB PAS pun tolak budget ni dgn alasan menyusah kan rakyat. Kami rakyat ingin tahu sikap YB2 yg Kami undi dulu. Sekarang dah jelas siapa yg memperjuang kan rakyat & siapa mengkhianati… Pandai sungguh PAS ber politik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana ada gaya politik Pas lagi???? Sekarang ni gaya politik Hadi. Apa Hadi cakpa tu lah yg diikuti olih pak turut2nya. Ada juga 3 MP Pas ikut gaya politik Pas dan tolak bajet. Mereka tak ikut gaya politik Haadi yang sedang focus meminang Umno dan Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kat Port Dicksons selamat

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib ni perasan je lebih.Berlagak macam bangus tapi PM paling bangang dalam dunia. Najib ni macam John Major dari Parti konservatif yang kalah pada pada parti labour di Britain, sebab rakyat pertikai, John Major tiada kelulusan. Macam najib bodoh nak mampos tapi muka tebal kulit babi!