PELAN RASIONALISASI HUTANG 1MDB, TAPI RASIONALKAH IA KEPADA RAKYAT?

Keputusan siapa bakal memenangi tender membeli Edra Energy, syarikat milik 1MDB akan diumumkan tidak lagi. Ia merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan hutangnya yang dianggarkan berjumlah RM42 bilion.
Aset Edra yang mahu dijual itu terdiri daripada lima loji janakuasa tempatan dan lapan di luar negara yang dinilai harganya oleh bank-bank kira-kira RM10 bilion.
Ada juga laporan yang menyebut penjualan itu mungkin sekitar RM12 hingga RM16 bilion. Bagaimanapun 1MDB membeli kesemua IPP itu dengan harga RM18 bilion, dengan antaranya dibeli pada harga lebih tinggi daripada nilai pasaran, terutama beberapa 1PP yang sudah hampir “tarikh matinya”.
Tender untuk membeli Edra ditutup pada 6 November lalu dan keputusan siapa yang bakal memenangi dijangka akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. 
Dipercayai empat pembida telah disenarai-pendekkan untuk memiliki Edra, yang antaranya ialah TNB dan syarikat usahasama China dengan Qatar.
Di atas kertas, terlihat seolah-olah syarikat luar negara berpeluang cerah memiliki aset 1MDB itu berikutan harga terbaik yang ditawarkan mereka. Ia kemudian diikuti dengan kesediaan kerajaan melonggarkan pegangan syarikat asing dalam mana-mana syarikat tenaga tempatan ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 100 peratus.
Sumber pemain industri tenaga menyebut, semua yang dilakukan itu hanyalah “wayang”  semata-mata kerana hakikatnya kerajaan memang mahu menjual loji janakuasa milik 1MDB itu kepada TNB tetapi tidak mahu terlalu berterus-terang kerana bimbang dilihat mahu menjadikan syarikat pembekal tenaga itu sebagai penyelamat.
Permainan itu tambah “menjadi”  apabila PKR melalui Rafizi turut membantah dan mengemukakan usul di Parlimen bagi membincangkan kelonggaran pemilikan asing yang dibuat kerajaan itu yang seolah-olah akan memberi kelebihan kepada syarikat usahasama China-Qatar memenangi tender membeli Edra.
Bantahan PKR berasaskan bahawa jika ia menjadi kenyataan, bermakna bukan saja aset negara telah jatuh ke tangan asing, bahkan juga memberi ruang kepada pihak luar menentukan kadar tarif elektrik negara.
Sebagai pihak yang sayangkan negara, bantahan PKR dan Rafizi memang ada asasnya, tetapi dalam masa yang sama memang itulah yang dimahukan oleh 1MDB dan kerajaan.
Dengan itu, jika TNB yang dipilih untuk membeli Edra, ia tidak lagi dilihat sebagai penyelamat hutang-hutang 1MDB semata-mata, bahkan juga kononnya untuk menjaga kepentingan ekuiti negara tidak terlepas ke tangan asing dan untuk memastikan kadar tarif letrik tidak ditentukan oleh pihak luar.
Namun, jangan lupa, apabila TNB yang dipilih membeli loji-loji janakuasa itu, ia bukan saja menambahkan beban syarikat utiliti negara itu, tetapi juga menjadikan rakyat menanggung sekali lagi beban 1MDB.
1MDB adalah milik kerajaan dan TNB juga milik kerajaan. Jika kali pertama 1MDB meminjam wang melalui penjualan bon yang dijamin kerajaan untuk membeli loji-loji itu, melalui pembelian oleh TNB kali ini, ia sudah tentu perlu meminjam wang juga untuk membelinya.
Sebagai syarikat kerajaan, saham-saham TNB hanya kira-kira 15 peratus saja yang diapungkan di pasaran terbuka dan selebihnya adalah milik kerajaan melalui pelbagai agensi pelaburan dan pemegang amanahnya.
Bermakna, jika TNB meminjam wang untuk membeli loji-loji Edra itu, ia sebenarnya turut saja melibatkan kepentingan rakyat sama.
Kali pertama ketika 1MDB membuat pembelian, kerajaan menjadi penjamin yang bermakna hak-hak rakyat dijadikan cagaran, kali kedua untuk menyelamatkan hutang-hutangnya, sekali lagi hak rakyat dipertaruhkan.
TNB bukan tidak sedar dan tidak bimbang dengan keadaan ini. Tetapi apa pilihan yang mereka ada?
Lantaran itu, kakitangan TNB telah mengadakan solaf hajat pada Jumaat lalu memohon perlindungan dan petunjuk Tuhan berhubung kemelut ini. 
Dengan ini, dalam isu 1MDB ini saja, dua agensi kerajaan sudah mengadakan solat hajat memohon perlindungan dan agar terus diberkan kekuatan iaitu TNB dan SPRM. Tidak pernah ada syarikat lain selain 1MDB yang menimbulkan masalah sebegini rupa kepada mana-mana agensi kerajaan sebelum ini.
Secara mudahnya, penjualan loji-loji janakuasa itu ialah sebahagian pelan rasionalisasi hutang 1MDB, tapi adakah ia rasional kepada rakyat? (SH 16/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

27
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
ramsi nurAnonymousaunizamazMalindoeskimo Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Penipu tetap penipu ,Mana ada ruang dia tak lepas peluang,Malaysia sememang nya sedang di pimpin kearah kehancuran oleh penipu dan penyangak kelas satu

Anonymous
Guest
Anonymous

Edra akan menjual aset tenaganya dlm dua blok. Blok pertama loji tenaga luar negara akan dijual kpd JV China-Qatar. Blok kedua IPP second hand yg beroperaso dlm negeri dijual kpd TNB utk mengelak bantahan massa. Ini lah pelan rasionalisassi 1MDB. Harga loji luar negeri diharap dpt token kerugian loji IPP yg dibeli TNB pd yg rendah. Ini utk menjaga air muka politik dan patriotisme ekonomi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mmg dari dulu lagi ramai dah bilang 1mdb ini business monyet aka monkey business. Beli asset hutang. Beli asset mahal. Tanggung beban hutang. Bila tak boleh bayar hutang jual asset pulak. Yg beli syarikat GLC. Apa maksud GLC. Ada gomen kat depan tu masih tak paham ?? Skang ni beban hutang 1mdb beralih ke agensi lain. Sama jugak dgn Tanah. Dijual pulak harga tinggi semua kerana beban hutang. Ada tak siapa2 yg buat kira kira asset 1mdb ni semua berapa harga pasaran ?? Mu tentu terkejut bhai !!

Malindo
Guest
Malindo

Saya mungkin tak berapa faham hal 1MDB atau pembelian beberapa IPP di Malaysia oleh 1MDB dan juga agak 'bodoh' dalam hal transaksi syarikat syarikat besar.Tapi Alhamdulillah syarikat/PT saya yang kecil(hanya dimiliki oleh saya warga Malaysia dan istri warga Indonesia)telah lama disenaraikan oleh PT PLN Indonesia/TNBsebagai IPP di Indonesia.Pemerintah Indonesia walau pun dah tak mampu membangunkan pembangkit listrik/Penjana kuasa eletrik kerana masalah dana Pemerintah Indonesia dan telah menyerahkan pada swasta(Asing dan syarikat dalam negeri),TAPI Pemerintah telah menetapkan bahawa pemilikan asing hanya dibenarkan 49% DAN tarif eletrik di tetapkan oleh Kementerian Energi & Sumber Daya Mineral Indonesia dan PT PLN/TNB(Terkini tarif yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

kpada tghh dan bani melayu……. cukuplah memperlihat kebodohan kamu setiap hari….sedar dan bertaubatlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam hormat, Kalau sembahyang hajat boleh mengubah sesuatu, maka sudah LAMA umat Islam telah menakluki dunia menerusi berbagai bidang, termasuk & tidak terhad, dlm bidang sains, teknologi, perbankan, pertahanan, kemanusiaan, kesihatan, kesasteraan dll.. Malah Yahudi Zionist pun dah lama hancur atas dasar sembahyang hajat sahaja – lebih2 lagi didepan Kaabah ("Rumah" Allah.. nauzubillah!) dan berimamkan orang Arab (yg rata2 dimuliakan oleh orang2 Melayu)!!! Kalau kita baca Al Quran dalam bahasa yg kita boleh faham (bahasa ibunda kita), kita akan mendapat PANDUAN bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya masih ingat lagi semasa ularmak2 PAS sembahyang hajat dirumah TS Khalid Ibrahim supaya beliau kekal sebagai MB Selangor..

Anonymous
Guest
Anonymous

HAKIKATnya, Bugis, Minang, Jawa, Senoi, Jakun, Iban, Dayak, Cina, India, Arab bla.. bla.. bla.. semuanya adalah PEMERGI pada waktu yg diTENTUkan.. tidak cepat, atau lewat.

Anonymous
Guest
Anonymous

HAKIKATnya, Bugis, Minang, Jawa, Senoi, Jakun, Iban, Dayak, Cina, India, Arab bla.. bla.. bla.. semuanya adalah PEMERGI pada waktu yg diTENTUkan.. tidak cepat, atau lewat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Wahai kaumku Bani Melayu..

Ingat-ingatlah didalam setiap rakaat kita bersolat bahawasanya ada TIGA (3) laluan bagi kita –

1. Jalan lurus yg diBERKATI Allah;
2. Jalan yg diMURKAI Allah;
3. Jalan bagi mereka yang SESAT.

Sedangkan hidup kita mundur, tertindas, merempat dinegara sendiri akibat berdekat2 dibangsatkan oleh kaum sendiri, mana mungkin kita berada dijalan yg diberkati Allah?

Sekiranya kita tidak diBerkati Nya di dunia ini (akibat mendukung yg batil & menolak yg benar), mana mungkin kita di Redhai Nya diakhirat kelak?

~ "Susungguhnya Hisab Allah itu TUNAI & Janji Nya itu BENAR!"

Anonymous
Guest
Anonymous

Bani Melayu ini sungguhnya pelik. Nak katakan bodoh bukan, pandai pun bukan.. gila agaknya???

Pemimpin Melayu sudah TERANG lagi BERSULUH mencuri RM26B (=RM42B pinjaman 1MDB tolak RM14B pembelian yg direkodkan) drp tabung keturunan mereka yg mana 10% telah KANTOI masuk kedalam tabung persendirian, tetapi mereka TIDAK lansung menggamuk tunjuk perasaan – sedangkan pasal RM900-00 kes OPPO mereka keluar BERAMAI2, BERSATU, BERSEMANGAT & BERPARANG!!!

Apa ke barang tuuu????

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 7:54, nampak sangat persilat2, pendekar2, perwira2, pejuang2 Melayu yang bertenggolok & berkeris hanya berjuang untuk mengalih pandangan drp pengkhianatan oleh pemimpin Melayu demi TEMBOLOK mereka sahaja dan bukan demi rakyat Marhaein yg tertindas khasnya Melayu!

Asal kan masyukkkkk.. betul tak Bang Ali?

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul cakap ustaz atas ni semayang hajat takleh ngubah apa2. Mesti dia dulu ambik periksa sekolah mak bapak dia pun tak buat semayang hajat pasal makpak dia dah usha terbaik utk sekolahkan dia pandai dgn hasil usaha sendiri. Takyah berhajat dgn Allah Taala. Sejak bilalah pulak yg korang melayu pandai ni dah ada JV company dgn Allah Taala? Otak korang terlebih oksigen ke? Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat sebagai kurnia dari Kami, berkatalah ia dengan sombongnya: "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ustaz dalam quran pun Allah Taala tak suruh pun melayu menakluki dunia. Mengejar dan mengutamakan dunia pun Dia tak bagi. Dia suruh mencari akhirat je ustaz dunia ni cari sedang2 saja. Takyah la sampai nak berebut dunia dan bergaduh sesama sendiri. Ustaz pakai quran usmaniah ni ustaz. Tu yg tak payah pakai semayang hajat tu.

eskimo
Guest
eskimo

1MDB is a scheme to scam. Seorang pemimpin yg merancang dan menghalalkan pencabulan hak hak dan harta harta rakyat sebegini rupa harus ditentang habis habisan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni lah akibatnya bila haramjadah jd pemerintah..oh malaysia ku..

roslan othman
Guest
roslan othman

Saya telah membaca dan melihat video penerangan terkini usaha menyelamat isu 1MDB oleh saudara Arul kepada kebanyakan ahli umno yang dibuat pada beberapa hari lalu , sungguh menghairankan dan pelik kerana tiada satu usaha yang boleh dikatakan untuk menguntungkan pihak syarikat , kerajaan apa lagi rakyat , yang jelas asset milik negara akan dijual pada syarikat asing , asset 1MDB menjadi semakin kecil kerana dijual untuk bayar hutang jadi bermakna syarikat 1MDB telah rugi bukan untung , tapi ini dikatakan usaha merealisasi ( kerja kerja penipu) kemudian hutang pula lebih di sentuh untuk bayar interest ( bunga) bukan pokok ,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

..lembu bertukar wajah? hehehe..

aunizamaz
Guest
aunizamaz

Sungguh malang rakyat Malaysia mempunya pemimpin bangang, pengikut mereka pun bangang. Yang belum bangang, perlahan-lahan di bangang kan. akhir sekali semua jadi bangang. Yang cerdik pandai, di SOSMA, di POTA, di serang dengan apa2 cara pembunuhan karakter. hmmmmmmm. MALAYSIA DARUL BANGANG

Anonymous
Guest
Anonymous

Bon tu maknanya HUTANG!!! Gali lubang kat TNB untuk tutup lobang kat 1MDB..

Bodoh sangat ke rakyat Malaysia yg rata2nya Melayu? (Ehem, yang lain2 tu adalah Pendatang.. tak gitu?)

Anonymous
Guest
Anonymous

Bugis dengan Minang pun pendatang juga?

Anonymous
Guest
Anonymous

"..tetapi tidak mahu terlalu berterus-terang kerana bimbang dilihat mahu menjadikan syarikat pembekal tenaga itu sebagai penyelamat."

Penyelamat ke, atau "BARUAH"?

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasional apanya? Beli masa beli IPP dengan harga lebih tinggi daripada pasaran serta tarikh gunapakai pun hampir luput. Nak jual pula dengan harga murah.

Akai ada ka?

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua ni olok2 dan main2 saja nak lupus hutang. When BN clowns doing buy and sell, all the ways are profit!!!! Kenapa? Tak percaya? Lepas jual, duit hasil jual dirembat masuk poket lagi dan lagi dan seterusnya hutang dulu kekal untuk rakyat membayarnya. Tak reti2 lagi ka cara pimpinan UMNO berniaga? Mana pernah derang rugi. Semuanya untung. Beli pun untung berpuluh kali ganda..habis difaraid masuk poket sendiri jugak, dan masa jual tak kira murah-mahal pun tetap untung berpuluh kali ganda. Untung semua dia kebas, beban hutang jaminan kerajaan rakyat bayar. InsyaAllah semuanya untung. Haha.. bodoh sampai ke mampus la kita… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

1. Nak beli sesuatu aset atau buat apa-apa projek = modal guna duit cukai, zakat, denda saman dan hasil simpanan tabungan rakyat. LHDN, KWSP, TH, KWAP, GLC Banks, Kutipan Imegresen berjuta2 sehari dan banyak lagi, terlalu banyak untuk disebutkan. 2. Buat atau beli aset atau semua hasil projek kerajaan = jadi milik sendiri atau kroni atau dikawal diri sendiri. Tak ada siapa boleh audit. Lihat TNB, PLUS, PETRONAS, MAYBANK, HOSPITAL SWASTA, PROJEK2 MARA dan segala bagai lagi. Jika duit menggunung, cipta lagi syarikat terbitan hasil duit untung berlipat kali ganda, Cth MBSB dihasilkan dari KWSP. 3. Bila lingkup atau kantoi,… Read more »

berasiam
Guest
berasiam

Najib sebagai pencipta 1mdb dan masalah susulannya perlu lebih rasional dengan cara meletak jawatan.

ramsi nur
Guest
ramsi nur

Terimah kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
lagi…terimah kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
dinmr hp beliau (081-322-565-355) atau klik http://prediksiangkahoki88.blogspot.com/
dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih