HUSAM TAK SEPATUTNYA TERUS BABIT ISTERI DALAM SUMPAH POLITIKNYA

Walaupun kita mungkin dapat memahami mengapa bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa sanggup bersumpah mentalak isterinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai penubuhan kerajaan campuran parti itu dengan UMNO melalui usaha Hadi Awang sendiri, tindakan beliau tetap merupakan sesuatu yang tidak sewajarnya.
Kalau pun ingin menunjukkan dakwaannya itu bukan main-main dan seolah-olah Hadi Awang mengkhianati perjuangan Pas, apakah bersumpah melibatkan isteri sendiri merupakan sesuatu yang seharusnya terus dilakukan?
Kenapa asyik-asyik isteri yang dijadikan gadaian dan galang ganti untuk menunjukkan kehebatan perjuangan?
Bukankah sebagai pemimpin progresif dalam Pas, Husam sepatutnya cuba menghapuskan budaya sumpah sebegitu rupa memandangkan  bekas pemimpin kumpulan itu yang kini menyertai Amanah sudah membuang jauh dan tidak mengiktiraf amalan itu?
Tidak adakah perkara lain, selain isteri sendiri yang boleh dijadikan sandaran jika ingin bersumpah berkaitan politik?
Kenapa tidak bersumpah seperti menyerahkan sebahagian harta atau kereta kepada masjid, rumah kebajikan atau seumpamanya yang jelas hanya membabitkan diri sendiri saja?
Sebelum ini, semua wakil rakyat Pas diwajibkan bersumpah baiah ketika bertanding dalam pilihanraya dengan di Kelantan paling menjadi perbualan kerana menjadikan syarat akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga sekiranya meninggalkan perjuangan parti itu atau menyertai parti lain.
Isu baiah ini secara umumnya telah diperkatakan secara meluas dalam masyarakat dan rata-rata menganggap ianya tidak wajar sama sekali dan seolah-olah menjadikan isteri masing-masing sebagai barang gadaian dalam perjuangan sedangkan mereka tidak terlibat atau tidak seharusnya terbeban memikul keputusan politik yang dibuat oleh suami.
Dalam isu perpecahan Pas dengan Amanah baru-baru ini, isu baiah  ini timbul kembali berikutan beberapa pemimpin Pas tetap bertegas untuk menyertai Amanah sebagai wadah baru perjuangan mereka.
Pemimpin Pas di luar Kelantan yang berbaiah seperti haram menikmati gaji dan elaun jika meninggalkan parti itu telah pun menebusnya dengan antaranya memberi makan kepada anak-anak yatim dan sebagainya, manakala mereka di Kelantan yang terlibat dengan baiah talak tiga isteri pula, masing-masing tampil dengan mengatakan ianya tidak semestinya dipatuhi.
Antaranya dengan bersandarkan hujah bahawa baiah itu dilakukan tidak sepenuhnya dengan kerelaan, mengatakan ada toleransi boleh memilih yang lebih ringan atau kurang mudaratnya daripada talak tiga itu serta ada juga yang menyerahkannya kepada Allah yang lebih mengetahui untuk menentukan segala-galanya.
Kini isu baiah dalam Pas boleh dikatakan sudah berlalu. Yang kekal dengan Pas mungkin marah dan mengata macam-macam terhadap mereka yang melanggarnya untuk menyertai Amanah, tetapi yang ingin  keluar Pas tetap juga berbuat demikian bersandarkan hujah dan keyakinan masing-masing.
Maka, apabila Husam membangkitkan kembali perkara itu dengan cuba menjadikan talak isteri sebagai gadaian sumpahnya, apakah beliau sebenarnya bertujuan mahu menghidupsegarkan kembali amalan tersebut?
Tidak bolehkah Husam,  untuk meyakinkan rakyat mengenai dakwaan kerajaan campuran UMNO dengan Pas yang melibatkan Hadi Awang itu jika ia dibuat tanpa melibatkan sumpah, apatah lagi dengan menjadikan isteri sendiri sebagai tukar gantinya?
Tidak bolehkah  sekadar ditampilkan bukti-bukti sahaja untuk menunjukkan benarnya sesuatu dakwaan itu?
Lebih dari itu, adakah tindakan terbaru Husam ini bermaksud mahu mencabar Hadi Awang agar berani bersumpah mentalak isterinya juga jika ingin menafikan dakwaan kerajaan campuran itu?
Tetapi yang tidak baiknya, mungkin ada pula yang berandaian, kalau baiah talak tiga terhadap isteri oleh beberapa pemimpin Pas sebelum ini pun boleh diengkari, apakah ini bermakna sumpah talak isteri oleh Husam ini juga boleh tidak bernilai apa-apa akhirnya?
Akhirnya, agama juga yang tercemar kerana sumpah politik itu.  (SH 15/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

17
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouszainol abidinmuring.com Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Rasanya Pas byk kehilangan pejuang angkara kesilapan berfikir kepimpinan yg ada dlm jemaah sekarang, yg ada dlm MSU hanya berani dlm muktamar saja tapi di luar sana tiada berani berhadapan dengan isu rakyat sekarang , sama kita tunggu reaksi rakyat dlm Prk nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

15 Nov Anon 22.22. Lagi byk ko klentong lg terang ko menyamar sbg org islam..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagi byk ko klentong lg terang ko menyamar sbg org islam..

zainol abidin
Guest
zainol abidin

Dia dah nekat berbuat demikian demi sayangkan PAS parti anutan nye ,Yg paling disayang jadi cagaran .

Anonymous
Guest
Anonymous

aku baru dengar berita astro bernama, kalu gitu statement pok adi….dok seka pok pung pandai spin………ranak2 pas gaa nii..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah macam-macam Husam buat tapi tidak di beri perhatian. Tapi bila Husam kata dia 'sanggup' talak kan isteri dia, baru lah Tuan Ibrahim kata akan ambil tindakan dan minta Husam buktikan. Perkara ini bukan rahsia sebab semua orang sudah tahu dan berkali-kali Hj Hadi buat kenyataan. Yang kena tanya ialah Hj Hadi dan jawapan nya ialah Ya atau Tidak. Tuan Ibrahim yang beriman pada Allah pun boleh buat-buat tidak tahu mengenai perkara ini. Nak bersumpah dengan nama Allah, percaya lah dah macam-macam orang bersumpah guna nama Allah dari tuan punya video lucah sampai lah ke budak buat air kopi, no… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu pemimpin kena banyak sumpah seranah skg ni si Najib dan orang rumah dia penyokong nya penjilat pembodeknya yg membontotnya sesiapa saja lah tak kiralah, jugak termasuk Pak Pak Lebai dan wala walaun nya sekali, tak henti orang Malaysia sumpah seranah sekarang kalau dah mampus pun sumpah seranah masih on lagi, termasuk lah Mahatir orang sumpah seranah dia pasal dia pun ada share
No offence

Anonymous
Guest
Anonymous

Kat Malaysia nih..mane ade sumpah yang betui-betui sumpah..sume nye sumpah olok-olok atau bohong jer..yang kompem ade ialah sumpah seranah..hehehe..

muring.com
Guest
muring.com

Mgkn itu yg dapat meyakinkan penyokongnya d kelantan..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya mmg benar tuu.. si Hadi Bawang BUKANnya Arwah NIK Aziz.. si bawang sudah kehilangan Kedah, kemudian Terengganu, dan Kelantan menyusul..

muring.com
Guest
muring.com

Mgkn itu yg dapat meyakinkan penyokongnya d kelantan..

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu adalah pendirian beliau 'tangkap maut'. Apa TGHH nak kata sekarang?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya, aku amat setuju dengan pandangan anda. Kita tunggu TGHH nak kata apa mengenai sumpah talak isteri ni, memang terjeratlah jika TGHH cakap kona macam mana pun. Jika TGHH setuju, ia menunjukkan amalan baiah selama ini memang mendapat restunya manakala jika TGHH membantah, apa ceritanya pula?

Anonymous
Guest
Anonymous

Datuk Husam sindir TGHH & PAS tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

tghh telah cemar pas…..apa dah jadi……berginikah sikap tg pada penghujung usia…….subhanallah azim

Anonymous
Guest
Anonymous

bang husam, jangan terbawa ngan nafsu…ALLAH maha mengetahui. benar pendapat tuan shah…..jangan rosakkan keluarga diatas isu umum telah mengetahui….serahkan kepada ALLAH untuk mentadbirkan apa yang kuasainya….kemampuan kita terbatas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuang gundu presideng persila husam sumpah.
….ghapo tuang gundu presideng tak berani sumpah talak isteri.
Apa pun saya sangat tak setuju institusi keluarga di jadikan cagaran.