MUHYIDDIN TAK JADI DIPECAT?

Pulak? Sekejap tujuh, sekejap bukan tujuh…
Pening betullah dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini!!
Beliau sendiri yang dulu mengatakan ada tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya.
Siapa kata tujuh? Mungkin lebih…saya tidak tahu, katanya lagi.
Tidak pernah dalam sejarah, baik sebelum atau selepas diharamkan,  UMNO mempunyai Setiuasaha Agung yang merupakan ketua pentadbir parti yang suka cakap berbelit-belit dan berperangai sekalut ini.
Apakah dengan kenyataan ini bermakna lebih ramai ahli dan pemimpin UMNO akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang nanti?
Siapa mereka?
Selain itu, Tengku Adnan juga mengatakan dakwaan bahawa Muhyiddin Yassin  akan dipecat menjelang Perhimpunan Agung UMNO ini hanyalah khabar angin semata-mata.
Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar saja. Itu cuma desas-desus, tambahnya lagi.
Benarkah kenyataan terbaru Tengku Adnan ini?
Soalnya, adakah hanya Muhyiddin yang tidak dipecat dan terlepas daripada tindakan?
Bagaimana pula dengan Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal dan yang lain-lain, apakah mereka turut tidak diambil tindakan dan dibebaskan sama?
Atau hanya Muhyiddin yang terlepas, tetapi yang lain-lain tetap dikenakan tindakan?
Dalam masa yang sama, apakah  jika tiada tindakan terhadap Muhyiddin, beliau masih diberi peluang untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada 9 Disember nanti?
Begitu juga, apakah dengan tiadanya tindakan itu, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden masih berpeluang berucap di majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung 10 hingga 12 Disember?
Atau, barangkali hanya tindakan pemecatan atau penggantungan yang tidak diambil, tetapi peranan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti dan di Perhimpunan Agung UMNO tetap akan dikekang dan dimangsakan? (SH 13/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

17
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Ada dua perkara pelik terjadi. Satu Najib akan disoal oleh SPRM dan satu UMNO tidak jadi memecat Muhyiddin.

UMNO tidak pernah buat kerja macam ini. Apa berlaku dibelakang takbir ?? Apa rancangan baru UMNO sekarang ini ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ular sawa dah nak jadi Nagaaaa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah tu.

Ular sawa jadi ular lidi .

Mula-mula garang umum 7 orang akan dipecat. Kemudian tolak satu. 7 – 1 = 0 lah. Dia tak sebut pun samada yang 6 lagi akan di pecat jugak.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Entahlah setahu aku tugas setiausaha buat kerja bukan banyak cakap itulah hebatnya umno hari ini hidup ku nan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Entahlah setahu aku tugas setiausaha buat kerja bukan banyak cakap itulah hebatnya umno hari ini hidup ku nan

Anonymous
Guest
Anonymous

tuan2 para pengkritik kunang….jangan dikritik manusia yg doif.dia kurang akal, otak tade…bangun tidur asik2 piker siapa nak kena gantung….siannngggg ia ..enang, lapang.,semilang….berapa eakkkk…

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa hairan dgn UMNO hari ini. Kalau tak sokong UMNO ada kah rakyat Malaysia atau orang orang Melayu akan mati kebuluran?

Jangan cakap besarlah Adnan mansor.

Yang akan jadi BANSAT selepas PRU14 nanti bukannya rakyat tetapi pemimpim pemimpin UMNO tu sendiri sebab mereka ini cari makan dengan parti. Rakyat tak pernah pun cari makan dengan parti. Selama ini rakyat tak pernah pun minta beras gula kopi dengan pemimpin pemimpin UMNO. Melainkan pemimpin pemimpin UMNO lah yg selalu minta tolong dengan rakyat. Itu pun mereka masih tak sedar diri lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah sorang lg dlm list mungkin yb jo kot…Ialah berbeza pandangan nya berkenaan kes perumahan dato keramat!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku nan x mau pecat Allah swt ke??maklumlah lagak org umno mengalahkan pencipta mereka!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Haihh jgn komen sampai ke situ tuan.. Memgikut komen tuan ni.. Tuan lebih teruk dari kunan.. Sabar la dlm bagi komentar. Jgn marah sampai gina nama Allah.. Jgn sendagurau guna nama Allah

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang umno pun naik menyampah Dan meluat dengan kunang ini

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiii …..piiiiiirah ku nan ular sawa UMNO. Kerja kau melantak dan mengemokkan badan saja.Tak ada siapa pun hairan dengan kau dan kekayaan kau lah. Deiii…boleh jalanlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa Yg nak dipelikan Tentang Setia agong umno ni…nama dia pun leh ditukar tukar…kasian ahli umno terutama akar umbi… Cakap sikit punya ummm… Tindakan?….

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah mulai spin si bongok ni,
Tu kerja org amno,hari2 cari helah tipu rakyat,
Rykt tak sebodoh cam ahli amno,

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini manusia siapa tak kenal Adnan Mansor aka Ular Sawa UMNO

Anonymous
Guest
Anonymous

Oiiii ku nan. Nak cakap besar pun cakaplah. Nak nampak gah memang dah nampak terlampau jelas sangat dah.Katalah apa yg kau nak kata sementara masa kau masih ada. Selepas pru 14 nanti kau tak akan dapat berkata apa langsung. Masa tu kau pun dah bisu. Masa tu kau pun dah jadi bangsat. Bukan kau sorang saja malah seluruh keterunan kau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Wahai Adnan anak Mansur. Ingatlah tekala kau keseorangan nanti. Lidah kau akan menjadi kelu. Otak kau akan jadi buntu. Seluruh anggota kau akan menggigil ketakuran. Wahai adnan anak mansur. Bersedialah. Bahawa PRU 14 nanti pasti akan datang tanpa kau dapat menghalang. Wahai adnan anak mansur ingatlah kau. Masa itu tidak ada sesiapa yg dapat menolong kau lagi. Suara suara lantang kau tidak rakyat ambil peduli. Wahai adnan anak mansur. Ingatlah kau. Ular sawa UMNO akan belengkar saja didalam rumah bunglow yg akan menjadi sunyi dan sepi. Wahai adnan anak mansur. Ingatlah. Kau yg dulu bukan yg sekarang. Kau yg dulu… Read more »