BEGINIKAH RUPA PEMIMPIN KITA?

Pendedahan pertama – Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.
Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami dan anak lelaki salah seorang “orang besar” dalam YaPEIM itu juga turut menerima habuan lumayan melalui pelbagai jawatan yang disandangnya.
Pengerusi YaPEIM didakwa menerima pendapatan bulanan berjumlah RM73,000.00 sebulan manakala timbalan pengerusinya bersama suami dan anak lelakinya dipercayai mengumpul pendapatan bulanan sebanyak RM81,700.00
Salah seorang daripada “orang besar”  YaPEIM terbabit adalah pemimpin Pergerakan Wanita UMNO di Kelantan.
Pendedahan kedua – Lawatan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM ke Amerika Syarikat pada 2014 yang didakwa menelan kos keseluruhan sebanyak RM410,978.00, juga dengan menggunakan wang yayasan tersebut.
Lawatan menteri yang turut disertai oleh isterinya itu turut diselitkan dengan acara membeli belah, bermain golf, makan malam dan pembelian cenderahati yang juga dibayar oleh YaPEIM.
Melalui invois yang diperolehi menunjukkan tiket pergi balik menteri terbabit dan isterinya saja berjumlah RM274,493.00.
Kedua-kedua pendedahan ini dibuat oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW.
Sehingga ini, semua yang didakwa  dalam pendedahan NOW itu, sama ada menteri terbabit atau kedua-dua “orang besar”  dalam YaPEIM itu,  belum lagi memberi sebarang ulasan atau penjelasan mengenainya.
Tetapi isu ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara dan jika betul semua pendedahan NOW itu, ia benar-benar memalukan agama, bangsa dan negara kita.
Ini kerana mereka yang didakwa itu bukan saja bergelar pemimpin, tetapi juga kerap melaungkan perjuangan membela Melayu dan kalimah-kalimah suci Al Quran turut jarang terlepas daripada pengucapan.
Terlihat juga kadang-kadang antaranya tampil dengan jubah, kopiah dan pakaian sopan menutup aurat.
Tetapi, kenapa nikmat duit dan dunia juga yang digilai? 
Inikah rupa dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang kita ada?
Orang  miskin, anak yatim dan mereka yang dibela tak seberapa dapatnya, tapi yang sedia kaya tanpa segan-segan mengaut labanya.
Sudah masuk hari ketiga pendedahan ini dibuat, kenapa pihak yang berkenaan masih berdiam diri? (Terbaru – petang tadi Jamil Khir sudah tampil dengan penjelasannya dan menuntut permohonan maaf daripada NOW tetapi tidak menafikan pemergian dan perbelanjaannya ke Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM belum tampil lagi dengan penjelasan mereka).
Kenapa lambat sangat memberi jawapan jika pendedahan NOW itu tidak benar dan berupa fitnah belaka, bahkan boleh saja dibuat laporan polis atau dihantar surat saman untuk membersihkan nama?
Tapi kenapa semuanya tidak dilakukan?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? (SH 13/11/015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

28
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHdnskluangmanmustapa m said Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

1. banglo
2. anwar
3. amerika
4. paris
jamil, jamil kusangka 3 rupanya 4.
eh… eh… eh… eh… eh…

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Subhanallah ya allah tunjukanlah kami jalan yg lurus supaya kami tidak mrlakukan perkara2 yg mungkar ameen

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Subhanallah ya allah tunjukanlah kami jalan yg lurus supaya kami tidak mrlakukan perkara2 yg mungkar ameen

Anonymous
Guest
Anonymous

Salahguna duit lg.. lepas satu skandal satu lg kuar.. x berenti renti.. amaun pulak x ada yg kecik.. sumenya ratus ribu dan juta juta je.. masa guna duit tu x ada perasaan bersalah ke.. sedap agaknya dapat duit free kan..

dns
Guest
dns

Sekiranya benar, Sape yang luluskan elaun elaun yang begini lumayan? Teruk kah kerja yang dibuat?

Anonymous
Guest
Anonymous

mintak pcik adi beri dokwoh sikek…….makanmg arta anok yating tu menda….macang makamng nasi lemok ke……cu citer sikek

kluangman
Guest
kluangman

Bukankah "derma" itu sudah jadi "halal"…

kluangman
Guest
kluangman

Bukankah "derma" itu sudah jadi "halal"…

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Kenapa Menteri tak gunakan peruntukan JPM untuk tugas rasminya? Kenapa kena gunakan dana anak yatim begitu banyak untuk tugas rasmi kerajaan? Ini yang rakyat pertikaikan sekarang?

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Kenapa Menteri tak gunakan peruntukan JPM untuk tugas rasminya? Kenapa kena gunakan dana anak yatim begitu banyak untuk tugas rasmi kerajaan? Ini yang rakyat pertikaikan sekarang?

Anonymous
Guest
Anonymous

yang syoknya yapeim ada org niKetua Sektor Sumber Amal, Penerokaan Pelaburan dan Sumber Barudan juga iniKetua Sektor Sumber Daya Insani, Pelaburan, Pentadbiran dan Kewangan.Bila org soal mana banyak dapat duit takde sapa pun nak jawap. Bagilah tau duit zakat ke, derma ke, sedekah ke, bisnes kitab ke, dana bajet bagus 20 bilion JPM hari tu ke. Senang sikit rakyat nak audit. Ni tau2 dah sampai US je. Nak melabur mesti ada modal. Kalau setakat jual sijil halal takkan boleh untung bilion2. Dah lak hukum Allah Taala yg dia pegi jual. Ada hati pulak tu JAKIM nak seru org ramai mempertahankan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kata semua kakitangan awam yg melalui potongan gaji dgn yaPIEM,cancel potongan itu,jika kita berdiam,itu lah membuat pencuri naik kaki kekepala kita,jgn jd bodoh dgn perembat duit kita.
Dimana ada amno disitu ada rasuah,
Amno & Rasuah tak dpt dipisahkan,hanya rykt yg dpt pisah kan mereka dgn tolak dan kubur parti yg bernama Amno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 21.35, cakap jangan sebarang cakap. Kalau engkau jadi pencuri, perompak dan penyamun, bolehkah aku anggap dan tuduh semua anggota keluarga dan keturunan kau adalah pencuri, perompak dan penyamun juga?

.

Anonymous
Guest
Anonymous

Makan dari sumber yg haram akan menjadi keturunan anda jadi kacau bilau

Itu sebab keturunan UMNO skg ni buat
negara kira kacau bilau adanya realiti keadaan sekarang ni,
Pegi undi dari dulu buat apa perangai mereka dah mula dari dulu lagi, skg ni masih byk org bercita cita nak menumpang tak kira org biasa atau pak lebai

Anonymous
Guest
Anonymous

selama ni aku derma kpd YaPIEM untuk tembolok si munafik…haram2

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya menyeru kpd penjawat2 awam yg ramai membuat potongan gaji bulanan sebagai sumbangan kpd YaPIEM utk bersegera mengambil tindakan utk menghentikan pitongan gaji tersebut. Selama berpuluh tahun kita buat sumbangan bulanan kpd YaPIEM..tetapi ini yg diorang buat. Silalah menulis secara terus kpd pihak YaPIEM utk pemberhentian potongan gaji dan memaklumkan kpd bahagian kewangan pejabat masing-masing. Lebih baik jumlah yg kita sumbang bulan2 tersebut disumbangkan kpd surau atau masjid di kariah kita sendiri atau disumbang kpd badan badan lain yg lebih telus.

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau betul aku nak tarik balik sumbangan bulanan aku kat yaPEIM. Zakat pun aku nak bagi sendiri kat org yg layak. last sekali aku tak halal duit titik peluh aku untuk manusia keji ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

aku pun.sruh semua yg beri sumbangan tu tarik balik.bar x berelaun dia orang

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul2.. kami pun tgh pakat2 nak berhenti potongan gaji ke YaPEIM ni.. sebagai tanda protest.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 1940…sya setuju dgn anda…tapi apa bukti yg anda ada utk menguatkan dakwaan anda…kalau anda asa bukti jgn belengah2 lagi…ini tanggunjawab anda..lapurkan pada pehak yg berwajib

Anonymous
Guest
Anonymous

Pencacai UMNO dan dan Pascahai akan cakap mcm tu,
Gerenti yg buat report dgn bukti kukuh kena dakwa dan disusah susahkan.
Hang buta ke dgn realiti negara kita skg ni,
Allah Maha Adil sifatNya Maha Adil, menjadikan ketua yg tak Adil dan sesiapa sokong kepimpinan yg tak Adil masuk disiksa dalam neraka kekal dIdalamnya
Pilih peminpin yg Adil tulah kejayaan dunia dan akhirat

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa terlalu keji sifat anda wahai pemimpin umno???anda lebih keji daripada syaitan Dan yahudi!!!!anda suruh rakyat berserdehana sedangkan anda sebaliknya….laknat Allah swt kepada anda pemakan harta anak yatim….

Anonymous
Guest
Anonymous

kita semayang hajat jerubu ilang…….apakata kita semayang
hajat bagi mamat2 munafikun ni lenyap dari bomi mesia dan laknat sukusakat mereka sehingga kiamat tiba…….kami dizalimi ya ALLAH…

Anonymous
Guest
Anonymous

Oh malaysia tanahair ku……bila islam digunakan untuk merembat duit derma untuk org miskin.x takutkah pemimpin yg bertopengkan ugama.khir….kau x layak jadi pemimpin dan harus letak jawatan.sprm tunggu aps lagi….jalankan sisatan dan dakwa mereka.sumbat dlm penjara…….

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni kes kecik ja tuan tanah. Merembat duit anak yatim sangat dituntut agama UMNO. Tuhan depa pun rembat 2600 juta. Ini x sampai 2 juta, xder sapa nak amek peduli pun.

Tak nak bongkar ka projek2 raja sbg Ketua Agama merembat duit dgn buka kilang arak, conquer sumer projek perumahan dalam negeri, pusat2 judi, duit kutipan zakat setiap tahun dibalun keluarga raja2.. tak nak kecoh sbb derang ketua agama Islam ka? Projek2 raja yg terlalu membazir guna dana dari duit rakyat.. Dah berpuluh tahun begini.. raja pun kerja membodohkan melayu juga.

Anonymous
Guest
Anonymous

19.40

Cakap memang senang, budak tadika pun boleh buat. Kalau betul tuduhan-tuduhan kamu tu, apa kata sertakan bukti seperti mana dibuat oleh NOW.

Kalau tidak ada, tuduhan kamu itu adalah fitnah besar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gila yang buat report dgn bukti kena tangkap dan disoal, kan stail negeri negeri tanah melayu, jgn dibukti kesalahan dewa dewa tanah negeri negeri melayu baik raja raja, memanda menteri menteri dan kroni kroninya berdosa besar yg kepeminpananya diketuai oleh parti melayu totok dan skg ni parti pak lebai pun nak tumpang sekaki dua

albert magic
Guest
albert magic

Benar lah kata najib cash is king. agama itu sebagai komoditi aje, biasa la