PEGUAM NEGARA ARAH SPRM SOAL NAJIB SEBELUM AKHIR TAHUN…HMMMMM….

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian, Peguam Negara, Apandi Ali  mahu SPRM menyoal Perdana Menteri, Najib Razak dan melengkapkan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International dan derma RM2,600 juta sebelum akhir tahun ini.
Menurutnya, beliau mengeluarkan arahan itu kerana mengambil serius kebimbangan orangramai mengenainya.
Kata Apandi yang dilantik penghujung Julai lalu sebagai Peguam Negara dalam pertukaran kontroversi menggantikan Gani Patail, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan Najib bersetuju mengenai keperluannya untuk disoal oleh SPRM.
Peguam Negara itu juga menegaskan, SPRM perlu menyerahkan hasil siasatan itu kepadanya “dengan apa cara sekali pun” kerana beliau sudah memberikan masa yang mencukupi untuk tujuan itu.
Kemelut berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib bukan saja menimbulkan kebimbangan orangramai kerana ia melibatkan beberapa penyingkiran, pemecatan dan seolah-olah bermain dengan masa, malah Majlis Raja-Raja turut melahirkan kerisauan yang sama dengan menggesa siasatan dipercepatkan dan diambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dengan segera.
Dalam derma sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib itu, sejumlah RM42 juta daripadanya  didakwa diterima daripada SRC International yang mendapat pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP.
Meskipun barangkali ada yang menaruh persepsi yang berbagai dan pesimis mengenai siasatan SPRM terhadap Najib serta arahan Peguam Negara mengenainya, tetapi sekurang-kurangnya agensi penguatkuasa dalam negara kita masih lagi menjalankan peranannya.
Yang penting ialah SPRM menjalankan siasatan, menyoal siasat dan menyediakan laporan hasil siasatan, manakala sebarang tindakan seterusnya terpulanglah kepada Peguam Negara menentukannya.
Siasatan terhadap Najib ini juga bakal mencatat rekod sebagai satu-satunya Perdana Menteri negara kita yang pernah disoal siasat dan diambil keterangannnya berhubung dakwaan yang dikaitkan secara langsung dengan dirinya.
Dengan itu, sama ada bersalah atau tidak, Najib setidak-tidaknya sudah ada failnya sendiri di SPRM. Tentunya tidak ramai pemimpin, termasuk yang berjawatan menteri sekali pun, yang ada sejarah dan rekod seperti itu. (SH 11/11/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Miss Vee
Miss Vee
18 November 2015 2:38 am

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Anonymous
12 November 2015 7:33 am

Kenapa AG baru nak buat statement. Kenapa tak buat serta merta lepas Majlis Raja bertitah ? Dia kata najib setuju untuk bagi statement. Apa pasal pulak najib sendiri tak bagi tahu. Tunggu apandi bagi tahu. Kenapa baru sekarang najib nak dusuruh bagi statement bila Menteri Dalam Negeri sendiri kata dia tahu dari mana derma itu datang dan sudah berjumpa pernderma. Akhir kalam, nak siasat najib atas apa ? Derma, duit dalam akaun, 1mdb, SRC atau benda lain ? Nak siasat apa kalau tak jumpa dua orang pengarah yang tak tahu ke arah mana ?? KALUT !

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 5:08 pm

Jika AG arah SPRM supaya soal pahlawan bugis sebelum akhir tahun, a pandimonium akan berlaku.

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 4:05 pm

Najib gunakan siasatan SPRM untuk membersihkan namanya tetapi sebenarnya Najib telah mencemar kedudukan dan jawatannya sebagai PM yang mana ayah nya juga salah se orang PM. Adakah Najib ingin tunjukkan keberanian nya kerana Mahathir mengambil tindakan berdiam diri? Adakah pegawai SPRM akan mengarahkan Najib datang ke Pejabat SPRM atau pegawai SPRM sendiri yang datang berjumpa Najib ? Dalam sistem keadilan di Malaysia ini, mana-mana pemimpin di tuduh dan di siasat membukti ujud nya salah-laku seperti yang di dakwa cuma malangnya bukti yang di perlukan bukan mudah untuk di perolehi. Sebab itu mana pernah pemimpin UMNO di siasat. Najib bukan sahaja… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 2:59 pm

Kes seorang PM disiasat pasal tak,amanah belom pernah ada.harusnya seorang pemimpin negara ada rasa malu dan maruah yang harus dijaga.bukan pasal benar atau salah tapi kepatutan seoranf pemimpin negara yang nengaku islam harus lebih elegan.rakyat an media dah setengah tahun sembang pasal PM yang terindikasi ngan duit rakyat.yang tidak amanah.kenapa rasa malu sebagai umat islam tak ada sama sekali.negara tampak kaya tapi rakyat miskin.hutang luar negara besar.sapa nak bayar.rakyat diperas tol.bahan makan.cukai.api @ir.rokok.minyak semua naik.tapi kerajaan cakap negara ini kaya sultan diam seribu bahasa.sapa nak tolong rakyat.

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 10:36 am

SPRM pun 2×5 saja.. semua jabatan2 yg ditubuhkan bersekongkol sesama mereka.. tiada apa boleh doharapkan lagi..

Rakyat biasa boleh la buli.. tangkap dan saksi pun boleh mati.. mengkala menteri dan ahli UMNO serta jerung kroni BN, semuanya menikus.

Dah berpuluh tahun kena tipu, bila la nak sedar2 ni??? Tak serik2 diperbodohkan berulang kali.. ini sumer kerja buang masa tunggu Najib didakwa.. hinggut la camana pun. Kebarangkaliannya adalah MUSTAHIL..kes Sirul ngan Pegawai Diplomat NZ pun x leh berbuat apa2.. inikan pula Najib..

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 9:52 am

SPRM perlu bijak. Kertas sisatan SCR dimana Najib ambil wang rasuah RM42 juta mesti jangan dikemukakan kepada Apandi yang akan membakul sampahkannya seperti yang dibuat dengan kertas siasatan Bank Negara. Apandi dilantik untuk mencucubersihkan tahi Najib. Siapa Apandi utk beri arahan kepada SPRM. Dia bos SPRM ke???? Dia hanya Peguam Negara dan Pendakiwa Raya. Pendakwa Raya mana ada kuasa untuk memberi arahan kepada lain2 Agensi. Tunggu shj siasatan selesai. Yang difokus olih SPEM ialah isu Najib ambil wang rasuah RM42. Dah dakwa Najib, nanti barulah focus kpd isu RM2.6billion. Soalnya…draf kertas pertuduhan telah disediakan, adakah Apandi akan beri izin pendakwaan,… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 8:49 am

Ya mesti disoal siasat..antara soalannya:

1. Berapa umur anak sulung Dato Seri?
2. Bilakah tarikh akhir Dato Seri meniup belon?
3. Adakah Dato Seri suka makan ulam?
4. Berapa kali Dato Seri buang air kecil hari ini?

Sekian Terima Kasih

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 4:32 am

Soal siasat dijalankan sprm…..jawapan yg dapat di bakul sampahkan olih ag. Najib wajib letak jawatan…..salah atau tidak.Bagaimana Rosmah pula x nak disiasat ke,2 juta di masukkan kedalam akaun.harap ag jangan lupa pulak……boleh caya ke ag ni?

kluangman
kluangman
11 November 2015 4:07 am

" Kata Apandi yang dilantik penghujung Julai lalu sebagai Peguam Negara dalam pertukaran kontroversi menggantikan Gani Patail, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan Najib bersetuju mengenai keperluannya untuk disoal oleh SPRM "

Itu ayat admin atau ayat Peguam Negara (?)

Lebih kurang cerita, di mana polis sebelum menembak suspek penjenayah kenalah berjumpa dahulu penjenayah tersebut memaklumkan bahawa dia adalah penjenayah yang dikehendaki, sedang dikepung dan minta izin akan ditembak..

Jika penjenayah beri izin, dia mati ditembak – tindakan itu sah
Jika penjenayah tidak mengizinkan – tindakan itu (?)

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 3:54 am

bugger with no crown jewels

Sang Wira Bangsa
Sang Wira Bangsa
11 November 2015 2:56 am

Lagi wayang. Dan wayang adalah kemahiran utama mereka ini. Jangan berharap apa-apa yang positif dari segala 'kesungguhan' Pegawai Tinggi Kerajaan (baca Kakitangan Awam yang dibayar gaji dan elaunnya oleh rakyat bukan PM) selagi mereka dan jabatan mereka 'bergayut' di bawah Sri Perdana. Suatu pekerjaan membuang masa memberi perhatian kepada publisiti dan retorik umpama ini. Adalah lebih bermanfaat kita bersegera kumpul tandatangan rakyat dan kemuka petisyen/memorandum kepada Majlis Raja-Raja menuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera dan dianggotai pegawai badan-badan rasuah dari negara-negara yang berkait dengan skandal 1MDB, SRCI dan 'derma' Arab. Jika sudah tidak mampu bersabar, buat sahaja tuntutan MRR melucutkan jawatan… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 6:04 am

Saya sokong 100%.
Najib buatlah apa pun rakyat tak akan percaya kepadanya lagi.
Jadi kenapa membazirkan wang rakyat. Najib ni reti Melayu ker tidak ni?

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 8:45 am

Bro…Pahlawan Bugis tu buta huruf

roslan othman
roslan othman
11 November 2015 2:56 am

Ya SPRM nak selesai kan siasiatan buat la , kita tidak pertikai , hakikatnya ,sistem dan keluhuran undang undang sudah dirosakkan oleh Najib dan memberi impak buruk keatas kepercayaan rakyat , saya sentiasa berdoa agar di masa depan Jabatan Peguam Negara dan SPRM berkecuali dan diletakkan terus bawah badan bebas atau yang dipertuan agung dan hanya memberi jawapan terus kepada Parlimen apabila melibatkan isu serius seperti ini tapi bukan dibawah kawalan speaker .

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 2:54 am

Mimpi disiang hari…..peguam negara sepatutnya suruh sahaja pihak sprm main guli drpd buat perkara ghaib!!!!

Anonymous
Anonymous
11 November 2015 2:41 am

Undang undang apa macam ni???
Nak siasat Najib pun mesti minta persetujuan dia dulu. Maknanya, kalau Najib tak bersetuju maka SPRM tak bolehlah nak siasat.