ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?

Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap “bosnya” itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan  seperti “asal ada  jawapan”  sahaja.
Malah melihat caranya menjawab dan “spin” hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan yang bagaikan sudah kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.
Seolah-olah yang penting bagi Salleh bukan sama ada hujah dan faktanya boleh diterima atau tidak, tetapi beliau mesti dilihat ke depan dalam mempertahankan Najib.
Dalam mengulas cadangan Tun Mahathir bahawa mahkamah sepatutnya menerima gaya hidup mewah sebagai bukti wujudnya elemen rasuah, Salleh sebaliknya berkata, jika cadangan tersebut diterima ia mungkin menyebabkan kehidupan bekas Perdana Menteri itu sendiri berakhir di penjara.
Ini kerana, katanya, keluarga Tun Mahathir sendiri terpaksa membuktikan mereka tidak mengamalkan rasuah berdasarkan gaya hidup yang dijalani jika perkara itu dilaksanakan atau terpaksa dihumban ke penjara.
Cuba mempertahankan hujahnya lagi, Salleh berkata, cadangan itu juga akan membuatkan sesiapa tidak selamat lagi kerana boleh ditangkap dan didakwa hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang mereka tinggal.
Dalam hal ini, barangkali kerana terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib sehingga Salleh tidak menyedari bahawa kakitangan awam yang mengamalkan gaya hidup tidak sepadan dengan pendapatan mereka memang terdedah kepada pemantauan dan penyiasatan pihak berkuasa.
Maka, cadangan Tun Mahathir itu tidak ada yang peliknya, cuma ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan lagi, bukan saja melibatkan kakitangan bawahan tetapi juga pegawai atasan dan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.
Selain itu, untuk Salleh mengatakan Tun Mahathir mungkin turut sama dipenjara berikutan cadangan itu adalah juga tidak tepat kerana sepanjang 22 tahun berkuasa, beliau dan isterinya, Tun Siti Hasmah tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan kehidupan mewah, membeli perhiasan mahal, boros berbelanja, membeli pakaian yang gemerlapan, kenduri-kendara yang gemilang atau yang seumpamanya.
Kedua-duanya hanya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan bersesuaian, bahkan Tun Siti Hasmah tidak pernah menjadi bahan perbualan atau cemuhan rakyat kerana kemewahan atau boros berbelanjanya.
Kalau ada pun yang dikaitkan dengan kekayaan dan kereta mewah hanyalah anak-anak Tun Mahathir yang memang diketahui terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.
Tetapi Tun Mahathir dan Siti Hasmah secara peribadi tidak ada kedengaran dikaitkan dengan cincin mahal, gelang mewah, pakaian ratus-ratus ribu atau dakwaan memiliki wang juta-jutaan dalam akaun bank peribadi mereka.
Kenduri-kendara atau majlis kahwin anak Tun Mahathir bukan saja tidak pernah diperbualkan orang kerana kemewahan atau kosnya, bahkan ramai yang tidak menyedarinya pun bila ianya diadakan.
Anak-anak atau ahli keluarga beliau yang hidup mewah kerana terlibat dalam perniagaan tidaklah menghairankan kerana ia lebih kurang sama saja dengan adik-adik beradik Najib sendiri yang  terlibat dalam perniagaan serta perbankan dan turut sama mengamalkan gaya hidup mewah.
Yang dipertikaikan bukannya kemewahan ahli keluarga yang jelas ada perniagaannya, sebaliknya ialah bagaimana Najib dan isterinya boleh berbelanja mewah dan anak-anaknya pula yang tidak diketahui jenis perniagaannya tetapi tiba-tiba dilaporkan boleh memiliki hartanah mewah di luar negara.
Oleh itu, kenyataan Salleh bahawa jika kehidupan mewah dijadikan sandaran wujudnya elemen rasuah akan menyebabkan kehidupan Tun Mahathir sendiri akan berakhir di penjara adalah tidak tepat dan tersasar sama sekali.
Yang mewah, memilik kereta dan rumah ialah anak-anak Tun Mahathir yang memang terlibat dalam perniagaan, sama seperti adik-beradik Najib juga.  Isteri dan anak-anak Perdana Menteri sekarang apa pendapatan dan perniagaan mereka?
Tetapi kehidupan peribadi Tun Mahathir dan Siti Hasmah cukup sederhana dan tidaklah semewah Najib dan Rosmah yang bukan saja menjadi bualan rakyat dan media dalam negara, tetapi turut disoroti di seluruh dunia. (SH 11/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

26
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeAnonymousCha Tee KwangNordinabilaHSang Wira Bangsa Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah seorang Menteri Kabinet Cap AYAM yang baru bagi menggantikan seorang Menteri Cap AYAM yang telah di singkirkan oleh NAJIB……..

Jangan lah nak membodek sampai rakyat yang kat kampung pun tahu… akan sikap Menteri cap AYAM nie…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan Salleh Keruak tapi Salleh Keduak

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri yg tidak boleh menutup mulut kerana giginya sangat panjang sebab itu suka sangat bercakap yang lalok. Dia ingat Bajau itu hebat ke? Tamadun apa yg kaum Bajau cipta? Mana sejarah kehebatan ekonomi, sosial yg kaum Bajau buat? Orang sekarang lumba F! dah bukan lumba kerbau lagi tau tah?

Anonymous
Guest
Anonymous

dia lumba kuda…dengan sabung ayam

Anonymous
Guest
Anonymous

Pernah ada orang bertanya 'berapa cukai yang perlu dibayar oleh Najib dan Rosmah' kerana ada keraguan pengutip cukai negara mengecualikan Najib dan Rosmah dari di kenakan cukai. Adakah Najib tidak mengistiharkan harta yang di milikinya selama ini ?

Anonymous
Guest
Anonymous

pak budin, sori to say……tajuk perbincangan seperti menghina raayat…

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kau baca tajuk shj ke?? Isi dia kau tak baca ke???

Isinya menghina orang Sabah..sebab Salleh Kruak, menteri yg kerjanya ampu, bodek dan pertahan Najib shj.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat sabah hidup mewah ke? Taraf hidup orang kota belud macam mana? Semua kampong ada jalan tar, elektrik, public phone, air? Apa rekod dia masa jadi KM sabah? Sedar laaaa diri tu sikit, nak jadi pemimpin nasional, negeri sendiri standard chow kit jerr.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mulut jangan celupar sangat Keruak. Di Kota Belud bolehlah kau bercakap bergitu, semuanya suku kaum kau saja. Bolehlah kau jadi jaguh kampong.Apa industri yang ada di kota belud tu selain daripada parang. Apa kekuatan ekonomi kota belud selain daripada lumba kuda dan sabung ayam.Ada hyper market ker kat kota belud tu melainkan tamu.Berapa puloh tahun kau jadi Adun dan MP di kota belud tu daripada zaman bapa kau sendiri Tun Said.Selepas ni anak anak kau pula. Ada apa apa kemajuan ker? Sekarang kau datang ke KL nak tunjuk pandai. Apa kepandaian kau? Apa KPI kau? Setiap masa main blog saja.Kerja… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Siapa makan duit haram jawablah di akhirat nanti dan siapa yg mulut celupar tu tunggu sajalah balasanya sama ada di dunia dan akhirat amin

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Siapa makan duit haram jawablah di akhirat nanti dan siapa yg mulut celupar tu tunggu sajalah balasanya sama ada di dunia dan akhirat amin

Sang Wira Bangsa
Guest
Sang Wira Bangsa

Terbaharu Salleh Said Keruak berhujah rakyat Malaysia masih mahukan Mohd Najib Abd Razak sebagai PM. Menteri yang masuk Parlimen ikut pintu belakang ini berjaya mengangkat dirinya sebaris kedunguan Ahmad Maslan, Ismail Sobri dan terbaharu Abd Rahman Dahlan. Konsultan Yahudi mana pula yang kerajaan/Salleh upah mengkaji Najib masih layak jadi PM. PRU13 52% (barangkali lebih kerana bukan semua pengundi di Sabah dan Sarawak mengundi BN kerana Najib) terang-terang menolak Najib. Kajian terbaharu menunjukkan sokongan kepada Najib jatuh di bawah 40%. Majlis Raja-Raja pula sudah memberi 'signal'. Bahagian rakyat mana yang masih mahukan Najib sebagai PM? 1.5 juta warga Bangladesh yang bakal… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini Menteri bodoh dari Kabinet 1MDB. Kerja rakyat bayar gaji tapi ampu dan bodek Najib siang malam. Patut dia pi cuci berak Najib siang malam.

Cha Tee Kwang
Guest
Cha Tee Kwang

spesis kera yang hampir pupus !!

Anonymous
Guest
Anonymous

Baru 2 tahun pernah jadi ketua menteri sabah dah nak cakap besar. Cermin cerminlah muka tu terlebih dahulu keruak

Anonymous
Guest
Anonymous

2 tahun saja jadi Ketua Menteri Sabah….Ada PHD pun 2 tahun saja….kah…kah…kah..
Geli hati aku…Keruak lebih baik kau jual ubat kuat kat tepi jalan tu atau jual ikan masin kat pasar malam sajalah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiiii. Bajau. Makan boleh sebarang makan. Cakap jangan sebarang cakap.!!!Kami anak Melayu cakap pun berlapik.Siapa kau nak penjarakan Tun Mahathir hah keruak?Sekalipun kau Raja Bajau kau ingat kami gentar? Sedar sikit asal usul kau siapa? Jangan cabar Melayu keruak. Tun Mahathir 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kau pula hanya 2 tahun saja pernah jadi ketua menteri sabah. Cermin muka kau bajau. Tengok rata ker tidak. Ukur baju dibadan sendiri. Kau jadi ketua menteri pun atas ehsan UMNO yg tolong Sabah. Kalau tidak sampai sekarang ini jawatan itu dipegang oleh Pairin Kitingan (PBS). USNO lemah dan berkubur sebab adanya orang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini keruak bikin malu sama orang Sabah shj. Menteri jawatan besar dan penuh tanggongjawab terhadap rakyat & Negara dibawah Kementeriannya. Gaji pun lumayan dari cukai rakyat.

Tapi kerjanya ampu, bodek dan mempertahankan Najib shj, Ini macam macai prepaid blogger Umno shj tahap dia. Baik Najib bayar gaji dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia ni buat PHD pun dalam bahasa Bajau

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan-jangan rumah Salleh Keruak lebih besar dari rumah Mahathir.

Anonymous
Guest
Anonymous

kecik aje..semua sama..spt kata s.samsuddin.6 kaki dalam 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar..tapi keruak x ckp apa-apapun ttg rumah yg semua org akan tinggal…!

tu lah rumah abadi seblm dihitung kelak…keruak!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Keruak tidak puas hati sebab pernah jadi Ketua Menteri Sabah hanya selama 2 tahun sahaja.Dia gagal dalam melobi untuk terus berkuasa selama lamanya.Apabila Musa Aman dipilih untuk menjadi Ketua Menteri yg kekal sehingga hari ini. Keruak tidak putus putus mengampu Najib sehingga dia dapat jawatan menteri di Persekutuan.Namun nafsu serakahnya tidak pernah puas. Keruak tetap mengidam jawatan Ketua Menteri Sabah sehingga sekarang. Dia paling takut jawatan itu jatuh kepada Shafie Apdal. Maka dia berpakat dgn Musa Aman untuk menjatuhkan Shafie.Inilah wajah keruak yg sebenar benarnya.Dia sanggup buat apa saja untuk Najib semata mata untuk mencapai impiannya untuk menjadi Ketua Menteri… Read more »

Cha Tee Kwang
Guest
Cha Tee Kwang

bukan keruak namanya, tapi kera !! Menteri-menteri yang ada sekarang semuanya kaki bodek, jilat dan sapu..Nak jadi menteri atau timbalan menteri di Malaysia, tak perlu bijak pandai tapi dengan hanya satu syarat….pandai bodek, jilat dan sapu..itu saja………….

Anonymous
Guest
Anonymous

dan mesti pandai menipu….

Anonymous
Guest
Anonymous

Keruak pun perlu sprm siasat suku sakat nya kat sabah, sepatutnya dia dilantik jadi menteri punahsihat d pej pm atau menteri cangkul penjilat