KENAPA NAJIB TERUS MENERUS BERANI MEMBEBANKAN KEHIDUPAN RAKYAT?

Oleh kerana debat 1MDB akhirnya sah tidak menjadi kenyataan berikutan Arul Kanda Kandasamy sendiri enggan berdebat dengan Rafizi Ramli yang dinamakan oleh Pakatan Harapan untuk menggantikan Tony Pua atas alasan Speaker Parlimen tidak membenarkannya,  maka topik kali ini juga turut berbeza sedikit.
Kali ini saya ingin menyentuh tentang tindakan kerajaan yang tidak henti-henti dan terus-menerus melakukan kenaikan dalam kos hidup rakyat.
Ketika ini harus diakui  satu demi satu beban peningkatan kos hidup sedang menimpa rakyat. Ia seolah-seolah bertali arus tanpa hentinya sedangkan secara logiknya, sesebuah kerajaan semestinya bimbang dengan kenaikan kos hidup rakyat.
Kenaikan kos hidup akan menyebabkan rungutan rakyat meningkat dan seterusnya boleh menjejaskan peluang mengekalkan kuasa dalam pilihanraya yang merupakan proses pengadilan terbuka untuk sesebuah kerajaan.
Dalam masa yang sama, fenomena in juga menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Razak bagaikan tidak kisah lagi dengan segala janji dan harapan yang pernah ditaburnya semasa kempen pilihanraya lalu.
Kenapa Najib dan kerajaan tidak kisah langsung dan terus juga melakukan pelbagai kenaikan?
Belum habis dengan rungutan tentang kenaikan kadar tol dalam bandar, secara tiba-tiba rokok dan tambang komuter pula dinaikkan harganya. Selepas ini, entah apa lagi agaknya yang akan dinaikkan harganya.
Walaupun saya tidak merokok, tetapi kenaikannya sebanyak hampir 40 peratus dan menjadikan harganya RM17 sekotak berikutan kenaikan yang terbaru ini, ia dikira agak melampau dan membebankan perokok. 
Kenapa sampai begitu tinggi kenaikannya?
Jika soal bahaya dan kehidupan sihat rakyat yang diutamakan, mengapa tidak terus diisytiharkan haram saja? 
Adakah kenaikan yang tinggi itu lebih bertujuan untuk menampung kantung perbendaharaan negara yang semakin kosong?
Dalam kes rokok ini, di kalangan orang UMNO dan penyokong BN sendiri kedengaran ramai yang tidak senang dengannya. Mereka menganggap kerajaan seolah-olah ingin mendera dan menambahkan lagi sengsara kehidupan perokok.
Begitu juga dengan tol, saya turut mendengar seorang bekas Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan juga merungut dengan mengatakan kenaikan itu cukup terasa dan agak membebankan berikutan beliau kerap melalui tol Penchala yang dulu bayarannya cuma RM2, tetapi kini sudah menjadi RM3 sehala.
Sebelum ini, subsidi petrol serta diesel juga dimansuhkan dan cukai GST enam peratus diperkenalkan.
Pendekata, dengan segala kenaikan itu, untuk seorang pekerja biasa di sekitar Lembah Kelang, menyediakan RM50 sehari untuk menampung kehidupan sudah tidak mencukupi lagi.
Dalam masa yang sama, gaji dan pendapatan bulanan tetap statik dan tidak pula meningkat. 
Apakah ada kerajaan lain di dunia ini yang melakukan kenaikan berturut-turut sebegini rupa? 
Tidak bimbangkan Najib dengan masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang apabila terus menerus melakukan kenaikan dan membebankan rakyat sedangkan imejnya sudah sedia merudum?
Jawapannya juga mudah – selagi masih ramai yang tidak kisah, malah sanggup mempertahankan Najib berkaitan wang RM2,600 juta yang disahkan masuk ke akaun peribadinya, kemudian memecat beberapa individu yang mempersoal serta sedang menyiasatnya, malah terus dipertahankan lagi, maka selagi itulah beliau sebenarnya tidak bimbang apa-apa untuk membebankan kehidupan rakyat.
Pemimpin yang menerima wang sebesar itu memang buruk sifatnya, tetapi kesediaan menyokong dan mempertahankan pemimpin sebegitu  jauh lebih terhina, apatah lagi jika turut tidak segan-segan memindahkan kegagalan mentadbir kepada rakyat untuk menanggung sengsaranya.
Iltizam menolak Najib kali ini mesti lebih kuat daripada biasa, jika tidak, lebih banyak sengsara bakal menjelma. (SH 05/11/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

33 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Zamri Taksis
Zamri Taksis
6 November 2015 12:07 pm

ha ha ha ha .. akhirnya Melayu gaduh dengan Melayu, Melayu lain ambil untung, ada lagi Melayu dapat lipat ganda untung. Gaduh jangan tak gaduh.

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 5:29 am

aikkk…mane poie nyo link blog lain, dlm blog tuan shah ni…

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 12:04 pm
Reply to  Anonymous

Betul tu tuan. Mana pula link blog lain? Tuan Shah, harap masukkan semula link blog lain….Dari jiran Tn Shah sedereten rumah..

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 1:07 am

NAK TAU KENAPA TINDAKKAN KERAJAAN SEOLAH OLAH MENJURUS KEARAH KEKALAHAN BN PADA PRU AKAN DATANG? JAWABAN NYA LIHAT KEPADA PENASIHAT SEKELILING NAJIB! SIAPA MEREKA ?KEBANYAKKAN DARI MEREKA INI ADALAH PARA PENGKHIANAT MUSANG BERBULU AYAM YANG MEMANG MAHU MELIHAT BN TERSUNGKUR PADA PRU AKAN DATANG .DAN MEREKA PUNYA IDOLA UNTUK DITABALKAN SBG PM.MEREKA INI LAH YG MEMPENGARUHI SEGALA KEPUTUSAN KERAJAAN SEKARANG INI .PALING BAHAYA KEMUNGKINAN MEREKA TELAH LETAKKAN ORANG ORANG MEREKA DI SETIAP INSTITUSI PENTING NEGARA TERMASUK POLIS DAN TENTERA.ITU YANG PALING MEMBIMBANGKAN KITA!

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 1:54 am
Reply to  Anonymous

����

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 4:21 am
Reply to  Anonymous

Teori amende nie?

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 4:24 am
Reply to  Anonymous

ameñda nie…???????
baik punya spin….?????

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 4:53 am
Reply to  Anonymous

STRATEGI KOLOT: SI A BUAT SALAH TP XNAK MENGAKU PASAL SI A BG TAU SI B YG JD PUNCA, JADI SI B YG PATUT DISALAHKAN.

Abis tu bila si B ygyg slah, then igt dia tak bolehh bg tau si C yg jd punca. Si C cakap si D plak jd punca. Sudah nya melalut lalut sampai la ke manusia pertama diciptakan. Last2 si A yg selamat. Ini sume statement bacul dan dungu!!

mustapa m said
mustapa m said
5 November 2015 11:16 pm

Najib & Co tahu walau apa pun mereka lakukan yg menjadi beban kpd rakyat, penduduk luar bandar dan felda akan tetap menyokongnya pd PRU14 nanti. Rakyat di kawasan2 berkenaan akan diseru bertindak menjaga maruah Bangsa Melayu. Contoh Bukti: Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin.

mustapa m said
mustapa m said
5 November 2015 11:16 pm

Najib & Co tahu walau apa pun mereka lakukan yg menjadi beban kpd rakyat, penduduk luar bandar dan felda akan tetap menyokongnya pd PRU14 nanti. Rakyat di kawasan2 berkenaan akan diseru bertindak menjaga maruah Bangsa Melayu. Contoh Bukti: Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 4:25 pm

Bila nak pilihanraya najib bagi BR1M melayu kampung & felda semua senyap terutama org sabah & sarawak. Melayu mudah digula-gulakan sebab itu najib relaks aje. Org bandar jgn haraplah nak undi umno/bn kecuali setingan & duduk rumah kos rendah. Melayu miskin & tak berpelajaran – umno senang.

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 4:20 am
Reply to  Anonymous

Sy sokong sdr.. umenok amat suka kalau orng. melayu ngok2 belaka…
mudah dicucuk idung.
Sbb.itulah spt. kata sdr.. orng bandar jgn haraplah nak undi umenok/bn… kecuali setingan yg duduk dipinggir2 bandar & yg duduk di rumah2 kos rendah. Mereka2 nie lah yg x sabar2 menunggu dedak ditabur oleh ketua2 bhg. umenok.
Melayu miskin & buta politik – umenok senang cari makan..
Ini adalah kenyataannya…

muring.com
muring.com
5 November 2015 2:26 pm

Mungkin cara mereka utk mendapatkan duit..naik harga rokok…rokok seludup tk bayar cukai siapakah tauke nya…lagi tinggi cukai dikenakan lagi byk permintaan rokok tiruan dan yg tidak byr cukai..

muring.com
muring.com
5 November 2015 2:26 pm

Mungkin cara mereka utk mendapatkan duit..naik harga rokok…rokok seludup tk bayar cukai siapakah tauke nya…lagi tinggi cukai dikenakan lagi byk permintaan rokok tiruan dan yg tidak byr cukai..

Kilometer
Kilometer
5 November 2015 1:34 pm

Kita berperang habis habisan dgn kerajaan najip,yg menghalang kita pencacai,org kpg,pendalaman pakcik makcik,sbh swk,masih menaruh harapan,sebb ada brim,beras sekampit,kain pelikat utk 5thn
Bangang bangang…

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 12:13 am
Reply to  Kilometer

aji adi marah perang perang ni…tegak islam mana ada perang2…kita kena dakwah…kena nasihat….kena beri brim lebih2…ada faham kaa?

Kilometer
Kilometer
5 November 2015 1:33 pm

Kita berperang habis habisan dgn kerajaan najip,yg menghalang kita pencacai,org kpg,pendalaman pakcik makcik,sbh swk,masih menaruh harapan,sebb ada brim,beras sekampit,kain pelikat utk 5thn
Bangang bangang…

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 5:19 am
Reply to  Kilometer

Sebab itulah Adnan Mansor dapat gelaran Ular Sawa UMNO.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 12:24 pm

Ya Allah ubahlah hati rakyat msia yg pro bn kpd pakatan harapan masa pru14 nt.. hanya Allah saje tmpat kita bergantung skrg.. berdoalah ramai2 agar Allah perkenankan doa kita semua..

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 1:18 pm
Reply to  Anonymous

amin

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
5 November 2015 10:46 am

Perpecahan pembangkang dan kemelut selangor bantutkan sokongan dan kepercayaan rakyat dan kekalkan BN. Kesukaran tembusi sokongan pengundi pedalaman menyebabkan rakyat terus bermimpi bole tukar kerajaan BN. Berpijak la pada realiti kita akan terus berada dlm satus quo melainkan adanya perpecahan yg significant dlm BN, itu sahaja ubatnya

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 10:17 am

saya sudah memutuskan utk pangkah lawan bn dlm pru depan.
alangkah baiknya jika saya ni pengundi parlimen pekan.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 12:30 pm
Reply to  Anonymous

Setuju…saya di parlimen baling… Dulu undi BN, next time tak mau lagi si azeez tu…letak marshitah kaa, sapa2 ka, sori, tolak semua…undi nanti says bagi kat PAS. Kalau PAS letak biawak pun saya bagi undi.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 12:59 pm
Reply to  Anonymous

Sebagai ahli umno dlm pru13 saya undi umno/bn tetapi kali ni saya satu keluarga akan undi DAP. Bukan kerana saya bencikan umno tetapi saya cukup benci kpd pemimpinnya.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 1:29 pm
Reply to  Anonymous

Haha..melayu janji ja lebey2.. undi x akan mengubah apa2..

Rakyat adalah UNTA tunggangan BN ja.. buat la apa pun..naikkan rege.. takde rakyat naik minyakkk.. ko nangis la sampai putus usus anak beranak sekalipun..BN tetap menang PRU 14 hingga hari akhirat.. terima sajalah yg kita gebang ja lebih..

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 11:36 pm
Reply to  Anonymous

Anon 2129 kalau kau masih nak undi BN lagi dlm pru 14 nanti itu hak kau lah.

Mengundi ni free…tak ada paksaan pun. Ikut suka..

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 5:16 am
Reply to  Anonymous

Betoiii tu yeop oiii…kita pun tak boleh nak marah kalau depa ni nak terus mengundi BN ni. Macam yeop katalah mengundi tu free tak ada paksaan dan ikut suka depalah. yang kita ni nak paksa orang dan nak kata orang bodoh tu buat apa….sedang
kan calun bebas pun orang sanggup undi.

Anonymous
Anonymous
6 November 2015 2:11 pm
Reply to  Anonymous

13 16 adalah UNTA tunggangan BN selama-lama nya.

Kalau BN menang pun yang penting yang pernah undi BN dulu tidak lagi undi BN

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 10:10 am

Sdra Shah & semua pembaca budiman . Layan ni…

https://youtu.be/g_HQcszGK2I

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 9:52 am

So far he is still able to do and say anything he wants – even though in just about any other country such a leader would have long got his or her just desert from the rakyat. Hence, as I said a few times before, such a person is to be rejected without any reservation whatsoever and as soon as possible not only because what he has committed but also (and perhaps more so) because of what he may do in the future. And that future is NOW – where except for the very rich the rest of us is… Read more »

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 10:41 am
Reply to  Anonymous

you are right sir…..commotion creates diversion, ancient arts of war…..is the raayat aware of this..probably not……..amin to your doa's sir.

lufang
lufang
5 November 2015 12:46 pm
Reply to  Anonymous

Atak power semua bolih buat maa aa ,tatak power punya olang apa bolih buat lor rr ?.

Anonymous
Anonymous
5 November 2015 1:30 pm
Reply to  Anonymous

itu aji ahdi saje x mau power….bau dahwah laajib…lajib sutak 60 ledih tawoon dan ala power…mau tengar ke aaa lorr rrrr