MENGAKU SAJALAH TAKUT BERDEBAT, HABIS CERITA!!

Debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy secara umumnya telah pun dipersetujui oleh kedua-dua tuan punya badan dan mengikut logik akal, tiada apa-apa lagi yang sepatutnya boleh menghalang debat itu daripada menjadi kenyataan.
Tetapi nampaknya, UMNO dan kerajaan mulai menggelupur kebimbangan dengan debat itu dan mulai cuba melakukan pelbagai usaha untuk menghalangnya dengan menjadikan Tony Pua sebagai sasarannya.
Hahahaha….Mari kita ketawa dengan sikap penakut dan pengecut UMNO dan kerajaan itu. Buat malu dengan makcik Felda sajalah….
Hari ini saja banyak drama telah dipentaskan yang menggambarkan ketakutan itu. Walaupun cuba menyembunyikannya, jawapan yang tepat ialah TAKUT DENGAN KEBENARAN.
Drama 1 – Speaker Parlimen,  Pandikar Amin Haji Mulia mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu diadakan, kecuali jika Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota PAC.
Beliau juga mengatakan jika Arul Kanda menyertai debat itu, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi dalam siasatan oleh PAC. Kenapa main ugut-ugut orang lain kalau nak letak jawatan? Dulu ugut nak letak jawatan sebab tiada kemudahan tandas, sekarang Tony Pua dan Arul pula umpannya?
Drama 2 – Suara ugutan Pandikar itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC yang baru Hasan Ariffin, dengan mengatakan Tony Pua seharusnya tidak boleh bercakap mengenai 1MDB di luar Parlimen dan sebagainya selagi menganggotai PAC.
Kita mendengar keputusan Speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di bawah Parlimen patuh kepada arahan itu. Ini bermakna Tony Pua tidak boleh bercakap tentang 1MDB di luar dan sebagainya, jelas beliau.
Drama 3 – Selepas itu, Shahrir Samad yang pernah menjadi Pengerusi PAC pula mengeluarkan kenyataan bahawa Tony Pua bakal berdepan tindakan Parlimen jika membocorkan maklumat diperolehinya dalam prosiding jawatankuasa itu ketika berdebat dengan Arul nanti.
Katanya, sekiranya debat itu berlangsung, Tony Pua dikhuatiri sama ada secara sengaja atau tidak membocorkan maklumat yang diperolehinya dan mungkin memberi kesan kepada jawatankuasa itu.
Sehubungan itu, tegasnya, jika Tony Pua mengambil bahagian dalam debat itu, beliau berdepan dengan keadaan di mana satu usul boleh dibuat terhadapnya kerana menghina Parlimen.
Drama 4 – Seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Annuar Musa juga tampil dengan melabelkan Tony Pua sebagai tidak mempunyai “T” yang bermaksud “tidak bertelur”  jika tidak berani meletak jawatan sebagai anggota PAC untuk berdebat dengan Arul. 
Kata beliau, jika benar Tony Pua mempunyai bukti kukuh tentang salah laku 1MDB, beliau tidak seharusnya takut untuk meletak jawatan sebagai anggota PAC dan menumpukan perhatiannya kepada debat itu.
Jika Tony Pua enggan melepaskan jawatannya dalam PAC yang disifatkannya sebagai tiada “T”, beliau lantas mencadangkan agar Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi gantinya untuk berdebat dengan Presiden 1MDB itu.
Ehh…kalau nak minta Dr Wan Azizah sebagai gantinya, lawannya bukanlah Arul Kanda, tetapi seharusnya Najib sendiri. Barulah padan, Ketua Pembangkang lawan dengan Perdana Menteri dan dapatlah juga kita mengetahui sama ada Najib ada “T” atau tidak.
Drama 5 – Salleh Said Keruak yang sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk membenarkan RTM membuat siaran langsung untuk debat itu, bahkan sudah menetapkan tarikhnya pada Jumaat, jam 9 hingga 10 malam, tiba-tiba membuat pusingan U dengan mengatakan ianya tertakluk kepada pematuhan terhadap arahan Speaker Parlimen.
Katanya, syarat yang dimaksudkan perlu dipatuhi  untuk siaran langsung itu ialah Tony Pua mesti meletak jawatan sebagai anggota PAC dan Arul Kanda pula tidak boleh terlibat sebagai saksi dalam siasatan mengenai 1MDB.
Auta betul Salleh ni…Esok lusa entah apa drama beliau. Esok lusa juga entah siapa-siapa lagi akan bercakap dengan nada yang serupa iaitu jika mahu debat diteruskan, Tony Pua mestilah berundur daripada PAC dan Arul pula dibebaskan sebagai saksi 1MDB.
Sebenarnya inilah yang  sebetul-betulnya dinamakan penakut dan pengecut tetapi malu mahu mengaku, bahkan dalam masa yang sama putar alamnya tetap gred satu. 
Sudahlah Tony Pua dipaksa berundur daripada PAC jika mahu berdebat, bahkan Arul turut diputuskan tidak boleh lagi menjadi saksi dalam penyiasatan PAC mengenai 1MDB jika tampil dalam debat itu.
Kenapa takut jika debat itu melibatkan Tony Pua? Kenapa pula jika Arul muncul dalam debat, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi? Bukankah Arul sudah banyak bercakap di luar mengenai 1MDB, termasuk dalam televisyen sebelum ini?
Dalam penakut dan pengecut itu, tetapi maksud tersiratnya tidak lain ialah untuk melindungi 1MDB.
Drama demi drama  yang dipentaskan sekarang tidak lain ialah agar debat itu tidak menjadi kenyataan akhirnya. Itu saja tujuannya. (SH 03/11/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

12
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousIbnu Saadmuring.comNordinabilaHHasnal Tamjehi Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Ibnu Saad
Guest
Ibnu Saad

Apa2pun kalau dah penakut maka isu 1mdb mahu ditutup juga…sbbnya dlm dbt nanti akan ada isu baru yg timbul..maka jln mdh buat drama bersiri utk gagalkan debat…memang lawak gila…kta nak menuju negara maju tapi otak masih thn 40han…hai ini zaman org dah open mainded la…

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengaoa "takut" sangat Tony Pua kekal sebagai anggota PAC? Kan pengerusi dan majoriti ahlinya daripada UMNO/BN? Pelik betul……..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sah UMNO penakut.UMNO memang penakut. Lepas cabar Mahathir bertanding di Pekan, sekarang nak cabar Wan Azizah ganti Tony Pua. Betul kata Tuan Shah kalau macam itu, suruh Najib ganti Arul. Baru lah adil ! Arul dah tentu-tentu tidak dapat debat kerana di perlukan sangat sebagai saksi prosiding. Jamin lah, Tony Pua letak jawatan jam tu sekira nya Najib ganti Arul. Jika Najib dengan gagah sambut cabaran tersebut dengan mengangkat tangan dan jari telunjuk di luruskan ke atas maka Najib bukan tak ada telur tapi dengan bekas tempat telur pun sudah tidak ada. Hei Najib, bila suami Wan Azizah cabar, kamu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah jadi kalut macam ini tak payah lah debat. Sampai guna ugutan speaker letak jawatan untuk batalkan debat. Memang UMNO penaku (tak ada T) Ada lagi yang akan buat debat batal. Tengah sedap Tony Pua berdebat, tup-tup kena tangkap. Besuk nya di dakwa sosma . Sebelum ini Arul tunjuk berani lawan Tony Pua sorang-sorang. Sekarang Arul menyorok belakang speaker lah, Shahrir Samad lah dan Anuar Musa. Sebab nya begini melihat laku UMNO yang mengelupur macam cacing kepanasan, tidak menjadi masalah Tony Pua letak jawatan. Itu bukan niat asal UMNO. Tetapi Arul di bebaskan sebagai saksi yang membuat debat terbatal. Sebab… Read more »

muring.com
Guest
muring.com

Pelanduk terlupa jerat..tp jerat tidak pernah melupai pelanduk…hanya masa yg menentukan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg tak ada T telor ialah umno aku nak taya Arul ni bila terju 1Mdb macam hero film hidustan je harap lepas ni ada pengarah film pilih tajuk ni mesti box office punya panggong akan penuh lagi baik

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg tak ada T telor ialah umno aku nak taya Arul ni bila terju 1Mdb macam hero film hidustan je harap lepas ni ada pengarah film pilih tajuk ni mesti box office punya panggong akan penuh lagi baik

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

Debat bukan budaya kita ~ Najib
Kepala pun da kecut.. Jgn mimpi ade fair debate pls..

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu lagi cara.. Tony boleh trus cabar najib.. Alang2 nak kena letak jawatan pac.. Baik kenakan depa (umno dan 1mdb) dulu. Cabar najib depan tv.. Cakap arul budak hingusan utk debat. Saya (tony) najib debat depan tv.. (bekenaan 1mdb).. Takda penonton pon takpa.. Letak jawatan pon takpa.. Janji najib yg kena debat.. Rakyat nak tgk.. Kalu nak buat 4 org pon boleh. Tun m bersama tony. Debat.. Najib bersama arul.. Speker nak letak jawatan di alu2kan sgt. P main jauh2.. Nak menarik lagi.. (kalu nak adakan penonton dlm studio la) Benarkan majlis raja2 turut serta tgk dlm debat tu. Utk… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Cehhh.. ini three stooges daripada Sabah Rahman, Keruak dan pandikar tidak payahlah bawa politik cara Kota Belud ke Semenanjung.

kamu bertiga sama sama orang Kota Belud. 2 bajau 1 Illanun

Kaki temberang saja. Cakap tidak serupa bikin. Balik Sabahlah woiii…pelihara kuda!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Cadangan2 yang baik

berasiam
Guest
berasiam

Banyaknya drama. Pusing balik kepada syarat yang Arul tetapkan masa mula2lah. Tony Pua kena letak jawatan PAC. Ni dah tambah lagi, Arul tak boleh jadi saksi. Lucu. Macam n2h aja. Beria2 panas heboh sana sini, sampai ketika senyap. Soalan dah bocor pun takut lagi.