DARIPADA TONY PUA MENGALAH, LEBIH BAIK PANDIKAR AMIN YANG LETAK JAWATAN

Drama juga. Ingatkan dalam kes saman Najib Razak terhadap akhbar The Wall Street Journal atau WSJ saja yang penuh dengan drama, rupa-rupanya dalam debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy mengenai kemelut 1MDB juga penuh dengan lakonan dan babak-babaknya.
Jika drama dalam saman Najib terhadap WSJ ialah untuk mencari helah bagaimana supaya akhirnya tiada tindakan undang-undang  boleh diterima dan dihalalkan begitu saja, dalam debat pula ia lebih bertujuan untuk mengelakkannya daripada menjadi kenyataan.
Hakikatnya, debat antara Tony Pua dengan Arul bermula apabila Presiden 1MDB itu seolah-olah ingin menjadi politikus dan menjawab bagaikan orang politik setiap pertanyaan dan kemusykilan yang menjadi bualan umum sejak akhir-akhir ini.
Lihat saja bagaimana kebelakangan ini jawapan Arul dan 1MDB, bukan saja tentang apa yang didedahkan oleh Tony Pua atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen, malah banyak tulisan atau kenyaaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga mendapat reaksi bercorak politik daripadanya.
Lantaran itulah Tony Pua mencabar Arul berdebat. Ini kerana Arul sendiri yang nampaknya tidak bersabar untuk menunggu memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC, sebaliknya turut membalas atau membidas kenyataan yang dibuat oleh orang-orang politik.
Bukanlah dulu kerajaan telah menetapkan sebarang kemusykilan mengenai 1MDB hanya boleh dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah saja?
Tetapi kenapa Husni lebih banyak berdiam dan menyembunyikan diri? Dalam masa yang sama, mengapa pula Arul cuba menjadi orang politik dengan lebih banyak bercakap berbanding Husni yang diberi mandat oleh kerajaan?
Maka, debat antara Tony dengan Arul itu memang tidak dapat dielakkan kerana Arul sendiri yang memilih seolah-olah untuk menjadi seorang politikus berbanding menguruskan syarikat. Selainnya, debat tidak dinafikan mungkin dapat memberi pencerahan kepada rakyat membuat penilaian mengenai 1MDB yang sudah menjadi topik perbualan di seluruh dunia.
Bagaimanapun agak malang, apabila debat itu hampir menjadi kenyataan dengan RTM sudah sedia untuk menyiarkannya secara langsung pada Jumaat ini, malah beberapa pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan yang lain-lain juga memberi reaksi positif mengenainya, tiba-tiba Speaker Parlimen Pandikar Amin Haji Mulia pula masuk campur dengan lakonan barunya.
Beliau  mengugut untuk meletakkan jawatannya jika debat itu berlangsung juga, kecuali kiranya Tony Pua berundur terlebih dahulu sebagai anggota PAC. Pandikar juga mengatakan Arul tidak boleh lagi menjadi saksi PAC jika memilih untuk menyertai debat itu.
Wow…wow…hebat sekali drama kali ini.
Walaupun DAP nampaknya sedia mengalah dengan mula memikirkan untuk mencari pengganti yang lain bagi debat itu kerana lebih mahukan Tony Pua kekal dalam PAC, sebenarnya ini adalah sebuah lagi drama yang dirancang untuk mengelakkan debat itu daripada menjadi kenyataan. Sebab itu Tony Pua dan Arul mula sama-sama ditekan.
Kerajaan secara umumnya tidak mahu lagi kelihatan pengecut atau penakut  apabila menolak debat secara terbuka kerana sebelum ini Najib turut menolak cabaran debat oleh Anwar Ibrahim dan kemudian menghilangkan diri dalam program “Nothing To Hide”  yang sepatutnya mempertemukan beliau dengan Tun Mahathir Mohamad, juga berkaitan 1MDB.
Untuk menunjukkan berani, walaupun bersetuju dengan debat Tony Pua dengan Arul pada awalnya, tetapi berbagai-bagai syarat ditetapkan. Semalam Salleh Said Keruak mengatakan debat itu boleh disiarkan secara langsung tetapi tiada sessi soal jawab dan akan diadakan di studio kosong tanpa kehadiran penonton. 
Lawaklah dol…bak kata seorang pengomen dalam blog ini pagi tadi, debat budak sekolah pun ada penonton!!
Kali ini Speaker Parlimen pula mengugut mahu meletakkan jawatan, kecuali jika Tony Pua berundur daripada PAC terlebih dahulu. Hakikatnya tujuan besar kerajaan ialah untuk menekan Tony Pua agar beliau akhirnya terpaksa membuat pilihan yang sukar iaitu sama ada mahu berdebat atau kekal dalam PAC atau lebih baik jika membatalkan terus debat itu.
Jika Tony Pua terus mahu berdebat, beliau akan digembar-gemburkan tidak relevan lagi menganggotai PAC, manakala jika lebih mementingkan kedudukan dalam PAC dan menyerahkan orang lain mengambil alih tempatnya berdebat dengan Arul pula, ia sudah boleh dianggap kemenangan awal kepada kerajaan, Arul dan 1MDB kerana berjaya mengelakkan Tony Pua daripada mengambil bahagian.
Dalam hal ini, yang terbaik ialah Tony Pua mesti berkeras untuk terus berdebat dengan Arul dan dalam masa yang sama juga mengekalkannya kedudukannya dalam PAC. Tiada yang salahnya beliau terlibat dalam kedua-duanya iaitu debat dan PAC kerana Arul juga akan mengadap PAC untuk memberi keterangan selepas ini.
Tetapi kini Arul seperti cuba diselamatkan daripada memberi keterangan dengan PAC jika terlibat dengan debat bersama Tony Pua. Pandikar menyatakan, Presiden 1MDB itu boleh berdebat tetapi tidak boleh lagi menjadi saksi PAC, manakala jika mahu terus menjadi saksi, mesti mengelakkan debat.
Bukahkan semua ini drama belaka!
Debat 1MDB itu hanya menarik jika ianya antara Tony Pua dengan Arul saja, tetapi akan hilang seri dan kemeriahannya jika digantikan dengan orang lain. Oleh itu, kedua-dua mereka mesti dibenarkan terlibat tanpa sebarang syarat.
Jika Pandikar Amin mahu dan terpaksa meletakkan jawatannya, biarkan saja beliau yang berundur. Kepada rakyat, debat antara Tony Pua dengan Arul jauh lebih penting daripada mempertahankan kedudukan Pandikar sebagai Speaker.
Lagi pun Pandikar sudah lama mahu berundur, malah sudah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebelum ini kepada Najib serta turut mengadu “kebosanan” dengan Tun Mahathir.
Lalu, berundur dan letak jawatanlah sekarang!! Tetapi biarlah Tony Pua dan Arul berdebat dengan bebas.
Daripada Tony Pua  atau Arul yang mengalah, jauh lebih baik Pandikar yang meletakkan jawatannya. (SH 03/11/205)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

26
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHShahbudin HusinEpi Maberasiam Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Togel ni dah buat kacau dah…..hang pi jumpa najib minta derma kat dia.Duit dia banyak hang bolih dapat juta juta.Kemudiàn hang balik indon hang pi bakar hutan hutan sana…biaq semua mampuih

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Entahlah mana men kew 2 hilang terus diam tak cakap pun yg arul ni pula entahlah kata pepatah kalau ada ular dgn org kulit hitam pukul kulit hitam dulu kerana ia lebih bahaya dari ular

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Entahlah mana men kew 2 hilang terus diam tak cakap pun yg arul ni pula entahlah kata pepatah kalau ada ular dgn org kulit hitam pukul kulit hitam dulu kerana ia lebih bahaya dari ular

Epi Ma
Guest
Epi Ma

Admin, satu point lg boleh tambah dlm artikel rasa, pandikar kata arul xleh jd saksi kalau berdebat, dahtu yg arul pnh masuk Soal Jawab TV3 dulu tu takpe pulak bercakap psl 1mdb…pening dah ak ni admin

Anonymous
Guest
Anonymous

Letak jwtn ja lh pandikar oi.. Umoq hg tu dh xlayak nk berdrama2 dh. Esok lusa bleh mampoih sbb umoq pn tinggai hok subsidi ja. Byk2 lh ingat kuburan.. Sbetoinya aku meluat sgguh dgaq hg bcakap. Sorry for being honest.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau nak sangat TP letak jawatan dari PAC, kasi ler dia jawatan Timbalan Menteri….. He He He

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat apa timbalan menteri lebih baik jawatan menteri penuh mcm keruak tu.

Nasharudin Mat Isa daripada PAS pun boleh najib lantik jadi Ceo Moderate Global Movement.

Presiden Hindraf parti yg diharamkan tu pun najib boleh lantik sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Jadi kenapa tak boleh lantik Tony Phua jadi menteri penuh?

Anonymous
Guest
Anonymous

Macam ni la peragai umgok,putar sana,belit sini last2 depa saja yg betul,penuh gan undang yg xmasuk d akal ,geng2 amgok ni andai dsuruh debat pun gerenti sekor pun xbrani ,ada brani ?lu sembang boleh la.nak bagi projek gan duit cepat ..masing2 ..aku dulu..aku dulu..inilah perangai sbenar macai2amgok..tak caya..dah lama dah..

Ibnu Saad
Guest
Ibnu Saad

Debat blm bermula dah kta tak bermanfaat kpd rakyat..manfaat ke tak yg ptg rakyat nak tahu isu sbnr dari mulut org kuatnya.kerajaan jgn suka membuat keputusan sdn sbb yg naik kerajaan juga adalah rakyat.

Ibnu Saad
Guest
Ibnu Saad

Debat blm bermula dah kta tak bermanfaat kpd rakyat..manfaat ke tak yg ptg rakyat nak tahu isu sbnr dari mulut org kuatnya.kerajaan jgn suka membuat keputusan sdn sbb yg naik kerajaan juga adalah rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hj Hadi suka buat u turn.
Najib suka tarik hand break.

berasiam
Guest
berasiam

Boleh berpusing kereta macam tu. Kena pulak kalau jalan licin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haji Hadi dengan Adnan Mansor@ ular sawa UMNO tu memang tak byk beza.

Badan besar.Perut besar. Cakap pun besar. Sama sama pembelit besar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini kisah debat la bro apa pulak psl Hj Hadi bagai

Anonymous
Guest
Anonymous

Hand BRAKE

Anonymous
Guest
Anonymous

Pendikar ni keturunan mana? Percakapan mcm pendatang sahaja. Adakah warga filiphine yg membeli kad pengenalan yg berleluasa di sabah.memalukan org sabahan sahaja

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang drama jugak.
Jadi lah debat, Pandikar tetap jadi speaker. Orang leher pendek memang tidak boleh di percayai.

PAC kata tidak ada halangan samada Pua nak berdebat atau tidak. Ini bermakna PAC tidak peduli, tidak ambil tahu dan tidak terpengaruh dengan debat tersebut. So yang Pandikar gatal-gatal nak letak jawatan apahal ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kena mengena speaker dgn debat? Debat tu juga kehendak rakyat. Apa yg speaker sibuk2? Tak cukup kerja ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pundek car pilipin sudah tidak tahan dengan pencak silat 2.6 bilion pti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pendikar pinang sebatang…aku harap tony phua teruskan berdebat dgn mamat paria ni.Kalau pandikar nak letak jawatan silakan,dah meluat dgn perangainya.inilah cara singkirkan si pendikar yg x berapa pendikar ini.biarlah malaysia bebas dgn orang sabah yg bodoh bodoh dan kaki kipas

kluangman
Guest
kluangman

Jamban perlu diperelokan lagi bagi mengelak pendekar mustar letak jawatan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apakah yang menyebabkan sang Pendikar ini terlalu cemas dengan Debat ini…. nampak seperti ada yang tidak kena. Sang Pandikar nampaknya seolah terkena hestiria untuk menahan rakyat dari mengetahui apakah yang berlaku dengan wang negara…tak senang duduk bagai bisul hampir meletup di punggung. Sang pandikar ni….hanya lah tong kosong milo yang hanyut dari Sabah…bagi rakyat biasa…dia hanya bercakap kosong seperti si kakak tua..dia tak faham apa yang di cakapkan dan tak ingat apa yang di tuturkannya…hari tu kata nak letak jawatan…tapi kena pujuk dua tiga puluh ringgit…ok balik….nak letak jawatan yang ni,,,memang tak la…gimik je tu… Saya sanggup keluar dari parti… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada yang berpendapat debat ini tidak membawa menafaat tapi macam-macam helah di buat untuk mengagal kan nya. Di Malaysia ini jangan bergantung sangat pada siasatan yang konon ikut peraturan dan tulus. Apa jaminan yang Najib tidak ambil tindakan yang sama ?

Sekurang-kurangnya dengan debat lah rakyat akan mengetahui pokok permasalahan dan mereka yang terlibat dengan 1MDB tidak boleh suka-suka berdolak-dalih.

Bila telah di debat maka baru lah siasatan akan di pastikan samada berjalan mengikut peraturan atau tidak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Susah2 bagi saja Najib debat dengan pembangkang di tv. Kita tengok tahap kecerdasan minda PM kita berhujah. Budak sekolah ada debat Piala Perdana Menteri tapi perdana menteri sendiri tarak telog nak berdebat atas alasan bukan budaya kita…. haha haha pondan siam kalu gini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau debat bukan budaya kita, tak payahlah adakan debat disekolah dan pertandingan debat antara sekolah2 dan sebagainya. Mengabihkan bogheh jo!