Month: November 2015

FAKTA UNTUK DIFIKIRKAN

Sokongan Melayu – tinggal 30 peratus. Sokongan pengundi Cina – tinggal 5 peratus. Yang puas hati dengan ekonomi – 17 peratus. Tidak berpuas hati dengan ekonomi – 78 peratus. Apa punca semuanya? Apa pula cara terbaik mengatasinya? Pecat Muhyiddin Yassin? Pecat Kumpulan Tujuh? Pecat ratusan ketua cawangan?  Terus berbalah dengan Tun Mahathir Mohamad? Atau cepat-cepat […]

MUHYIDDIN SEMAKIN HAMPIR UNTUK DIPECAT, TAPI….

Berucap di majlis perhimpunan sokongan terhadapnya di Pagoh semalam, Muhyiddin Yassin secara jelas menunjukkan beliau masih tidak berbeza, jauh sekali untuk mengendur daripada apa yang sudah dimulakannya sebelum ini yang menyebabkannya dipecat daripada kerajaan pada Julai lalu. Sambil gembira dengan sokongan rakyat Pagoh, termasuk parti-parti komponen BN terhadapnya,  beliau berkata, tindakannya bersuara mengenai 1MDB dan […]

NAJIB SEDANG MENGHANCURKAN UMNO

Pada 2 Disember ini, sembilan Ketua Cawangan daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mendesak pengunduran Najib Razak daripada memimpin parti dan kerajaan akan mengadap Lembaga Disiplin berhubung tindakan mereka itu. Selepas itu, mereka kemungkinannya sama ada akan dipecat, digantung keahlian atau sekadar diberi amaran saja. Tetapi berdasarkan kepada kes Ketua Wanita UMNO Gopeng, Hamidah Osman yang […]

MUNGKINKAH ESOK PERJUANGAN BERMULA?

Esok 29 November, jam 2.00 petang akan diadakan perhimpunan menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin oleh ketua-ketua UMNO cawangan negeri Johor di Bangunan Pekembar, Pagoh. Perhimpunan sokongan ini pasti akan memanaskan lagi suhu politik dalam UMNO berikutan sebelum ini sudah beratus cawangan menyatakan penolakan terbuka meminta Najib Razak berundur daripada jawatannya. Apakah esok Muhyiddin akan membuat suatu pengumuman penting mengenai […]

ALAMAK…AYAM PUN TAK MAKAN DEDAK DAH SEKARANG INI!!

Tulisan kali ini ingin lari seketika daripada isu politik dan hal ehwal semasa negara, namun mengenai penemuan baru dalam dunia keusahawanan yang seperti ada kaitan juga dengan perbualan semasa dalam negara sejak kebelakangan ini. Pernahkah kita mendengar ayam makan rumput? Kita tahu ayam selalunya diberi makan dedak, jagung atau nasi, bagaimanapun barangkali asing kedengarannya bila […]

LIMA TAHUN BUKANNYA LAMA

Melihat kepada pelbagai kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib Razak dalam memimpin negara selama ini, barangkali ramai yang tiada masalah untuk bersetuju dengan pandangan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa tidak ada parti yang harus memerintah untuk selama-lamanya dalam sebuah negara demokrasi. Ini kerana jika BN terus berkuasa dan dalam masa yang sama Najib kekal lagi […]

DI SEBALIK KELUHAN AKAR UMBI, APA KATA JIKA NAJIB DAN MUHYIDDIN SAMA2 UNDUR DIRI?

Berbual dengan kawan-kawan lama yang menjadi pemimpin UMNO di peringkat  bahagian dan cawangan kadang-kadang menyerlahkan hakikat sebenar kedudukan parti itu di peringkat akar umbi dan beban yang sedang mereka hadapi. Jika pemimpin bahagian dan cawangan itu jenis yang kritikal, lantang bersuara dan tidak terlalu taksub kepada pemimpin, luahan hati mereka mungkin boleh diketahui ke mana […]

LEBIH BAIK KU NAN LARANG SEKALI TUN M JANGAN PIJAK PWTC!!

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  UMNO masih mempertimbangkan sama ada mahu menjemput atau tidak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menghadiri Perhimpunan Agung UMNO  (PAU 2015) tahun ini. Sambil mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, Tengku Adnan juga mengatakan, “secara peribadi, saya rasa mungkin Tun Mahathir tidak akan datang. Sejak […]

MUHYIDDIN, SEKARANG BUKAN MASANYA UNTUK MERINTIH!!

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dijangka kembali daripada luar negara pada jam 4 petang hari ini (26 November) di KLIA. Hebahan mengenai kepulangannya telah tersebar luas sejak semalam meminta para penyokongnya beramai-ramai menyambut ketibaannya itu. Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, […]

NAJIB KIAN KALUT, KENAPA HANYA NAIB PRESIDEN NO 1 DAN NO 3 JUMPA MEDIA? MANA NAIB PRESIDEN NO 2?

Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam UMNO. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah UMNO, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa. Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya.  Tahun ini, […]

JANGAN TERKEJUT, MUNGKIN HANYA NAJIB SEORANG SAJA BERUCAP DI PENUTUP PAU 2015 KALI INI?

Kebimbangan Najib Razak terhadap Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini atau PAU 2015 ialah meliputi dua perkara – perasmian mesyuarat sayap-sayap dan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan. Dalam mesyuarat MT  semalam, di sebalik Muhyiddin tidak diambil sebarang tindakan, Najib berjaya menyekat suara Timbalan Presiden UMNO itu daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda […]

KEBANGKITAN KETUA2 CAWANGAN BERJAYA MENAKUTKAN NAJIB

Mesyuarat MT UMNO petang tadi akhirnya memutuskan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal tidak diambil apa-apa tindakan, sebaliknya hanya Ketua Wanita Gopeng, Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti. Meskipun Muhyiddin terselamat daripada pemecatan atau penggantungan, kedudukan dan kelazimannya sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tetap dinafikan, sebaliknya […]

MUHYIDDIN DISINGKIRKAN, NAJIB UNTUNG ATAU ZAHID MUDAH JADI "CENCARU MAKAN PETANG"?

Pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin yang tujuan utamanya untuk menghalang Timbalan Presiden UMNO itu berperanan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 – 12 Disember ini barangkali sudah terlalu sukar untuk dielakkan. Berdasarkan kepada “bau yang semakin kuat dapat dihidu”, Najib sebenarnya tidak mahu lagi Muhyiddin terus diberikan ruang atas platform UMNO untuk terus mengkritiknya dan kerajaan, khususnya […]

SELEPAS MUHYIDDIN DIPECAT, MAKIN MEMBESARKAH PROTES KETUA2 CAWANGAN?

Mula-mula 13 di Teluk Kemang, kemudian 10 di Sepang, selepas itu 34 melibatkan lima negeri di mana mereka berkumpul di Port Dickson dan pada 27 November nanti, jumlahnya dijangka meningkat kepada 200 pula. Itulah perkembangan yang dapat dilihat setakat ini mengenai jumlah Ketua-Ketua Cawangan yang terus berani untuk mendesak Najib Razak agar berundur daripada jawatannya demi untuk […]

ADAKAH MESYUARAT DI PARLIMEN BERTUJUAN MENGHALANG AHLI UMNO BERHIMPUN DAN MEMUDAHKAN LAGI PEMECATAN?

Perkara yang menjadi tanda tanya paling besar mengenai mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini ialah mengapa ia diadakan di Bangunan Parlimen dan tidak di Menara Dato’ Onn di PWTC? Walaupun mungkin ada mesyuarat MT pernah diadakan di tempat-tempat lain selain ibu pejabat UMNO sebelum ini,  tetapi rasanya belum pernah lagi ia diadakan di Bangunan Parlimen. Malah […]

INI SUDAH 'SAKIT' KUAT, MALAH MUNGKIN 'SAKIT' YANG TIADA UBAT!!

Satu Malaysia sudah tahu Husam Musa pergi ke China beberapa hari lalu untuk berubat, malah berkenaan dengan debat ini juga sudah dijawabnya dengan panjang lebar bahawa mesti ada persetujuan kedua-dua belah pihak terlebih dahulu. Mana boleh hanya satu pihak saja menetapkan tarikh, masa dan lokasinya. Mengikut jadual asal, bekas Naib Presiden Pas itu dijangka kembali […]

HARI SELASA, DARI 'HARI SAMAN' MENJADI 'HARI PEMANCUNGAN'

Mesyuarat MT UMNO sudah sah akan diadakan pada 24 November ini di Bangunan Parlimen dan tidak di ibu pejabat UMNO seperti kebiasaannya. Tarikh ini adalah tarikh yang diawalkan daripada jadual asal yang ditetapkan pada 27 November. Kelaziman mesyuarat MT UMNO yang biasanya diadakan pada hari Jumaat juga sudah bertukar kepada hari Selasa. Agenda paling penting dalam mesyuarat […]

CERDIK, TAK BERAPA CERDIK ATAU TERLEBIH CERDIK?

Susulan beberapa pendedahan oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW berkaitan perbelanjaan YaPEIM di luar negara, termasuk menganjurkan kursus perkahwinan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya berkata, program yang diadakan di Paris  itu ialah bagi  menjimatkan kos.  Katanya, dari segi ekonomi memang menjimatkan kos pelajar luar negara kerana mereka tidak […]

KENAPA BERITA INI DISIARKAN SERENTAK DENGAN KETIBAAN OBAMA?

Adakah ini hanya kebetulan atau memang dirancang sedemikian rupa dengan teliti? Presiden Amerika, Barack Obama tiba di Malaysia pada 3.20 petang Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN – Amerika Syarikat yang mana tahun ini negara kita menjadi tuan rumahnya. Ini adalah lawatan kali keduanya ke Malaysia setelah lawatan kali pertama berlangsung pada April 2014 lalu. Najib Razak […]

MEMAHAMI TANDA2 MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ATAU SEBALIKNYA

Bila sebenarnya mesyuarat MT UMNO akan diadakan?  Ada maklumat mengatakan tarikhnya telah ditetapkan pada 27 November ini, tetapi sebagaimana yang tersebar luas dalam media sosial dan grup Whatsapp, mesyuarat itu dikatakan sedang cuba diawalkan pula kepada 24 November. Tidak dipastikan sejauh mana betul atau tidaknya maklumat itu, tetapi jika benar mesyuarat akan diadakan pada 24 November, kemungkinan ia tidak […]