KABINET YANG BUAT KEPUTUSAN, KENAPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB SAJA?

Berita ini tidaklah penting sangat sebab saya bukanlah penghisap vape atau rokok elektronik dan bukan saja penagih rokok. Kawan-kawan saya juga tiada kaitan dengannya, maka sama ada vape mahu diharamkan atau tidak, relatifnya memberi kesan kepada saya adalah minima saja.
Tetapi apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana kabinet membuat keputusan tidak mengharamkan vape, saya mulai tersentak dan keliru?
Hati mulai terdetik, macam ada masalah kejiwaan dengan menteri berkenaan?
Bukan soal vape yang tidak diharamkan atau kaitannya dengan anak-anak muda yang menjadi persoalan, tetapi kenapa perlu mengucapkan terima kasih kepada Najib berkaitan keputusan itu?
Kenapa perlu diucapkan terima kasih kepada Najib sedangkan yang bersetuju ialah ahli-ahli kabinet yang berjumlah hampir 40 orang ramainya?
Apakah ini bermakna kalau Najib bersetuju, maka semua menteri kabinet kena bersetuju?
Atau kiranya Najib bersetuju, maka menteri-menteri tidak boleh mengatakan tidak setuju atau jika Najib tidak setuju, semua menteri juga harus tidak setuju dan tidak boleh sama sekali untuk bersetuju?
Adakah barangkali ucapan terima kasih itu sekadar bertujuan mengampu dan membodek Perdana Menteri saja?
Tetapi untuk apa pula Najib perlu dibodek dan diampu dengan keputusan itu? 
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang turut bersetuju dengan keputusan itu, langsung tidak ada nilaikah persetujuan mereka?
Apakah bodekan terhadap Najib itu ada kaitan dengan cita-cita Ismail Sabri yang sedang mencari laluan untuk meningkat lebih tinggi dalam kariernya?
Selain itu, kenapa Ismail Sabri yang menjaga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah begitu pantas menulis di Facebooknya berkenaan perkara itu?
Bukankah Menteri Kesihatan, S Subramanian yang lebih sesuai mengumumkannya?
Kalau vape mahu dikatakan melibatkan anak-anak muda pula, bukankah ia lebih berkaitan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin?
Apa kaitan vape dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?
Atau ini merupakan petanda bahawa rindu rakyat Malaysia kerana ketiadaan Hasan Malek dalam kabinet sudah boleh dilepaskan kepada menteri yang seorang ini? (SH 31/10/2015)
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

26
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
jamkho kolesterolpelangsing wsc biolo asliAnonymousadzzam adzzamNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
jamkho kolesterol
Guest
jamkho kolesterol

tak salah ucapkan terimakasih

pelangsing wsc biolo asli
Guest
pelangsing wsc biolo asli

lupa kali

Anonymous
Guest
Anonymous

Bangang ke bengong ke..dia jadi menteri..korang?? Yang pandai..si budin..mainkan korang..hehehe..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini adalah cara lama untuk mohon naik pangkat.
Kalau cara baru, Menteri atau Timbalan Menteri akan salahkan bekas Menteri atau Timbalan Menteri.

Asap dah masuk dalam badan masih boleh ke menjalani kehidupan yang lebih sihat ??

Yang di larang tempat awam ialah merokok, jadi tak salah lah hisap vape di tempat awam termasuk di hospital dan kawasan sekolah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau difahamkan lagi, ada cerdik jugak Ismail Sabri.
Secara tak langsung, dia orang tak terlibat dengan RM 2.6 billion.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nampaknya hebat sungguh menteri ismail sabri ni patut menteri kesihatan yg beri terima kasih pd pm begitulah cara klu nak hidup lama aku pun heran vape pun jadi polktik patut cakap halal haram

kluangman
Guest
kluangman

Situasinnya…
Semua tak kena.

Realitinya..
Memang ada yang tak kena..

Persepsinya..
Memang ramai yang kena pi berubat…

Dalam keadaan kekosongan akan berlaku untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden…adalah penting masing-masing cuba menunjukkan watak hero dan robinhood..

Masa depan Nazri sebagai bakal Timbalan Presiden @ Timbalan Perdana Menteri jika Najib berundur, jika Zahid jadi PM tidak boleh ditolak kemungkinan tersebut melihat kesungguhan menyokong.

Ismail Sabri lebih hebat, direct Najib.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nampaknya hebat sungguh menteri ismail sabri ni patut menteri kesihatan yg beri terima kasih pd pm begitulah cara klu nak hidup lama aku pun heran vape pun jadi polktik patut cakap halal haram

Anonymous
Guest
Anonymous

Hebat lagi najib. Dia bukan saja seorang ahli politik malah dia juga seorang ulama besar di Malaysia ni.

Sejak bila najib ambil alih kuasa membuat fatwa ni? Dia daripada Majlis Fatwa mana?

Apa fatwa Majlis Agama Malaysia tentang vape? Sudah kah mereka mengeluarkan fatwa?
Kalau belum bagaimana najib boleh mendahului mereks

Anonymous
Guest
Anonymous

Ismail sabri boleh syorkan dan minta tambah bajet untuk perniagaan vape di luar bandar.Syahidan kassim boleh buka banyak kedaii jual air ketum,bila kedua dua bergabung nanti boleh lihat kedai kedai melayu diluar bandar maju.Inilah tahap menteri yang akan memajukan negara….ingat nak suruh rakyat buang tabiat merokok

Anonymous
Guest
Anonymous

mat maslan, buleh dah pelan2..kayuh,cari title lain…pasal anugerah asan malik ni..sentiasa hot…setiap saat…jadi rebutan…terkini…newcomer…asang riping ganu…

Anonymous
Guest
Anonymous

Senarai pemohon gelaran Hasan Malik memang panjang. Kalau nak di senarai pendekan nama pemohon pun tak mencukupi sekeping kertas. Ini belum diambil kira pemohon dari MT Umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menyokong vape, penyokong penularan vape….perniagaan vape boleh majukan luar bandar dan wilayah? Proposal projek idea bodoh apa ni menteri bangang semua. Ingat semua orang kerajaan…korang punya kerja kami rakyat audit. KPI korang kami taruk. Ni ismail sabri ada 10% sahaja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ismail Sabri asal diciptakan daripada taik. Dia bukannya manusia. Jadi taik bodoh adalah perkara biasa. Bukan saja KPI 10%. 0.1% pun aku x bagi. Terlalu bodoh.

Anonymous
Guest
Anonymous

kesian…Menkes (menteri kesihatan) buat cadangan mengenai vaping, bila tak haram, MenLuban pulak nak nama…isu ni kerajaan yg ciptakan, bila dah selesai, kerajaan juga yang nak kepujian…bingung punya kabinet. Lu cipta problem, lu solve itu problem, lu nak orang puji lu solve itu problem.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najibkan TUHAN umno….jadi segalanya harus berterima kasih kepadaNYE kerana beliaulah memberi rezeki kepada penganut agama umno!!!!takbir….umno….takbir….umno

Anonymous
Guest
Anonymous

ungok….. ingat pesan zul nodeen Taliban…. dap will take over Sarawak

walaupong dok reti bodek najib dan dok isap vape tapi otok dok jeput…
utang wajib baya deh,…

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib dah nak pencen dah tu. Boleh duduk rumah hisap shisha.

Anonymous
Guest
Anonymous

Suka sangatlah semua pemimpin negara tengok manusia berjalan diseleputi dgn asap berkepul kepul jerebu sekeliling penghisap vape. Dah tak nampak orang dh. Nampak ada asap jerebu berjalan. Tak tahu pulak ada manusia dalamnya. Manusia jenis macam ni ke untuk nilai akhlak asas ketamadunan manusia akan datang? Lantak ko ismail sabri dan kabinet dan semua pro vape dan para rokok sekalian. Memang dunia nak kiamat tak ingat mati ke???

Anonymous
Guest
Anonymous

Ismail Sabri dah mengendeng dgn najib untuk jawatan mana satu? Timbalan Presiden atau Naib Presiden?

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiii Daffi senior…besar sungguh cita2 kau ni.

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Najib dan Ismail Sabri secara terang2 telah menghina dan membelakangi Majlis Fatwa Kebangsaan, apabila mengambil langkah melawan arus, fatwa yg telah disepakati oleh mufti dan para alim ulama.

Hanya kerana merebut hati pengundi muda, Najib dan pengampu tergamak meletakkan rakyat dlm sengsara nikotin yg mengundang pelbagai bahaya.

Apa lagi kerosakkan yg akan dibawa?

Najib dan pengampu sudah beraja di mata, bersultan di hati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam diri najib dah tak ada dosa pahala lagi dah.
Halam haram bukan peganggan hidup dia lagi dah. Yang ada hanyalah nafsu serakah yang tidak pernah puas.
Najib sanggup berbohong menipu semata mata kerana duit dan kuasa.
Ini adalah amalan yg allahyarham Tun Razak Husssin sama sekali tak pernah buat.

kluangman
Guest
kluangman

Situasinnya…
Semua tak kena.

Realitinya..
Memang ada yang tak kena..

Persepsinya..
Memang ramai yang kena pi berubat…

Dalam keadaan kekosongan akan berlaku untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden…adalah penting masing-masing cuba menunjukkan watak hero dan robinhood..

Masa depan Nazri sebagai bakal Timbalan Presiden @ Timbalan Perdana Menteri jika Najib berundur, jika Zahid jadi PM tidak boleh ditolak kemungkinan tersebut melihat kesungguhan menyokong.

Ismail Sabri lebih hebat, direct Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri yg kepala mcm kura kura tu nak jadi TPM .. tak masuk akal langsung. Ada ker samseng nak jadi pemimpin no 1 negara?

Dah dapat sokongan dan tajaan Mafia jer?

RM berapa bilion pula derma yg dia akan terima?

roslan othman
Guest
roslan othman

Kluangman , ini lah dia golongan terdesak tak kira apa isu main rembat ja macam la rakyat ini semua akan mampus kalau tak hisap vipe , mintak maaf la , menteri lembik ni ingat majoriti golongan umur 40 kebawah akan menyokong umno dengan isu vipe ini ,daiii….pooorah.