KENAPA TIDAK BERANI CABAR MAHATHIR LAWAN NAJIB DI KAWASAN BERKECUALI?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.
Sekali imbas,  Nazri kelihatan “agak jantan” bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri “roti canai bertelur”  dengan cabarannya itu.
Cabaran itu hanyalah “roti kosong” saja nilainya.
Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.
Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.
Sebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.
Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.
Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.
Tetapi jika pun cabaran Nazri itu mahu diambil kira, beliau sepatutnya membuat cabaran “roti canai telur”  terhadap Tun Mahathir.
Kenapa dicabar Tun Mahathir bertanding di Pekan saja?
Cabaran untuk Tun Mahathir melawan Najib seharusnya dicadangkan di kawasan berkecuali di mana-mana saja negeri. Pilih saja sama ada di Pahang, Perak, Johor, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan atau sebagainya?
Bukankah sebagai Perdana Menteri, Najib semestinya ada keberanian untuk bertanding di mana-mana juga kawasan?
Barulah pertandingan itu “perlawanan jantan”  yang seimbang, menarik dan “cun”?
Kalau pun Najib tidak mahu jauh daripada kawasannya di Pekan, apa kata pertandingan itu dilakukan di Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota, dua kawasan Parlimen yang selama ini menjadi jirannya?
Kalau susah-susah sangat, berlawanlah di kawasan lama Tun Mahathir iaitu Kubang Pasu saja? 
Begitu juga jika Nazri merasakan dirinya “super hebat”  untuk berlawan dengan Tun Mahathir, buatlah cabaran untuk bertanding di kawasan lain selain Padang Rengas?
Teluk Intan boleh, Kampar boleh, Ipoh atau Tambun pun boleh?
Ada  berani ke? Atau Nazri pun sebenarnya hanya “roti kosong” yang suka “cakap kosong” juga? (SH 29/10/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

29
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousUnknownMiss VeeberasiamAnti Fitnah Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri jaguh kampung.InsyaAllah tak ke manapun menteri samseng ni.

Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno ni bodoh takda telur.ikutilah langkah kajang kalau berani.setakat cakap2 saja pak pandir pun pandai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dasar telur takda…kalau nak ajak tanding letaklah jawatan mp dulu baru spr dapat buat prk.ini dinamakan cakap kosong otak kosong.macam mana mamak kutty nak tanding dikawasan kalau kamu belum letak jawatan.telur letak kat mane?

Anti Fitnah
Guest
Anti Fitnah

Inilah standard kualiti dan taraf menteri-menteri di 1 Malaysia pada hari ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri mcm hang kebun aje.. cabaran dia mmg x logik langsung.. cabaran orang penakut.. kalau betul2 nk cabar lawan lah kat parlimen putrajaya.. tngk saper menang saper kalah nt.. tmpt tu paling strategik utk mereka berdua bertanding…

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kata Nazri cabar kedua-dua nya Najib dan Mahathir berdebat ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Heei Jebat, turun lah ke bawah. Jika kau tak turun aku tunggu kau di bawah. Skrip Shamsuddin dalam filem Seniman Bujang lapurk.

Eluk Nazri ini pakai kan tanjak macam S.Shamsuddin dalam filem tersebut.

Miss Vee
Guest
Miss Vee

kah kah kah !!
hr tu menang dgn 100 lebih jer undi, itu pun dtg dr undi pos, ada hati nak lawan tok det !!
kah kah kah !!

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

ezza niea Mnor
Guest
ezza niea Mnor

kenapa tak berlawan kat Petaling Jaya Utara? meluat tengok dia ni

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha..ambik ko Nazri, xkenang budi, penderhaka

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau dilihat jumlah undi diterima Nazri di Padang Rengas semakin berkurangan. Kalau tak silap saya dia menang 2k lebih saja. cabaran untuk bertanding ni memanglah kelakar. Bila nak bertanding? Nak tunggu PRU14 tak payah lah. Tetapi kalau sekarang maknanya Nazri kena letak jawatan dulu sebagai MP untuk satu pilihanraya kecil. Tetapi mengikut undang-undang SPR mana-mana MP yang letak jawatan sesuka hati tidak boleh bertanding semula selama 5 tahun. Macam mana ni Nazri. Kau ni lawyer, pasal apa kau tak tahu undang-undang?.. kah kah kah…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri-pencenlah dari jadi menteri dan ahli parlimen. pi la jaga bini hang yang tiga orang tu, terutamanya bini nombor tiga hang yg baru awal 30'han tu….hang ni jenis tunjuk jantan dengan poligami. Biaq Najib lawan Mahathir di kawasan parlimen KL, tengok sapa menang. Lagipun rumah Najib di Taman Duta bukan di Pekan. Silap haribulan, Najib hilang deposit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau betul-betul ikhlas nak ajak Tun M bertanding, bertandinglah di kawasan yang komposisi semua kaum seimbang atau agak seimbang (sebagai melambangkan undi RAKYAT MALAYSIA).

Anonymous
Guest
Anonymous

nazri ni sebenarnya hari2 kena cabar dek bini no 1 n bini no 2…kalo awak tu roti canai jantan (2 telor) carik la no 3…

berasiam
Guest
berasiam

Dulu nazri punya no 3 duk kat kerinci tu. Tu yang berbiras dengan abdullah fadhil che wan. Kot dah buang yang tu tak tau la pulak. Ker dia yang buang nazri sebab telor dah hilang????

RD.
Guest
RD.

Penjilat-Najib memang bangang dan memalukan. Demi kepentingan diri dan kedudukan, mereka membela secara membabi-buta, tanpa mengambil kira implikasi keatas maruah dan kredibiliti boss yang mereka jilat.Sebagai contoh:Untuk membela Najib, mereka membangkitkan kegagalan 1Bestarinet dan melonggokkan kesalahan dibahu Muhyiddin. Disini, kita dapat 'membaca' bertapa tidak cerdik dan busuk-perut penjilat dan secara tidak langsung membayangkan, orang yang mereka 'jilat' itu seorang yang tidak bertanggung-jawab dan tidak berAmanah. Sebagai contoh, sekali lagi.Dr.M sebagai 'Captain of the Ship' atau Nakhoda Kapal, tidak pernah menyalahkan Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) atas kerugian RM30 Billion dalam FOREX, pada 1990an. Ketika 'Reformasi' sebaik saja Anwar dipecat sebagai TPM… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun ada class….tun punya level ialah berdebat dan bertukar pandangan dengan white house, 10 downing st, WEF kat Davos…….tak perlu layan atau dengar pandangan padang rengas, lahad datu, nasi goreng gst….

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nazri un roti canai tak de telor klu ada telor ajk dia nazri atau najib bertanding di selangor ke aku takut dia org ni akan hilang wang pertaruhan dah lah nazri aku pun meluat tengok diri tu dulu

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nazri un roti canai tak de telor klu ada telor ajk dia nazri atau najib bertanding di selangor ke aku takut dia org ni akan hilang wang pertaruhan dah lah nazri aku pun meluat tengok diri tu dulu

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri ialah menteri Umno tak de telor. Ada ke cabar musuh utk berlawan dlm rumah sendiri. Ini lelaki tak de telor.

Cabar lah utk lawan diluar rumah….ada berani. Pengundi2 Padang Rengas memang tak berapa bijak pi pilih laki2 pondan ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri dari dulu hingga sekarang ni memang dia kaki betina

Unknown
Guest
Unknown

klu dah tahu sinazri tu kaki korap tak kan pengandi dipdg rengas memilih dia lg,dgn keadaan itu menunjukkan pengundinya pun org org korap juga….

Anonymous
Guest
Anonymous

sebab dekat pekan banyak pengundi pos…kem tentera pun bnyk..nazri ni cakap otak letak kat punggung..puiii..dia sendiri pun x berani nak kluar dr tempat dia..bodohler ko ni nazri.nanti tun m ajak tanding kat kl/sel..kecut

Anonymous
Guest
Anonymous

dok penat ko pacik nasli ni tokat langit….cari korje lain lee……tangguk ikan sekilau ke,,krobek kutu ke,picit jerawat ke…..banyak lagi korje x pekdoh boleh buat

roslan othman
Guest
roslan othman

Mana ada berani Tuan ini ahli politik setengah masak kadang kala busuk habis dia takkan berani kerana :
1. Al munafikun .
2.Al Kedudukan , jawatan dan harta nanti melayang .

went they corrupt they corrupt absolutely.

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Abaikan saja apa yg keluar drpd mulut Nazri ni.

Tu hari bukan main dia nak backing Tun, tapi Tun dah tahu sgt perangai si barua ni.

Sekarang ni pun tengah berpencak dgn Jamal ikan bakar.
Bagus la tu, tak lama lagi, Najib mati berdiri la gamaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Piiirahhh Nazri
Semua orang tahu masa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kau ni macam tikus saja. Bukan main penakut.

Nak bertentang mata dengan Tun pun kau terkincit dalam seluar

Anonymous
Guest
Anonymous

roti kosong sulam air kosong