CARA BARU MOHON NAIK PANGKAT

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari mempersalahkan bekas Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan projek penyediaan internet ke sekolah-sekolah yang dikenali dengan 1BestariNet.
Ketika memberi jawapan di Parlimen berhubung pertanyaan bahawa perkhidmatan internet yang disediakan kepada guru dan murid-murid di bawah projek 1BestariNet itu lebih perlahan berbanding yang dijanjikan, beliau berkata, “projek 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah sebuah projek nasional yang diterajui oleh bekas  Menteri Pendidikan.”
Kenapa dan atas hujah apa seorang timbalan menteri boleh memberi jawapan sedemikian rupa?
Apakah pula penilaian kita bila seorang pemimpin memberi jawapan seperti itu?
Adakah ini bermakna telah lahir “seorang lagi Ahmad Maslan” dalam pentadbiran kerajaan?
Sebab itu tidak menghairankan apabila jawapan tersebut turut mendapat “belasahan” daripada Ahli Parlimen Tawau, Abdul Ghafur Salleh dengan mengatakan, kelemahan yang timbul dalam sesuatu projek kerajaan tidak seharusnya diletakkan di bahu seseorang yang sudah meninggalkan kerajaan.
“Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.
“Kalau begitu, lain kali orang akan cakap mantan yang punya…mana ada mantan yang punya, itu kerajaan yang punya,” kata Ghafur lagi.
Siapa Jailani Johari ini? Adakah beliau dikenali sebelum ini? Setelah lebih dua tahun menjadi timbalan menteri sejak 2013 lalu, adakah kita sedar kewujudan beliau dalam pentadbiran kerajaan?
Tentu ramai yang menyatakan tidak mengenalinya, bahkan barangkali ada yang mengatakan inilah pertama kali mendengar namanya.
Oleh itu, jangan marahkan beliau sangat-sangat atas jawapannya yang sebegitu rupa. Walaupun nampaknya tidak memahami konsep tanggungjawab bersama, beliau sebenarnya mungkin sedang cuba-cuba menghantar “surat permohonan kenaikan pangkat” untuk menjadi menteri penuh kepada Najib Razak.
Dengan meletakkan beban kepada musuh politik Najib tentu saja diharapkan lebih mudah membuatkan hati Perdana Menteri berbunga-bunga jadinya.
Alahai, Malaysiaku… (SH 27/10/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

34 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 October 2015 10:41 am

Patutlah jiran sebelah (bomoh) mengeluh dah tak ramai yang datang minta ubat pengasih dan tangkal untuk naik pangkat.

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 6:25 am

Kriteria utama jadi menteri, mestilah bodoh tapi pandai jilat…

Geng Mamak
Geng Mamak
28 October 2015 6:17 am

Ishh korang ni tak baik cakap macam tu. Kenapa nak salahkan Jailani. Bukan salah dia pon. Yg salah najib nak lantik dia. Takkan dia nak tolak. Tak beradab tolak permintaan Pii M kita, yang amat dikasihi, digeruni dan ditakuti. Korang baiik cepat2 mintak maaf ngan si Jailani. Nanti kalau Pii M marah, siaplah korang.

But on second thought, who cares ? Piii daa !!

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 10:40 am
Reply to  Geng Mamak

Jai..lan..ni boleh jalan lah

berasiam
berasiam
28 October 2015 6:07 am

Selain menyalak, anjing juga mengongoi. Menyalak tu memaksimumkan suara untuk menakutkan musuh atau lawan. Ngongoi ni nak bodek tuan, manja2 gitu. Ada penjilat yang menyalak sakan, ada juga yang ngongoi pelan2. Tujuannya sama, harapkan tuannya iktiraf kerja dia. Boleh dapat tulang lagi besar & segar.

Esa Adam
Esa Adam
28 October 2015 3:15 am

Memang dah faktanya begitu apa silapnya timbalan menteri ni beri jawapan. bukan kementerian beliau pun yg bertanggungjawab. Apalah Sahbuddin ni.

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 4:42 am
Reply to  Esa Adam

…memang bongok punya jawapan lahhh. Cakaplah projek tu bukan dibawah Kementerian dia tetapi dibawah Kementerian Pelajaran. Siapa punya idea, kalau dh dilaksanakan itu menjadi tanggongjawab Kementerian dan Kerajaan lahhhh…kau ni pun mcm sijailani juga lahhhh…

rina idzhar
rina idzhar
28 October 2015 2:45 am

Setuju sangat100. Bongok

puspawangi
puspawangi
28 October 2015 1:43 am

Jailani Johari ni lulusan undang2 Universiti Malaya 1989. kalau ikut kelulusan patut la lebih bijak lagi…

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 4:37 am
Reply to  puspawangi

..tak semestinya bijak..tengok shjlah Apandi, peguam Negara lantikan Najib..bongok bukan kepalang. Kalau Jalani lulusan undang2..samalah dng Apandi..bolih dibodohkan olih Najib yg kaki rasuah…

Kalau orang bijak, bukan senang diperkudakan dan dipergunakan.

muring.com
muring.com
28 October 2015 12:49 am

Biarlah ada watak tim menteri bila bercakap…

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 1:31 am
Reply to  muring.com

Biasalah tu. Orang ulu tetap orang ulu juga.
Jailani ……adalah lebih baik kau masuk class dewasa dulu sebelum bercakap

NordinabilaH
NordinabilaH
28 October 2015 12:14 am

Aku pun tak pernah dengar nama jailani ni tiba2 je muncul samalah macam bos dia ingat pepatah macam roda tak semestinya diatas ia akan berpusing insaflah n muhasabah diri amin

NordinabilaH
NordinabilaH
28 October 2015 12:14 am

Aku pun tak pernah dengar nama jailani ni tiba2 je muncul samalah macam bos dia ingat pepatah macam roda tak semestinya diatas ia akan berpusing insaflah n muhasabah diri amin

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 11:37 pm

Menanguk diair yang keroh sememangnya satu amalan biasa manusia yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 10:41 pm

kah..kah..kah..salahkan org lain mmg pandey kera-kera dalam kabinet dapur ketua lanung selanung 1malaysia…?

oleh itu apalah yg dapat diharapkan dengan kera-kera dalam kabinet dapur ketua lanung selanung 1malaysia tu weh? x mau berubah lagi ke?

dgn cara itulah dapat kera-kera tersebut naik pangkat jadi GORILA KOT? KAH..KAH.KLAH..KAHAKAHJA?

mohamad fitri
mohamad fitri
27 October 2015 10:31 pm

Kdg2 terfikir gak menteri2 kita jadi makin bodoh merapu sebab pembawaan sial jibby kot…bila byk makan duit haram Allah tunjukkan akibatnya…,,,,,,….salah satunya sifat mcm nilah…

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 11:36 pm
Reply to  mohamad fitri

smga makhlok langit dan bumi melaknati mereka ini hingga khiamat……amin ya Rabb 'alamin

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 1:28 am
Reply to  mohamad fitri

Jailani bi budak kampong mana ni. Buta kayu sungguh budak ni.

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 4:46 pm

1BestariNet projek TSMY,…kira bagus la,..sbb TSMY punya idea untuk meletakkan sistem pendidikan Malaysia ke tahap baru,…y jadi persoalan knp penyediaan internet ke sekolah-sekolah lambat?….soal internet dan multimedia bukan keje Kementerian Komunikasi dan Multimedia ke untuk pastikan para guru dan pelajar2 mendapat talian internet y bermutu sesuai dengan keadaan semasa?,…..jadi ape fungsi KKM sebenarnya?,….lagi satu sekolah2 y menerima projek 1BestariNet bkn milik kerajaan ke?,…

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 1:24 am
Reply to  Anonymous

Woiii…keruak jawablah. Ini kerja kau ini kpi kau kenapa jadi bisu pulak

rina idzhar
rina idzhar
28 October 2015 2:50 am
Reply to  Anonymous

Jawapan timb keruak mcm keruak jugak… Bengong xmau kongsi ngan org

rina idzhar
rina idzhar
28 October 2015 2:50 am
Reply to  Anonymous

Jawapan timb keruak mcm keruak jugak… Bengong xmau kongsi ngan org

Anonymous
Anonymous
28 October 2015 5:13 am
Reply to  Anonymous

Bodoh punya budak kampong ni.
Broadband dan infra tu dalam bidang kuasa kementerian kau lah. Kenapa nak salahkan TSMY?

Semenjak Keruak jadi menteri Komunikasi dan Multimedia apa masalah rakyat yang dah dia selesaikan?

Yang aku tahu keruak ni asyik berpolitik. Banyak sungguh masa dia menulis di blog. Asyik hentam orang saja.

Bila masa dia buat kerja dan ambil tahu masalah rakyat? Orang yang dia dok hentam tu lebih banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Apa jasa Keruak??? Asyik hayun telur saja sejak datang ke Putrajaya.

Anonymous
Anonymous
29 October 2015 3:48 am
Reply to  Anonymous

Fungsi kementerian sendiri pun tak tahu mmg confirm BODOH BANGANG. Aku lg pandai bolih jd boss pd boss dia. Bodoh pengundi yg pangkah dia ni hahaha

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 3:57 pm

En budin…tolong search usp project bawah skmm …dimana sewaktu dia di sana …di kasi kat kroni dia …untuk internet desa….objektif utk beri kemudahan internet…tapi hampeh …mcm mana sekolah luar bandar internet slow….atas tangan ko…kasi kroni…ko salah muhidin buat ape…ko dah kenyang

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 5:39 pm
Reply to  Anonymous

as the b

he started a joke that's tends to make Malaysian put tsmy to be blame……..unfortunately the joke was on him…….

bee gees……thanks 2357

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 3:22 pm

siangggg org hulu terengganu dapat yb bengong

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 2:56 pm

Bukan mr Jo ini kah yg dulunya pernah terlibat dalam kes jenayah masa dia jadi timbalan menteri di kdn.

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 2:52 pm

alahai….tak tertahannya kelahiran species melayu bodo di Malaysia nii

kenapa tak jawab merudum nya ekonomi msia dan maqsalah jerubur….tanyalah najib

menteri ni wajib ditong taikkan….ni bukan bodek…ni kon firm BODO

adzzam adzzam
adzzam adzzam
27 October 2015 2:50 pm

Terserlah lagi kebangangan menteri/timbalan menteri Najib.

Kesian aku tengok mentaliti pengampu2 Najib ni.

Adakah ianya satu sumpahan?

Anonymous
Anonymous
27 October 2015 2:58 pm
Reply to  adzzam adzzam

Johari ni ker…rupa pun mcm rupa orang pecah rumah