JIKA TAK BERSALAH, JANGAN CAMPUR SIASATAN – PERSOALAN YANG HANYA NAJIB BOLEH MENJAWABNYA

Muhyiddin Yassin menghangatkan kembali isu 1MDB dengan terus melontarkan persoalan yang sebenarnya hanya mampu dijawab oleh Najib Razak sendiri – kenapa campur dalam siasatan?
Berucap dalam program Bicara Minda – Berani Kerana Benar di Johor Bahru semalam, selain membangkitkan perkara tentang 1MDB seperti pinjaman RM3 bilion yang mahu dipohon, menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan Ananda Krishnan dan sebagainya, beliau turut menyatakan proses siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik itu tidak seharusnya diganggu jika tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Katanya, orangramai hanya ingin melihat siasatan terhadap syarikat itu berjalan dan kemudian mengetahui hasilnya.
Rakyat hanya mahu proses siasatan dijalankan. Jangan campur, yang rakyat nak tahu apa hasilnya. Kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Jika bersalah, kita hukum, tambah beliau lagi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO seterusnya mengingatkan bahawa yang hak akan timbul, manakala yang batil tetap akan tenggelam lambat launnya.
Apa yang dibangkitkan oleh Muhyiddin ini tentunya mengenai apa yang berlaku tempohari ketika proses siasatan terhadap 1MDB sedang berjalan yang antaranya, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, gangguan dan pertukaran serta merta beberapa pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri, pasukan petugas khas tidak lagi berfungsi dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC “dilumpuhkan” dengan empat anggotanya dilantik menganggotai pentadbiran kerajaan.
Semua orang yang berfikiran sihat, waras serta masih dapat membezakan antara putih dengan hitam, tentu saja melihat semua tindakan itu berupa campurtangan atau gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan, lebih-lebih sebelum itu beberapa tangkapan dan serbuan terhadap beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan, sudah pun dilakukan oleh SPRM.
Antaranya yang kena tahan itu ialah Dr Shamsul Anwar Sulaiman, ECO Ihsan Perdana, sebuah anak syarikat 1MDB serta seorang despatch.
Namun, selepas semua campurtangan itu, kita bukan saja tidak mendengar lagi pasukan petugas khas bermesyuarat, bahkan apa jadi kepada beberapa individu yang pernah ditangkap juga tiada khabar beritanya. Semuanya senyap belaka.
Najib pula tidak pernah membuka mulut mengenai kewajaran semua tindakan itu diambil. Kenapa beliau masih diam, adakah kerana tiada jawapan atau masih memerlukan masa lagi untuk mengolah jawapannya yang sesuai?
Mengenai Gani Patail yang dilaporkan disingkirkan kerana masalah kesihatan, hanya Tun Mahathir yang kerap mempersoalkannya dengan beberapa hari sebelum ini menanyakan kepada kerajaan agar menunjukkan sijil sakit bekas Peguam Negara itu.
Namun, sehingga hari masih juga tiada sesiapa mampu memberi jawapan mengenainya.
Kini, dengan Muhyiddin sendiri sudah  secara terbuka mengatakan, “kalau tak bersalah, jangan campur dalam siasatan”, Najib juga secara “gentlemannya”  tiada lagi pilihan selain memberi respon dan jawapan kepada persoalan itu.
Jika tidak dijawab atau diberi penjelasan, selagi itulah keraguan akan terus membuak-buak, sekaligus membentuk persepsi buruk terhadap dirinya.
Hanya Najib yang mampu dan sesuai memberi jawapan kepada persoalan itu kerana beliau yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB yang sedang disiasat itu.
Bukan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara atau sesiapa yang lainnya perlu campurtangan menjawab persoalan tersebut.
Jika terus dibiarkan tidak dijawab, campurtangan sebagaimana yang digambarkan Muhyiddin itu akan dilihat hanya untuk menutup kesalahan atau mengesahkan memang ada kesalahan yang cuba dilindungi.
Meskipun siasatan dikatakan masih berjalan, ia barangkali tidak sama lagi  dibawah Peguam Negara serta Pengerusi PAC yang baru.
Dari segi tanggungjawab moral sebagai pemimpin, Najib pada hakikatnya  “tidak jantan” jika sepanjang masa hanya pandai melarikan diri, diam membisu dan tidak menjawab mengenai perkara itu, apatah lagi setelah orang nombor duanya sendiri dalam UMNO mempersoalkannya secara terbuka. (SH 25/10/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

39
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousMiss VeePan menyamarberasiamUnknown Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

berasiam
Guest
berasiam

Ketuanya tak habis sekolah. Anak buah masih bersikap macam budak sekolah. Budak sekolah yang takutkan guru besar, cikgu disiplin dan pengawas. Budak sekolah yang seronok dapat duit belanja banyak. Apa sahaja yang diarahkan dibuat, taat dan patuh. Kalau bantah kena rotan. Kalau lawan kena gantung /buang sekolah. Tempat mereka bukan Dewan Rakyat. Mereka patut masuk sekolah semula bersama ketua yang tak habis sekolah. Sukar untuk menyahut seruan Tun Mahathir untuk terus memenangkan golongan budak sekolah pada pilihanraya. Budak2 sekolah inilah yang terus menyokong ketua yang tak habis sekolah itu merosakkan negara. Nak terus undi mereka juga?

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul..

Bentang bajet berbilion bilion. Duit tak pernah turun ke bawah. Duit asyik naik ke atas saja.

Bila tanya…ohhh bajet tak ada. Siapa yang untung kalau bukan pemimpin.

Rakyat habuk pun tak ada.

Anonymous
Guest
Anonymous

MP dah kenyang bro … hantu raya dah di beri makan dan akan jaga tuannya.Banyak hantu raya dlm umno.Teuku Nan bapak hantu raya,Azelina jantan anak hantu raya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Adnan Rempit atau Adnan Buncit

Anonymous
Guest
Anonymous

Adnan Sempit. Romeo Putrajaya

Unknown
Guest
Unknown

Mesti ada sebab disebaliknya kenapa MP MP yg pegang teguh sangat utk menyokong DSN.
Mereka bukan bodoh atau takut. Tentu ada sebab sebab yg tidak dapat dikongsikan…
Apa sebenarnya?

Anonymous
Guest
Anonymous

MP semua takot 'tong drum' kot?

Anonymous
Guest
Anonymous

SEbab dah kongsi kongiskan 2600 juta maa..

Anonymous
Guest
Anonymous

SEbab dah kongsi kongsikan 2600 juta maa. Dapat 2 juta, shahril 1 juta teguh lah MP MP tu muahaha…Mana mereka nak kongsikan dengan kau Unknown bodo…

Anonymous
Guest
Anonymous

Beza kan Saifuddin Abdullah dengan MP UMNO yang lain. Semasa dalam UMNO lagi Saifuddin mempunyai pemikiran dan pendirian yang bernas.

Dari Menteri ke Menteri Besar UMNO, dari Ketua Perhubungan hingga ke ketua bahagian semuanya di gelar pemimpin kerana jawatan dan kerana kerusi MP.

Mereka ada pengikut yang berbayar. Dan mereka ada ketua-ketua bawahan yang patuh pada mereka kerana yang meletakkan mereka sebagai ketua ialah mereka sendiri.

Mereka lah yang merosakkan negara bukan pengedar dadah bukan penagih dadah sebab rasuah lah dadah berada di dalam negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau dok main senyap dan sunyi jer, Panda pun buleh jd PeeM..pemimpin mcm ni ker Msia nak harap utk teraju negara kearah negara maju? Dream on. Tak ada kelas langsung.

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Sbgi rakyat malaysia yg ada kesedaran mulai sekarang kita kena kempen tolak najib tolak umno. Sbgi ahli umno utk pertama kali saya x akan undi calon bn dr umno. Kita kena kempen target 1 parti sja dr pembangkang supaya x pecah undi. Biar negara nak jadi apa pun lantaklah. Dalam 5 tahun saja. Lepas najib keluar umno baru kita kempen dan undi umno semula.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya setujuuuuuuuuu bro..bukan najib saja. Hishamudin Bapok dan Adnan Rempit skali wajib diterajang keluar drp UMNO.

Adnan Rempit wajib ditendang hingga melambung. Tak guna punya manusia.

Tengok skrang besar dah perut dia. Buncit mcm bukit. Cukup kuat makan duit.

Dah nak meletup dah perut dia tu. Tunggu hari saja lagi

Pan menyamar
Guest
Pan menyamar

Joe Hairy …Hekeleh… kalau betul ahli UMNO pergilah kempen kat Ketua Bahagian tolak Najib bodoh. Bukan tak undi umno.. ni mesti ahli pan…tart

Anonymous
Guest
Anonymous

Kali ni kasi kalah besar UMNO/BN.
Kita bukan BENCI kepada Parti. Tetapi kita BENCI dan meluat terhadap PM,Menteri2, dan Ketua2 bahagian sekarang.

Buang kesemua jemuan jemuan ni dan pilih anggota baru.

Selagi mereka ni ada macam2 mala petaka yang mereka akan bawa.

Nawaitu mereka hanyalah untuk sapu semua duit yang ada dan hidup senang lenang.

Janji mereka ni "Kalau BN menang Menteri2 semua hidup senang lenang" Rakyat kalau nak mampus boleh pergi mampus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembangkan pernah minta beri mereka 5 tahun. Tapi BN jugak yang menang. Rakyat takut mencuba perubahan. Rakyat sepatutnya menunjukkan setiap rakyat ada kuasa menentukan kerajaan. Jika Pembangkang tidak bagus rakyat boleh tukar. Dan bukan kerana UMNO BN tak bagus rakyat tukar kerajaan. Dan bukan kerana PR bagus tidak perlu tukar. Rakyat mahu tukar kerajaan kerana rakyat ada kuasa. Apalagi sekarang ini pentadbiran Najib lemah dan banyak melakukan kesalahan seperti yang di perkatakan, maka rakyat tolong lah tunjuk kuasa yang menentukan masa hadapan negara ada lah undi dari rakyat. Bila sokong UMNO, terussss undi UMNO.Bila sokong PH, terussss undi PH.Ini lah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

selain najib,
ramai lagi menteri penjilat najib
harus diterajang keluar.
tiga orang antaranya;
1. ahmad maslan
2. rahman dhalan
3. adnan mansor.

Anonymous
Guest
Anonymous

anwar pernah kata sebelum pru13.
hari ini pr menang, esok harga minyak turun.
tapi rakyat (penjilat) pilih bn/umno, padan muka.
salahkan diri sendirilah, bukan najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul… betul… betul…
Najib lupa daratan, dia dah jadi macam Marcos dan Suharto.
Tapi Najib tak salah, yang salah rakyat.
Rakyat yang menangkan BN/Umno.
Sekarang tak boleh buat apa-apa lagi.
Tunggu PRU14, itu pun entah-entah.
Bagi BRIM RM2,000.00 pasti BN/UMNO menang lagi.
Sementara itu, terima sajalah kenaikan
demi kenaikan yang membebankan rakyat.
Kah… kah… kah… ikut gelak Hishammudin Rais.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kata najib dia darah bugis pantang di cabar tapi sampsi sekarang dia tak berani pun nak menjawab siapa makan cili dia yg rasa pedas amin

Anonymous
Guest
Anonymous

Bugis jenis bapok

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib takut Cina. Terhegeh hegeh minta undi Cina bagi duit untuk sekolah Cina sebab melayu dah tak suka boogis.
Kita mahu Jamal Yunos ganti Najib. yeeahh

Anonymous
Guest
Anonymous

MAJLIS RAJA2 HARUS BUAT SESUATU SEKARANG!!!
PANGGIL SEMUA PANGLIMA TENTERA MENGADAP!!!

kalau tu tak jalan jugak…negaraku memang haprak…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib PM terbaik sepanjang zaman

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat Malaysia membayar cukai demi syarikat 1mdb yang paling disayangi oleh pm kita…..kahkahkah…buat bajet bagai betul ke kerajaan ada duit???

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib…. perniaga boleh claim GST. Kenapa rakyat tak boleh claim GST?

Anonymous
Guest
Anonymous

Takut cina marah bro….baju merah baju merah jugak….duit tepi kena jaga!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Aiyaaahhhh..pecah rahsia sudah

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu Anwar Ibrahim dihumban ke penjara konon kerana dikatakan salah guna kuasa dan campurtangan dalam siasatan yang tidak pun melibatkan kepentingan awam. Tapi sihaprak Najib ni menghuruharakan badan siasatan yang menyiasat 1MDB yang melibatkan berbilion duit tidak pula diambil tindakan. Undang undang dajal apa yang sedang Malaysia laksanakan ini?. Apakah pemerintahan negara dan segala undang undang hari ini sedang dikuasai oleh kelompok pennyokong dajal?. Atau Najib merasa dirinya Agung dan Sultan atau Tuhan yang sentiasa berada di atas undang undang dan bebas melakukan apa saja?. Perlaksanaan undang undang bukan saja double standard malah LANGSUNG TAK ADA STANDARD. Malaysia sedang kembali… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang ni najib tak salah gunakan kuasa ker. Siapa yg lumpuhkan siasatan terhadap 1MDB? Dengan tiba2 pula bilik di bukit aman boleh terbakar. IGP kata bilik kosong. Kalau bilik kosong mcm mana boleh terbakar. Mustahil tak ada sekeping kertas pun kalau bukan files2 tertentu.

Jangan pula sikit2 nak takut2kan rakyat dgn Sosma. IGP dgn Najib bukan rakyat juga ker atau pun orang angkasa lepas

Anonymous
Guest
Anonymous

ELOK MAMPUS CEPAT NAJIB RAZAK NI! HIDUP MENYUSAHKAN RAKYAT SAJA

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib dah koTor…rakyat dah lihat permainan najib.Najib tidak bolih memimpin negara kerana sikap munafik dan akan pertàhan dgn apa cara.Rakyat harus tolak Najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketua Bahagian UMNO kena tolak Najib…pembetulan. rakyat tak undi najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul. Cuma ahli Umnongok sj yg bolih betulkan sbb najib BUKAN dipilih rakyat. Ahli Umnongok yg pilib dia sebagai presiden.

Anonymous
Guest
Anonymous

"menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan Ananda Krishnan"

Yang ini bukan Najib yang perlu jawab. Yang ini kita minta ahli-ahli UMNO sendiri jawab. Mana mungkin Muhyiddin berbohong kerana dia masih Timbalan Presiden UMNO.

Mengapa UMNO bergantung kepada kaum lain?

Adakah pinjaman ini sistem cetti?

Anonymous
Guest
Anonymous

…ini Jamal Ikan Bakar dan Ali Tinju kena jawab…demonstrasi baju merah konon nak pulihkan maruah melayu…PM Bugis songlap wang..pi mintak pinjam kat Ananda…

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib kena jawab kenapa bagi 8.5 bilion kepada kekanda Ananda Krishnan bumiputera kesayangan Mahathir dan Najib untuk IPP usang,

Anonymous
Guest
Anonymous

Berani kerana Benar – Muhyiddin

Berani kerana Bini – Najib