SEMANGAT TELUK KEMANG JANGAN PADAM, MUHYIDDIN PERLU TERUS KE DEPAN…

Hanya sehari selepas Najib Razak membentangkan Bajet 2016 yang langsung tidak menarik untuk masa depan negara dan rakyat keseluruhannya, dua peristiwa berlaku hari ini yang boleh dianggap sebagai tanda-tanda tekanan akan berterusan lagi kepadanya.
Pertama, 13 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan dengan sepakat tampil menuntut Najib meletakkan jawatan bagi mengelakkan parti dihukum pengundi dalam pilihanraya umum akan datang.
Dengan 13 daripada 54 cawangan yang terdapat di Teluk Kemang sudah berani bersuara sedemikian rupa, ia adalah petanda jelas suara-suara penolakan terhadap Najib tidak lagi sekadar menyembunyikan diri, tetapi mulai berani memandangkan situasi dan masa depan negara yang kian  disedari semakin gawat dari semasa ke semasa.
Lebih-lebih lagi kerana UMNO Teluk Kemang dipimpin oleh Isa Samad, Pengerusi Felda yang juga salah seorang pendokong kuat Najib, bermulanya suara penolakan itu di situ bermakna tidak mustahil akan dituruti oleh cawangan-cawangan dalam bahagian lain pula.
Jika sebelum ini, seorang Ketua Cawangan dalam bahagian Pandan, Syed Saifuddin Syed Harman telah memulakan langkah dengan menjemput Tun Mahathir Mohamad untuk suatu program bulan lalu,  kini nampaknya telah ada 13 Ketua Cawangan di Teluk Kemang yang dengan berani menuntut Najib berundur daripada jawatannya.
Selepas ini, tampillah lebih berani Ketua-Ketua Cawangan lain dari seluruh negara dengan agenda yang sama untuk bersuara bagi menyelamatkan negara ini!
Setelah Ketua-Ketua Bahagian tidak boleh diharapkan untuk menjadi berani bagi menyelamatkan parti dan negara berikutan kebimbangan hilang pelbagai nikmat dan kepentingan, di bahu Ketua Cawanganlah harapan seterusnya disandarkan.
Yang kedua, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sudah mulai keluar dari “zon berdiam dirinya”  dengan kesediaan hadir buat pertama kali dalam satu program Bicara Minda – “Berani Kerana Benar”  anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Bahru.
Dalam kemunculannya itu, Muhyiddin tanpa berselindung terus bercakap mengenai perasaan dan kebimbangannya mengenai UMNO, 1MDB, Najib, kedudukannya dalam parti, masa depan negara dan pelbagai lagi.
Dengan sedia muncul bersama khalayak dan seperti tidak mahu hanya membiarkan Tun Mahathir saja ke sana sini untuk membetulkan UMNO dan negara, Muhyiddin nyata sudah mengambil langkah yang berbeza sekarang ini.
Apatah lagi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, beliau kini sedia menghadapi risiko tentang tindakannya ini.
Tentu saja selepas ini, Muhyiddin tidak mengelak lagi jika mana-mana pihak, termasuk UMNO cawangan mahu menjemputnya untuk memberi ucapan dan berkongsi pandangan, sesuai dengan seruannya agar jangan sesiapa takut untuk memberi teguran demi menegakkan kebenaran.
Tidak mustahil juga kiranya beliau akan turut tampil bergandingan dengan Tun Mahathir dalam pelbagai program jelajah atau penerangan ke seluruh negara lantaran mula menyedari kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua sudah mulai tidak dihormati dan ingin diketepikan peranannya oleh Najib.
Apa pun, sesuai dengan kebangkitan yang sudah diserlahkan oleh 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang serta Muhyiddin sendiri sudah mengambil langkah proaktif dan tidak lagi berdiam diri serta bersama usaha tanpa jemu oleh Tun Mahathir sebelum ini, semua pihak yang sayangkan negara ini perlu terus bangkit memainkan peranan masing-masing.
Jangan dibiarkan ia terhenti sekerat jalan atau seperti “hangat-hangat tahi ayam” saja.
Yang semakin disedari semua ialah masalah UMNO dan Malaysia hanya satu iaitu Najib saja. (SH 24/10/2015)
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

22
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
WargaMarhaenUmnojangan mimpiAnonymousPakcikNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
WargaMarhaenUmno
Guest
WargaMarhaenUmno

Sdr Shah, saya rasa wabak 'Cash is King' betul2 dah menular ke peringkat akar umbi. Macam main poker sapa yg boleh 'up' dia menang… Personally saya yakin impact tak meluas sebab faktor 'games of number'. Umno ada lebihkurang 20k cawangan seluruh negara…apa ada dengan 13, 14 cawangan yg bengkok! Nanti Ketua Bahagian akan settle semua….

Anonymous
Guest
Anonymous

Tan Sri Muhyiddin tidak bersikap silent seperti anggapan Admin dan kebanyakkan orang! Apakah tan sri berdiam seketika selepas selesai mesyuarat bhg bhg umno kita terus anggap beliau tidak lagi ambil kisah? sudah tentu tidak! Beliau tentunya perlu platform utk berucap,Tapi malang nya Bhg atau cawangan umno takut nak jemput beliau ! dan nyatakan pendirian masing ! Bukti nya ucapan Tan Sri hari ini yg berani dan bernas dalam BICARA MINDA

Anonymous
Guest
Anonymous

Berani kerana Benar.
Ahli UMNO pun kena berani seperti ketua Teluk Kemang. Tukar Ketua Bahagian yang senyap dan penakut. Ketua yang macam ini lah membuat kan pemimpin peringkat atasan beringat-ingat dan berjaga-jaga semasa berkuasa!

Sudah sampai masa nya ahli UMNO memilih ketua yang berani dan bijak bukan lagi kerana kedudukan dan wang ringgit semata-mata. Sekarang tenguk lah apa jadi bila ketua yang dipilih kerana kedudukan dan wang ringgitnya. Mereka akan ikut sahaja walaupun Ketua telah melakukan kesalahan yang memudaratkan negara dan parti.

Pakcik
Guest
Pakcik

Bukan satu…jangan dilupa yg satu lagi tu

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah 13 ketua cawangan PD kerana berani suruh najib berhenti tapi janagan lupa Isa Samad tu pun harus ditukar juga kita jangan harap ketua bahagian takkan sokong kerana mereka ni dibela oleh umno

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah 13 ketua cawangan PD kerana berani suruh najib berhenti tapi janagan lupa Isa Samad tu pun harus ditukar juga kita jangan harap ketua bahagian takkan sokong kerana mereka ni dibela oleh umno

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunjuk dan buktkan apa yg Najib dah buat yg salah !!! Semua org boleh bercakp dan menulis, tapi kena buktikanlah… Kalau sekadar cakap, semua org boleh!!! Masa zaman Tun , kerajaan rugi lebih 100 billion, hinggakan Lim Kit Siang kata Malaysia akan bankrap… Masa tu Lim Kit Siang cakap sorang sorang..hanya kelompok dia aje yg tahu sebab masa tu semua media massa dikontrol oleh Mahathir…masa tu tak ada internet… Kenapa korang tak terkejut dengan jumlah sebanyak tu dan suruh Tun Mahathir di siasat??? Itulah kalau hati dah busuk, beginilah jadinya… Bukannya Najib tak nak jawab semua persoalan yg ditimbulkan tentang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang 100 billion tu LKS yang buat bising. Bukan UMNO yang buat bising. Kali ini UMNO yang buat bising. Dari Mahathir sampai ke cawangan. Tahu tak, kan ada beza nya … 100 billion yang LKS bising tidak di masukkan ke dalam akuan Mahathri. Yang 2.6 billion Najib sendiri ngaku masuk dalam akaun dia sendiri. Tahu tak, kan ada beza nya. Najib tidap perlu jawab sebab kalau jawab pun jawapan yang di beri jawapan menipu. Rakyat tidak percaya. UMNO lagi tidak percaya. Mula-mula tidak mengaku. Lepas itu mengaku kata duit derma. Kata untuk lawan IS kemudian kata untuk pru. Kebenaran nya… Read more »

jangan mimpi
Guest
jangan mimpi

saudara 9.43
Tunjuk dan buktkan apa yg Najib dah buat yg salah !!!
salah najib ialah menipu.mula2 ckp duit msuk akaun fitnah,lpas tu ckp xmungkin msuk dlm akaun pribadi dlm malaysia klau nk songlap duit,lpas tu dh sah msuk ckp tu utk dana politik n last sekali ckp DERMA.
saudara,ni bukan jumlh sikit.billion weiii..hanya yg BUTA,PEKAK n BODOH terima jwpn PeeM mcm tu.org pndai fikir lh.lagi satu klau btul xda salah,knp xbuat sidang media je jwb smua soalan2 tu.lg sng kn.rakyat pun xlh marah.mcm skrg ni nmpk sgt lh bersalah..penipu terbesar sedang mmerintah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bodoh punya pemimpin….Kenapa nak desak desak PM

Tunggulah ajelah PAU nanti…

Spatutnya kamu membantu Presiden…bukannya ikut telunjuk pembangkang atau ikut pemimin umno sendiri seperti musang bebulu ayam..

Masih tak cerdik!!!

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Bajet Wow Najib.

Jabatan Perdana Menteri diperuntuk 20.3b
Pengajian tinggi budget dipotong 15%
Sektor pertanian dapat bawah 9b.

Bayar pelbagai cukai, GST, bayar tol, bayar harga barang/sewa melambung, diugut propaganda guling kerajaan.
Ini nasib penjawat awam yg matian2 bekerja utk kerajaan.
Mereka dapat RM500.

Penerima Brim…for sure RM800 ke RM1000.

Jalan2 dlm bandar mcm jerawat batu.
Jalan2 FELDA dapat peruntukan RM200 juta.

WOOWWW.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jabatan perdana menteri diperuntukkan 20.3 bilion sebab kos dandan rambut rosmah makin meningkat.

Perbelanjaan jalan jalan cari makan dan shopping di luar negara pun meningkat sebab ringgit dah susut nilai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketua2 bahagian ni masih menaruh harapan agar mereka tercalun jadi wakil rakyat dlm PRU 14 nanti.

Mereka masih berharap dan menanti kot kot dapat jadi YB.

YB ada tiket untuk menjadi jutawan segera

YB tiket untuk mengejar gelaran Datuk.

YB tiket untuk tambah bini 2

YB tiket untuk memiliki mercedes benz

YB tiket untuk bergelar ahli koperat yg berjaya

YB tiket untuk memohon tanah beribu ribu ekar

YB tiket untuk kel uar negara untuk membeli hartanah mewah

YB tiket untuk jilat pantat artis jelita

Anonymous
Guest
Anonymous

Selama ini, ahli di akar umbi bekerja macam kuli batak, terpaksa berkorban macam2 untuk kb naik demi memperjuang nasib rakyat di bawah. KB 2 di pertengahan macam ulnar sawa kekenyangan dedak, mengisi tembolok dengan kekayaan untuk anakcucu sendiri. Kalau bercakap pasal perjuangan, pasal nilai2 Dan kerja keras, Dan menggunakan agama begitu gah sekali tapi cakap tak serupa bikin. Yang kat atas2 itu kononnya tahap dewa2, mencekik mengisi tembolok, bercakap begitu gah, berretotik tahap dewa2 tapi habuk pun takde. Diaorang lupa siapa yang menaikkan diaorang. Ini ciri2 pemimpin zalim Dan celaka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dlm UMNO ni.. ramai kokok je lebih. Amanah boleh dijual beli. Timbang kati ja.

Rakyat pun berapa kerat yg peduli? 95% mcm ayam dan babi, lempar dedak kerumunlah depa. 4% saja masih merungut. X akan kemana bro. Terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro…KB dah kenyang dah jadi ular sawa,cuma KC yg x dapat apa apa kerana KB makan sorang.Elok lah KC bertindak dari sekarang kalau cacing dah naik kemata.Nak tunggu habuan dah tentu x dapat

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini baru lah betul, akar umbi. Akarnya (keberanian) menjalar dan sudah pasti keputusan ini akan sampai ke tempat lain dan membuka mata cawangan lain.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampak nya orang Teluk Kemang baik UMNO atau PAS, mereka sama-sama berani buat keputusan apabila melihat kepincangan pemimpin mereka.

Hebat orang Teluk Kemang ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan itu adalah ibarat Api dalam Sekam kerana di mana-mana peringkat akar umbi UMNO sekarang ini moral dan semangat mereka sememangnya sedang melemah sekali. Jangan harap pd Ketua Bahagian UMNO kerana mereka sedang kekenyangan asyik disumbat dedak oleh Presiden parti. Mereka takkan berbuat apa-apapun di peringkat Bahagian. Hanya seronok menunggu dipanggil lagi oleh Presiden untuk taklimat tertutup dan bila pulang tersenyum gembira kerana dah 'Masyukkkkk….????

Anonymous
Guest
Anonymous

burrrppp…kenyang weh, betul tu bro…100% gwa caya luu…yang bawah tuu makan taik celup tepong…..melopong.
rob the middle class, giving to the poor….wherealse the kronies living in wealth….vastard val noron , they'll be curse till end of days….ameeen

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ramai lagi yang bertindak seperti di Teluk Kemang itu, tentu harga tung drum dan simen akan naik sebab permintaannya pasti meningkat.

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Mati itu pasti, bila2, di mana2, apa jua cara.

Orang perjuangan takkan gentar kerana jihad membasmi kemunafikan dan kemungkaran telah menggelegak dlm darah mereka.