PANDIKAR NAK SENARAI ANTI NAJIB LEBIH DULU PULAK…

Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya.
Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi saja. Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata Pandikar.
Meminta senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak langsung bermakna ia berupa “pancingan” daripada Speaker agar pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti Najib, malah yang sanggup “melompat kolam”. 
Sudah tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup “menjerut leher” lebih awal daripada yang sepatutnya.
Dan kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia memungkinkan terdedah pula kepada proses “tawar menawar” yang menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.
Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.
Sebelum itu, usul persendirian tidak percaya terhadap Najib yang cuba dibawa oleh PKR disenaraikan di agenda 25 daripada 28 keseluruhannya dan belum tentu dapat dibentangkan berikutan aturan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.
Kemudian apabila DAP mahu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri membentangkannya, ia juga dikatakan tidak mungkin sempat dibawa dalam sessi Parlimen yang sedang berjalan sekarang kerana ia memerlukan notis 14 hari lebih awal.
Oleh yang demikian, usul Dr Wan Azizah itu mungkin hanya boleh dibawa pada sessi Parlimen Mac tahun depan.
Dan hari ini,  Speaker mahu disenaraikan Ahli  Parlimen lain, selain 89 orang daripada pembangkang, yang mahu menyokong usul tersebut.
Licik, licik taktik Pandikar ini.
Maknanya tugas beliau sebagai Speaker untuk memastikan tiada usul yang boleh memalukan Najib, sehingga ini boleh dikira berjaya digalasnya dengan cemerlang
Soalnya, kenapa takut sangat dengan usul tidak percaya itu? Jika yakin pembangkang hanya ada 89 undi, kenapa perlu bimbang?
Tidak bolehkah ia dibiarkan dibahaskan terlebih dahulu sebelum diketahui siapa menyokong dan siapa yang tidak? Inikah sebahagian proses demokrasi?
Selain itu, lihat saja watak Pandikar dalam sessi Parlimen kali ini. Garangnya lain macam. Sikit-sikit mahu tunjuk kuasa! 
Sikit-sikit nak marah dan selalu sangat dilihat mengangkat tangannya ketika berucap.
Tak terbayang watak inilah yang pernah mengadu kepada Tun Mahathir Mohamad memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai Speaker atas beberapa perkara tidak puas hati yang dibangkitkannya kepada bekas Perdana Menteri itu.
Wahh…sudah jauh beza dulu dengan sekarang bahh!! (SH 21/10/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

24
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousmustapa m saidNordinabilaHwaylifemalaysiaAlias Bin Hasan 02 Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

hanya orang jenis macam ini sahaja yang jiwa dan hati nya sesuai dengan UMNO dan apa jua kesalahan depan mata yang di lakukan oleh UMNO.

Yang cerdik dan boleh berfikir sendiri seperti Saifuddin akan keluar UMNO. Yang boleh berfikir tetapi tidak ada keberanian seperti Muhyiddin dan Safie Apdal akan duduk diam-diam dalam UMNO. Yang berpendirian dan kental semangat nya seperti Mahathir akan terus gasak dan tekan Najib kerana seluruh sistem telah di usik oleh Najib dan menjadikan Pandikar, Adnan, Zaid, Ahmad Maslan sebagai contoh pemimpin UMNO di masa akan datang

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Usul Tidak Percaya terhadap PM Najib…. Nampaknya Speaker yang lebih takut.
Speaker yang berpeluh-peluh dan bersusah-payah menghalangnya dengan memberikan pelbagai alasan yang menggelikan hati dan merendahkan maruah dan integritinya sendiri.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hai pendekar speaker hari dah lah maikan tun ni buat pula undang2 beri nama dulu siapa tak sokong najib ini lah dia org yg jilat bontot namanya kalau nak ampu pun jangan ingat rayat ni bodoh mangkuk betulkah manusia ni

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hai pendekar speaker hari dah lah maikan tun ni buat pula undang2 beri nama dulu siapa tak sokong najib ini lah dia org yg jilat bontot namanya kalau nak ampu pun jangan ingat rayat ni bodoh mangkuk betulkah manusia ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin dah ada akujanji selepas jawatan speker ini akan dilantik sebagai gavenor Sabah bahh!.Mesti mau jaga taat setianya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apasai kat mkini dier pake nektai Dan minsider dier pake botai?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mcm sial ja speaker pandikar yang tak amanah (tak amin) dan tak semulia manapun.

Anonymous
Guest
Anonymous

cari makan boss

Anonymous
Guest
Anonymous

Kan dia speaker kenapa pulak di nak tekan kerajaan supaya usul tersebut di bahas ? Nak buat usul anti najib, kena pulak tanya dulu najib

Lain kali tak kira apa usul pun, perlu bagi 100 nama baru boleh bahas !

Anonymous
Guest
Anonymous

..dia memang speaker,,,tetapi Speaker jenis tahap bodoh 'sombong' sikit…cari makan dgn Najib..tulah sebab nk dpt kelulusan Najib dulu sebelum usul bolh dibahas…

waylifemalaysia
Guest
waylifemalaysia

Cari makan. Ha ha.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dengan memberi nama kepada speaker sebelum perkara tersebut di bahas, pakatan perlu bertanya dan memastikan MP BN turut sama untuk memberi undi tidak percaya tersebut.

Tak pasal-pasal nanti pemimpin pakatan di tuduh menghasut dan di tuduh untuk mengulingkan kerajaan.

Alias Bin Hasan 02
Guest
Alias Bin Hasan 02

Demi sesuap "nasi" kah itu???

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku bukan negative, tp. Bila melihat so called speaker ini handle parlimen sejak dulu mmg menyenakkan hati. Suka tunjuk hebat! Tunjuk kuasa! Bias! Skrang ni lagi la…kena cover up sedaya upaya supaya issue no confident vote akan berjaya…mcm kes hudud kelantan la…habis kena kencing Pas smpi skrang! Tp. Sbb presideng n the geng jenis bebal… Ape boleh buat? Skrang pembangkang di parlimen pun dah ternampak bebalnya. Ditambah dgn bebal pas! Pls show something kpd rakyat yg dah hopeless ni…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah tua nak mampoih masih bhajat nak cover bewak busuk.. Ingat lah umoq tu dh tinggai yg subsidi pandikar oii.

Anonymous
Guest
Anonymous

nama saja Pandikar, perangai macam Pandi….tak ada yang Mulia dengan perangai panas baran tak tentu hala…

sri hartamas

Kilometer
Guest
Kilometer

Nama dah pendekar,namun cara mcm Penarik beca..
Bijak ko najip boleh lantik penarik beca jd Speakers radio

Kilometer
Guest
Kilometer

Nama dah pendekar,namun cara mcm Penarik beca..
Bijak ko najip boleh lantik penarik beca jd Speakers radio

Anonymous
Guest
Anonymous

Speaker yang 'pendek akal' !

Anonymous
Guest
Anonymous

Dengan memberi nama kepada speaker sebelum perkara tersebut di bahas, pakatan perlu bertanya dan memastikan MP BN turut sama untuk memberi undi tidak percaya tersebut.

Tak pasal-pasal nanti pemimpin pakatan di tuduh menghasut dan di tuduh untuk mengulingkan kerajaan.

Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat style BN tumbangkan kerajaan PR di Perak dulu…pi istana terus, tunjukkan bukti ada majoriti mau najib turun. Bukan saja najib kena turun, BN sekali kena…pas tu buat kerajaan campuran. Kalau ada majoriti laaa…kalau tak dak, pi pancing lagi..

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Ya tak ya pulak. Kalau kes di Perak dulu Mahkamah pun kata 'sah' dan tidak salah dari segi Perlembagaan negara/negeri, masakan jika berlaku di peringkat Persekutuan mahkamah kata 'tidak sah'.

Jadi, kalau betul pembawa usul tidak percaya kpd PM sudah ada senarai nama yg buktikan majoriti MP bersetuju tidak percaya (no confidence) terhadap PM, pergilah jumpa terus DYMM SPB YDPA. Langsung tidak perlu berbincang atau menunggu Speaker buat keputusan. Just leave him behind alone.

Anonymous
Guest
Anonymous

,,bukan senang tuan…mana ada MP2 BN yang ada telur..telur rebus adalah. Depa kena buat akuan bersumpah yg mereka telah hilang keyakinan terhadap Najib sebagai PM.. Kan Zahid, gangster cabinet 1MDB ada cakap, ada satu MP orang tua yg kini sibuk utk dapat akuan bersumpah MP2 BN. Dia akan dedahkan siapa orang tua tu…Zahid gangster gertak macam tu pun…dh takut orang tua tu dan MP2 BN. Ushaa MP tua tu nak kutip akuan bersumpah dari MP2 BN sangkut. Masalah PH ialah mereka tak ada solid commitment dari MP2 BN. Tu sebab berdolak dalik tu. Pandikar patut diminta buka seluar dan tunjuk… Read more »