HEBOH2 USUL UNDI TAK PERCAYA, APAKAH ADA STRATEGI LAIN DI SEBALIKNYA?

Di mata kasar terlihat seolah-olah ada yang tidak kena mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang mahu dibawa di Parlimen.
Walaupun pertelagahan antara PKR dan DAP mengenai siapa yang seharusnya membawa usul berkenaan berjaya diselesaikan dengan Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju untuk membawanya sendiri bagi mewakili parti-parti pembangkang, masalah yang timbul ialah oleh kerana ianya usul baru dan belum pun dikemukakan secara bertulis lagi, pendengarannya hanya mungkin boleh dilakukan pada sessi Parlimen Mac depan.
Bermakna, tiada usul undi tidak percaya terhadap Najib pada Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Tetapi Dr Wan Azizah juga dilaporkan sudah bertemu dengan Speaker dan yakin ada harapan usul berkenaan untuk dibentangkan.
Dalam masa yang sama, Azmin Ali menyatakan Pas sudah bersetuju untuk memberikan sokongan penuh kepada usul berkenaan. Beliau juga seolah-olah yakin ada ruang untuk pembentangannya.
Namun, jika pun semua wakil-wakil rakyat pembangkang menyokong usul tidak percaya itu, ia masih lagi tidak mencukupi untuk memperolehi majoriti dan mencipta kemenangan.
Pembangkang hanya mempunyai 87 kerusi dan seorang Bebas iaitu Khalid Ibrahim. Jumlah keseluruhan Ahli Parlimen ialah 222 dan majoriti paling tipis yang diperlukan untuk menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya ialah 112 undi.
Siapa wakil BN yang akan menyokong? 
Tengku Razaleigh Hamzah sudah menyatakan beliau tidak terlibat dengannya. Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat daripada kerajaan pula belum berkata apa-apa sama ada mahu menyokong atau tidak.
Begitu juga dengan bekas Presiden MIC, G Palanivel yang terpecat daripada parti itu dan kemudian digugurkan daripada kabinet, turut tiada khabar berita.
Di ketika yang sama, tidak terdengar pula wujud gerakan untuk menarik atau membeli Ahli-Ahli Parlimen BN untuk menyokong sebagaimana Projek 16 September yang pernah diusahakan oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.
Meskipun sukar untuk menang, tapi pembangkang tetap juga mahu membawa usul tersebut. Untuk apa sebenarnya ia mati-mati mahu dibawa? Untuk apa diteruskan usul itu jika sudah tahu tidak boleh menang?
Adakah pembangkang hanya sengaja mahu merekodkan dalam sejarah Parlimen bahawa Najib pernah diundi tidak percaya saja, lalu kalah atau menang tidak menjadi perkiraan sangat?
Atau barangkali pembangkang ada strategi lain mengenainya?
Selain undi tidak percaya, ramai juga yang tahu bahawa Najib turut boleh disingkirkan dan tergugur daripada jawatannya dengan menolak Bajet 2016 yang akan dibentangkannya pada Jumaat ini.
Apakah, dalam heboh-heboh mengenai usul undi tidak percaya, pembangkang sebenarnya sedang mengatur strategi secara diam-diam untuk tujuan menolak bajet kali ini?
Apakah Ku Li, Muhyiddin, Shafie, Palanivel dan Ahli Parlimen BN akan menyokong usaha menolak bajet tersebut?
Jika kedua-dua usaha ini juga tidak membuahkan hasil, apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan Najib?
Dalam sidang akhbar kemunculan pertamanya bersama Tun Mahathir baru-baru ini, Ku Li ada menyebut bahawa terdapat usaha lain yang boleh dilakukan, selain undi tidak percaya di Parlimen, untuk menyingkirkan Najib.
Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, “kita akan bercakap di forum yang lain mengenainya.”
Apa agaknya “perkara lain” yang dalam pertimbangan Ku Li itu?
Adakah usul undi tidak percaya dan penolakan bajet yang sengaja diheboh-hebohkan ini hanya strategi untuk memberi tekanan kepada Najib, menjadikannya hilang tumpuan dan caca marba dalam menguruskan negara?
Apa pula peranan Tun Mahathir dalam semua hal ini? Apakah beliau turut sama mengatur strategi yang di luar kotak pemikiran kita semua, di sebalik geger sama bercakap mengenai undi tidak percaya dan mahu mengalahkan Najib di kawasan pilihanraya di Pekan?
Bagi pembangkang, jika gagal menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya dan penolakan bajet juga tidak berjaya, peluang mereka masih ada iaitu melalui PRU 14 nanti di mana bukan saja sokongan rakyat sedang menunjukkan trend yang menurun ketika ini, bahkan ramai yang percaya harapan mereka lebih terbuka selagi adanya Najib yang banyak masalah masih kekal berkuasa.
Tetapi Tun Mahathir tentu saja tidak sanggup menunggu sehingga PRU 14. Selepas PRU 14, jika BN kalah, satu-satunya yang menjadi kebanggaan ialah jangkaan Tun Mahathir ternyata betul dan salah besarnya tentu saja diletakkan pada Najib sebagai punca utamanya.
Bagaimanapun, apa gunanya lagi ketika itu. Najib tentu saja akan dihukum oleh sejarah sebagai punca berakhirnya kuasa UMNO dan BN. Lebih buruk jika selepas itu Najib terpaksa menghadapi proses turun naik mahkamah atas pelbagai dakwaan yang akan dikemukakan oleh kerajaan baru nanti.
Tentu saja bukan saja nama Najib yang tercemar, bahkan nama baik Tun Razak dan keluarganya turut terpalit sama. Tetapi Tun Mahathir juga tidak ke mana-mana bila kerajaan baru yang berkuasa.
Sebaliknya, bagaimana jika BN terus menang dalam PRU 14 dan Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri? Tidak “sakitkah mata dan hati”  Tun Mahathir ketika itu melihat Najib terus bergaya dengan kuasanya?
Sanggupkah beliau membiarkan ia berlaku atau apakah Tun Mahathir yang tidak pernah kalah dalam menyingkirkan musuh-musuh politiknya selama ini, akhirnya ditakdirkan Tuhan kecundang di tangan Najib? (SH 21/10/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm

20
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousurONE Pglufangjangan mimpi Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Tulis sambil underate Tun M memang senang duduk santai2 sambil pekena kopi jantan panas bolehlah bro..

Lu janganlah nak playsafe nak meramalkan kemenangan Najib @ BN dalam PRU 14 dan bikin bukan mata dan hati Tun yang sakit tapi rakyat yang sakit so kami takkan biarkan ini berlaku!

Lebih baik u turn je beruk!

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 14.06 . . . Kerajaan islam hang kata,bini pm pun x pakai tudung,sah hang buta atau rabun

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada undi tidak percaya, tapi tak berguna. Itu sebab sesiapa yang jadi PM rasa tidak takut kerana tidak di pertanggung-jawabkan. Pengarah Syarikat yang melingkup kan syarikat dan ada yang sampai buang pekerja pun terlepas padahal semasa memegang jawatan habis di belanja duit ikut suka hati. Kalau boleh pecat Najib dengan tidak setuju dengan belanjawan bermakna Najib tidak dalam isu 1MDB. Cuma Najib disalahkan sebab belanjawan yang dibentang oleh Najib tidak mendapat keyakinan dari MP-MP. Kan lebih baik, Pemimpin UMNO peringkat Bahagian yang tolak Najib dan paksa Najib berundur. Mengapa nak tunggu Najib bentang belanjawan ? Mahathir yang letak jawatan secara… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

saje2 nk cite jeee…blog yg di link kan dlm blog tuan shah ni…yg paling x best ialah…catatan zabidi….bagi aku la…meloyakan..heheehihihuhuu

Anonymous
Guest
Anonymous

saje2 nak tambah cite lagi…..aku sependapat dgn 1545

urONE Pg
Guest
urONE Pg

Setuju

urONE Pg
Guest
urONE Pg

Setuju

Anonymous
Guest
Anonymous

Shah, awak bukan tak tahu sejarah ? Saya tak nak cerita panjang lebar. Tapi untuk memahami strategi veteran ni, pemikiran luar kotak sahaja tak cukup. Kenalah mendalami otak mereka ini untuk melihat sendiri strategi ini. Berapa ramai yang boleh buat begitu ? Tak ramai kan ? Jadi kita tunggu dan lihat lah. Bagi saya, pasal undi tidak percaya dan tolak bajet ini semua macam kes jerebu lah. Kalau nak memahami secara lebih mendalam, terjemahkan jerebu in dalam Bahasa Omputih dan lepas tu fikirlah lebih mendalam lagi. Bukan senang nak faham strategi Otai ni bang !

Anonymous
Guest
Anonymous

Pi mai pi mai kita perlu MP BN jugak untuk singkirkan Najib. Isu nya MP BN ni berapa kerat aje yang berani dan tak korup? Sebagai penyokong BN di PRU13, saya memang malu sungguh dengan MP BN. Mereka ni macam dah tak boleh nak bezakan benda yang benar dari yang mungkar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku tau hang cerdik. Teruskan bagi undi kepada BN. Terima kasih. Dalam akaun bank, hang dah ada RM berapa juta ya?

Alang2 undi BN, biaq la masyukkkk juta2. Kalo dok klupoq mcm kami ni.. baik undi Pakatan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Padan muka demam kepialu pulak datang. Kau nak sangat ambik bangla nepal ramai2 kan keje kat Malaysia? Mendapat la kau penyakit bangla tak cucuk typhoid. Tokay2 kedai makan ni semua tanak ambik pekerja tempatan konon mahal lah, suka mc lah, nak kene bayar bonus epf la. Bangla bagus boleh save cost sampai suntik typhoid pun kau kedekut nak bayar kan. Ambik kau mendapat demam kepialu kepala hotak lu. Eloklah tu, hati busuk taknak bagi org tempatan keje. Mampus melingkup lah bisnes korang.
Mana dia brader yg buat bisnes import bangla nepal tu? Taknak komen apa apa ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

ini semua bala sebab nak jatuhkan kerajaan islam najib!

Anonymous
Guest
Anonymous

burrrppp…..kenyang weh$$$$$$$

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerajaan ulil samiri. Kebas sana kebas sini.

jangan mimpi
Guest
jangan mimpi

macam tuan speaker pun berat sebelah macm AG..smua usul di tolak.betul ke mcm tu tuan speaker.?tuan speaker dri sabah jgak ke?mcm salleh keruak dn rahman dahlan tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salleh dgn Rahman tu burung Tiong saja lah

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib kaki rasuah. Kalau diEngland dan Australia yg mengamalkan demokrasi berparlimen yg sama, Najib dh disinkirkan melalui undi dikalangan ahli partinya iaitu parti rasuah Umno. Tapi sebab 'cash is king' melayu2 yg konon islam dlm Umno senang dibeli olih Najib. Umno dianggotai olih melayu2 bangsat…yg jadikan kaki rasuah pemimpin mereka.

Najib tak akan letak jawatan selagi tak dapat greenlight Rosmah..that is a fact. Dia namanya pahlawan bugis, tapi Rosmah yg control semua pemikiran dan tindakannya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan speaker pun dah dpt jamban Baru….pembangkang Baru nak cadang undi tidak percaya pun ditolak mentah2….ada jln lain x nak turunkan najib!!!???

lufang
Guest
lufang

Najib , manyak kuat maa aa !!!.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudah penat dan kecewa agaknya admin…