SUSULAN TINDAKAN TERPUJI BANK NEGARA, PENANTIAN KINI PADA SPRM

Walaupun hanya seorang wanita, Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz nyata seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Di sebaliknya wajahnya yang lembut dan sering tersenyum, ketegasannya tetap menyerlah.
Bank Negara yang dipimpinnya bukan saja melengkapkan penyiasatan yang teliti, malah membuat syor kepada Peguam Negara agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kerana memberi maklumat tidak lengkap atau tidak tepat berhubung pelaburannya di luar negara.
Kali pertama syornya telah ditolak oleh Peguam Negara dan Bank Negara kemudian membuat rayuan agar penolakan itu dikaji semula.
Tetapi ia juga ditolak oleh Peguam Negara atas alasan tiada bukti baru yang dikemukakan.
Atas nama tanggungjawab dan yakin pelanggaran undang-undang telah dilakukan oleh 1MDB, di samping barangkali “putus harapan”  dengan jalan pendakwaan melalui Peguam Negara, Bank Negara lantas mengambil langkah drastik membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini kepada syarikat pelaburan itu untuk pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion atau  kira-kira RM7,500 juta mengikut nilai pertukaran semasa.
Serentak dengannya, Bank Negara juga mengarahkan jumlah pelaburan itu segera dibawa balik dan mahukan 1MDB mengemukakan pelan baru berkaitan dengannya.
Dengan tindakan tersebut, bermakna Dr Zeti telah mematuhi beberapa titah Majlis Raja-Raja berkaitan 1MDB yang antaranya:- 
– semua pihak harus beri kerjasama sebenar dan jujur.
– penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.
– badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Allah dan kepercayaan rakyat secara telus.
– kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi.
Namun, sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, Bank Negara hanyalah salah satu daripada empat agensi yang sedang menyiasat 1MDB. Tiga lagi ialah PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
Daripada ketiga-tiga agensi tersebut, yang paling ditunggu ialah hasil penyiasatan SPRM terhadap SRC International, sebuah syarikat milik 1MDB tetapi kemudian dipindahkan kepada Kementerian Kewangan kerana didakwa menyumbangkan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana yang didedahkan oleh The Wall Street Journal.
Hasil penyiasatan SPRM tentu saja amat dinanti-nanti kerana semasa menjalankan tugasnya – pejabat mereka telah digeledah, pegawai ditukar, dokumen dirampas dan beberapa kacau ganggu yang lain telah berlaku.
Ia kemudian mendorong SPRM mengadakan solat hajat khas memohon perlindungan Tuhan dengan harapan mereka sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan dalam menegakkan kebenaran.
Kita faham antara masalah SPRM untuk melengkapkan penyiasatan ialah untuk mendapatkan keterangan dua saksi yang dipercayai menghilangkan diri dan bersembunyi di luar negara iaitu bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil serta bekas Pengarahnya, Suboh Md Yassin.
Dalam hal ini SPRM harus menggunakan segala kekuatan serta rantaian yang ada padanya untuk menjejaki dua saksi tersebut dan penyiasatan tidak seharusnya tergantung begini saja untuk tempoh yang lebih lama.
Jika terlalu lama tanpa jawapan, harapan rakyat turut pudar bersamanya dan boleh menjejaskan kepercayaan rakyat sendiri terhadap SPRM.
Setelah Bank Negara menunjukkan keberaniannya, hasil siasatan SPRM adalah sandaran rakyat yang amat ditunggu-tunggu dalam perjuangan menegakkan kebenaran yang seterusnya berkaitan 1MDB. (SH 11/10/2015).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Miss Vee
Miss Vee
12 October 2015 5:49 am

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 2:51 am

Penjawat Awam seperti Zeti terikat dengan kerahsian perkara-perkara yang sulit dan Zeti juga mesti ikut peraturan bagi setiap langkah yang perlu di ambil. Jika Zeti tidak sabar dan tersilap langkah, dulu lagi Zeti sudah dikenakan rosma@sosma. Maka terlepas lah pengkhianat 1MDB. Apa yang dibuat oleh Zeti betul dan bijak. Apabila tindakan yang di ambil telah mengikut peraturan tetapi tetap di tolak oleh Peguam Negara maka Zeti membatalkan kebenaran pelaburan 1MDB dan mengarah kan wang tersebut di bawa pulang. Ini lah asas pendakwaan yang telah di tolak oleh Peguam Negara. Sepatutnya semua surat-menyurat antara Peguam Negara dan Bank Negara hendak lah… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 3:18 am
Reply to  Anonymous

Perlukah sangat di ambil keterangan dari kedua-dua saksi yang telah melarikan diri tersebut? Mungkin sekiranya mereka tidak bersembunyi, mereka lah yang di kambing-hitam kan. Adalah lebih memudahkan siasatan apabila orang suruhan melarikan diri.

Jalan yang ada ialah apabila 1MDB gagal membawa balik wang pelaburan kerana mereka yang telah larikan diri sudah tidak terlibat atau bertanggung-jawab untuk memulangkan wang tersebut.

NordinabilaH
NordinabilaH
11 October 2015 11:18 pm

Kan ke peguam negara kata 1mdb bersih maka pm pun tentulah bersih mcam bayi baru di lahirkan hehehe

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 2:32 am
Reply to  NordinabilaH

Bayi baru lahir pun kencing dan berak juga

NordinabilaH
NordinabilaH
11 October 2015 11:17 pm

Kan ke peguam negara kata 1mdb bersih maka pm pun tentulah bersih mcam bayi baru di lahirkan hehehe

Anonymous
Anonymous
11 October 2015 10:47 pm

Nak harap apa lagi. SPRM ni sapa?.. kalau orang melayu dan pembangkang, depa la lebih laju pi tangkap dakwa dan jatuh hukum. Lebih laju drpd malaikat naik buraq. Silap2, saksi pun boleh mati. Siap gebang pong pang pong pang, undang2 tak kenal siapa.. kaplavutolla.. Berhentilah mempercayai jabatan2 kerajaan. Kesemuanya mereka dibina untuk menjaga kepentingan ahli politik, raja2 kaum bangsawan dan menteri2 UMNO mengebas duit orang ramai. Siap buat2 GLC dan GLIC lagi.. untuk apa? Mmg jelas untuk merembat duit orang ramai.. perhatikan kesemua GLC dibina dibawah kementerian2 yg dikontrol menteri2 UMNO..yg audit pun diri sendiri.. Dah 50 tahun melayu kena… Read more »

Malindo
Malindo
11 October 2015 10:45 pm

Saya teringat kisah Nasarudin(Bendahari Parti Demokrat Indonesia)yg jadi saksi kes rasuah berprofil tinggi yg melibatkan pemimpin tertinggi parti Demokrat pimpinan SBY yg pada masa itu President Indonesia.Nasarudin lari ke lubang cacing merata tempat hingga ke kolombia tempat sarang mafia dan dilindung.juga oleh mafia.KPK(SPRM Indonesia)sewa Jet terbang le Kolombia dan tangkap Nasarudin dgn Restu SBY.Susilo Bambang Yudiyono selaku President tak lindung walaupun orang kuat dia.Dan Duta.Indonesia di.Kolombia di pecat.

Hukum yang salah
Hukum yang salah
11 October 2015 6:21 pm

Intipati yang penting yang ko tinggalkan buat apo?

Sape yang salah diambil tindakan segera kata Raja Raja Melayu.

Hah Peguam Negara tak nak ambil tindakan. Derhaka lah tu.
NFA – siasatan Bank Negara dikembalikan.
Bank Negara suruh ambil tindakan, masih tak mahu. malaun betul

Miss Vee
Miss Vee
11 October 2015 4:31 pm

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Nazri Mohd
Nazri Mohd
11 October 2015 3:36 pm

Bila la nak selesai masalah negara ni..nak tggu kiamat agaknye br nak taubat

Nazri Mohd
Nazri Mohd
11 October 2015 3:34 pm

Bila la nak selesai masalah negara ni..nak tggu kiamat agaknye br nak taubat

adzzam adzzam
adzzam adzzam
11 October 2015 1:38 pm

Paling mudah.
Kalau dikatakan 1MDB tak bermasalah, mengapa 3 ekor malaun tu lari menyorok tak nampak2 muka.

Kalau tak salah takkan pergi menyorok.
SPRM pun satu, heboh satu Malay kata nak pi jumpa 3 ekor malaun ni kat luar negara.
Sampai sekarang, habuk pun tarak.

Najib pun sampai hari ni tak dipanggil2 oleh SPRM lagi.

Harap MRR pecat Najib dan tubuh terus Suruhanjaya Diraja.

Anonymous
Anonymous
11 October 2015 11:35 am

Kesemua yg terlibat siasatan 1MDB harus jujur,amanah,berintegriti demi negara,bangsa dan agama.Rakyat marhaen sedang memerhati tindakan kamu.Pemimpin harus beramanah nenjaga wang rakyat

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 2:29 am
Reply to  Anonymous

Mana ada jujur, amanah, berintegriti demi negara, bangsa dan agama.
Apandi ni kawan baik Najib. Kerjanya untuk menyelamatkan Najib. Bukan untuk agama,bangsa dan negara.

jangan mimpi
jangan mimpi
11 October 2015 10:39 am

mmg ada xkena.sbb lepas tu AG di tukar.apandi kroni najib.mmg lh ckp smua ok.tang ni boleh tgok AG bru berat sebelah.

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 2:27 am
Reply to  jangan mimpi

Betul ini AG Apandi memang berat sebelah…itulah tujuan yang sebenar dia dilantik untuk menggantikan Gani Patail

Anonymous
Anonymous
11 October 2015 10:32 am

Sebelum gani direhatkan beliau telah menyiapkan draft pendakwaan…tetiba apandi kata takda kes utk disabitkan…kat mana yg tak kena ni..

Anonymous
Anonymous
11 October 2015 10:17 am

Zeti pun tak berapa berani. Sepatutnya beliau terlebeh dahulu membuat kenyataan resmi sebelum menghantar kertas siasatan pada Apandi seperti berikut: " BN telah selesai siasatan terhadap 1MDB. Daripada keterangan yg diperolihi BN mendapat 1MDB atau pegawai2 nya telah melakukan keslahan dibawa Exchange Control Act. BN telah memperakukan supaya 1MDB didakwa dibawah Akta tersebut. Kertas siasatan telah dihantar kepada Apandi untuk beliau mengeluarkan 'izin mendakwa'. Kenyataan seperti ini adalah tanggungjawab awam, utk memberitahu orang awam tindakan2 BN. Ini Zeti senyap2 hantar. Jadi Apandi pun senyap2 beritahu tak ke kes. Bila Majlis Raja bertitiah baru berani. Jadi diharap SPRM umumkan dahulu apa2… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 October 2015 2:24 am
Reply to  Anonymous

Apandi yang diambil untuk menjadi AG bagi menggantikan Gani Patail adalah kawan baik Najib.

Oleh itu, dia hanya akan bekerja untuk Najib. Melindungi Najib semata mata. Itulah yang Najib mahu. Barulah segala pekung dan kurapnya tetap menjadi rahsia selama lamanya.

kluangman
kluangman
11 October 2015 9:49 am

Makin lama, tupai kekurangan dahan untuk lompat dan bergayut, akhirnya….