BERITA TENTANG SIASATAN SKMM

Malam tadi pada jam 10.29 malam, saya telah menerima email daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berkaitan siasatan mereka terhadap tulisan di blog ini yang bertajuk “Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?.
Artikel yang disiarkan pada 20 September itu telah menyebabkan saya diminta memberi keterangan atau penjelasan kepada SKMM berikutan adanya aduan yang diterima oleh agensi terbabit berkaitan tulisan itu.
Antara kandungan email yang saya terima itu ialah SKMM memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 1 Oktober seperti berikut:-
a) menegaskan beliau tidak membelanjakan apa-apa wang atau mengeluarkan dana awam bagi resepsi perkahwinan anak lelakinya di Indonesia, dan
b) majlis resepsi yang dimaksudkan adalah dianjurkan oleh besan beliau, sebaik mengetahui beliau akan melakukan lawatan rasmi ke negara Indonesia daripada 18 hingga 21 September 2015.
Oleh yang demikian, SKMM menyarankan agar saya menurunkan (mengeluarkan) artikel berkaitan daripada blog saya.
Maka, sebagai warganegara Malaysia yang baik hati, saya dengan ini telah pun memadam atau mengeluarkan artikel bertarikh 20 September 2015 itu daripada blog saya iaitu shahbudindotcom dengan serta merta sebagai menghormati saranan SKMM itu.
Saya menerima seadanya saranan tersebut dan terima kasih kepada pembaca dan penjenguk blog ini yang banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. 
Insya Allah, saya akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.
Cuma, seperti pemandu kereta, saya perlu lebih berhati-hati terhadap “polis” yang mungkin menyorok di balik pokok atau kamera pengesan yang dipasang di kawasan-kawasan tertentu. (SH 03/10/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

52 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
4 October 2015 10:24 am

Dear Shah, I have read your write up for so many months now. And I thoroughly enjoy reading every single piece except the one thing in one piece some time ago whereby you mentioned that the new pakatan rakyat was to have the ustaz controlled Pas to be inside. What is the use of the new Pakatan when that kind of Pas is still a partner party? In my view you were just trying to plant the seeds of destruction in the new Pakatan. Anyway, you are in view a true blue Malaysian Patriot – not Pak Turut who are… Read more »

Anonymous
Anonymous
4 October 2015 5:45 am

Jangan pulak lepas ini majlis lenggang perut dan kelahiran cucu pun buat lawatan rasmi ke Indonesia !!

Ini awal-awal beritahu ya

Adjie123
Adjie123
4 October 2015 4:11 am

Zahid ni tak ada ketokohan lansung. Hancur kita kalau dia jadi PM.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 7:21 pm

Tuan Din,

Berani kerana benar takut kerana salah.. Zahid tu pahlawan jawa.. sama cam pahlawan bugis..hantar SKMM masuk campur tu menambahkan lagi persepsi bahawa ada benda yang tak betul berlaku. Kalau fitnah..saman je Tuan Budin kat mahkamah. Setakat ni tak nampakpun tulisan Tuan Budin tu cam fitnah..kalau bertanya pun salah..cam mana nak jadi pemimpin..jadi firaun boleh la kot? Sesia je ada latar belakang pengajian agama dan kelulusan Phd kalau hati sudah hitam. Kipidap Tuan Budin.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 5:39 pm

Jangan pulak selesai isu lawatan resmi ini, Tuan Shah lepaskan Zahid dalam hal-hal lain yang lebih serious. Tidak kira siapa pemimpin UMNO tersebut.

Walaupun Shah mengeluarkan artikel tersebut, Zahid telah mendedahkan belang tidak bertempat. Sebab itu pemimpin UMNO yang nak lempang cina tidak berani keluar komen terhadap Shah!

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 4:03 pm

Syabas tuan…teruskan menulis tuan.
Blog tuan bagai santapan harian yg mesti dibaca.

Nazri Mohd
Nazri Mohd
3 October 2015 3:02 pm

Teruskan penulisan tuan din..sy da jd pembaca tegar blog tuan..berani kerana benar..

mr edz
mr edz
3 October 2015 1:33 pm

Thumbs up utk tuan

mr edz
mr edz
3 October 2015 1:32 pm

Thumbs up utk tuan

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 11:53 am

ada rakyat baru ada kerajaan
mana ada kerajaan tanpa rakyat
masa nak pru macam peminta sedekah merayu rakyat untuk undi bial dah ada kuasa belagak pulak

kampong lad
kampong lad
3 October 2015 12:48 pm
Reply to  Anonymous

wakil rakyat yg baik ialah wakil rakyat yg takdak kuasa atau yg dah hilang kuasa.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 10:18 am

MP2 dari Perak semuanya berkelakuan bak gangster kampong..Zahid, Nazri, Tajudding…cakap semua macam gangster. Ugut orang dengan kuasa yg dipinjamkan olih Allah..

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 11:43 am
Reply to  Anonymous

Kalaulah ada lagi Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Seputum maunye si zahid, nazri dengan tajudin ni yang kena lempang dengan diorang

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 5:17 pm
Reply to  Anonymous

Nazri cowboy

Sr Azami
Sr Azami
3 October 2015 10:16 am

Buku baru bila nak keluar Din?

Sr Azami
Sr Azami
3 October 2015 10:15 am

Din, sepahit mana pun berita , penulis/ pemberita wajib tulis yg dia tahu. Kami hargai penulisan sdr.Sbg org awam kami berhak tahu berita2 yg ada, kemudian terserah kpd pembaca utk menilai ya

Slm Hurmat & Slmt menulis lg…dan lg

Orang Kampong
Orang Kampong
3 October 2015 10:01 am

hebat zahid…org kutuk fitnah maki hamun etc najib..tkde pun sesapesape panggil ngadap..kan admin……..jeng jeng jeng…

Orang Kampong
Orang Kampong
3 October 2015 10:01 am

hebat zahid…org kutuk fitnah maki hamun etc najib..tkde pun sesapesape panggil ngadap..kan admin……..jeng jeng jeng…

ezza niea Mnor
ezza niea Mnor
3 October 2015 8:34 am

teruskan menulis dan menegur dengan berani. jangan gentar teruskan menaip menentang mereka yang angkuh ini kerana digelapkan dengan RM. Saya sangat suka membaca blog yang tak bias mana – mana pihak sebab saya dah bosan tengok berita kat tv yang semuanya penghawa dingin tegar.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 5:23 pm
Reply to  ezza niea Mnor

Saya suka blog Shah sebab saya tidak berjumpa blog seperti ini dan saya berharap dalam PH ada blogger seperti Shah. Terus terang saya anti UMNO dan penyokong Anwar. Hehehe Sorry ya Shah. Harap Shah dan tuan-tuan tidak dapat mengetahui mengenai saya kerana di blog lain pun saya hanya guna anon.Pedulikan siapa saya, yang penting apa yang saya tulis dan perkatakan. Dah berapa lama saya simpan (menahan) kata-kata untuk menyatakan yang saya 'suka' sebab jika diberi pujian, Tuan bukan sahaja lupakan diri tapi tuan akan tidur dalam senyum. Cara Shah ada lah betul jika UMNO ingin di selamatkan. Shah bukan kondem… Read more »

ujangbagong
ujangbagong
3 October 2015 6:58 am

Den sokong kau pak budin!!!anon 10:01 tak payah hantuk kepalo.kau potong terus kepalo hotak kau yang bangang,bongap bahalul dan dungu tu.tak yah kau menyomak dlm blog pak budin ni.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 6:56 am

Apa nak hairan……skmm bawah penjilat paling tegar bodoh. Dapat jawatan sbb kritikan bodohnya sbb najib cuma perlu bodoh2 je dlm kabinet. Bila tengok wikipedia…..Tdm yg calonkan salleh bengong jadi KM…..sahlah kebodohan salleh yg tak bermaruah ini. Apa pun bro….Buang lah artikel tu.. tak jadi kudis pun……Nnt susah pulak zahid nak cakap bahasa inggeris lagi. Terkial2 mcm siput…tapi phd holder tu! Tak ke haru?

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 5:16 pm
Reply to  Anonymous

Salleh Tong Taik.

Hidup dgn mengampu …Apa kepandaian dia. Bela kerbau boleh lah

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 6:39 am

apahal bro, tanya pun tak bolih, negara pa ini ? nampaknya lebih teruk dari komunis

mus
mus
3 October 2015 6:35 am

Tanya pun tak boleh meh?

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 5:56 am

Some people never learn about strategic PR management. The more you try to stop people from writing or talking about it, the more people will think that there is "no smoke without a fire".

ibrahim darus
ibrahim darus
3 October 2015 3:43 am

Encik Budin
Kata pepatah Inggeris ' retreat is the better part of valour '. Dalam kes ini mengekalkan (maintain) sikap tuan adalah lebih baik untuk semua pihak. Kalau tuan betul semua orang dapat manfaat dan jika tuan salah, saya percaya tuan sedia ditegur. Tak ada masalah !
Mengenai komen Ahlul Bait bahawa Zahid akan jadi macam Suharto jika jadi PM saya berpendapat bahawa ia hanya lah telahan yang boleh dipertikaikan. Belum tentu lagi Zahid akan jadi PM. Mungkin Najib akan terus jadi PM untuk jangka masa yang panjang. Allah saja yang tahu.

mohammed nasir rakhir
mohammed nasir rakhir
3 October 2015 3:26 am

Salam, How to subscribe your blog bro ?

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:24 am

Yup betul.. kalau berita politik je kat tv saya akan mutekan suara.. x sanggup nk dngr citer bohong n mengampu.. kdg2 keterlaluan ampunya sampai rasa mcm nk muntah.. tp sh teruskan tulisan anda ikut gerak hati anda.. jgn takut pada sesapa.. hanya takut pada Allah swt je ok..

Ahlul Bayt Rasulullah SAW
Ahlul Bayt Rasulullah SAW
3 October 2015 3:22 am

Dalam keadaan negara yg teruk begini, masih ada lagi yg pertahankan pemimpin2 Umno yg hanya fikir bagaimana nk memperkayakan diri dan anak buah/kroni.

ZAHID NI KALU JD PM, PASTI MEMERINTAH SEPERTI PRESIDEN SOEHARTO.. HABIS SEMUA KENA GAM..

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:19 am

Perenggan akhir tu mmg xleh blah. Sy bstuju dgn kata2 en.budin.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 7:00 am
Reply to  Anonymous

Di korea jika polis nak saman had laju..kena depan2 tak boleh menyuruk mcm najib….eh silap….tak buleh nyuruk2…nnt kena jawab dlm mahkamah lagi haru. Di msia polis kena menyuruk…..tau2 surat saman sampai! Beza mentaliti……

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:18 am

2 malam lepas saya makan malam kat kedai mamak. Pukul 8 malam mamak tayang berita TV3 kat big screen dia. Kedai penuh dengan customer, melimpah meja kat parking lot seperti biasanya di mamaks, majoriti customer melayu. Saya perhatikan, tak ada sapa pun yang nak dengar berita. Semua sembang dan makan, tak peduli pun berita. Bila segmen sukan, baru ada yang pusing kepala dengar. Jelas, media umno samada tv, paper, atau yang maya, dah tak berkesan. Media alternatif seperti tuan semakin berkesan. Saya pun baru 2 minggu masuk blog tuan, kawan bagitau. Syabas tuan, teruskan.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 8:37 am
Reply to  Anonymous

Kalau kerajaan asyik nak menegakkan benang yang basah tiap tiap hari rakyat bukan muak tapi dah jelak.

Rakyat dah buat keputusan siapa yang kami akan undi dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Jadi tak payahlah nak bagi gula gula. Kalau nak bagi gula gula pun pergilah cari budak budak. Kami makan nasi.Kami tak pernah pun minta beras dan gula kopi daripada kerajaan.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 4:58 pm
Reply to  Anonymous

Baca berita tidak penting kerana orang dah tidak ambil peduli.

Tulisan yang tertera yang bergerak di bawah itu lah yang memberi kesan. Sebab itu bukan berita tapi makluman. Sebagai contoh 1MDB menafikan menguna dana awam atau Pertumbuhan ekonomi di jangka meningkat 4% – Gabenor Bank Negara. Kau orang tunggu lah berita sampai tiga atau empat hari, jangan harap lah. Silap-silap besuk tu Timbalan Menteri Kewangan ramalkan pertumbuhan 5 – 6%

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 2:56 am

kita perlukan lebih ramai blogger double edge sword…. kerana kebenaran… bukan kerana parti mana…

taniah bro shabudin

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 2:50 am

Sdr Shahbudin,

Kami sentiasa bersama anda… KIPIDAP!! 🙂

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 2:15 am

Syabas tuan

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 2:01 am

"saya akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati", nampak sangat gerak hatinya yang anti kerajaan akan terus menfitnah orang lain.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:03 am
Reply to  Anonymous

Setuju dengan Budin. Dia ni tak faham. Tak payah hantuk kepala. Ambil SPM balik. Dia tak faham antara Kerajaan dan Penjawat jawatan awam. Sekali lagi: Najib atau Zahid bukan kerajaan lahhhh. Mereka adalah penjawat2 awam. Sebagai penjawat awam yg dibayar gaji dari orang awam, kelakuan mesti baik dan tidak terlepas dari kritikan orang awam sekiranya menyalahgunakan kedudukan awam.

Kalau Zahid pi Jakarta dgn duit dia sendiri, siapa ambik pot???

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:22 am
Reply to  Anonymous

Zahid's cyber defence dh mai..qheja obataim ka??

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 7:03 am
Reply to  Anonymous

@anon 10.01…
MENGAPA KAU BANGANG SANGAT?Siapa anti.kerajaan….tanya salah ke?

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 8:30 am
Reply to  Anonymous

Salahkah kalau rakyat menegur kerajaan? Apa kah rakyat bukan sebahagian daripada kerajaan?
Ada kah menteri menteri dalam kerajaan sekarang bukan rakyat kepada negara ini?
Apa kah kerana menegur kerajaan menjadi satu kesalahan yang teramat besar?

Hanya kerana menegur kerajaan kita telah diangggap anti kerajaan.

Kalau begitu adakah bermakna kerajaan hari ini anti rakyat?

Tolong bagi jawapan.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 12:30 pm
Reply to  Anonymous

Anon 10.01
MANGKUK

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 1:04 pm
Reply to  Anonymous

GILA punya manusia anon 10: 01 ini. Inilah model kaki ampu atau pembodek yang makan suap yang tumbuk rusuk.

lnilah model manusia yang telah rosak pekertinya.

Jangan jadi orang politik kalau takut kena kritik.

Tukang masak terkenal bertaraf 5 bintang pun sanggup kena maki apatah lagi ahli politik yang mudah lupa diri.

Kau ni cari makan dengan politik ker anon 10:01.Kau sanggup jadi BARUA untuk sara anak bini. Hina sungguh manusia macam ini. PARIAH pun tak macam kau.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 4:41 pm
Reply to  Anonymous

Tidak ada manusia boleh nampak gerak hati. Itu nama nya bersangka buruk ! Apa juga yang di tulis oleh Shah semua nya anti kerajaan dan fitnah bagi Anon 10 01. Ternyata anon 10 01 tersilap dalam menyampaikan maksud sebenar. Ini kerana anon 10 01 menulis tidak berdasar pada gerak hati. Orang yang menulis dengan gerak hati sebenarnya berhati-hati memilih perkataan dan bahasanya. Shah menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.' sedangkan orang lain akan menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan tidak betul untuk diketengahkan.' Anon 10 01, ini menunjukkan Shah seorang yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 1:57 am

Kalau artikel tu tak tarik dari pasaran terbuka apa kesan nya yg nyata kepada tuan? Mohon penjelasan.

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 12:51 pm
Reply to  Anonymous

Bapak Rahmad Bastian memang BANGSAT punya manusia. Manusia yang tidak ada harga diri. Sanggup mengajak orang lain membuat kemungkaran secara terbuka.
Balik Indon lah. Jangan bikin sial di sini

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 3:55 pm
Reply to  Anonymous

Tuan Shah, Saya merasakan ada yang tidak kena sekiranya ikut peraturan. Bagaimanapun, sikap tuan beralah ada lah satu sikap yang baik dan saya percaya tuan lakukan demi hubungan tuan dengan Zahid pada satu masa dahulu. Biar kita tidak bertegur atau tidak sependapat tetapi kita saling menghormati. Saya baca lenguk Zahid yang terkilan dengan tuan apabila Zahid menyebut telah mengenali tuan sejak 89. Maknanya Zahid mohon tuan pertimbangkan lah atas dasar hubungan tersebut dan semuga Zahid pula akan membalas kebaikan tuan apabila tuan menghadapi kesulitan dengan pihak berkuasa. Zahid tidak akan layan dan tidak berkecil hati sekiranya bloger lain yang bertanya… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 October 2015 4:38 pm
Reply to  Anonymous

Tidak ada manusia boleh nampak gerak hati. Itu nama nya bersangka buruk ! Apa juga yang di tulis oleh Shah semua nya anti kerajaan dan fitnah bagi Anon 10 01. Ternyata anon 10 01 tersilap dalam menyampaikan maksud sebenar. Ini kerana anon 10 01 menulis tidak berdasar pada gerak hati. Orang yang menulis dengan gerak hati sebenarnya berhati-hati memilih perkataan dan bahasanya. Shah menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.' sedangkan orang lain akan menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan tidak betul untuk diketengahkan.' Anon 10 01, ini menunjukkan Shah seorang yang… Read more »