Month: October 2015

SEMBILAN SOALAN UNTUK TUKANG GANTUNG, TUKANG PANCUNG

Di ketika desas-desus makin bertiup kencang mengenai kemungkinan tujuh pemimpin dan bekas pemimpinnya yang lantang mengkritik Najib Razak berhubung 1MDB dan derma RM2,600 juta akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang, UMNO Bahagian Semporna, Sabah tampil melontarkan sembilan persoalan kepada pucuk pimpinan parti itu. Bahagian Semporna  diketuai oleh Mohd Shafie Apdal yang merupakan salah […]

KABINET YANG BUAT KEPUTUSAN, KENAPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB SAJA?

Berita ini tidaklah penting sangat sebab saya bukanlah penghisap vape atau rokok elektronik dan bukan saja penagih rokok. Kawan-kawan saya juga tiada kaitan dengannya, maka sama ada vape mahu diharamkan atau tidak, relatifnya memberi kesan kepada saya adalah minima saja. Tetapi apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Najib […]

EHEM…EHEM….

Berita pertama – Pada 28 Oktober lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz berkata, beliau akan memastikan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib Razak berundur daripada jawatan itu. “Kalau Najib turun, maka sudah tentulah akan berlaku perebutan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. “Tetapi saya penyokong Zahid Hamidi. Beliau Timbalan Perdana Menteri, beliau juga akan […]

DISOKONG 3 JUTA AHLI, PRESIDENNYA ADA WANG DERMA RM2,600 JUTA – KENAPA TAKUT DENGAN 7 ORANG?

UMNO hampir pasti akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT yang akan datang ini. Mesyuarat MT yang sepatutnya diadakan hari ini, 30 Oktober tetapi telah ditangguhkan ke tarikh lain, dipercayai untuk memberi ruang kepada petugas UMNO mengumpul segala bukti sebelum pertuduhan dilakukan. Bersama beliau yang bakal menerima […]

KETUA2 UMNO BAHAGIAN JANGAN SYOK SENDIRI DAN PERASAN LEBIH….

Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini di mana mereka yang menjadi Ketua Bahagian begitu “merak”, syok sendiri dan perasan lebih, kecuali di era Najib Razak menjadi Presidennya. Memang Ketua-Ketua Bahagian adalah pemimpin utama dalam UMNO. Daripada jawatan itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma. Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya. Disebabkan begitu […]

KENAPA TIDAK BERANI CABAR MAHATHIR LAWAN NAJIB DI KAWASAN BERKECUALI?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi. Sekali imbas,  Nazri kelihatan “agak jantan” bila melontarkan cabaran […]

BAIKNYA HATI NAJIB…AHLI PAS PUN JADI CEO GMM TAPI AHLI UMNO YANG SETIA DAPAT APA?

Apa nak dikata lagi  mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang pemimpin yang sungguh baik hatinya. Ini kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu sebaik beliau menyertai PKR. Tindakannya meletakkan jawatan tentunya kerana sedar […]

MALU WEHHH…SAMPAI LIONG SIK SENDIRI MINTA DIRINYA CEPAT DISAMAN!!

Baru beberapa hari yang lalu, Ahli Parlimen Mersing, Abdul Latif Ahmad memuji Najib Razak yang disifatkannya umpama “roti canai bertelur” kerana keberaniannya melaksanakan cukai GST dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu. Menurut beliau, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini pun tidak cukup keberanian untuk melaksanakan sistem cukai […]

CARA BARU MOHON NAIK PANGKAT

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari mempersalahkan bekas Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan projek penyediaan internet ke sekolah-sekolah yang dikenali dengan 1BestariNet. Ketika memberi jawapan di Parlimen berhubung pertanyaan bahawa perkhidmatan internet yang disediakan kepada guru dan murid-murid di bawah projek 1BestariNet itu lebih perlahan berbanding yang dijanjikan, beliau berkata, “projek 1BestariNet bukan […]

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!!

Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO? Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka. […]

BUKAN HANYA DI MALAYSIA RUPANYA…

Baru-baru ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki menyindir tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sepanduk “Mana RM2.6b?” sebaik selesai pembentangan Bajet 2016 dengan mengatakan, Parlimen kanak-kanak pun tidak berbuat demikian. Pemimpin kerajaan pula menyifatkan tindakan itu sebagai kebudak-budakan, sambil mengingatkan bahawa Parlimen bukannya pentas sarkas. Sebenarnya di beberapa negara lain, bahkan termasuk negara maju, […]

HANYA SATU CARA 13 KETUA CAWANGAN TELUK KEMANG BOLEH DISELAMATKAN….

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad nampaknya tidak menunggu lama untuk bertindak balas terhadap 13 Ketua Cawangan dalam bahagian itu yang dua hari lalu menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengelakkan parti dihukum pengundi dalam pilihanraya. Beliau yang juga Pengerusi Felda dilaporkan sudah meminta setiausaha UMNO bahagian menghantar laporan kerana menganggap tindakan […]

JIKA TAK BERSALAH, JANGAN CAMPUR SIASATAN – PERSOALAN YANG HANYA NAJIB BOLEH MENJAWABNYA

Muhyiddin Yassin menghangatkan kembali isu 1MDB dengan terus melontarkan persoalan yang sebenarnya hanya mampu dijawab oleh Najib Razak sendiri – kenapa campur dalam siasatan? Berucap dalam program Bicara Minda – Berani Kerana Benar di Johor Bahru semalam, selain membangkitkan perkara tentang 1MDB seperti pinjaman RM3 bilion yang mahu dipohon, menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan […]

SEMANGAT TELUK KEMANG JANGAN PADAM, MUHYIDDIN PERLU TERUS KE DEPAN…

Hanya sehari selepas Najib Razak membentangkan Bajet 2016 yang langsung tidak menarik untuk masa depan negara dan rakyat keseluruhannya, dua peristiwa berlaku hari ini yang boleh dianggap sebagai tanda-tanda tekanan akan berterusan lagi kepadanya. Pertama, 13 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan dengan sepakat tampil menuntut Najib meletakkan jawatan bagi mengelakkan parti […]

APA TUJUAN ZAHID MENGESAHKAN BAJET 2016 DENGAN PILIHANRAYA SARAWAK?

Dalam banyak-banyak reaksi daripada pemimpin kerajaan mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak semalam, yang paling menimbulkan tanda tanya dan persoalan ialah komen Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Zahid dalam reaksinya mengesahkan Bajet 2016 itu antaranya ialah untuk memenangi pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi. (Kita mendapat) komen positif daripada […]

BAJET 2016 – HANYA INI YANG MENARIK

Apa yang sebenarnya menarik mengenai kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Najib Razak petang tadi?  Sama seperti ramai yang berhati suram ketika menanti pembentangannya, selepas dibentangkan ia terus juga suram. Hakikatnya tiada apa-apa  yang menarik dalam bajet kali ini. Lagi-lagi bantuan tunai BR1M sebagai modal utama. Sebab itu malas nak ulas panjang-panjang Bajet 2016 ini. Ucapan […]

JIKA BAJET 2016 ADALAH "BAJET SAMPAH", SUKARKAH AHLI2 PARLIMEN MENOLAKNYA?

Petang ini Najib Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen. Ini adalah kali ketujuh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berbuat demikian. Tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pembentangan Bajet kali ini berlaku di ketika imej beliau hampir-hampir gelap diselubungi jerebu yang diakibatkan oleh kemelut 1MDB dan wang derma RM2,600 juta yang masih menjadi pertikaian rakyat. Di sisi […]

APAKAH MAHATHIR BAKAL MENERIMA NASIB SEPERTI KHAIRUDDIN DAN MATHIAS CHANG?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun Mahathir atas dakwaan menghasut. Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang dan Kelang. Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad […]

PANDIKAR NAK SENARAI ANTI NAJIB LEBIH DULU PULAK…

Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya. Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi […]

HEBOH2 USUL UNDI TAK PERCAYA, APAKAH ADA STRATEGI LAIN DI SEBALIKNYA?

Di mata kasar terlihat seolah-olah ada yang tidak kena mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang mahu dibawa di Parlimen. Walaupun pertelagahan antara PKR dan DAP mengenai siapa yang seharusnya membawa usul berkenaan berjaya diselesaikan dengan Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju untuk membawanya sendiri bagi mewakili parti-parti pembangkang, […]