Month: September 2015

KETIKA PESERTA TURUN SAMBIL MENELAN ASAP JEREBU, SIAPA PEMIMPIN UMNO BAKAL IKUT SERTA?

Himpunan aman rakyat bersatu atau baju merah pada 16 September ini sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak polis berikutan Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka telah diberi kebenaran oleh DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan tersebut. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, walaupun beliau tidak bersetuju dengan demontrasi tetapi perhimpunan 16 September ini tetap akan dibenarkan kerana sudah […]

PEMIKIR TOLAK HIMPUNAN BAJU MERAH

Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia atau Pemikir, sebuah NGO yang dianggotai oleh tokoh-tokoh penting yang pernah berjasa dalam dunia politik dan sektor awam negara, turut tampil menolak perhimpunan baju merah yang dirancang pada 16 September ini. Presiden Pemikir, Aziz Yassin berkata, pihaknya menolak perhimpunan tersebut kerana ianya akan menghancurkan keharmonian rakyat dan perpaduan kaum yang sudah terjalin […]

HIMPUNAN BAJU MERAH MULA CELARU, LEBIH BAIK BATALKAN SAJA!!

Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya. Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok. Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula […]

GANJARAN HIMPUNAN BAJU MERAH, SIAPA BAKAL JADI MENTERI SELEPAS INI?

Apa pun hujah dan alasan yang cuba diberikan mengenai himpunan baju merah pada 16 September, ia tetap tidak dapat lari daripada agenda UMNO untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak. Najib yang bermasalah berikutan isu 1MDB dan “onar”  menerima wang RM2,600 juta yang disifatkan “duit haram” oleh Tun Mahathir Mohamad, memilih himpunan merah ini untuk membuktikan […]

HIMPUNAN SOKONG NAJIB 16 SEPT WAJIB DIHADIRI LEBIH 500 RIBU PESERTA…

Tidak ada sebab lain perhimpunan baju merah yang akan diadakan pada 16 September ini selain untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin bergoyang kedudukannya. Walaupun ia turut dinamakan “Himpunan Maruah Melayu”, “Himpunan Melayu Bersatu”, “Himpunan Rakyat Bersatu” dan sebagainya, satu-satunya tema paling logik dan dapat diterima akal ialah untuk menyokong dan mempertahankan Najib sebagai […]

NAJIB MENGALAH DENGAN AKAR UMBI, TAPI ADAKAH MUHYIDDIN JADI "BISU" SELEPAS INI?

Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu. Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan […]

MT ESOK – TAK PECAT, NAJIB SENGSARA…PECAT PULA, LIMA NEGERI BAHAYA!!

Semua perhatian kini tertumpu kepada mesyuarat MT UMNO esok, 9 September untuk mengetahui sama ada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpinnya yang lain yang agak kritikal terhadap Najib Razak akan dikenakan tindakan atau sebaliknya. Mereka yang lain yang mungkin berdepan hukuman selain Muhyiddin ialah Naib Presiden UMNO Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Mukhriz Mahathir, […]

MUHYIDDIN SEBAGAI PEMIMPIN NO 2 UMNO SUDAH PUN KENA GANTUNG SEBENARNYA!!

Dipecat, digantung, diberi amaran atau bebas? Salah satu daripada empat nasib inilah yang bakal menimpa Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin pada mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini. Tetapi menjelang dua hari sebelum mesyuarat tersebut, Najib Razak telah memanggil mesyuarat khas biro politik yang dipengerusikannya di Pejabat Perdana Menteri. Muhyiddin dan Shafie Apdal, dua pemimpin UMNO yang […]

JANGANLAH GELABAH…JIKA NAJIB JATUH, TETAP MELAYU JADI PM

Desakan agar Najib Razak berundur bukan lagi jeritan rakyat Malaysia semata-mata, tetapi sudah menjadi suara antarabangsa di mana dalam persidangan  anti rasuah sedunia atau IACC di Kuala Lumpur baru-baru ini, perkara yang sama turut menjadi fokus utama para peserta. Hakikatnya tidak ada sesiapa dapat menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seorang ketua negara dengan […]

PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"

Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik. Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya. Dengan itu, Muhyiddin dianggap […]

NAJIB PATUT BERTUGAS DARI BILIK TIDURNYA SAJA

Isu wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak secara peribadi daripada penderma Timur Tengah terus memberi hambatan kepadanya dari segi penilaian umum. Setelah majoriti rakyat tidak percaya wang sebanyak itu sekadar derma dan sebahagian mereka telah menzahirkannya melalui kehadiran seramai 500 ribu orang dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, kini giliran Transperancy International pula […]

MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS….

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin UMNO, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya.  Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya […]

PEMIKIR, NGO DIKETUAI ABANG MUHYIDDIN TURUT MAHU NAJIB BERUNDUR

Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia merupakan NGO terbaru yang mahukan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya dengan segera. NGO yang diterajui oleh Abdul Aziz Yassin itu juga bersetuju agar suatu usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen sekiranya Najib masih enggan meletakkan jawatannya yang kini semakin dituntut oleh pelbagai kelompok masyarakat. Keputusan sebulat […]