Month: September 2015

PENGALAMAN PERTAMA DISIASAT SKMM

Semalam, 29 September, saya telah diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM di Cyberjaya untuk diambil keterangan dan memberi penjelasan mengenai artikel blog saya bertarikh 20 September lalu yang bertajuk “Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?”. SKMM mengambil keterangan saya berikutan terdapatnya aduan […]

YANG DIPENJARA KHIR TOYO, PENGAJARANNYA ADALAH UNTUK KITA

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo akhirnya terpaksa merengkok di Penjara Kajang selama 12 bulan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak sebulat suara rayuannya untuk menukar hukuman itu kepada bentuk khidmat sosial dengan memberikan rawatan gigi secara percuma selama dua tahun. Melalui keputusan mahkamah paling tinggi itu, hanya pengampunan Sultan Selangor saja lagi selepas ini yang […]

INI SEMUA POYO….

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian dan dipetik oleh portal berita atas talian, UMNO Pasir Puteh, Kelantan dilaporkan akan melaksanakan peraturan mewajibkan ahlinya memakai baju merah pada setiap 16 haribulan. Ketua UMNO bahagian berkenaan, Zawawi Othman berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu bertujuan menunjukkan kekuatan solidariti dan sokongan penuh kepada parti dah […]

KIRIMAN GAMBAR DARI JAKARTA

Malam semalam, 27 September, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menerima anugerah “Star Of Soekarno” oleh Yayasan Pendidikan Soekarno di hotel Borobudur, Jakarta. Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di pelbagai peringkat antarabangsa. Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri telah menyampaikan bintang penganugerahan […]

MUHYIDDIN, SHAFIE JANGAN DUDUK DIAM SAJA!!

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang. Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi. Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan […]

MENELAH ANTARA ZAHID DAN MUHYIDDIN SEBAGAI PENGGANTI JIKA NAJIB DISINGKIRKAN

Tidak dapat dipastikan bilakah Najib Razak mahu berundur daripada  jawatannya atau apakah beliau benar-benar sedia berundur, tetapi di mana-mana pertanyaan yang tidak henti-henti  didengar ialah siapakah bakal penggantinya yang paling layak? Pertanyaan itu tidak saja  ditanyakan oleh ahli dan penyokong parti politik atau mereka yang berminat dengan politik, tetapi juga oleh ahli perniagaan, kakitangan kerajaan […]

DAH DAPAT JAWATAN MENTERI, BODEK SIKIT-SIKIT CUKUPLAH SALLEH…

Semua orang sedar satu-satunya sebab Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai menteri ialah kerana kerajinannya membodek Najib Razak dan membelasah Tun Mahathir Mohamad. Beliau yang sebelum ini merupakan Speaker DUN Sabah pada hakikatnya tiada merit untuk dilantik menganggotai kabinet memandangnya sudah ada wakil daripada Kota Belud dilantik sebagai menteri iaitu Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen […]

SOALAN UNTUK SYED ALI MENGENAI ZAHID HAMIDI

Nampak tidak senang benar Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tidak lama sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi PNS dengan tulisan saya bertajuk “Tentera Siber Zahid Mula “Mengamuk”…Hahaha” bertarikh 22 September lalu yang menurut tafsirannya sebagai percubaan melaga-lagakan atau cuba mewujudkan perselisihan antara Najib Razak dengan Ahmad Zahid Hamidi. Dalam tulisan itu, saya hanya […]

JAMAL PATUT ANJUR DEMO DI DEPAN PEJABAT TPM DAN DBKL, BUKANNYA DI JALAN PETALING

Tidak cukup dengan perhimpunan berunsur perkauman yang digerakkannya bersama Pesaka pada 16 September lalu, Jamal Mohd Yunus yang mendakwa dirinya mewakili Gabungan NGO-NGO Melayu dilaporkan mahu mengadakan demonstrasi di Jalan Petaling pula pada Sabtu ini. Daripada matlamat awal mengadakan demonstrasi itu untuk menuntut kouta tapak perniagaan untuk orang-orang Melayu di Jalan Petaling, tujuan demo itu […]

PATUT ATAU TAK PATUT?

Lima hakim Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan muktamad pada 29 September ini terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo untuk menukar hukuman penjara 12 bulan yang diterimanya kepada khidmat masyarakat. Dalam rayuan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang diterimanya sebelum ini, Dr Khir menawarkan gantian kepada khidmat masyarakat dalam bentuk rawatan […]

SEMUA SEGMEN MASYARAKAT JANGAN BERHENTI MENEKAN NAJIB

Satu lagi episod memalukan yang tidak pernah terbayang dek fikiran sesiapa menimpa rakyat Malaysia semata-mata kerana berperdana-menterikan seorang pemimpin bernama Najib Razak.  Kali ini sebuah unit khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menyiasat mengenai rasuah antarabangsa akan melakukan penyiasatan terhadap Najib berhubung pembelian hartanah di negara itu oleh anak tirinya, Riza Aziz dan ahli […]

TENTERA SIBER ZAHID HAMIDI MULA "MENGAMUK"…HAHAHA

Walaupun artikel blog ini bertajuk “Kenapa  lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta” telah disiarkan pada awal pagi 20 September lalu (Ahad) dan banyak dipetik serta diulangsiar oleh pelbagai portal, blog dan media sosial lainnya, tentera maya yang pro kepada Timbalan Perdana Menteri itu nampaknya hanya mula bertindak balas […]

PENGORBANAN PALING DITUNGGU SEMPENA HARI RAYA KORBAN TAHUN INI IALAH PENGUNDURAN NAJIB

Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz semalam telah bercakap mengenai keadaan ekonomi dan nilai ringgit serta kaitannya dengan isu semasa dalam negara yang seharusnya menjadi bermanfaat buat kita semua. Bedasarkan laporan FMT, Zeti berkata:- – nilai ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan. – kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu […]

BERUNDURLAH NAJIB SEBELUM JADI PM ULANG ALIK PEKAN – JLN DUTA – PUTRAJAYA SAJA!!

Selagi Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan dalam negara tidak mungkin menjadi lebih baik. Semua petunjuk ketika ini memperlihatkan segala-galanya akan bertambah buruk. Najib mungkin dilihat berjaya menghalang siasatan di dalam negara terhadapnya melalui beberapa tindakan yang dilakukannya, tetapi penyiasatan di luar negara nampaknya semakin terbuka luas. Sekurang-kurangnya dua negara iaitu Switzerland dan […]

MUHYIDDIN: TERUSKAN BERSUARA, KERUSI PERDANA MENTERI MASIH LAGI TERBUKA!!

Ramai yang menyangka setelah terlepas daripada pemecatan pada mesyuarat MT 9 September lalu, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan terus berdiam diri atau setidak-tidaknya bertukar menjadi lebih berhati-hati dalam memberikan pandangannya terhadap sesuatu isu. Ini kerana sebarang komen yang keras, berbeza atau tidak senada dengan pucuk pimpinan parti pasti mudah saja diangkat oleh golongan pembodek […]

YANG BERMASALAH DAN PUNCA SEGALA MASALAH IALAH NAJIB, BUKAN CINA

Apakah sebetulnya masalah sebenar  dalam negara kita sekarang ini? Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib ssjak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya. Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk […]

HIMPUNAN BAJU MERAH – BOLEHLAH SEKADAR UNTUK GELI-GELI BUAT PERDANA MENTERI!

Pertanyaan paling banyak diajukan mengenai himpunan baju merah di Padang Merbok petang semalam itu berapakah angka sebenar jumlah peserta yang menghadirinya? Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa mengumumkan kehadiran ialah 250 ribu peserta. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar  mengatakan kehadiran peserta seramai 200 ribu orang. Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka juga mengatakan kehadiran ialah 200 […]

IMEJ SEDERHANA NEGARA TERCEMAR, BANYAK KEDAI CINA TUTUP KERANA HIMPUNAN BAJU MERAH

Selama ini apa yang kita dengar hanya peniaga-peniaga kaum Cina di Jalan Petaling saja telah bersetuju untuk menutup perniagaan mereka selama sehari pada 16 September untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini sekiranya bertembung dengan peserta himpunan baju merah pada hari tersebut. Tindakan mereka menutup perniagaan itu boleh dianggap tindakan terpuji kerana peserta himpunan baju merah kelihatan mula […]