SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?

Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan “undur Najib” berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.
Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.
Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.
Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.
Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.
Yang lebih mengejutkan dalam himpunan Bersih 4 kali ini pula, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menunjukkan semangat luar biasa dan kegigihannya untuk “mengerjakan” Najib agar dapat segera dipindahkan keluar dari Seri Perdana dengan kesanggupan turut sama dalam acara itu.
Meskipun tidak pernah turun dan selalu tidak menyokong demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi Tun Mahathir sanggup turun dua kali dalam Bersih 4 kali ini. 
Semangat dan kegigihannya yang sanggup turun sebanyak dua kali dalam Bersih 4 ini tentunya mengingatkan kita bagaimana kerapnya beliau pergi untuk melihat pembangunan Putrajaya, KLCC dan Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.
Untuk memastikan sesuatu usahanya itu berjaya, Tun Mahathir biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bagi menunjukkan komitmennya. 
Beliau kemudian memberitahu, kehadirannya dalam Bersih 4 ialah untuk bersolidariti bersama rakyat yang mahu mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.
Dalam temubual dengan media kemudiannya, Tun Mahathir berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib, sama seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.
“Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan,” tegasnya lagi.
Beliau kemudian menambah lagi, “jika kerajaan tak bubarkan pasukan petugas khas itu, saya tidak akan hadir sebanyak dua kali dalam demonstrasi ini.”
Walaupun gambarannya seperti Tun Mahathir menyokong demonstrasi jalanan, beliau juga menyarankan Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan negara ini.
Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang sayangkan parti juga  seharusnya menyokong usul tidak percaya itu, tambah Tun Mahathir lagi.
Persoalannya, apakah selepas ini lebih banyak himpunan rakyat atau demonstrasi jalanan mirip Bersih 4 yang bertujuan mendesak pengunduran Najib akan berlaku dalam negara kita?
Apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 adalah isyarat awal bahawa demo “undur Najib” adalah projek terbaru yang akan digigihinya selepas ini sebagaimana dilakukannya ketika membangunkan Putrajaya, KLCC dan Langkawi dahulu?
Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi?
Apakah juga, melalui gembar-gembur mengenai demonstrasi jalanan  yang disebut oleh Tun Mahathir ini akan segera membuka mata Ahli-Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk tidak berlengah lagi menjadikan undi tidak percaya itu sebagai kenyataan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada ekonomi dan perpaduan dalam negara?
Lagi pula, ramai pemimpin UMNO sendiri jika ditanya secara diam-diam, turut tidak menafikan kesukaran untuk BN mengekalkan kuasanya jika keadaan seperti sekarang berterusan memandangkan Najib sudah menjadi liabiti yang terlalu berat untuk dipikul. (SH 31/08/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:34 pm
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Miss Vee
Miss Vee
1 September 2015 3:58 pm

Lagi Gambar … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 5:10 am

Majoriti bukan Melayu sertai Bersih 4.
Tak nampak lagi? Buta? Atau bebal yg sebenarnya. Kalau esok lusa MCA Gerakan atau MIC bungkus, pasti DAP jadi parti pilihan mereka. Menteri2, MT2, YB2 masih buta dan pekak ke? Tak reti2 majoriti boleh singkirkan seekor masalah dlm BN????? Seekor bangsat yg demi tembolok rakusnya menyusahkan rakyat seluruh negara. Sampai bila? Bila lagi?

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 4:13 am

Kalau Tun M yang pimpin perhimpunan ini mau juga aku serta.

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 4:07 am

TAI PAN JR, JANGAN KAMU MENTAFSIR AYAT ALQURAN BERDASARKAN KEPENTINGAN KELOMPOK KAMU TANPA MENGHAYATI INTIPATI DAN MAKSUD AYAT TERSEBUT. RIBUAN PATAH AYAT MENGHINA YANG DIKELUARKAN DALAM CATATAN DIATAS MENAMBAH DOSA KALIAN . DOSA SESAMA MANUSIA HANYA MAMPU DIAMPUN OLEH MANUSIA. APA KALIAN ANGGAP KALIAN SEMUA KEBAL DARI AZAB API NERAKA KERANA DOSA TERSEBUT. KALAU TIDAK FAHAM LEBIH BAIK TERUS BELAJAR DARI MEREKA YANG MEMAHAMINYA…

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 5:07 am
Reply to  Anonymous

Anon 12:07

Aku tak nampak pun apa yg dikarang hamba Allah tuu sebagai 'terpesong' atau 'fitnah'…

Aku lebih nampak 'kebenaran' apa yg dikarangkan nya…

Contoh boleh kita nampak sendiri depan mata, kecuali org macam 'Anon 12:07'….Serkap Jarang….Ingat dia je yg betul…
Buta, Pekak, Bisu!!!

Ayat Quran diatas tuu nampak kepada 'perdamaian'….bukan 'permusuhan'….'Anon 12:07' yg tak faham kot?

'Anon 12:07' yg patut BELAJAR LAGI dari "mereka yg memahami"…

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 4:34 pm

Pada pandangan saya Najib tak akan bertahan lama. ajib banyak bela hantu raya. Dulu dia ada banyak teloq , sakan dia jamu hantu raya . Hantu raya akan minta banyak teloq lagi tapi teloq yang dia simpan diluar negeri dah tak boleh bawak balik. Mungkin ada saki baki teloq yang dia simpan disini tapi rasanya dah tak banyak sebab bini dia pun kuat makan teloq. Tempat yang dia simpan teloq curi orang dah tau, kawan nak tolong dia bawa balik pun depa takut sebab satu dunia dok perati. Apa akan jadi kalau ajib dah tak blh jamu hantu raya dengan… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 3:08 am
Reply to  Anonymous

Bodoh punya hantu raya. Tak teringin nak makan KFC ker

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 8:32 am

Lepas bersih…demo yg paling baik adalah…demo lo ni tak supo kito….hahaha….

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 6:57 am

Najib mempunyai ilmu yg sangat hebat, ya itu ILMU SELAMBA yg terdiri dari beberapa jurus.. antaranya,
1. Jurus Buat Bodoh Aje
2. Jurus Perasan Popular
3. Jurus Pekak Badak
4. Jurus Kulit Biawak dan sebagainya…

Percayalah, sehingga PRU14 Najib akan terus menggunakan ILMU SELAMBA beliau untuk menghadapi musuh2nya.

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 3:06 am
Reply to  Anonymous

Tak mengapa. Lepas PRU 14 ni Najib akan berehat lama di Sg.Buluh

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 5:00 am

Jngan bimbang, 10 Oct 15 ada demo anti BERSIH pula. 1 juta jugak nak mai.. gamaknya 1.3 juta pekerja gomen la nak kena kerah. Ahli 3 juta sudah terbirit2 dah. Betul ka ahli ada 3 juta tu?

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 9:04 am
Reply to  Anonymous

Jgn susah seramai 1.5 juta bangladeshi telah bersiap sedia untuk membantu kerajaan menjayakan anti bersih 4

Tongkang2 Mistral pun sudah dibeli oleh si bapuk menteri pertahanan

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 4:27 pm
Reply to  Anonymous

mujibur…kita pigi mesia mau join itu anti bersih……..
oitt……kawan kita dulu pigi jadi, cleaner kerr,pam attendant kerr,kfc waiter kerr….itu semue kerja bersih…ada confuse laa…kabberdap

Malaysiabaru
Malaysiabaru
31 August 2015 3:47 am

Opss tambah lagi..

Melayu bersekongkol dgn kezaliman melayu sanggup masuk neraka walaupun tahu pemimpin mereka dah buat dosa besar… Neraka Jahanam adalah syurga impian org melayu untuk bersamna sama Najib dan hadi…di akhirat kelak

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 12:09 am
Reply to  Malaysiabaru

Saja nak tanya, yang awak tu dah confirm ahli syurga ke. Jangan menghina, memfitnah orang lain. Cuba banyak2 istighfar. Tak baca kisah seorang manusia yang bunuh 100 orang??. Tau tak apa kesudahannya. Tau tak apa Omar Al-Khatab bercita2 nak bunuh Nabi Muhammad SAW. Apa kesudahannya. Wahai manusia, cakap, tulis pakai kepala otak jangan ikut nafsu syahwat.

Malaysiabaru
Malaysiabaru
1 September 2015 1:10 pm
Reply to  Malaysiabaru

Aku dah pakai kepala otak kenapa ? Apa yv tak kena ?

Nenek ko hadi Ping pun cakap pakai otak sebab tu tolol baruah jebon kluar mulut dia …ikut otak la tu bukan nafsu ? Keh keh keh x3

Malaysiabaru
Malaysiabaru
31 August 2015 3:40 am

Jangan Mimpi!

Umno adalah segala galanya bagi melayu

Najib adalah segala galanya bagi melayu

Hadi adalah segala galanya bagi Islam

Mana mungkn melayu tinggalkan mereka biar sekalipun najis bunuh Mongolia dan ayoh Ping Marang bawa ajarAn sesat

Pas dan umno bdrkerjasama untuk gagalkan kuasa rakyat menang

Sejarah membuktikan konsep perkauman selalu menang. Macam netanhayu dari Israel menang lagi pilihanraya menggunakan konsep Israel untuk Israel tiada two state solutions

Akhir kata… Melayu buduh melayu takde telor melayu play safe

Anonymous
Anonymous
31 August 2015 4:58 am
Reply to  Malaysiabaru

Hadi adalah Nabi kepada penyokong PAS. Sbb tu mereka sanggup membodohkan diri kerana hanya Haji Hadi ada kuasa laksana rasulullah.

Tai-pan Jr
Tai-pan Jr
31 August 2015 2:50 am

As'Salam… Bro Shah n Sahabat3 semua.. "AhJibGo – The EXclusive PM" -Its a FACT that AhJibGo will do ANYTHING to maintain power.. -He doesn't care apa Rakyat FIKIR.. apa Rakyat CAKAP.. apa Rakyat RASA.. -Dia MEMANG Dah TAK PEDULI!!! "By Hook or By Crook… By Any Means Necessary.." -IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni… -BUT STILL AhJibGo MASIH boleh buat "muka selamber" aje.. -MUKA TAK MALU tahap Mega!!! "U Reap What U Sow" -Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES, LIES n more LIES, this has to STOP.. -U CAN fool some people for… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 3:01 am
Reply to  Tai-pan Jr

Pak Warhadik tolong jangan bikin SIAL dalam blog ini. Bapak tolong angkat kaki dari Malaysia. Faham????

Anonymous
Anonymous
1 September 2015 11:42 am
Reply to  Tai-pan Jr

Itu Warhadik INDON BANGSAT…bikin SIAL saja kau di Malaysia. KUCING KURAP …