UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH….

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.
Semua pihak tidak boleh  bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.
Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.
Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.
Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan.
Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi  BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.
Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya.
Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang  masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.
Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya.
Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya.
Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas  pilihanraya nanti.
Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri.
Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya.
Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya.
Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah  majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya.
Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti.
Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama.
Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti.
Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya.
Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita.
Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah…(SH 21/08/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:34 pm

32
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousjamkho obat kolesteroljamkhoMiss VeeZakiahSaffiya Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Lu lu ang angkut lu pu pu punya kkitab, mari llllawan debatt sssama gua, apa ppasat llu cccakap ini ggomen mmanyak baiiik. Ccccciiilla___ ppunya multiii. Ini hhhari ooorang mabok pppun cccakap iiini gggomen mmanyaaaak yahhat. Ouhkkk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mufti Perak dah keluar fatwa dia: 'menumbangkan kerajaan adalah HARAM disisi islam'. Fatwa dikeluarkan selepas bermimpi duit RM2.6 billion Najib…saya rasalah…. Sebab: dalam kes menumbangkan kerajaan Perak, Mufti ni bergembira pulak dan adalah salah seorang tali barutnya.. Dia pergi keLondon bersama Setiausah negeri Dr Rahman berjumpa pelajar2 untuk menyakinkan mengapa kerajaan PR Peral perlu ditumbangkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah le tu. Mana ada puak umno di parlimen nak sokong undi tak percaya. Tali kapal umno ditambat pada batang tubuh najib. Tumbang najib, tumbang dan hanyutlah umno. Walaupun anak2 kapal menyelamatkan diri, mereka itu dari kapall lanun.Sama2 buat kerja melanun. Habislah segala harta akan dirampas dan silap2 masuk jel pulau jerejak. Inilah puncanya tidak ada sorang pun berani bangkit untuk berpakat2 buat undi tak percaya. Puak2 hanya harap satu saja, cabut lari kalau suasana 31 ogos ni sudah lain macam. Tapi ada ke nama2 geng ni dah stanby untuk hantar ke interpol. Ingat, ada 3,000 saja lanun special bertaraf… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni cuma pdpt peribadi.. Sy rasa tun m suppose to work harder than anyone in order to send his 'franken' down. Sbb, krn tun m lah kareer politik anwar terkubur hasil usaha mgusung tilam keluar masuk court..krn tun m jgk pak lah naik mjadi pm..dan lg,krn tun m pak lah tpaksa trn utk mberi laluan kpd 'franken' plhn tun m. Adakah ini balasan dr Allah yg terpaksa ditanggung seluruh rakyat jelata lantaran tindakan tun yg telah mbudayakan aib dijaja,atau itu smua cuma permainan tun? Tun dan Allah shj yg tahu.. Hrni,tun tgk lh apa yg 'franken' tun dh bt.. Xketerlaluan… Read more »

jamkho obat kolesterol
Guest
jamkho obat kolesterol

janganlah masuk parlemen kalau tak siap

jamkho
Guest
jamkho

politik memang rumit

Anonymous
Guest
Anonymous

panjang artikel ini, siap dengan idea macamane nak buat undi tak percaya tersebut. tapi percayalah, think tank najib juga berfikir macamane nak gagalkan. jangan fikir diri sendiri ada akal, kalau najib blur sekalipun, pasukan kebal dia tak tidur untuk memastikan tembolok selamat. akhirnya akan gagal juga idea ko ni. tunggu ajelah 2018….

Anonymous
Guest
Anonymous

Terasa bebeno rakyat M'sia di bawah PM Najib sengsara dibuatnya. Dgn nilai RM jatuh merudum, disiksa dgn GST, hutang negara naik mendadak dan yg terbaru dilaporkan di negara China duit RM tak laku.

Harap sangatlah para MP lebih berjiwa rakyat kalo nak undi drp rakyat. Kslo taaaaaaaaaaaaakkkkkkk lu org pun bungkus dlm PRU14. Sudah tak ada lagi seruan….berilah peluang sepenggal lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

aku cadangkan semua rakyat jgn hadir hari perarakan HARI MERDEKA (peringkat kebangsaan) bendera kibar suku tiang sebab mesia dah nazak dapat pm macam ni…

Miss Vee
Guest
Miss Vee

Lagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

Kalau jadi najb bikin rekod dunia

Zaman Najib ringgit 4.50

Zaman Najib derma 2.6b

Zaman Najib dua biji kapal jatuh

Zaman Najib pki mongol berjecai

Rekod dunia…. Haji Najib …

Anonymous
Guest
Anonymous

Santau je najib ni biar dia jem….abih cerita.

Izwan Adzman
Guest
Izwan Adzman

Bro, bawak mengucap…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tu option je….ingat lagi ni. Tapi teruk sangat la bro. Semua tak boleh nak jadi apa kan? Tu je yg boleh apa boleh buat!

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalah kesihatan bley buat hilang jawatan.. Dah ada contoh

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahahahahaha….betul jugak! Tapi sejarah apa kalau buat mcm tu kan? Tak pun kita buat satu usaha…sembahyang hajat satu negara…apa mcm? Seminggu je tiap2 mlm pukul 2pagi start. Kita tengok najib power ke atau Allah lagi power? Belasah kaw2. SETUJU?

ZakiahSaffiya
Guest
ZakiahSaffiya

Tak payah santau. Dia dah terkena nasi kangkang

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasi Kangkang lagi power, kalau sudah tak jadi PM tu nasi kangkang sudah tak dapat rasa lagi,

Unknown
Guest
Unknown

No Way Kawan……..
UMNO Reps Semua No Balls…………….

Anonymous
Guest
Anonymous

MP mesti berkerjasama kalau nak tendang Najib keluar drp Putrajaya.

Jgn asyik dengar amaran zahid temberang tu.

Yg penting parti2 kena bergabung dan buat undi tidak percaya dgn simple majoriti. Tamatlah career najib bodoh sombong sebagai PM yg tidak berguna.

Anonymous
Guest
Anonymous

Undi Tak Percaya di PERLIMEN?..susah nak percaya…halo NAJIB ADA BERBILLION dia boleh buat PENDIKER lebih percaya kat dia…inikan semua MP UMNO..lagi aku tak percaya..kalau hakim..gebnor bank negara..dan raja boleh di berbillionkan kepercaya mereka kepadanya..inikan DIPERLIMEN …percayalah tak akan berjayanya..PECAYA TAK AKU KATAKAN TIDAK ADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA BOLEH BUAT NAJIB TAK BOLEH DI PERCAYAI sebabnya dia dapat mandat kepercayaan dari peti undi di kawasannya dan rakyat Malaysia…melainkan dgn kuasanya saja yg dapat memelihara kedamaian dan kedaulatan NEGARA MALAYSIA …TAK TAHU LAH KALAU ESOK KITA BANGUN PAGI DAH DAPAT BERITA YG MAHA ESA DAH TAK BERI KEPERCAYAAN KEPADANYA.

Rohayudin Yaacob
Guest
Rohayudin Yaacob

1. Inilah masanya kita boleh melihat kejujuran ahli politik di semua parti dan juga menteri kabinet, senator dll! Sekiranya ianya berjaya dilakukan, UMNO mesti memastikan kaki wayang, kaki sapu,dll lain-lain kaki busuk tidak dilantik lagi dlm pentadbiran, perancangan baru untuk meletakkan kerangka atau iklim politik yg lebih sihat perlu dilakukan oleh golongan politik ini sendiri. Ini dunia mereka, permainan mereka…kita penonton yang menggaji mereka sebagai pemain…the rule is and message to them is very clear and easy i.e. Clean your political shit!! 2. Mereka patut telah sedar yang majoriti rakyat (bukan ahli parti mereka sahaja) sedang memerhati dgn teliti tingkah… Read more »

lufang
Guest
lufang

Apa pasat mau undi tatak pecaya punya maa aa , UMNO punya olang semua manyak pecaya sama Najib lor rr .

Mesti tatak bolih jadi punya maa aa , Kalau UMNO sendili sutak tatak pecaua sama Najib balu bolih jadi maa aa .

UMNO punya olang semua cekap I LOVE PM , apa macam lea aa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang penting terajang PM Najib keluaq dulu. Dia ni memang dah tak boleh harap, penipu dan pembelit besaq, terang terang penyamun dan kaki auta. Tengok Harun Din pun hidup hidup kena kelentong dan guna pula kenyataan Harun Din yg seperti sebelahi dia. Jenis pemimpin tebal muka dan tak langsung rasa malu menipu rakyat hidup2 wajib diterajang cepat cepat dan siasatan patut dibuat selekas mungkin. Dan jika ada kesalahannya yg layak hukuman mati, gantung saja sampai mampus, biaq jadi teladan pada pimpinan lain. Sial negara Malaysia dpt PM celaka begini. Mcm2 sial menimpa negara sejak malaon ni jadi PM. Elok2 Pak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib takkan benarkan usul tidak percaya dibawa ke Parlimen dan di sinilah speaker tersebut akan digunakan untuk menolak usul atas alasan tidak cemas/ not urgent.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang tak perlu undi tak percaya diusul dlm Parlimen. Mengikut precedent kes perak, undi tak percaya pun bolih diusul dlm Istana, janji tunjuk bukti 122MP sudah hilang kepercayaan terhadap Najib.

Speaker bolih balik Sabah ketika tu.

kluangman
Guest
kluangman

Jangan lupa, Najib juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan undi dari pembangkang.

Cash is king….
Usaha itu juga gagal..
Dan selepas itu..
Semua keadaan lebih merbahaya…

Tunggu je lah 2018.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunggu sampai 2018? Kah kah kah. Kalau tunggu 100 tahun lagi pun pembangkang tak boleh menang punya. Duit di tangan najib cukup untuk sumbat mulut dan arahkan tangan makcik pakcik penonton setia tv3 supaya pangkah bn. Geng2 tua ini walau balik mekah tetap percaya dengan bn walau anaknya sendiri mengganggur tak dapat kerja. Ada 25% pengundi adalah pengundi tua saluran 1 dan 2 yang masih hidup. Setakat ini belum ada cara nak ubah pemikiran mereka. Tv itulah yang mereka nyadap dan beriman setiap hari. Dah hukum wajib dah mereka percaya sebab masuk tv. Ada pula berita banjir dan eksiden, tak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

@anom 13.31

gengx Parti Anjing Serigala ka?

Anonymous
Guest
Anonymous

tapi geng2 pil kuda tu boleh percaya ke? boleh diharap ke? geng2 ni pun kaki kincing jugak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang tak bolih percaya langsung..Hadi, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi.

Yang lain ikut Tuan Ibrahim. Pas parti carca marba selagi Hadi jadi Presideng….dia nak semua ahli ikut cakap dia.