SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB…

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?
Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-
Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.
Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu,” kata Najib.
Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.
“Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun,” katanya.
Lihat…walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap “berlakon” seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.
Siap mengungkapkan  “baeeek punya ayat”,  “kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia.”
Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya…
Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata  boleh terpedaya dengan “lakonan”  Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.
Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ  itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.
Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, “kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang.”
Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013  ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.
Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah “bullshit”.
Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk  serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet.
Najib kemudian “berlakon”  lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.
Sekali lagi…di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.
Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya.
Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.
Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.
Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai “mengajar” Najib kerana tindakannya  “memperperdaya” dan “berlakon suci bersih” terhadap golongan ulama.
Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin “tersilau” dan “terpedaya” tanpa disangka.
Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, “yang baik disokong, yang tak baik ditentang.” (SH 20/08/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:34 pm
Subscribe
Notify of
guest

65 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Dita Sari
Dita Sari
4 February 2016 1:44 am

SEKEDAR INFO BOCORAN TOGELJIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITUSGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS…SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JPDAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI ROROYANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYABAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL& INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI ROROSILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))ATAU >>KLIK DI SINI<< Sekian lama saya bermain togel baru kali ini sayabenar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4Ddan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua iniberkat bantuan angka dari AKI ROROkarena cuma Beliaulah yang memberikan angkaritual yg di jamin 100% tembus awal sayabergabung hanya memasang 100 ribu karnasaya ngak terlalu… Read more »

Nur Haikal Levine
Nur Haikal Levine
24 August 2015 8:44 pm

Bangsat

Miss Vee
Miss Vee
21 August 2015 4:11 pm

Lagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 1:08 pm

Menate bewok najis ni. Hang tipu rakyat. Kau kobeh duit kito. Makang hasil harang pulok. Tak ingat mati ke?

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:49 pm

Syabas Budin, anda telah mengunakan kaedah yang berkesan ketika membuat lapuran kali ini. Kaedah ini kalau tak silap saya belum lagi Budin gunakan sepenuhnya sebelum ini. Kaedahnya ialah apakah yang diperkatakan sebelum ini dengan apa yang dilaku atau diperkatakan sekarang oleh oknum-oknum UMNO dan konco-konconya. Amat menarik sekali kelibat dari kaedah itu. Begitu ketara sekali kemunafikan dan pembohongan pahlawan bugis yang didedahkan kaedah ini. Alangkah hodohnya kenyataan-kenyataan yang telah dibuat dahulu dalam kemaskinian sekarang. Kita maklum kepada kata.kata lazim TDM bahawa orang Melayu mudah lupa, maka adalah menjadi tugas kita supaya ingatan-ingatan itu sentiasa dibawa kembali supaya kepekaan kita sentiasa… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 7:38 am

Jaminan untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Mohd Najib Abd Razak fi Parlimen oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapa Ali tidak lebih hendak meredakan suasana dalam parti, memperlahankan gelora kritikan dan protes umum kepada lebai-lebai parti 'ulama' yang terkinja-kinja mahu bersatu dengan Regim. Kenyataan Syeikh Murshidul Am dan Presiden yang juga didendang dondang oleh beberapa lebai-lebai muda, itulah kebenarannya. Apa dibayangkan Timbalan Presiden dan bekas Setiausaha Agong itu sebenarnya tidak terpakai sama sekali. Percanggahan kenyataan antara Syeikh-Syeikh dan ustaz Tuan Ibrahim cuma strategi dan taktik. Sekiranya ada rancangan undi tidak percaya terhadap Najib, jangan mengharapkan ia mendapat sokongan lebai-lebai… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 9:17 am
Reply to  Anonymous

Lebai malang….

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 6:17 am

Ajarlah secukupnya kerana……
N – Niat
A – Aku
J – Jelas
I – Ingin
B – Berbohong……@NAJIB
Sudah terang lagi bersuluh en najib ni……..

m nj
m nj
20 August 2015 3:48 am

Haron Din ada komen tak bila dia dah diberikan bukti yang si najib puaka ni memang penipu? Bukti pun atas pengakuan najib puaka sendiri yang memang duit berbilion bilion masuk akaun peribadi dia. Atau Haron Din senyap aje. PAS kalau nak memimpin negara kena ada pemimpin2 progresif. Kalau tidak PAS hanya sebuah parti yang pemimpin2nya semua LOW IQ.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 7:20 am
Reply to  m nj

Ermnn iq tinggi pon tak bley juga tgk apa jadi dhn negara kita.. Byk menteri iq tinggi.. Tunggang langgang juga.. Kena cari pemimpin yg amanah dan ada aklak unggul. Iq saja tak cukup..

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 7:31 am
Reply to  m nj

Haron Din ada komen tapi dlm hati shj seperti berikut: " celaka punya bugis, aku mursyidul am pun dia bolih tipu. Mana aku nak letak muka aku..malu aku dgn rakyat msia dan semua jin2'..

Itu sebab tak dengar berita dan tak nampak muka…Kerana hanya orang bodoh shj yg bolih ditipu olih Najib danUmno ..seperti mak cik dan pok cik Felda…

Unknown
Unknown
21 August 2015 1:26 am
Reply to  m nj

Sepatutnya kalau betul lah Si Harun Din ni Control Jin dan Makhluk Ghaib hantar saja lah makhluk Ghaib atau Jin lihat sendiri Betul ke kata siNajib Tu!

Rupa rupa nya cakap jin dan Makhluk ghaib tu semua kelentong belaka! Ahli Pas saja yang mati mati percaya!

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:39 am

Memang bengong pemimpin jenis serban besar dalam PAS. Ketagih sangat nak buat hudud sampai percaya kat janji janji PM Najib. Mana akal dia orang ni letak?. Ada ke PM yang jenis belasah duit bilion billion masuk akaun sendiri akan terima dan sokong perlaksanaan hudud?. Nak cari mampos kena potong tangan. Kalau PM macam Pak Lah tu setuju terima hudud, itu boleh diterima akal. Tapi bukan jenis buaya dan mentekedarah duit macam Najib. Kesian dan sedih aku tengok PAS ni, haru biru jadinya disebabkan pemimpin yang terlalu angau angaukan hudud sampai tak boleh nak bezakan Najib dan UMNO BN tu serius… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 7:17 am
Reply to  Anonymous

Hukum hudud ni hukum yg Allah.. Kena usaha la utk buat.. Kalu org islam sendiri tak sokong menjawab la nt lepas mati. Tuan diatas… Pas mencari peluang utk laksana Hukum Allah kira betoi dah.. Saya rasa pemimpin pas dalam isu najib ni bersangka baik pada mula. Itu ja.. Itu yg Al quran ajar pon..tak jadi kesalahan bersangka baik.. Yg salah najib.. Jadi bila dah ada kebenaran memang duit tu masuk dlm akaun pemimpin pas kena tarik sokongan balik. Itu ja.. Tak sangkut dgn perjuangan pas utk laksana hudud.. Nak tanya hang ni dok komen apa yg hang buat utk laksana… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 8:15 am
Reply to  Anonymous

Woi,.,hang dok atas langit ka atas bumi?. Pijak bumi nyata la oii. Kalau nak buat hudud perlu pinda perlembagaan. Nak pinda perlembagaan tak mungkin boleh selagi BN berkuasa. Nak tumbangkan BN kena masuk pilihanraya. Tapi kalau dah ustaz hangpa cakap menang pilihanraya tak penting asalkan dapat keredaan Allah..apa ke hal pula? Habis tu masuk pilihanraya bayar deposit tu untuk semata mata kalah ke?. Allah pun tak paksa dan sekejam itu nak minta umatnya yang dalam kesempitan serta merta jalankan hukum hudud. Allah bagi akal pada semua. Guna akal tu agar akhirnya suruhanNya itu dapat dilaksana. Ini tidak. Bila BN spin… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:56 pm
Reply to  Anonymous

Hukum hudud hukum. Hukum bai'ah cerai bini talak tiga tu hukum siapa?

Pernahkah berlaku daripada zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad saw dan zaman para sahabat mereka berbai'ah cerai bini talak tiga?
Dalam ajaran lslam memang tak pernah ada. Ajaran pas SESATmemang ada.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 1:05 pm
Reply to  Anonymous

Anon 16:15. hang punya akai mmg padat. Aku dok pikiaq mcm ni dah.. tapi x reti nak susun ayat. Spot on bro. Mmg ustat2 ni kemaruk sangat nak berhudud. Aku ingat kalo la ustat2 ni punya singkat akai kena tipu dengan Najib (yang lembu kambing anjing pun dok sedia tau kata Najib ngan UMNO ni pemuhung mcm celaka), macam mana la nak memimpin negara? Bodo level mana, aku pun tatau. Husnu Dzon pun agak2 la. Jangan la tunjukkan sangat yg level ulamak ni bodo piang mcm budak tadika dok kene muhong dgn cikgu depa sbb takut nak mai kelas! Ulamak… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 August 2015 5:16 am
Reply to  Anonymous

Perintah hukum hudud adalah perintah Allah yg sesuai utk semua zaman.. (bagi yg ckp tak sesuai utk malaysia.. Harap nt jumpa Allah bagilah jawapan bila ditanya kelak). Allah adalah maha mengetahui bahawa hudud sesuai dilaksana di semua tempat penjuru dunia (walau pun org mcm anon 16:15 tak setuju) dgn izin Nya. Masalah yg terjadi di malaysia (brkenaan hukum hudud ni) disbb kan penganut agama islam ambil islam sekerat2.. Bagaimana kita manusia yg lemah lagi kerdil mendakwa hukum Allah tak sesuai dilaksana di malaysia.. Jgn ikot iblis yg mendakwa dia lebih mulia dari adam.. Allah lebih tau dari mahluk.. Jangan jadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:28 am

Aku dah kata dah. Pemimpin jenis serban besar ni bukannya cerdik sangat. Ramai yang pi luar negara dulu tu pun atas belanja keluarga sendiri lepas prestasi akademik mereka tak berapa baik. Dengan kata lain yang low grade saja pi mengaji luar negara. Geng geng ni ramai yang tungging kira kira (matematik). Kalau hangpa tak percaya, mintak depa ni tunjuk sijil SPM, Kebanyakannya kira kira tungging belaka. Maksudnya IQ rendah. Sebab tu geng ni yang kuasai PAS amat curiga kat puak puak profesional. Kalau nak banding English..memang tungging terbalik kebanyakan mereka. Hangpa boleh dengar sendiri Haji Hadi speaking..English pronounce Pantai Timur… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 4:19 am
Reply to  Anonymous

Anong 10 :28 Please dong ( don't ) look downg ( down ) upong ( upon ) Hj Hadi. He may soung ( sounds ) silly but you have to understang ( understand ) people frong ( from ) Ganu speaks English with an accent. Just listeng ( listen ) to Zizang the comedian when he attempts to speak English. When you laugh at his English pronounciation he will give a convenient excuse that he is frong Ganu. You just have to excuse Ganu people with their brang ( brand ) of English.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 7:40 am
Reply to  Anonymous

Setuju dengan Anon 10.28

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 8:32 am
Reply to  Anonymous

Hadi tu tempat sendiri pun pernah kalah. Itulah jauh bezanya Hadi dengan Anwar, Anwar tempat sendiri sentiasa menang malah majoriti besar. Sebab itu Anwar ni mudah diterima di seluruh negara oleh pelbagai kaum dan agama. Nak jadi PM mesti diterima oleh ke semua kaum, bukan setakat jadi hero dalam parti saja. Kalau yang mewarisi pimpinan lama PAS tu pun jenis ustaz2 yang matematik tungging juga dan yang jenis SPM grade rendah, memang lama lama jadi pekasam la parti PAS. Main nak sumbat jenis ustaz dan yang mengaji agama saja tanpa peduli iq dan geniusnya orang tu. Yang bukan ustaz jadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 8:50 am
Reply to  Anonymous

I weng to Kaje eng bok satay for my freng yesterday. My freng just keng frong England. He love satay but he dong like to talk much with me because he dong understeng my English. I am presideng of the party and he should learn how to understeng my English.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:19 am

Tulisan yg bagus encik shah semoga semua org akan mendapat kebaikan selain yg dok pekedarah harta negara melalui jln yg tak halal.ternyata sekarang kita bkn berada diruangan yg masuk akal lg.ada pemimpin negara sudah keluar dr ruangan itu utk mengaut keuntungan pd diri sendiri n isteri tercinta.it Malaysia kronik sama sama la kita betulkan.semoga Allah membantu kita.sekian terima kasih semua yg berusaha

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:16 am

Tuan Shah bincang pasal salah laku najib yg xingat jarak ke kubor mkin dekat tp kuat klentong..yg 4-5 org mangkuk lam ni dok mencela ulama tu pasaipa?? Ni dia lh yg ustaz habib ali zaenal abidin kata..org akhir zaman dok kalut cr salah silap org,tp yg buruk pd dri sendri xprati lgsg. Sy yakin Hj Hadi dan Datuk Harun Din pd mulanya cuba bersangka baik pd najib..klu buleh depa xmau pcya ada brita camni..sorg PM mentekedarah duit rkyat sbb dosanya masyaallah..xtau nk habaq dasyatnya.tp si najib ni brani bt. Bkn slh depa utk bsangka baik..sbb depa ulama mmg bersifat husnul… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 3:03 am
Reply to  Anonymous

Sokong sgt.. Bukan ulamak ja.bahkan org biasa. Kalu org buat salah tetap salah.. Dan kalu buat baik kena sokong buat tak baik kena tentang.. Sudah jadi ajaran dlm sunnah nabi bersangka baik pada org.. Tapi bila terbukti salah kena tentang mcm kes najib.. Walau takdpt buat dakwaan utk tuduh dia salah tapi dari segi moral seorang pemimpin tetap salah kalu terima sumbangan yg mencurigakan.. Pas kena buktikan yg baik dirai yg salah ditentang

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 1:18 am

Kepakaran MURSIDUL GENERAL@CHIEF JINNAKOLOGIST DR H DINbukan setakat pandai tidoor dan bermimpi Nabi Mohamad malah pandai mengsahkan rambut nabi dan mengislamkan berbus-bus jin jin dan menghantar jin2ini ke MEKAH .BOLIH PERCAYAKA

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 3:03 am
Reply to  Anonymous

Tunggu bila PAS melongarkan syarat untuk menjadi ahli , jin jin akan diambil menjadi ahli dan mengundi Harun Din. Tetekala itu Harun Din akan menang kot!

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 1:12 am

Betoi la kata2 dan tindakan harun din.. Yg baik disokong yg salah ditentang.. Mula dia anggap nak baik dan tak percaya seseorang pemimpin berani bertindak cmtu (masuk duit guna akaun peribadi)sbb tu dia sokong pada awal.. Tapi sekarang terbukti duit tu memang masuk akaun srndiri (sbb terpedaya dgn lakonan najib) dan ini lah masanya perbetoi balik dgn tarik sokongan pada najib sesuai dgn kata2 sendiri yg salah harus ditentang. Buktikan harun din..

mustafa8785
mustafa8785
20 August 2015 3:40 am
Reply to  Anonymous

sokongan penuh dari saya

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:54 am

Selain mendapat nasihat dari i JIN Harun Din juga kena dapatkan nasihat dari penasihatnya HASAN JATI

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:39 pm
Reply to  Anonymous

Hassan jati ni juga tong taik ja.Harun jin dan Hadi pil kuda bolehlah dia kelentong, rakyat dah tak percaya dua ekor ni.Masuk piliharaya untuk nak kalah.Lebih baik pi mampos saja lagi bagus.

Unknown
Unknown
20 August 2015 12:23 am

Kalau Najib bolih Kencingkan Ahli Ahli UMNO (kata kata Ahli UMNO!) Apatah lagi Ketua Ketua PAS?! Mereka Sudah Lama diKencingkan Najib Pun Belum Faham Lagi!! Jangan malu malu kalau nak… hulur sajalah tangan macam Shahrir Samad!

lufang
lufang
20 August 2015 12:04 am

Susah mau pecaya lor rr , manyak pusing-pusing maa aa .

Mau tengok mana atak untung lebih lea aa .

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:04 am

Pada pendapat saya segalah luahan dan penafian NAJIB dari permulaan hingga sekarang adalah sesuatu yg boleh hanya di keluarkan dari seorang yg berjiwa terganggu dan begitulah keadaan gaya percakap sesaprang yg MENTALnya BERLAKU KEROSAKAN..sebagai rakyat MALAYSIA perlu menganggap NAJIB adalah persakit JIWA tahap 4..kalau rakyat masih tak pecaya dgn banyak kenyataannya kebelangkanan iniDan meragui bahasa badannya yg banyak menampakan ciri ciri pesakit JIWA ..Anda bole balingkan TELOR BUSUK KE MUKANYA..resultnya dia akan hanya bersikap berdiam diri dan menggangap itu hanya guruan rakyat yg masih memberi sokongan…KALAU AHMAD MAZLAN bole menyatakan pekara BOOOO keatasnya adalah hanya gurauan ini BERMAKNA dia telah… Read more »

My Kakak
My Kakak
19 August 2015 11:54 pm

Kredibiliti dua pemimpin utama PAS makin merudum. Ahli PAS pun pening dan malu. PAS seperti dah hilang hala tuju. Sesama sendiri pendirian tak sekata. Akhirnya hujah presiden memvetokan semua. Mesti diterima. Wajib diwala. Walaupun hati tak suka.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:36 pm
Reply to  My Kakak

Harun Jin masuk pilihanraya tapi tak pernah menang.Jadi rakyat tak percaya pada Harung jin, Hanya jin saja kena kencing dengan Aeron Din.

Anonymous
Anonymous
19 August 2015 11:54 pm

Dulu masih Si Anu War punya kes pun TG Harun Din mati mati tak caya termasuk pak pak lebai lain dalam pas sehingga simpati pada Anuwar yg keterlaluan mengakibatkan pas menderita hingga kehari ini akibat tangan tangan Anuwar dalam pas

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:34 pm
Reply to  Anonymous

Pas juga tak salah, jadi maksudnya ini semua salah anuar brahim.Mabok ketum ke kau ni?

Malaysiabaru
Malaysiabaru
19 August 2015 11:17 pm

Pas nak ajar Najib

Hisap kote sampai lunyai adalah

Skrg pas dah jadi party milik penuh ayoh Ping Marang

Remote control oleh ding ayamg. Tontowi hellfire. Nik abudoh. Tiga ekor yg akn jahanamkan pas untuk 20tahun lagi…

Sebab apa… Sebab baru nak merasa fulus.. Sejak di manjakan oleh Khalid gagap bagi gaji berjuta di perangsang seks Selangor…

Kini hari hari terjelir fulussss… Najib bagi pun jadi

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:32 pm
Reply to  Malaysiabaru

sokong.Kerana din ayam Haji hadi sanggup jadi kafir.Tak caya tanya Umngok.

Unknown
Unknown
19 August 2015 10:57 pm

Sejak Meninggal Arwah Nik Aziz…Semua Ketua Pas Kecuali Pihak Progresif Semua Sudah di Kartunkan Olih UMNO dan Najib!!

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 1:42 am
Reply to  Unknown

Pihak progresif lagi teruk.. Kalu nak tubuh parti baru bawa pembaharuan kena perkenal org baru la. Ni semua naik muka yg kalah dalam bertanding buat parti baru kata nak buat pembaharuan.. Tak kena tu.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 3:33 am
Reply to  Unknown

Sedangkan Haron din yg bolih berkomunikasi dng Jin senang2 ditipu olih Najib, ini kan pula geng2 lebai yg lain yg menang dlm pertandingan dulu termasuk Hadi, Semua kena 'kencing' dng Najib.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:31 pm
Reply to  Unknown

'Amanat haji hadi" apa cerita?Takkan nak tipu lagi kot?Sudahlah, cukuplah jadi barua dan jebon najib.

Unknown
Unknown
19 August 2015 10:54 pm

Haron Din Ni Tahap Cakap dengan Makhluk Ghaib Sahaja….
Kalau Cakap dengan Manusia Sah Kena Tipu!!

ZakiahSaffiya
ZakiahSaffiya
19 August 2015 11:04 pm
Reply to  Unknown

bukan….dia selalu kena tipu dgn jin.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:17 am
Reply to  Unknown

Jgn cam tu….dia dgn jin sama2 tipu.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 3:29 am
Reply to  Unknown

Haron din dan Jin2 senang2 ditipu olih Najib. Kira2 Najib lagi handal dari Haron Din dan geng Jin2.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 6:32 am
Reply to  Unknown

Jho low tipu najib….siapa lagi pandai!!!!????ha jawab!!!!

Anonymous
Anonymous
19 August 2015 9:32 pm

Jangan lupa pasal pendedahan najib membelanjakan berjuta2 sewaktu bercuti di eropah..selepas duit tu masuk akaun dia kan?

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:11 pm
Reply to  Anonymous

Harun jin dan Hadi pil kuda percaya pada Najib.Memalukan orang islam saja.Orang kapir pun tak sokong babi buta.

Anonymous
Anonymous
19 August 2015 9:25 pm

Mengenai MURSIDUL GENERAL@ CHIEF JINNAKOLOGIST HDIN INI terpaksa lah kita menunuggu kedatanganan ilham untuknya iaitu kedatangan mimpi tidor iaitu bermimpi BERTEMU NABI MOHAMAD kali yg keberapakah barulah dia dapat faham 1MDB.NOBODY KNOWS HOW NABI MOHAMAD look like.tah dah terima sedikit dari najib

Anonymous
Anonymous
19 August 2015 11:11 pm
Reply to  Anonymous

Tunggu sebentar, harun jin nak tidur sebentar nak mimpi jumpa nabi lagi. Sekali ini harun jin kantoi, rupanya mimpi di siang hari berjumpa setan jin bernama najib al-mongoli.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 3:27 am
Reply to  Anonymous

Haron din mana nak faham 1MDB – 1 orang Melayu Dapat Billion2. Hidup lagi haron Din termasuk bolih berbicara dengan Jin2, tetapi senang lenang bolih ditipu olih Najib.

mustafa8785
mustafa8785
20 August 2015 3:29 am
Reply to  Anonymous

jaga akidah bila menyatakan menyatakan sesuatu pekara diluar batas fikiran terutama mengaitkan nama junjungan besar nabi Muhammad saw.

barangkall ini adalah ujian diberikan oleh Pencipta alam semesta yang "mengajar kita bertutur memahami dlm pelbagai bahasa", rujuk ayat pada permulaan Surah Ar Rahman,

pada masa terdekat kita berdoa agar bicara kebenaran dari ustad haron din dan ustad hadi, jadilah kita dalam golongan orang2 yg bersabar.

kesilapan yg telah berlaku dibuat panduan untuk kita semua.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 6:59 am
Reply to  Anonymous

Saya sokong.. Yg baik semarakkan.. Yg salah sempadankan.. Byk orang suka komen tapi tak jaga adap.

XUMNO
XUMNO
20 August 2015 10:54 am
Reply to  Anonymous

Kalau bandingkan ilmu kamu dengan Harun Din tak payah cakaplah, macam longkang dengan langit. Itu belum bab hukum islam. Jadi jagalah akhlak mengatakan seorang agamawan, takut tercampak ke longkang.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 12:10 pm
Reply to  Anonymous

tak payahlah nak komen orang, sendiri punya kubur sendiri jaga, harun jin bukan nabi,Ada paham?

ms
ms
20 August 2015 5:21 pm
Reply to  Anonymous

ini org kafir ni…hanya kafir jer berayat macam ni. hanya kafir yg hina ulama dan permainkan nabi. Siapa lagi yg benci ulama kalau bukan puak kapir.

MAYANG GARDEN
MAYANG GARDEN
7 December 2015 10:07 am
Reply to  Anonymous

Sokong najib terus ketuai umno, senang sikit kerja PAS dalam pilihanraya nanti sebab najib sendiri menjadi pemusnah kepada umno dan kepercayaan rakyat… So fikirkan di luar kotak… Ada manusia cara hendak jatuhkannya dengan terus memberi pujian kepadanya sampai dia muntah darah..

Anonymous
Anonymous
19 August 2015 8:34 pm

Rakyat malaysia dapat menilai dengan cara tersendiri ,manusia mana yang dikatakan ada ilmu dan manusia mana yang benar2 ada ilmu.manusia mana yang berpakaian ada ilmu dan manusia mana yang berpakaian tidak mahir ilmu islam.DAN sebenarnya mereka menzahirkan diri mereka sebagai jahil.

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:08 am
Reply to  Anonymous

Hanya kerana memerangi ISIS di Malaysia PM boleh dapat ganjaran peribadi sebanyak RM2.6 billion? Biar betul…

Kalaulah Malaysia menghantar tentera untuk pergi memerangi ISIS mungkin boleh dapat lebih banyak derma lagi kot

Anonymous
Anonymous
20 August 2015 2:26 am
Reply to  Anonymous

Sejak bila Angkatan Tentera Malaysia dijadikan askar upahan????