USUL TAK PERCAYA LEBIH MUDAH JIKA ZAHID SENDIRI MENGETUAINYA

Sudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin UMNO terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.
Bermakna, bukan saja pemimpin UMNO yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti “maklumat tepi jalan” atau “gossip cerita artis” semata-mata.
Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat “dakwaan kosong” sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.
Oleh kerana Zahid masih terbelenggu dengan “janji lama” dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.
Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin UMNO terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.
Kedua, terus membuat “dakwaan-dakwaan kosong”  atau bersandarkan “kicauan burung” ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti “pembawa gossip artis”  untuk selama-lamanya.
Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hireaki UMNO. Oleh kerana pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar UMNO dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.
Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hireaki UMNO dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.
Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang turut bertambah sukar.
Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam sepuluh orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.
Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda UMNO. Selain beberapa Pemuda UMNO bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.
Oleh yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan UMNO dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.
Alang-alang sudah menyebut ada tokoh UMNO mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.
Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli UMNO dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi. (SH 18/08/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:34 pm

28
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousMiss Veeibrahim darusNordinabilaHlufang Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Miss Vee
Guest
Miss Vee

Lagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 17.07, orang tidak pertikaikan kekayaan beliau.Asal pertanyaan apa itu 1MDB dan bagaimana pelaburanya?.Mengapa berlaku kerugian?.Sahingga seharang tidak dapat apa-apa jawapan yang konkrit dengan soalan ini,lepas itu timbul pula rm2.6b kedalam acc.PM,jawapanya berpusing-pusing dari satu hingga sekarang ini lagi joker jawapanya.Lebeh baik tuan tuboh tampil dan beri jawapan kan baik.Jangan kita merangkai-rangkai cerita-cerita yang tidak bersanggkut paut dengan pertanyaan asal.

Anonymous
Guest
Anonymous

buat je saranan blog ni,,,,Zahid akan dikenali sebagai HANG JEBAT…..kalau tak buat ZAHID akan dikenali sebagai HANG CANGKUL….cangkul pun cangkul lah ye bang….huahua

Anonymous
Guest
Anonymous

Pm adalah pemimpin islam yg dilantik secara demokrasi,pm tak akan menghianat bangsa,agama dan negara sendiri,kekayaan pm adalah kekayaan pemimpin kita,kenapa tak tanya kekayaan negara lain yg bukan islam,seperti singapore..kamu pedulikah,kalau pemimpin kita tidak kaya dia akan senang di pijak kepala,sekarang diapa berani nak pijak dan rasuah dgn org kaya,bekas cm sarawak dulu siapa ada berani menentang beliau,ada tauke tauke kaya dari DAP berani ke dpn pijak kepala dia,yg kita tahu wang tu bukan wang 1mdb,bukan wang rakyat,bukan wang rasuah projek,apa nak kisah;ada lah sulitnya tidak perlu didedahkan,ingat sahaja islam adalah agama Allah seluruh dunia,bukan hanya malaysia..one for all,all 4 one..

Anonymous
Guest
Anonymous

Masih salah guna kuasa adalah rasuah namanya.jika dbiarkan maka menjadi halallah rasuah.dosa adalah dosa tak mengira siapapun ia.apa yg sulit sgt jika tak menipu namanya.tak mengapa la semoga kebenaran akan terdedah juga.apa yg pasti najib telah gagal n jika dbiarkan akan menyusahkan negara.jika dberi amanah ia kianat.maka jika amanah tentu lah Allah akan menjadi penjaga.selain telah mengambil duit utk menjadi penjaga.maka tunggulah pembalasan dr Allah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon1707 tau mana najib takkan kianat bangsa dan negara. Kenyataan kalau pemimpin tak kaya senang pijak kepala tu salah.. Sahabat2 rasul pon tak kaya semasa jadi pemimpin tak dipijak pon.. Byk contoh pemimpin lain tak payah kaya utk tidak dipijak. Yg jadi amanah adalah jawatan tu.. Saya setuju najib belum kelihatan bersalah sbb takda dakwaan.. Semua org boleh fikir siasatan terhalang camna nak dakwa. Peguam negara gani patail dulu pun dah draf keryas utk dakwa najib tiba2 dilucut jawatan tanpa sbb kesihatan yg beliau sendiri taktau. Dan lagi satu belum komfirm duit dlm akaun tu duit derma mungkin duit 1mdb… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Amik kau zamreee kadir n perak.jgn tunjuk muka tak bersalah curi kerajaan perak dr pr hari tu.curi beli bayor.hutang 42juta.duit byk hilang derma muncul pula.1msia dpeningkan oleh putaran najib.jika dholiwood ada harry potter.d msia ada najib puttar alam.derma utk najib atau derma urk umno masih dikira salah guna kuasa atau bhsa mudahnya rasuah.tuan peguam apa dah jd dgn kertas siasatan dr bank negara.blum cukup utk buat pertuduhan keatas bos sendiri.siapa bos sekarang najib atau rakyat.ya duit tlah menjadi bos yg menjadikan byk ant kita sebagai hambanya.barangkali najib masih boleh menyanyi lagu ini.hey sang algojo hey nanti dulu.kalimah sebenarnya adalah aku… Read more »

ibrahim darus
Guest
ibrahim darus

Sdr DinPads saya Zahid ini tersepit antara dua kuasa. Kuasa pertama ialah bosnya dalam kerajaan iaitu Perdana Menteri merangkap presiden parti (UMNO) sementara bos kumpulan kedua ialah Timbalan Presiden.Zahid perlu taat kepada Najib kerana dia merupakan ulul amri Malaysia. Setengah orang berkata kenapa perlu taat kepada Najib yang dianggap sebagai pemimpin yang zalim. Kita dapat lihat bahawa apa yang disajikan kepada kita semua sama ada oleh Sarawak Report, The Edge atau lain lain blog di alam maya mempunyai meritnya sendiri yang boleh (telah pun merudum kala ini ) merudumkan taraf dan kewibawaan Najib sebagai seorang pemimpin negara nombor wahid. Namun… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid Hamidi..sape dulu yg mengajor tumbangkan kerajaan yg sah ikut pintu belakang. Bukan kah Umno BN yg ikut jalan belakang di Negeri Perak dulu. Itu pun di Selangor cuba2 juga nak jolok bagi jatuh..tapi tak berjaya. Mmg haramjadah betul.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cuma soalan utk zahid.ADA BERANI KA?

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

Anonymous
Guest
Anonymous

Di dunia ni berbangga lah dengan jwtn2 mu wahai pak2 menteri.. Amanah dibahu kau sisihkan ke tepi.. Mulutmu petah membela yg bathil demi kelangsungan hdup yg mewah xterperi.. Di akhirat nnt,betapa kau ingin supaya jwtn itu xpernah mjadi milikmu selama hayat di dunia. Lantaran kerananya kakimu lumpuh utk melangkah ke syurga..

Anonymous
Guest
Anonymous

Terbaikkkkk….

Anonymous
Guest
Anonymous

Derang mmg x minat pun nak masuk syurga. Mana ada ahli UMNO percaya syurga neraka? Mufti2 yg dilantik pun cam haram, belajaq ilmu agama untuk dibuat lapik punggung, masakan ahli UMNO beriman dgn syurga neraka?

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagi satu si Salleh Keruak…sibuk mahu sekat berita palsu kononya…tapi isu kecilk mcm Topup RM10 kena gst 60sen tu pun masih belum setel-setel lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Keruak tu bodoh. Sebab tu Najib ambil dia

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

Anonymous
Guest
Anonymous

gwa ingat mau sarankan siswa/siswi yang x te korje bukak perusahaan jual air kencing. perusahaan macam ni belum haram lagi macam air ketum. satu Negara cerita pasal kena kencing….kencin' sana kencin' sini….macam ni air zam zam ke, air jampi d'sepak ke , dok laku lagi. HAVE A THOUGHT.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kepada Zahid aku nak berpesan sikit kat dia. Sekarang ni bila dah jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni ubahlah perangai lama tu. Bercakap biarlah berprotokol. Jangan ikut style Rocker atau style cowboy. Orang kerajaan buatlah style Kerajaan. Jadi pemimpin mesti ada style kepemimpinan. Kepemimpinan melalui teladan. Jangan bercakap style India mabuk kat tepi jalan tu. kalau nak tunjuk garang biarlah bertempat Zahid. Biarlah kena cara dan perkara serta masa. Barulah orang ada rasa hormat kepada kita. Ada rasa hormat kepada pemimpin. Jangan rakyat gelar kita Timbalan Perdana Menteri meriam buluh atau meriam tanah yang menggunakan karbaid tu. Tembak saja kuat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kelemahan dan kesalahan najib tidak d gunakan sebaik2nya. Malahan pembodek membawa sokong yg kian rebah dgn alasan2 yg memalukan bangsa, kononnya mempertahankan kebenaran najib.Kewibawaan najib telah musnah bila beliau berbohong d parlimen. Kemudian dgn pembohongan bersiri membuatkan rakyat menjadi benci. Tidakkah mereka ini sedar?Tetapi negara luar menggunakan kebodohan najib utk menekan ekonomi negara. Najib mempunyai satu kesalahan besar dan itu lah senjata utk memusnahkan negara. Sbb itu beliau d biarkan utk kekal bertahan hingga negara tak lagi kelihatan bersemangat utk menguatkan ekonomi. Asyik melayan hal2 peribadi dan menentang rakyat. Kesudahannya? Kita semua tewas! KITA terpaksa sama2 menanggung apa yg beliau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Boleh BLAH Najib…..
Woiiiii…Najib boleh Blahhhh

Anonymous
Guest
Anonymous

TPM yang mudah dibaca tidakannya. Timbulkan berita panas untuk tujuan tersendiri. Jangkaannya, kita akan tumpu kepada jawapan siapa orang itu, tapi kita takkan lupa kisah derma ikhlas kepada orang berjawatan penting.

Jawapan siapa penderma ikhlas lebih berbaloi dinanti. Jawapan siapa nak guling, tak penting sangat, asalkan yang nak diguling terguling.

Lebih penting, tolak PM takkan sama dengan gulingkan kerajaan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini Timbalan Perdana Menteri pun macam boss dia juga. Sama sama kaki PEMBOHONG.

Bossnya TOYOL NEGARA
Timbalannya KAKI TEMBERANG NEGARA

Woiiii…Bubar Parlimenlah woiiii kalau berani.

Biar rakyat buat pemilihan semula.

Rakyat nak buat ucapan Selamat Jalan ROMEO

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku cujup setuju kalau Najib bubarkan parlimen.
Nak takut apa…Bukankah dia sendiri yg cakap seramai 3 juta ahli UMNO teguh berdiri menyokong dia. Bukan gitu Najib?
Jadi…nak takut apa.. ..Tak kan takut bini pula kot.Kau takut bini ker Najib?
Rakyat dah cukup meluat dgn kau Najib. Rakyat pandang kau pun macam sampah.Hanya kau saja yg masih nak pujuk hati kau jer lagi.Buat buat tak tahu. Buat buat macam rakyat masih perlukan kau sangat.
Nak tunggu rakyat lemparkan kau dengan kasut ker. Nak tunggu rakyat lempar bini kau dengan taik kot.

lufang
Guest
lufang

Wa manyak pelik lor rr , itu KDN punya menteli kasi cekap atak olang mau jatuhkan dalam UMNO punya meeting lea aa ,

Apa past lia tidak kasi arah itu IGP ,kasi siasat and kasi tangkap kalau atak betut ,manyak pelik maa aa .

Lia cekap itu hat ,dalam UMNO punya meeting ,mungkin lia suloh itu olang UMNO kasi siasat and kasi tangkap ,Wa tak tau lea aa ,manyak helan maa aa.

Anonymous
Guest
Anonymous

apa heran….pokjijik dok eren pong, maknusio leh kawang jing
apo eren, Malaysia kaya ngan slogan

sapu malatsia
mesia bole
raayat di capati
BSN…….AND THE GAME WILL BE OVER…..no more on excuses