ADIK BERADIK MENTERI TIDAK SEHARUSNYA MENIAGA DI KEMENTERIAN ABANG SENDIRI

Belum pun sampai sebulan Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namanya sudah terpalit dengan bibit-bibit kronisme dan nepotisme yang pernah ditentangnya suatu ketika dahulu.
Ini berikutan pendedahan bahawa syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn Bhd adalah antara pembida dalam sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh dengan Kementerian Dalam Negeri.
Selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ketika ini adalah juga Menteri Dalam Negeri. 
Mohd Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutif syarikat tersebut yang dipercayai menawarkan pakej sehingga RM3,000 bagi setiap  pekerja asing yang dibawa masuk melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.
Sebenarnya budaya adik beradik, anak atau kaum kerabat menjalankan perniagaan di mana abang, ayah serta keluarga terdekat menjadi menteri bukanlah perkara baru di negara ini.
Ia berlaku sejak dulu dan berlarutan sehingga kini. Kecuali sebilangan kecil yang mungkin boleh dibilang dengan jari, selalunya kaum keluarga terdekat menterilah yang banyak mendapat kontrak perniagaan di sesebuah kementerian itu.
Orang luar hanya boleh dapat sipi-sipi atau “kari yang lebih kuah daripada isi”. Setengahnya kerana menteri tersebut suka melakukan amalan sedemikian, manakala yang lain disebabkan kaum keluarganya bijak mengambil kesempatan.
Cuma, apabila ia turut berlaku di kementerian yang Zahid sendiri menjadi menterinya, ia kelihatan pelik lagi janggal dan seolah-olah beliau sudah lupa  dengan pendiriannya menentang kronisme dan nepotisme semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.
Isu yang dibangkitkan Zahid itu jugalah yang menyebabkan kemarahan Tun Mahathir sehingga beliau mengeluarkan senarai penuh di akhbar-akhbar harian mengenai mereka yang mendapat kontrak perniagaan atau penswastaan daripada kerajaan.
Dalam kes Zahid dan adiknya ini, jika beliau sendiri yang meminta atau tiada halangan kaum keluarganya berniaga di kementerian yang diketuainya, ia memang merupakan kesalahan moral baginya sebagai seorang pemimpin
Beliau seharusnya mengelakkan perkara itu daripada berlaku dengan menyedari prinsip yang pernah ditujukannya kepada Tun Mahathir suatu waktu dahulu, ditambah lagi orang Perak juga “udah tak sabor”  lagi mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Maka, janganlah dilakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kaki tergelincir sedangkan hanya setapak saja lagi mercu yang mahu dituju.
Tetapi jika adiknya pula yang mengambil kesempatan atas kedudukan abangnya, maka kedua-duanya adalah bersalah. Adik yang mengambil kesempatan salah, abang yang memberi ruang juga turut bersalah.
Sebagai adik, mereka sepatutnya faham dengan kedudukan abangnya sebagai menteri dengan terus memberi sokongan supaya terus berkhidmat kepada rakyat dengan jujur, sambil mendaki tangga karier yang lebih tinggi dan bukannya mengambil kesempatan daripada jawatannya.
Kalau betul adiknya itu seorang peniaga atau usahawan tulen, carilah peluang perniagaan di tempat atau kementerian lain. Kenapa mesti meniaga di situ juga?
Kita ada 37 menteri dan berpuluh-puluh lagi timbalan menteri, beratus agensi serta GLC, kenapa tandatangan abang sendiri juga yang dicari?
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mohd Hakim Hamidi dalam mempertahankan dirinya, beliau bebas meniaga di mana saja, asalkan bukan mengedar dadah, maka kata-kata itu seharusnya dibuktikan dengan keupayaan tanpa menumpang walau sedikit pun di bawah naungan hidung abangnya itu.
Alasan bebas berniaga di mana saja bukanlah hujah untuk mengaut lebih nikmat daripada kedudukan abang sendiri.
Sebagai abang pula, Zahid tentunya boleh menasihati adiknya mengenai kedudukannya dalam kerajaan serta risikonya jika adik beradiknya diketahui mendapat kontrak di bawah kementeriannya.
Menolong adik sendiri ketika menjadi menteri tidaklah  sama seperti seorang abang memberi banyak gula-gula kepada adiknya yang manja sewaktu kecil dahulu.
Dengan menjalankan perniagaan di tempat di mana abang  sendiri menjadi menteri, makna lainnya juga ialah mengesahkan kepada umum bahawa kedudukan adik-beradiknya hanyalah  “peniaga celup” dan bukannya “usahawan tulen”.
Lebih buruk jika diketahui syarikat yang membida itu baru saja ditubuhkan atau kemasukan sebagai pengarah hanya dilakukan tidak berapa sebelum itu.
Melalui pergantungan sebegini, akhirnya apabila abang pindah ke kementerian lain, mereka juga turut pindah meniaga ke kementerian tersebut.
Abang pencen sebagai menteri kemudiannya,  mereka pun sama pencen meniaga dengan keuntungan sempat diraih berjuta-juta.
Begitulah selalunya – naik pemimpin lain, berlaku lagi ulangan cerita yang sama. (SH 13/08/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:34 pm
Subscribe
Notify of
guest

124 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
lupiana sujana
lupiana sujana
22 May 2018 4:05 am

We always wait for your next article and do not forget to visit also our article
Manfaat Teh Hijau Untuk Mata Minsu
Penyebab Mata Minus Dan Cara Pencegahannya
Cara Mudah Untuk Menurunkan Mata Minus

liyaalicia 98
liyaalicia 98
3 May 2018 3:14 am
liyaalicia 98
liyaalicia 98
28 March 2018 1:50 am
Walatra Herbal
Walatra Herbal
21 March 2018 4:18 am
Walatra Herbal
Walatra Herbal
26 February 2018 6:51 am
Walatra Herbal
Walatra Herbal
27 January 2018 4:03 am
Heni Herbal
Heni Herbal
11 September 2017 2:05 am
Obat Tradisional Benjolan Di Punggung
Obat Tradisional Benjolan Di Punggung
21 January 2017 3:48 am
Cara Mengobati Penyakit Gondongan Secara Alami
Cara Mengobati Penyakit Gondongan Secara Alami
19 January 2017 2:37 am
Cara Mengobati Miom
Cara Mengobati Miom
28 December 2016 8:05 am
Obat Sipilis Tradisional
Obat Sipilis Tradisional
26 December 2016 5:51 am

i like it

Obat Tradisional Keloid
Obat Tradisional Keloid
23 December 2016 4:27 am
Obat Tradisional Kelenjar Getah Bening
Obat Tradisional Kelenjar Getah Bening
15 December 2016 3:02 am
Cara Mengobati Benjolan Di Leher
Cara Mengobati Benjolan Di Leher
9 December 2016 6:20 am
Obat Varikokel Paling Ampuh
Obat Varikokel Paling Ampuh
7 December 2016 4:23 am
Obat Tradisional Benjolan Di Belakang Telinga
Obat Tradisional Benjolan Di Belakang Telinga
3 December 2016 5:44 am
Cara Menyembuhkan Sakit Tulang Ekor
Cara Menyembuhkan Sakit Tulang Ekor
2 December 2016 5:53 am
Heni Herbal
Heni Herbal
19 November 2016 3:59 am
Obat Pembersih Sisa Janin Setelah Keguguran
Obat Pembersih Sisa Janin Setelah Keguguran
17 November 2016 9:15 am
Obat Mata Gatal Akibat Alergi Tradisional
Obat Mata Gatal Akibat Alergi Tradisional
16 November 2016 4:34 am
Cara Menyembuhkan Mata Berair
Cara Menyembuhkan Mata Berair
14 November 2016 5:56 am
harga obat penyubur kandungan agar cepat hamil
harga obat penyubur kandungan agar cepat hamil
12 November 2016 3:47 am
Cara Mengobati Mata Kabur Setelah Melahirkan
Cara Mengobati Mata Kabur Setelah Melahirkan
11 November 2016 3:41 am
Cara Menyembuhkan Kutil Kelamin
Cara Menyembuhkan Kutil Kelamin
9 November 2016 2:09 am
Obat Infeksi Saluran Kemih Di Apotik
Obat Infeksi Saluran Kemih Di Apotik
4 November 2016 7:13 am
Cara Menyembuhkan Epilepsi
Cara Menyembuhkan Epilepsi
28 October 2016 6:41 am

sukses terus gan

Cara Menghilangkan Varises Di Betis
Cara Menghilangkan Varises Di Betis
27 October 2016 6:14 am
Obat Mata Berair Alami
Obat Mata Berair Alami
18 May 2016 9:01 am

Glad to visit the site very nice and interesting.

6 Cara Efektif Mengobati Ejakulasi Dini Pada Pria Secara Alami
6 Cara Efektif Mengobati Ejakulasi Dini Pada Pria Secara Alami
12 May 2016 12:10 am

Keep the spirit run? Thank you for presenting a very outstanding posts

Cara Menyembuhkan Flek Paru-Paru Dengan Clear Lung Tea
Cara Menyembuhkan Flek Paru-Paru Dengan Clear Lung Tea
5 May 2016 2:47 am

Thank you very much for lunch today because it has been presented with the latest information .

Obat Tradisional Kanker Prostat Pilihan
Obat Tradisional Kanker Prostat Pilihan
5 May 2016 1:02 am

Sudah biasa, hha

Obat Hernia Di Apotik
Obat Hernia Di Apotik
15 April 2016 2:37 am

This is a site that we wait for more information presentation .

ina elvina
ina elvina
10 April 2016 4:39 am

Make it easy – Launches – aminnnn
News in your website is very helpful kami..sukses always everything !!!
update continues

Pengobatan Tradisional Hemotoraks Yang Mujarab
Lambung Bengkak Apa Obatnya Yang Aman

Cara Mengobati Perut Perih Secara Alami Terbaik
Cara Mengobati Perut Perih Secara Alami Terbaik
7 April 2016 2:58 am

siang semua ,, selamat beraktifitas kembali

sukses ,, di tunggu terus informasi terbarunya ya