Month: August 2015

SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?

Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan “undur Najib” berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu. Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama […]

KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI…."UNDURLAH NAJIB"….

Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia […]

JOM RAMAI2 SAMBUT KEPULANGAN MUHYIDDIN 2 SEPT DI KLIA

Tarikh 9 September ini adalah detik penentuan bagi Muhyiddin Yassin sama ada akan dipecat atau tidak daripada UMNO yang sudah digelumanginya sejak hampir 40 tahun yang lalu. Setelah dua kali ditangguhkan, mesyuarat MT pada pada 9 September ini dijangka membuat keputusan terhadap kelantangan Timbalan Presiden UMNO itu dalam mengkritik kepimpinan Najib Razak, khususnya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 […]

BANYAK CAWANGAN UMNO DI JOHOR BUBAR JIKA MUHYIDDIN DIPECAT

Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan “hidup dan mati”  bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu. Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya. […]

MALU WEHH…ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA…

Isu wang  sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata. Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang […]

DINAMAKAN "OPERASI KEDUA", MUHYIDDIN AKAN DIPECAT 9 SEPT INI?

Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini? Adakah keahlian UMNOnya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau beliau akan dibebaskan daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti dan Presiden UMNO serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada […]

ADUYAI…DULU HARAM JADAH DAN BANGANG, KINI BANGSAT PULAK!!

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak Tun Razak yang disanjungi ramai, perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya kadangkala tidak sepadan dengan asal usulnya. Ini kerana biasanya anak-anak bangsawan diajar berbudi bahasa dan menggunakan perkataan-perkataan yang lembut dan tidak kasar, sesuai dengan keperibadian mereka yang dipandang tinggi, bahkan sesuai dengan penampilan […]

LEBIH BAIK JAWAB DUIT RM2,600 JUTA ITU UNTUK MEMBELI-BELAH, DAH TENTU SEMUA PERCAYA

Para pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah. Dari hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan […]

UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH….

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya. Semua pihak tidak boleh  bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin […]

SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB…

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut? Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:- Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr […]

SEJAK BILA USUL TAK PERCAYA DI PARLIMEN SUATU KESALAHAN JENAYAH?

Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis. Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah? Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah […]

USUL TAK PERCAYA LEBIH MUDAH JIKA ZAHID SENDIRI MENGETUAINYA

Sudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen. Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa […]

PENINGLAH ZAHID NI…ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!!

Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula. Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja. Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang. […]

JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB….

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali. Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di […]

BETUL KATA WANITA UMNO LANGKAWI, NAJIB PERLU PERGI BERUBAT…

Apabila Abdul Rahman Dahlan mengatakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri terbaik sehingga ini, terutama dalam konteks menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak, ramai yang ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala. Ini kerana, isu besar yang sedang melanda negara dan diperkatakan di seluruh dunia ketika ini ialah mengenai wang derma sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya. […]

MINGGU MERIAH BUAT MUHYIDDIN

Minggu ini boleh dianggap minggu yang meriah bagi Muhyiddin Yassin sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan merasmikan dua mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berdiri kuat menyokongnya tetapi turut ada “spy” Najib Razak di dalamnya. Pada jam 3 petang hari ini (Jumaat), Timbalan Presiden UMNO itu akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang diketuai oleh bekas […]

ADIK BERADIK MENTERI TIDAK SEHARUSNYA MENIAGA DI KEMENTERIAN ABANG SENDIRI

Belum pun sampai sebulan Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namanya sudah terpalit dengan bibit-bibit kronisme dan nepotisme yang pernah ditentangnya suatu ketika dahulu. Ini berikutan pendedahan bahawa syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn Bhd adalah antara pembida dalam sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh dengan Kementerian Dalam Negeri. Selain menjadi Timbalan […]

SOALAN MUDAH UNTUK NAJIB – MANA BAKI RM2,600 JUTA, MASIH ADA ATAU SUDAH HABIS?

Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata. Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai “raja duit” yang […]