Kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KBAB51 di Twitternya, sila faham dan hadam betul-betul mesej daripada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan ini sebelum ingin meneruskan hasrat mencari pembocor maklumat dalam isu pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The […]
Month: July 2015
Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan' Berbanding Najib
Bukan setakat sebelah tangan, tetapi tabik dua belah tangan kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dengan berani dan tidak menunggu terlalu lama untuk tampil mengesahkan bahawa pendedahan Sarawak Report mengenai akaun bank miliknya adalah betul dan benar-benar wujud. Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih “jantan” berbanding suaminya untuk […]
Akaun Bank Najib Dan Rosmah Suatu Kebanggaan Baru Negara
Dua hari lalu, para penyokong dan pentaksub Najib Razak nampak begitu gembira apabila Peguam Negara, Gani Patail menafikan ada akaun bank milik Perdana Menteri turut termasuk dalam enam akaun yang dibekukan oleh pasukan petugas khas pada 5 Julai lalu. Seolah-olah dapat menyuci dan membebaskan Najib daripada segala dakwaan yang dibuat oleh The Wall Street Journal […]
Berhentilah Memberi Jawapan "Saya Tak Pernah Guna Dana 1MDB Untuk Peribadi"
Tulisan kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika berbual dengan kawan-kawan. Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti. Sejak The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 […]
Surat Peguam Najib Lebih Bertujuan Meredakan Rakyat
Perdana Menteri Najib Razak akhirnya memulakan proses undang-undang terhadap akhbar perniagaan, The Wall Street Journal atau WSJ berikutan laporannya yang mendakwa terdapat kemasukan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam akaun peribadinya. Tindakan undang-undang itu, sebagaimana dalam beberapa samannya kepada beberapa pihak sebelum ini, turut dilakukan melalui firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan […]
Najib Kian Terasak, Tiga Akaun Bank Adalah Miliknya
Pasukan petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan enam akaun bank bermula 6 Julai 2015 lalu (semalam). Walaupun tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera menimbulkan persepsi bahawa dakwaan Wall Street Journal pada Jumaat lalu […]
Mahu Tapi Malu, Muhyiddin Perlu Dibantu
Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah “mahu tapi masih malu-malu”, manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah “tiada perasaan malu” lagi. Jika di negara lain, pemimpin yang ditimpa musibah seperti Najib ini pasti sudah lama berasa malu dan mengambil keputusan mengundurkan diri secara […]
Bolehkah Najib Terus Bertahan Dan Dipertahankan?
Seboleh mungkin, Perdana Menteri Najib Razak tentunya ingin bertahan lebih lama di kedudukannya sekarang. Apatah lagi setelah berjaya memujuk MT UMNO menyetujui penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan, keghairahannya untuk kekal itu sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya ke 14 akan datang. Kecuali jika kecundang dalam PRU 14 atau keputusan lebih buruk berbanding pilihanraya 2013 yang mungkin […]
Muhyiddin Mesti Maju Selangkah Lagi, Segera Usulkan Najib Ambil Cuti
Antara intipati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengenai dakwaan pengaliran masuk wang berjumlah hampir AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak oleh akhbar perniagaan berpengaruh, Wall Street Journal (WSJ) ialah mahukan siasatan dilakukan terhadap dakwaan itu. Beliau berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti SPRM, Bank Negara, polis dan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara […]
Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!
Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya. Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang […]
Penafian 1MDB Tidak Memadai, Najib 'Si Pahlawan Bugis' Wajib Tampil Dengan Bukti
Umpama seorang ustaz atau lebai kampung, Najib Razak semalam mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak akan masuk syurga jika mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama terus melakukan adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan. Beliau kemudian memetik sebuah hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat […]
Menunggu Sikap Sebenar Shafie Apdal Pada 7 Julai Ini
Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 7 Julai depan di mana Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sudah berjanji untuk memberi ulasan atau penjelasan mengenai pembelian empat hartanah oleh Mara di Australia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat. Sebagaimana yang dilaporkan, Shafie akan membuat penjelasan itu dalam majlis berbuka puasa anjuran German Malaysian Institute pada tarikh […]
Tiba-Tiba Serah Pada Pam Buat Pengumuman, Bagaimana Jika Harganya Turun Nanti?
Mulai malam tadi ramai yang bersungut dengan kenaikan harga minyak yang diputuskan oleh kerajaan. Kenaikan 10 sen bagi petrol Ron 95 dan 20 sen bagi Ron 97 menjelang sambutan Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak memperdulikan langsung denyut nadi rakyat. Kenaikan ini bukan saja akan menyebabkan semua pembelian untuk sambutan Hari Raya […]