Apa Khabar Muhyiddin, Masihkah Takut Dengan Tuhan?

Jika berdasarkan ucapan Muhyiddin Yassin kepada pemimpin akar umbi UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya tersebar luas sebelum ini, beliau semacam boleh disandarkan harapan  untuk bertindak berani menegakkan kebenaran berkaitan isu 1MDB yang kini semakin merimaskan rakyat.
Dalam rakaman curi itu, Muhyiddin bukan saja melontarkan beberapa cadangan yang rasional dan objektif dalam menangani kemelut 1MDB, malah yang lebih mencairkan kita ialah ungkapannya, “saya tidak takut sesiapa kecuali Tuhan.”
Sebagai pemimpin nombor dua negara dan lahir pula daripada keturunan ulama yang agak terkenal di Muar Johor, tersebarnya video itu bukan saja mencambahkan harapan tentang titik-titik perubahan yang menjadi dambaan semua dan semoga kebenaran tidak terus disembunyikan, malah seperti “sinar semakin menghampiri hujung terowong”.
Namun dengan perjalanan masa, ramai yang mulai ragu-ragu dengan keberanian sebenar Timbalan Perdana Menteri itu kerana beliau akhirnya didapati lebih banyak berdiam diri dan tenggelam begitu saja, meskipun jelas kemelut dalam negara berkaitan 1MDB kian hari kian kronik jadinya.
Lebih dari itu, beberapa saranannya  untuk menyelesaikan isu tersebut dan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak pun dipedulikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Saranan Muhyiddin agar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat, CEOnya disiasat dan dan polis dibenarkan masuk menyiasat syarikat pelaburan itu, hanya “masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja”  buat Najib.
Penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan PDRM kemudiannya pula tiada kena mengena dengan permintaan Muhyiddin itu, sebaliknya ia berikutan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Berkaitan pendedahan WSJ itu, Muhyiddin hanya ada mengeluarkan kenyataan media yang antaranya mahukan Najib memberi penjelasan lebih meyakinkan atau membuat penafian kerana ianya merupakan tuduhan yang bersifat peribadi kepadanya.
Muhyiddin juga mahukan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ jika terbukti dakwaan itu suatu fitnah bagi membersihkan namanya dan mengembalikan semula kredibiliti ketajaan.
Sekali lagi, permintaan Muhyiddin diabaikan oleh Najib, sebaliknya penafian dan penjelasan Perdana Menteri mengenai wang RM2.6 bilion itu hanyalah dengan kata-kata “saya tidak pernah ambil wang 1MDB untuk kegunaan peribadi” dan “saya tak akan khianati amanah rakyat.”
Betul atau tidak wang RM2.6 bilion pernah mengalir masuk ke dalam akaun perubadinya, langsung tidak berani diakui oleh Pahlawan Bugis itu.
Tindakan saman terhadap WSJ pula belum diketahui entah jadi atau tidak, meskipun surat tuntutan penjelasan yang dihantar oleh peguam Najib sudah dijawab oleh penerbit akhbar perniagaan itu yang memaklumkan mereka tidak berganjak walau sedikit pun daripada laporan yang sudah disiarkan yang tentunya memberi gambaran mereka cukup bersedia bertarung di mahkamah.
Muhyiddin pula, selepas mengeluarkan kenyataan media itu, terus senyap sepi tanpa berita dan seolah-olah sudah putus idea untuk bercakap lagi atas nama kebenaran berkenaan 1MDB.
Berbanding hutang RM42 bilion yang ditanggung oleh 1MDB yang menyebabkan Muhyiddin mahukan Ahli Lembaga Pengarahnya dipecat, CEO disiasat dan polis dibenarkan menyiasat sambil berkata, “saya tidak takut sesiapa kecuali Tuhan”, isu wang RM2.6 bilion yang sehingga ini tidak dinafikan secara konkrit oleh Najib, adalah bala yang jauh lebih besar untuk ditangani.
Jika benar, ia bukan saja berkaitan rasuah, penyonglapan wang dan perbuatan berunsur jenayah, tetapi juga tentang amanah seorang pemimpin.
Tetapi selepas mengeluarkan kenyataan medianya pada 4 Julai lalu, kita tidak mendengar apa-apa bunyi lagi daripada Muhyiddin.
Jika berkaitan hutang RM42 bilion, beliau dengan gah meminta Ahli Lembaga Pengarah dipecat dan CEO 1MDB dipecat, kenapa dalam hal wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun Najib, tidak diminta Perdana Menteri bercuti atau berehat sementara misalnya, kalau pun tidak cukup berani untuk memintanya berundur dan berhenti?
Lalu, apa agaknya khabar Muhyiddin sekarang ini? Masihkah takut lagi dengan Tuhan?
Atau sebenarnya lebih takut kehilangan jawatan? (SH 26/07/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
30 July 2015 8:27 am

tuan-tuan..sekali lagi TSMY sebut hanya takut pada Allah…jawatannya pon dah hilang.

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 11:14 pm

Tolong siasat ghost writer Amin Yatim ni sapa? dari kes TMJ hari tu dia tulis tah apa benda tah. khianat melayulah, umno, najib. Bahlol punya amin, Najib tu kan bugis, melayu mana khianat bugis. Ingat dia ni perahu mabok punya gang lah.

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 2:18 pm

Meanwhile, the Ringgit shall continue to depreciate in value… Yes, the foreign investors will avoid Malaysia like it is a plague – as long as the right moves are not made by parties such the DPM and the Bank Negara vis a vis the 1MDB debacle. Want to bet that the Ringgit Malaysia shall get close to RM5 to US$1 by the end of the year? Well, I guess as long as the protection for you-know-who continues to be the case, who cares for Malaysia and what price that it needs to pay?

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 1:21 pm

Pada saya Mahyuddin tak leh harap langsung……..penakut dan pengecut,tengok aja masa kejatuhan Pak Lah,boleh beliau cakap dalam TV yang Tun minta nak jumpa dengan beliau dan bukan beliau yang nak jumpa Tun ,ini berlaku semasa wartawan bertanya beliau tentang perjumpaan beliau dengan Tun semasa nak jatuhkn Pak Lah.Saya rasa mahyuddin lagi terok dari Najib,apa taknya ,tengoklah selang beberapa hari saja beliau dilantek jadi menteri pelajaran terus beliau menghapuskan PPSMI legasi Tun……rakyat semua tahu Tun amat kecewa masa tu,tetapi mahyuddin buat dek je….beliau rela tunduk kepada A.Samad Said dari mendengar kata Tun,Dan saya masih ingat lagi Tun membuat undi dalam blog… Read more »

mustapa m said
mustapa m said
26 July 2015 12:49 pm

Jgn harapkan kucing bertanduk.

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 12:24 pm

Takut hanya kepada Allah?. Semua cakap tak serupa bikin! Bombastik! Hipokrit walhal takutkan manusia lebih kerana perut dan benda bawah pusat tu. Jangan kan Mahyuddin Yassin…Haji Hadi pun belum tentu bila kena kat perut dan bawah pusat dia. Sekali Najib melawat dia kat hospital, entah jampi apa dan entah sedekah apa..tiba tiba u turn 360 degree. Yang berani terhadap manusia dan ikhlas berjuang kerana rakyat aku nampak berapa kerat saja. Sorang darinya Anwar Ibrahim. Yang lain lain tu, gempaq dan tekan sikit jer dah kecut teloq termasuklah geng pak lebai dan pak serban tu. Sebab tu puak ni lembik tengkuk… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 12:18 pm

tuhan yang mana satu
mana berani semua kaki ada kude

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 12:15 pm

Apo geng kekate dok bersorak gambor najib tu buek malu ore kelate sj.mano ore pahe ni buat kump angkat gambo najib le.bilo lg maso nak masuk tv3suku ni.dpt pau sikit dr bilion bilion tu pun ok jugak.spesis pemusnah masa depan negara ni.nasib baik bkn eee lenbaga hitam lg.jika tak malu lg le muko najib harapkan eeeee sajo.eeee berbelit mcmular.jd mcm cleopatra bela ular sendiri mati dipatuk.bila najib nak kena patuk ni.itu cerita org hitam.cerita org putih jholo tu apa pula.rasanya dsitu la masterminenya.org yg dah lama buat berniaga jahat.tun m kata ada transeksi transeksi pelik dbuat 1mdb sampai ke hong… Read more »

Miss Vee
Miss Vee
26 July 2015 10:12 am

Lagi bukti hangat … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 7:54 am

Orang umno hanya jadi bahlol Dan pengecut apabila digertak oleh cina babi Dan orang atas sikit daripada dia…..berani hanya budak disyaki pencuri hanset(kpn penipu bahlol) Dan penghantar surat!!!!…….apa jho low?????saya tak kenal-najib

Anonymous
Anonymous
27 July 2015 1:48 am
Reply to  Anonymous

Orang pembangkang lagi bahlol. Dahlah bahlol lagi nak berlagak pandai.

Nak urus masalah air di negeri sendiri (Selangor) pun tak tahu.
Tapi cakap cukup pandai..
Buat naya kat guru guru agama KAFA pandailah.

Anonymous
Anonymous
27 July 2015 1:52 am
Reply to  Anonymous

Tak lama lagi RAKYAT makan batulah

abrarmujahideen
abrarmujahideen
26 July 2015 6:50 am

Penakut atau pengecut…atau poyo nak tunjuk lagak depan hingusan jer

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 6:45 am

Isu sekarang ini nilai ringgit jatuh. Ekonomi lembab. Dikenakan gst. Harga semua naik. Rakyat fahamla sekarang ni isu ekonomi. Nak tahu apa pasal jadi gini. Bila didedahkan ttg 1MDB ni bwh kementerian kewangan dijamin kerajaan dgn byk berhutang nk niaga tp xde bw untung xdpt byr hutang dan faedah..rakyat kampung pun niaga faham sangat ni mestI ada orang dalam tipu songlap duit. Sekarang ni sekor bahagian kewangan negara -kementerian kewangan,bank negara satu haram jadah duk membisu. Bila majalah ekonomi antarabangsa citer ttg 1MDB mmg sahla ada kaitan dgn mata wang ringgit kita. Mana pergi semua orang bijak pandai kewangan ekonomi.… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 5:04 am

Kiranya money laundering yg dikatakan sr itu adalah rompakan duit yg dilakukan secara licik n bukan terang terangan.ada sesiapa yg pandai ttgnya tlong cerita aku.rasanya ia termasuk jenayah kolar putih,salah guna kuasa n rasuah.ada yg kata najib tak cukup bijak utk melakukannya.lalu dsitulah terbitnya nama jgolo yg bagai dharamkan utk menyebutnya itu.ini mcm cerita sihir harry putar pulak la.org yg tak bleh dsebut namanya dlm cerita itu adalah lord vordermost kalau tak silap dlm kes cerita sihir 1mdb ini pula adalah jholo.sihir nampaknya semakin terungkai.jaga jaga jholo kamu mungkin akan dkejar interpol.sampai bila agaknya najib dpt melindungi kamu sedang dia… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 5:00 am

Dah kena gertak dengan pahlawan Bugis la tu dan yang nyata sekarang ini "periuk nasi" come first dan Tuhan pulak jatuh ditempat kedua demi memenuhi kehendak duniawi.

Muhamad Sani Abu Bakar
Muhamad Sani Abu Bakar
26 July 2015 4:44 am

Mana laporan audit negara, kami rakyat Malaysia nak beli buku laporan audit negara

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 4:24 am

Dimulutnya tiada takut kepad sesiapa selain Allah. Tapi dihatinya kehilangan jawatan itulah yang lebih ditakutinya lebih dari takut kpd Allah. Jika betul beliau hanya takut kepada Allah sudah semestinya dia akan mengeluarkan statement menyuruh najib berehat atau bercuti dari tugasan sementara menunggu selesai siasatan kes ini. Cakap tak serupa bikin inilah ciri2 pemimpin berjiwa kecil dan lebih sayangkan dunia dari akhirat.

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 6:52 am
Reply to  Anonymous

Sokong!!!!!

Anonymous
Anonymous
26 July 2015 8:45 am
Reply to  Anonymous

umno ….. lidah bercabang sokmo ….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lufang
lufang
26 July 2015 2:24 pm
Reply to  Anonymous

Bulayu semua hati kecil maa aa , ini kali mau tukar maa aa .