Selepas Sarawak Report Dan The Edge, Siapa Mangsa Seterusnya?

Secara umumnya ramai yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan hanya semata-mata kerana laporan yang disiarkannya mengenai 1MDB.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan sedang mengambil langkah ke belakang dari segi kebebasan rakyat memperolehi maklumat, tidak sedia dikritik dan memalukan dirinya sendiri lantaran tidak upaya memberi penjelasan mengenai apa yang disiarkan oleh akhbar tersebut, lalu menggunakan kuasa yang ada sebagai pelindung.
Tambahan lagi, beberapa hari lalu, sebaik menyiarkan laporan mengenai urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi International yang didakwanya sebagai helah oleh Jho Low untuk menipu wang negara sebanyak AS$1.83 bilion, akhbar kewangan itu juga tampil dengan kesedian untuk ke mahkamah bagi mempertahan laporan yang dibuatnya.
Ia mengatakan, laporan itu dibuat berdasarkan maklumat daripada dokumen dan ribuan email yang diyakininya sebagai benar dan sedia untuk berhujah mempertahankannya di mercu keadilan yang diiktiraf oleh perlembagaan.
Dalam masa yang sama, pemilik The Edge, Ho Kay Tat juga sudah pun menyerahkan semua dokumen, email bercetak dan cakera keras mengenai 1MDB kepada Bank Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis, untuk membantu siasatan kerajaan terhadap syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.
Jadi, dengan kesediaan ke mahkamah dan sudah menyerahkan maklumat yang mereka ada, apa logiknya lagi tindakan kerajaan menggantung permit akhbar tersebut?
Atau kerajaan sebenarnya ingin menyekat pendedahan lain yang mungkin lebih menggemparkan mengenai 1MDB, Najib Razak dan lain-lain pihak oleh akhbar tersebut?
Walaupun Kementerian Dalam Negeri atau KDN hari ini tampil dengan mengatakan penggantungan itu berasaskan tiga sebab – laporannya yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat, sumber maklumat yang diragukan serta belum tentu kesahihannya dan isu 1MDB sedang disiasat oleh pasukan petugas khas, maka tidak tidak adil laporan sedemikian disiarkan, tetapi hakikatnya semua orang sedang bercakap tentang isu yang sama sekarang.
Jika benar mahukan keadilan, halanglah semua orang daripada bercakap mengenainya, termasuk menteri dan media kerajaan serta arus perdana yang tidak henti-henti mempertahankan 1MDB dan biarkan petugas khas saja menjalankan kerjanya?
Lebih mengaibkan, tindakan terhadap The Edge ini dilakukan hanya beberapa hari selepas laman sesawang Sarawak Report juga disekat oleh SKMM, juga kerana siri pendedahannya sejak sekian lama mengenai syarikat pelaburan kerajaan yang menjadi “anak emas” kepada Perdana Menteri, Najib Razak itu.
Sebagaimana ramai yang sinis dengan tindakan terhadap Sarawak Report, pelbagai pihak turut menyatakan tidak setuju dengan langkah kerajaan terhadap The Edge itu, termasuk daripada adik Najib sendiri iaitu Nazir Razak dan Chandra Muzaffar yang selama ini dikenali sebagai penyokong setia Najib.
Lebih ramai yang merasakan, kerajaan seharusnya memberi penjelasan atau membetulkan, jika terdapat salah maklumat atau silap laporan dalam pemberitaan mengenai The Edge itu.
Yang ternampak di mata rakyat, melalui sekatan terhadap Sarawak Report dan penggantungan The Edge ini ialah kerajaan seolah-olah mahu melindungi sesuatu dan tidak mahu rakyat disajikan dengan maklumat yang betul lagi benar.
Apakah dalam era langit terbuka dan globalisasi ini, kerajaan sebenarnya hanya mahu rakyat menperolehi maklumat daripada TV3, Utusan dan media kerajaan saja? 
Selepas tindakan terhadap Sarawak Report dan The Edge ini, kebimbangan seterusnya ialah apakah kerajaan akan terus “mengganas” dengan menyekat beberapa sumber maklumat lain seperti portal berita, blog dan laman-laman sosial yang selama ini banyak mengkritk 1MDB?
Ini berikutan dalam pertemuan SKMM dengan beberapa editor portal berita selepas sekatan terhadap Sarawak Report baru-baru ini, mereka juga diingatkan agar tidak lagi memetik laporan daripada laman pembocor maklumat yang sudah disekat itu kerana ia juga dianggap suatu kesalahan.
Hanya kira-kira enam tahun selepas melaungkan keterbukaan, kesederhanaan, menghargai kewujudan media sosial dan beberapa kali mengatakan “era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir”, Najib hanya melalui skandal 1MDB dan ketidakupayaannya memberi penjelasan, sedang mengalih haluan negara ke arah yang salah semata-mata mahu mempertahankan kuasanya. (SH 25/07/2015)
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm

36 Comments

Add a Comment
  1. Mangsa seterusnya Najib Rosmah la. Takkan tuan punya badan lepas. Peon pulak yg kena. Jho lo, Riza lagi mangsa yg bakal dihakimkan.
    Kalau penyamun penyangak broker boleh lepas senang2, tak adillah Allah tu. Najib buat seolah olah Allah tu tak nampak pulak. Dia bagi chance je tu pencuri enjoy duit rompakan . Lepas ni kena lah tu.

  2. Lagi berita panas … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

  3. Sbb bersyukurlah kita perlu betul kan yg salah macai woi.anon 6:12 otak mu dah jd taik agaknya atau dah byk sgt mkn duit haram najib.bodoh piang punya kaki jilat sama mcm bos dia juga otak tahu pakai buat merompak sj.byk sgt org msia bodoh cam gini patut la dpt pm najib.jika nampak org buat jahat tp diam itu maknanya kufur la bahalol.buat pegi sek semula la.menteri menteri tu dah mkn sekali duit haram tu itu sbb mereka diam.jika najib tak masukkan sendiri duit dlm akaun dia bagaimana dia boleh belanja enjoy katak dgn duit tu siap beli rumah mewah d ny.jika bulkan knpa dia tak laporkan pd pihak yg berkenaan.buang masa akku layan anon 6:12 gila ni.mahu aku gila sama

  4. Walaupon duit dikatakan berbilion2 masuk dlm akaun Najib, itu bukan semestinya Najib bersalah. Mungkin ada yg nk kenakan PM, dia masukkan duit, PM pun tak tahu bila duit masuk. Lagipon PM kata, dia tak guna utk kepentingan peribadi, maknanya PM guna utk kebajikan rakyat, contohnya BR1M, derma kpd parti.. gerakerja pilihanraya. apa yg salahnya ? Lagipon duit tu digunakan dalam Malaysia, utk org2 Melayu, utk org2 Islam, bukan utk DAP. Lagipon, SPRM mana ada siasat pun ? Maknanya PM tak bersalahlah. Muhyiddin, Zahidi Hamidi, Shafie Afdal, Hisyamuddin pun tak ada kata apa2, itu menunjukkan bahawa PM tak bersalah dalam hal ini.
    Hanya pembangkang sahaja yg buat2 cerita. Semua rakyat puas hati dgn apa yg dah di buat oleh PM, termasuklah BR1M yg telah dpt membantu rakyat utk setahun. Kalau tak ada BR1M memanglah susah hidup rakyat. Kepada yg tak suka BR1M atau dapat BR1M tapi masih sokong pembangkang dan tak bersyukur, sila beri balik duit BR1M tu kepada kerajaan, sbb itu duit kerajaan, bukan duit rakyat.
    Biar cerdik sikit berfikir, jadi jadi mcm org2 muda skrg yg ramai nak senang, kalu susah sikit, semua salah kerajaan. Cuba bersyukur, tengok negara lain yg berperang, hidup sengsara. Kalu tak tahu bersyukur, sila berpindah ke negara lain.

    1. ini satu lagi golongan menongkat langit…..jika benar apa dikata.maka Alhamdulillah ku ucapkan………………….tapi kalau sebaliknya satu alam semesta,penghuni langit bumi akan laknat kamu,segolongan kamu dan manusia keagongkamu hingga ke pintu neraka…….amin

    2. Kpd anon yg komen diatas.aku anon 10:13.aku rasa kamu ni
      mungkin bkn kaki jilat najib.boleh jd kamu gunakan bhs kiasan yg tlh menyebab kan org salah faham.kalau kamu bkn penjilat aku mintak maaflah.angap la kata kata itu ftujukan kpd penjilat yg lain

  5. Walau apapun, sebahagian besar rakyat M'sia rasanya telah tahu di mana letaknya punca segala masalah yg kini melanda negara.

    Sebagai rakyat yg waras dan rasional, kita jngn sewenang-wenang meng 'kambing hitamkan' pihak2 tertentu demi mempertahankan 'benang basah' kita.

  6. Najib bersenang lenang drumah terbuka mb n9.no coment atas faktor keselamatan.i am the bos with money let them do the work.huha huha dgn isteri borosnya

  7. Zahid ada link utk siasat clare.hisyamudin percayakan justo.ini serangan dari dua serangkai.saberi chik joint sekali kpn tak payah cerita la.telah bersusah payah utk
    jumpa justo.apa cerita kita rakyat jelata ini.

  8. 22 remaja ditangkap berparti liar.patut la msia dpt pm gaya najib.perbaiki diri juga ok.supaya msia kita akan jd lebih baik

  9. Selagi ds najib pm, there's no vote from me!!

  10. Hatipun pun mati sbb byk sgt masuk duit haram.entah apa yg bleh dharap kan dr org dpt anon 15.38 tu.sampai mati la jd penjilat.mana tahu dpt jilat malaikat dlm kubur

  11. Pada anon 15.38

    kalau kat singapore mereka yang tak nampak ni semua digelar otak mati.

  12. bodoh rupanya korang ni….PM menipu rakyat pun korang ckp PM tak bersalah…..otak taruk kat lutut korang ni….suruh PM kita tu gi saman yg tuduh 1mdb tak betul tu…..mcm otak takde masing masing….bodoh sampai mati la korang ni.

  13. In my view, the Edge needs to upload all that they have got from Justo and which they recently gave to the Bank Negara, Police, etc. to some website so that let the rakyat get the chance to see them and be the judge…

  14. Tsunami nak adakah tembok benteng dpt menghalang.duduk saja la dmasjid kembali kpd Tuhan.jika bajir besar nak dtg adakah gunung dpt jd penyelamat.naiklah bahtera nabi nuh jgn buat degil mcm anaknya.sekarang sbb najib n 1mdbnya 1msia dah dpt susah malu.sampai bila nak dpt bertahan tu.jika Tuhan tlah menentukan sesuatu perkara tiada kuasa yg dpt menghalangnya.angka yg direka konon justo yg ditangkap tu direka juga ke?.knpa team najib suka bergantung kpd pengakuan penyangak sbb merekapun penyangak juga.justo mungkin tak jd penyangak jika 1mdb tak jd penyangak dulu.the edge mengelirukan sbb bukti tak soheh.tv3 yg siarkan kenyataan justo tu ada bukti soheh ke?knpa tak gantung sama.undang undang taik kucing tu.eh bkn salah undang undang tp yg guna undang undang tu ikut suka mereka

  15. Anon 14.03. Kamu tak akan menang lawan bn. Lawan dalam pilihan raya atau demo jalan raya. Pengundi2 melayu tua tetap pilih kami bn. Mak bapak kau kami bayar dengan nilai kain batik saja. Anak2 muda kamu bapok. Phuiiiii!

  16. Memang betul orang kata Makhluk umno anggap PM mereka maksum. Suci macam nabi. Takda buat salah. Semuanya betul. Pengikutnya pula macam lembu. Percaya membabi buta. Sungguh kasihan lembu2 ini. Kata orang tak ngaji, diri sendiri yg bengap tak ngaji. Tak tahu nak bezakan yg salah dgn betul, yg halal dgn haram. Gunakan akal yg Allah berikan.

    1. Sejahat jahat Najib dia tak meliwat orang. Sealim alim anu..war dah terbukti di mahkamah dia meliwat sesama lelaki.
      Yang menghairankan masih ada orang yg percayakan anu..war membabi buta lagi

    2. Kita tidak memerlukan org jahat memerintah negara…

  17. Apa yang kau merapu2 ni anon 13.22. Kau ulas pun tak guna. Kau tak ada merit dan otoriti nak ulas hal2 pm. Kau loyar? mufti,? bank negara? Kau buang masa saja meroyan dan bising2.

    Pm kita tidak bersalah. Dia difitnah. Semua angka2 itu boleh dibuat. Sebab itu pm tidak direhatkan. KPN sendiri duduk mesra dengan pm kita. Semua ketua2 jabatan cium tangan pm. Mereka semua sepuluh kali lebih cerdik dari kau, bahalol!!!

    Memang hak dialah kalau betul bagi2 duit untuk pilihan raya. Bn mesti menang kalau tidak dap akan perintah malaysia. Habis lah kamu orang melayu. Bodoh betul!

    Hangin le tu. Kui kui kui. Hangin, lepas tu gi jalan raya. Oi, kau tak akan menang punya. Sekali sembur, lari tak cukup tanah. Wekkkk! Lain kali kalau nak lawan, lawanlah betul2. Tok ki aku kata, zaman dulu orang lawan tak ingat nak balik rumah. Minta balik mayat saja. Kau ada berani? Mana boleh shahid kalau lawan bn. Kalau lawan dap baru shahid. Bodoh tak ngaji..

    1. Betul tu,pm kita difitnah. Kita nantikan pihak pm saman mereka yang menfitnahnya dalam masa terdekat.

      Saman adalah cara universal masakini mensucikan rekod yang tercalar.

      Mungkinkah DAP memerintah Malaysia?

      Kira kerusi di parlimen dan an baca perlembagaan Malaysia elok elok.

      Rela shahid menentang korup.

    2. Anon 25 July 2015 at 13:43,

      Tak payah utk jadi lawyer, mufti atau orang BNM untuk fahami putar belit pengurusan 1MDB termasuk PM Mohd Najib. Budak SPM grade 3 pun tahu dan dapat bezakan yang mana satu putar belit dan mana satu real dan honest. Yang berlagak tahu dan pandai cuma spesis macam awak jer walhal bengap tak bertempat. Kalau dah Najib nak jawab ya atau tidak duit berbilion tu masuk ke akaun pribadi dia pun tak berani, PM kepala bapak apa macam ni?. Nak saman pihak yang dikatakan memfitnah juga tak berani. PM jenis kecut telur dan dayus macam ni ker yang orang pandai macam awak nak ampu dan dewa dewa kan?. Malaysia makin menjadi bangsat dan caca marba ekonominya kerana ramai orang orang macam awak laa.

    3. aiyoo….kena brainwash by najis ke! lagi satu IQ zero….nak defend najis ….. dia bagi u rm$1 billion ke? otak bxbi lebih cerdik dari hang lah!….. orang bodoh masih ada HARAPAN, kalau bodoh dan tak bertaubat MASUK NERAKA! biar tuhan yang menentukannya.

  18. Perasan tak hangpa berapa kerat sangat pimpinan dan ahli UMNO yang dah mendesak dan beri tekanan kepada Najin agar menyaman WSJ< SR dan The Edge?. Boleh dikira dengan jari kan?. Kenapa pimpinan dan ahli ahli UMNO BN tak berani memberi tekanan dan mendesak Najib bertindak demikian walhal itu jalan terbaik untuk Najib sucikan dirinya dari segala tuduhan?. Kenapa dalam kes kes kecil lain yang melibatkan pembangkang dan Najib, cepat saja Najib menyaman ( Rafizi misalnya) tetapi tiada saman yang dikemukakan terhadap WSJ, SR, The Edge, Rafizi dan Tony Pua walau pun Najib sedar mereka mereka ini telah menuduh beliau dengan satu tuduhan cukup besar iaitu menggelapkan wang 1MDB?.

    Hakikatnya pemimpin dan ahli UMNO ramai yang akui Najib memang bersalah dan tidak mungkin Najib akan menyaman pihak berkenaan. Menyaman berarti akan membongkar segala pekung ditubuh Najib sendiri. Dan selaku pemimpin dan hali UMNO BN yang menerima faedah tidak langsung dari kerja2 kotor lagi hina pemimpin nombor satu mereka, makanya hampir semua pimpinan UMNO mengambil jalan selamat untuk tidak mendesak Najib menyaman media dan politikus tersebut. Sifri mudahnya ialah andaikata tiindakan saman dibuat oleh Najib, maka 1 Malaysia malah 1 Dunia akan tahu bahawa Najib telah mempergunakan sumber kewangan 1MDB dan sumber sumber lain yang dikreditkan ke akaun peribadinya dengan tujuan yang salah iaitu menghamburkan wang berkenaan untuk kempen pilihanraya memenangkan UMNO BN. Jika ini dibuktikan di mahkamah, kemenangan UMNO BN boleh terbatal dan PR akan mengambil alih. Inilah punca sebenar kenapa Najib hanya memperbodohkan diri untuk menyaman media dan tokoh2 pembangkang yang membabitkan beliau dengan penyelewengan 1MDB. Dengan kata lain, Najib ada saham dalam penyelewengan wang 1MDB dan beliau sedang berusaha untuk menutup segala bobrok dan kebusukan ini daripada terus terdedah. Cuma rakyat yang kurang cerdik dan akal pendek tidak memahami permainan Najib dan UMNO BN ketika ini. Dan institusi daulah akan dikerah sedaya mungkin untuk menimbus bangkai yang kian terdedah ini.

  19. Sekarang diant justo n the edge siapakah yg bercakap benar.apa yg pasti najib mmg bercakap bohong krn duit tiba tiba sj menjadi unit.jika bukan krn kerja pembangkang 1msia pun masih akan dtipu krn dibritahu ada duit 1mdb d bank dsingapura.dikatakan dsimpan dsitu utk kemudahan urusan pngeluaran.tahu tahu sj duit itu telah menjadi unit yg masih menjadi rasia pula.unit apa sama ke dgn nilai duit yg dsimpan.sekarang mengunakan pula cara dayus utk menutup mulut pengkritik.apakah cara dayus yg memalukan ini akan berkesan.ataupun mata rakyat akan lebih terbuka besar utk melihat apa yg dsembunyikan.meniaga haram jadah apa 1mdb yg telah mengheret 1msia dlm keadaan yg tdk selesa dgn penipuan n segala hal yg lain itu.apa yg dpt dlihat adalah najib n msia sedang berada dlm keadaan rapuh.sampai bila najib ingin bertahan dgn pembohongannya itu n mengheret 1msia dgn masalah 1mdbnya.

  20. Org umno/bn 99% haramjadah sebab itulah mereka rasa apa yg mereka semuanya betul. Berzina dengan nenek,emak,adik,kakak pun mereka sanggup. Yang haram pun jadi halal. Yang kutuk pembangkang itu pun hidupnya celaka. Orang umno sangka yang pemimpin mereka maksum selepas sahabat2 rasulullah. Mungkin Tak lama lagi mereka akan kata PM adalah nabi baru bagi bangsa melayu umno. Minta simpang!

    1. haha…..betul tu…..hamba pada Bumno masuk neraka……biar tuhan yang maha kuasa menghukum mereka…semua setan!

  21. Doa orang yg dizalimi dimakbulkan Allah…selagi kamu x hapuskan gst dll dan terus menyeleweng duit rakyat selagi itulah aku akan terus berdoa kepada Allah untuk membukakan segala penyelewengan kamu melalui pelbagai saluran…

    1. mat lancap kata ko doa lah berbakul bakul, zikir depan haru jin bergoni goni…..sia sia aja….evil rules….long live mat lacak evil of all evil…the devil

  22. Ya bangunlah rakyat malaysia lawan bn kalau berani. Seluruh kekuatan polis dan tentera sudah bersedia berhadapan dengan apa saja tindakan rakyat2 bodoh tak reti bersyukur.

    Memang pembangkang semua adalah pengkhianat negara! Semua dakwaan ke atas pm kita adalah palsu dan pembohongan semata mata. Satu bukti pun tidak ada.

    Ini amaran teramat2 keras kepada rakyat bacul dan tidak henti2 melalak. Jangan sekali2 cuba bangkit dan melawan bn. Polis dan tentera bersama bn. KPN bertukus lumus ke sana sini mempertahan pm, rakyat mesti duduk tenang-tenang sahaja. Jangan cuba2 bangkit. Polis dan tentera telah siap siaga membela pm dan bn. Kalau kamu hilang nyawa, keluarga juga yang susah.

    Kamu rakyat dan pembangkang hanya pandai bawa masalah kepada negara. Bergaduh, caci maki dan cakap lucah adalah kerja hakiki kamu. Kamu sebenarnya tiada masa dan apa2 kekuatan pun nak lawan bn.

    Boleh jalanlah pembangkang..hidup bn!

  23. Tuan Shahbudin,

    Manusia yang tidak beriman dan terdesak terdesak yang penuh kurap, panau dan sopak di badannya akan lakukan apa saja untuk menutup aib di tubuhnya hatta mengguna kulit babi sekali pun untuk tujuan tersebut. Sekali pun kulit babi itu diwarnai dan dicetak cantik, namun bau busuk sopak dan kurap yang bernanah dan berlendir itu tidak mampu lagi untuk dibendung. Masakan nyiru dapat menutup bangkai gajah yang membusung?. Sudah tersepit, apa saja undang undang rimba yang digunakan akan halal belaka bagi manusia begini hatta kulit babi atau anjing sekali pun.

  24. Shahbudindotcom lah seterusnya akan ditutup dan lingkupkan. Haha. Apapun, SR dan THE EDGE memang patut dikenakan tindakan apabila apa yang mereka cuba sampaikan ialah untuk menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara. Cuba bayangkan, pelbagai tohmahan yang dilemparkan tetapi didapati bahawa semuanya dirancang rapi bersama pihak pembangkang. Jika ini buka dikatakan pengkhianat negara, apa lagi? Bangun lah Shahbudindotcom oiii.

    1. Kenapa tak saman saja The Edge dengan tuntutan ganti rugi 100 billion RM, biar The Egde terus muflis dan tutup kedai?. Bukan kah itu yang sepatutnya dilakukan. Seret The Edge atau SR ke muka pengadilan jika benar kedua media ini memfitnah dan mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

      Kenapa 1MDB dan Najib tidak lakukan ini?. Takut?, Seram?, Tak Percayakan diri sendiri?, Tak percayakan mahkamah? atau bacul dan dayus kerana memang jelas merasa bersalah dalam hal ini dan takutkan segalanya terbongkar di sepanjang perbicaraan mahkamah nanti?. Hanya orang bengap dan bodoh saja merasa dengan cara mengguna kuasa sesuka hati menggantung The Edge adalah satu tindakan yang wajar. Bagi yang cerdik dan rasional, tindakan sedemikian hanyalah tindakan poengecut dan bacul kerana tidak berani bersemuka secara berdepan di mahkamah. Ehhh..PM Malaysia pun boleh jadi bacul dan dayus juga yer???. Yang menyokong tu pula apa?. Bengap dan bengong agaknya kerana mendewakan manusia aka pemimpin bacul dan dayus.

    2. Uighhhhh..pahlawan bugis tuuuuu. Mustahil bacul dan dayus.
      Dia kata biar bumi berkeping dua…..hebat sungguh dia. Seolah olah tidak akan mati buat selama lamanya. Seolah olah dia lebih hebat daripada laksamana Hang Tuah.
      Setidak tidaknya Laksamana Hang Tuah ada keris Taming Sarinya yg menjadi legenda sehingga ke hari ini.
      Pahlawan Bugis hanya ada pisau tumpul bersamanya dan tong drum di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.