Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati

Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing.
Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang diperlukan Jabatan Peguam Negara Komanwel berkaitan orang tengah yang dipercayai terlibat dengan rasuah dalam urusan percetakan wang kertas polimer yang dilakukan di Australia.
Akhbar tersebut mendakwa, Putrajaya enggan memberi kerjasama itu kerana ia dianggap sensitif lantaran orang tengah yang didakwa terlibat dengan rasuah itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak serta Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Badawi.
Siapakah agaknya orang tengah terbabit dan kenapa Putrajaya seolah-olah memilih untuk melindunginya daripada memberi kerjasama untuk sama-sama membanteras antara amalan paling keji dalam dunia itu?
Pendedahan SMH ini tentunya sekali lagi memalukan nama Malaysia di mata dunia kerana pemimpin kita bukan saja dipalitkan dengan skandal yang belum ada penjelasan meyakinkan sehingga kini, tetapi juga cuba menutup skandal yang lain pula.
Jika dikira dengan pendedahan Sarawak Report bagaimana isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadi hanya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, bermakna sudah ada tiga “penanda aras” yang mencemarkan nama Najib dibuat oleh media asing dalam waktu terdekat ini.
Seperti biasa, kita tidak akan dapat mendengar apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib berkaitan perkara seperti ini kerana beliau lebih suka berdiam diri dan mengunci mulutnya.
Walaupun rasuah merupakan isu penting dan mencemarkan nama baik negara, Najib sebaliknya lebih suka bercerita tentang hidangan nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannnya ketika bersahur daripada menunjukkan iltizamnya sebagai pemimpin terhadap perkara yang sedang mencemarkan namanya, negara dan rakyat Malaysia itu.
Lebih malang lagi ialah kita juga mempunyai barisan kabinet dan MT UMNO yang terlalu baik hati dalam menangani isu-isu rasuah dan skandal yang memalukan seperti ini.
Tidak ada sesiapa daripada  ahli kabinet atau MT UMNO yang tergerak hati untuk meminta penjelasan atau jawapan sebenarnya daripada Najib berkaitan isu RM2.6 bilion mahupun RM2 juta yang dikaitkan dengan Rosmah, malah percayalah, dalam skandal yang didedahkan oleh SMH ini juga, semuanya lebih selesa memilih untuk berdiam diri saja.
Seolah-olah kabinet dan MT UMNO tiada apa-apa tanggungjawab untuk menunjukkan jalan kebenaran kepada rakyat dan ahli-ahli parti, kedua-dua entiti itu lebih gah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.
Barangkali, di dalam dunia ini, inilah barisan kabinet dan kepimpinan tertinggi parti yang paling baik dan budiman sekali. (SH 15/07/2015).

Daripada menjawab isu skandal dan rasuah yang melibatkan kepentingan negara, Najib sebaliknya lebih selesa berkongsi cerita mengenai nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannya untuk bersahur.
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm

27
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
pak slemettsilvi landaIBU RISKAAnonymousSurya Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
pak slemett
Guest
pak slemett

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysiabekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapasetiap gajian selalu mengirimkan orang tuasebenarnya pengen pulang tapi gak punya uangsempat saya putus asah dan secara kebetulansaya buka FB ada seseorng berkomentartentang AKI NAWE katanya perna di bantumelalui jalan togel saya coba2 menghubungikarna di malaysia ada pemasanganjadi saya memberanikan diri karna sudah bingunsaya minta angka sama AKI NAWEangka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%terima kasih banyak AKIkemarin saya bingun syukur sekarang sudah senangrencana bulan depan mau pulang untuk buka usahabagi penggemar togel ingin merasakan kemenanganterutama yang punya masalah hutang lama belum lunasjangan putus asah HUBUNGI AKI… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Segeralah PM diganti dengan TSMY. Malaysia tidak harus mempunyai kepimpinan yang banyak skandal.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah rembat berbilion bilion, alih2 setakat nasi goreng je yg ko bedal. Allah maha kaya

sarie suin
Guest
sarie suin

Umno dukung raja ….raja dukung umno…parti selain umno jgn mimpi nak perintah malaysia….klu umno kalah raja perintah guna atm…pi mai pi mai umno tetap selamanya memerintah….uniknya sistem politik di msia….barat patut belajar dari kita dlm mengawal dan mentadbir negara….

Anonymous
Guest
Anonymous

Tepat sekali ulasan Tuan Sarie Suin. Teruskan bro. Bakar lagi motivasi menyedarkan org ramai.

paktam
Guest
paktam

Bagaimana Zeti darling Barat?

paktam
Guest
paktam

Bagaimana Zeti darling Barat?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dan ada desakan mahu Muhyiddin ganti Najib? Maaf, bukan dia. Seluruh MT UMNO dan BN sedang sibuk mengaut (baca menyamun) sebanyak mungkin uwang rakyat sebelum mereka dijatuhkan pada PRU14. Malah mereka sedang usaha mendapatkan kerakyatan/suaka politik luar negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mustahil lari keluar negara boleh selamat. Hanya dengan bergantung kpd kuasa daulah terpendam iaitu jabatan2 kerajaan yg dibangunkan untuk menjaga bontot pemerintah juga kesultanan setiap negeri, dapat menyelamatkan mereka dari bakal terperangkap dgn kuasa rakyat atau pembangkang jika berkuasa. Ingat, dlm jabatan2 kerajaan, hampir tiada jabatan yg bebas dari segala kebejatan dan kesekongkolan dgn org2 dari parti komponen BN. Projek2 raja dan sultan boleh dirombak sesuka hati. Terutama berkaitan istana. Lihatlah berapa raja dan sultan makan dari projek istana negara yg baru. Mula2 projek start dgn 300 juta..kendian 400 juta.. last2 lebih 1200 juta. Projek pulak dijalankan kroni dan kompeni… Read more »

Noraini Bahari
Guest
Noraini Bahari

Menunggu hari2.runtuhnya kota "pompei"

ZakiahSaffiya
Guest
ZakiahSaffiya

nasi goreng GST Abg Lan ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Malaysia diperintah kambik wong monyor gemblong edan.duit te rakyat di colongi rakyat di tipuni.sampek kapan bodo nguno.

ibrahim darus
Guest
ibrahim darus

Tolong terjemahkan

Anonymous
Guest
Anonymous

Kesian Negara, tak habis-habis. Pepatah Melayu, tidak ada angin (monyetpun bole), masakan pokok bergoyang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kali ini giliran siapa pula berkonspirasi dengan Tun?

Anonymous
Guest
Anonymous

mungin juga Dolah Badawi dek kerana namanya dah pun disebutkan. mungkin Najib berasa lega kerana dah ada geng.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasi goreng kampung ada kankung ke tu apa punya najib.gara-gara najib n gstnya tak merasa aku bubur lambuk yg dhulur org kampung tahun ni.nak menyumpahkan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikut nasihat Tengku Razali, jangan sampai negara lain melihat negara malaysia sebagai sebuah negara yang warganya yang tiada maruah diri.Bilalah kesedaran itu mekar untuk menegakkan yang benar dan menghukum yang salah, sama2 kita menilai dengan segala sentimen bangsa, agama dan keselamatan untuk mengaburi kita dari kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan.

Noraini Bahari
Guest
Noraini Bahari

Menunggu hari2.runtuhnya kota "pompei"

Anonymous
Guest
Anonymous

En Budin.. MT UMNO dan MT dari parti2 komponen BN ni, untuk penhetahuan.. mereka bukan duduk diam. Mereka2 ini hanya sedang melancap saja kerjanya. Sedang melancap ni, nak respon macam mana? Tengah sedap melancap… sorilah yer.

Anonymous
Guest
Anonymous

tu laaa je yang dia pandai,……….SOLAMET ARI RAYO…ma'ap diatas mengumpet…roncah untok colek lomang

wasalam……

Surya
Guest
Surya

Kalo Bpk Anwar Ibrahim diberi kesempatan mentadbir Malaysia, ramai yakin dan optimis kebobrokan dan korupsi dalam pentadbiran negara Malaysia bisa dikurangkan semaksimal mungkin. Kami melihat kasus Bpk Anwar yang dipenjarakan cuma sekitar moral (pasti cuma reka yarsa dan fitnah) karena tidak pernah dia dipersalahkan oleh angkara korupsi walau pun dia pernah di posisi orang nomor dua Malaysia. Pelaku rasuah seringkali mempunyai kehidupan sosial luar biasa dan,memiliki aset dan harta tidak sedikit. Tapi sampai saat ini pemerintah Malaysia gagal membuktikan Bpk Anwar seorang yang mengamal korupsi dan pastinya tuduhan dan kasus liwat itu dicipta justru ketakutan musuh politik beliau yang punya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Nanti bapak anu..war liwat jubur kau pulak.
Baru itu bisa merobahkan kepercayaan kau

Anonymous
Guest
Anonymous

yes… I love che mat shabbu….. he is going to be tuang presideng of a new party and to be colloberated with his long life partner which he named as al jubbed'

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasib hang lah Mat Shabbu…bertanding kat kawasan mana pun hang kalah.
Apa punya sial lah nasib hang ni

IBU RISKA
Guest
IBU RISKA

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111…karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa… Read more »