Month: July 2015

TIDAK SALAH TERIMA WANG, AYUH MENTERI UMNO…KAUTLAH SELAGI BOLEH!!

Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya “kebebalan” dan “kedunguan” mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini. Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said […]

SAMA SEPERTI KES ALTANTUYA, NAJIB MESTI BERANI BERSUMPAH SEKALI LAGI

Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam. Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui […]

SEKALI LAGI VIDEO CURI 'MENEMBAK' NAJIB, MUHYIDDIN PERLU SEGERA DISIASAT

Sekali lagi video rakaman curi “menembak” Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza. Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau “memuntahkan peluru” dengan mahukan Najib […]

JUGA KERANA 1MDB, PEMECATAN DARIPADA UMNO MENANTI MUHYIDDIN?

Walaupun sudah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan UMNO yang akan datang. Oleh kerana pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan lagi untuk memberi laluan kepada pengukuhan parti dan pilihanraya ke 14 terlebih dahulu,  ia dijangka hanya akan diadakan pada tahun […]

HARI GELAP BUAT MALAYSIA

Hari ini dianggap hari hitam buat Malaysia. Semuanya kerana satu sebab saja iaitu1MDB. Hanya dalam beberapa jam saja dalam hari ini, tindakan yang diambil Najib Razak untuk menyelamatkan karier dan masa depan politiknya telah menyebabkan suasana negara akan terus menjadi kelam dan gelap yang entah bila akan tiba waktu cerahnya. Ia bukan saja berkaitan pemecatan […]

Sementara Siasatan, Hanya Pujian Kepada Najib Dianggap "Halal"

Susulan ucapan Muhyiddin Yassin di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras Ahad lalu yang menyentuh banyak perkara mengenai Perdana Menteri dan 1MDB, ia kini merebak pula kepada usaha menekan kedudukan Timbalan Perdana Menteri itu. Selain sudah digelar pengkhianat kepada Najib dan didesak berundur daripada jawatannya, beliau juga turut disekat daripada terus bercakap mengenai 1MDB dan unsur-unsur […]

Muhyiddin Sudah Buka Gelanggang, Tugas UMNO Bahagian Hantar Mesej Kepada Presiden

Baru semalam blog ini menulis mengenai Muhyiddin Yassin yang agak senyap mengenai 1MDB sejak kebelakangan ini, beliau akhirnya melontarkan “peluru” yang ditunggu ramai ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sebuah hotel di ibu negara. Jika Perdana Menteri Najib Razak semakin mengelak kebelakangan ini untuk bercakap mengenai 1MDB, malah di majlis rumah terbuka Tun […]

Apa Khabar Muhyiddin, Masihkah Takut Dengan Tuhan?

Jika berdasarkan ucapan Muhyiddin Yassin kepada pemimpin akar umbi UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya tersebar luas sebelum ini, beliau semacam boleh disandarkan harapan  untuk bertindak berani menegakkan kebenaran berkaitan isu 1MDB yang kini semakin merimaskan rakyat. Dalam rakaman curi itu, Muhyiddin bukan saja melontarkan beberapa cadangan yang rasional dan objektif dalam menangani kemelut 1MDB, […]

Selepas Sarawak Report Dan The Edge, Siapa Mangsa Seterusnya?

Secara umumnya ramai yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan hanya semata-mata kerana laporan yang disiarkannya mengenai 1MDB. Tindakan itu menggambarkan kerajaan sedang mengambil langkah ke belakang dari segi kebebasan rakyat memperolehi maklumat, tidak sedia dikritik dan memalukan dirinya sendiri lantaran tidak upaya memberi penjelasan mengenai apa […]

"Keluar Parti Tercerai Isteri Talak Tiga, Kekal Pula Mungkin Kena Madu Tiga"

Pas tentunya ketika ini sedang terpukul berikutan wujudnya sebuah parti baru dalam proses penubuhan yang dinamakan Gerakan Harapan Baru atau GHB yang ditunjangi oleh kumpulan profesional dan progresif yang selama ini menjadikan parti itu lebih diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dengan terpisahnya golongan profesional dan progresif daripada parti itu, Pas yang didominasi oleh kumpulan […]

Hati-Hati, Rakyat Sedang Cuba Dikelirukan Daripada Isu Pokok RM2.6 Bilion

Untuk mereka yang mungkin sudah terlupa, sengaja lupa atau buat-buat lupa, isu pokok yang sedang dihadapi negara ketika ini ialah berkenaan pengaliran wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak. Isu ini yang didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) sangat memerlukan penyelesaian segera ia kerana ia menjejaskan nama Perdana Menteri […]

WSJ Sedang Mencabar Pahlawan Bugis

Najib Razak barangkali merupakan Perdana Menteri Malaysia yang akan tercatat dalam sejarah kerana paling banyak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang dan media yang tidak sehaluan dengannya. Sehingga ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin pembangkang iaitu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, Naib Presiden yang juga Setiauasa Agung PKR Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming […]

Sekatan SKMM Kepada Sarawak Report Hanyalah "Menjaring Angin"

Tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM menyekat laman web Sarawak Report atas dakwaan mengganggu kestabilan negara bukan saja dikecam ramai kerana menyekat kebebasan rakyat daripada memperolehi maklumat, malah tindakan itu hanyalah kerja sia-sia saja. Meskipun rakyat negara ini disekat daripada mengakses laman itu secara langsung, tetapi ia masih boleh ditembusi melalui […]

Hebat…Hanya Sekali Sarawak Report Mendedahkan Tentang Rosmah, Terus Diambil Tindakan!!

Ramai yang terperanjat dengan tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM menyekat pengguna internet negara ini daripada melayari laman pembocor maklumat, Sarawak Report mulai petang semalam. Walaupun alasan yang diberi oleh SKMM ialah Sarawak Report telah mengganggu kestabilan negara, dipercayai berikutan beberapa laporannya mengenai 1MDB dan Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini, […]

Rahman Dahlan "Si Hujung Tombak"…

Dalam risik-risik di kalangan pimpinan UMNO dan kerajaan, ramai yang yang masih tidak jelas bilakah Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mula dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik BN dan apakah fungsi sebenar jawatan tersebut? Apakah ia bermakna selepas ini semua perkara mengenai BN, hanya beliau saja yang lebih layak […]

Pengarah Komunikasi Strategik BN Yang Memalukan Najib

Selama ini kita hanya tahu PKR saja yang ada jawatan Pengarah Strategik dan Pengarah Komunikasi. Kedua-kedua jawatan itu sebelum ini begitu popular dengan pelbagai pendedahan salah laku dalam kerajaan serta program bercorak komunikasi dengan rakyat sewaktu ia disandang oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Selepas kedua-duanya naik pangkat dengan Rafizi menjadi Ahli Parlimen […]

Hari Raya Tahun Ini – Rakyat Tidak Gembira, Najib Pun Tidak Ceria

Hari ini hari terakhir Ramadan dan esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Untuk itu, diucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua umat Islam, khususnya pembaca dan penjenguk blog ini. Bagaimana agaknya sambutan tahun ini? Lebih gembira berbanding tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya? Atau lebih derita dan sengsara? Apakah pula perbezaan […]

Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati

Skandal lagi… Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing. Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang […]

Tuhan, Panjangkanlah Usia Mahathir….

Membaca posting terbaru Tun Mahathir Mohamad di blog chedet.cc yang ditulis dalam bentuk sajak bertajuk “Malaysia Tanahairku”,  barangkali ramai yang tersentuh hati dan sebak dada ketika menghayatinya. Ia bukan saja kerana luahannya mengenai nasib bangsa dan negara yang tidak jauh berbeza ketika berkuasa dulu, tetapi yang lebih mengharukan apabila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakhiri […]

NGO Ini Sahkan Akaun Najib Di Ambank, Perlu Disiasat Oleh Pasukan Petugas Khas

Sebuah NGO baru dan kurang dikenali, Citizens For Accountable Governance Malaysia atau CAGM tampil dengan dakwaan yang mengejutkan berkaitan Najib Razak yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadinya. Berdasarkah dokumen mahkamah yang didakwa ada dalam simpanan mereka, NGO itu mendakwa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada akaun bank milik Perdana Menteri itu kepada […]