Perletakan Jawatan Penganjur Nothing2Hide, disebabkan tekanan atau meluat?

Secara tiba-tiba, tanpa ada angin atau ribut, Pengerusi Sukaguam, Khairul Anwar Rahmat yang menganjurkan program kontroversi Nothing2Hide meletakkan semua jawatannya dalam UMNO. 

Kononnya perletakan jawatan itu untuk memberi tumpuan kepada syarikat guamannya mengembangkan sayap ke Eropah dan Asia Barat yang selama ini terhalang kerana beliau terlalu aktif dalam politik tempatan.
Beliau yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor dan Ketua Sekretariat  Majlis Perundangan UMNO Malaysia, akan meletakkan semua jawatannya itu berkuatkuasa 11 Julai depan.
Program forum Nothing2Hide anjurannya sebelum ini mengundang kontroversi berikutan Perdana Menteri, Najib Razak yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bagi menjawab persoalan mengenai 1MDB membatalkan kehadiran di saat-saat akhir atas alasan keselamatan kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut hadir untuk bertanyakan soalan.
Berikutan ketidakhadiran Najib itu, forum tersebut telah diambil alih oleh Tun Mahathir dengan beliau dijemput berucap selama kira-kira 10 minit sebelum dihentikan oleh pihak polis. 
Lanjutan ketidakhadiran itu, Najib telah dikecam sebagai penakut dan pengecut sedangkan sebelum ini berdegar-degar menyatakan sedia menjawab apa saja persoalan mengenai 1MDB yang dipertikaikan dan menjadi bualan rakyat mengenai pelaburannya yang diragui serta hutang terlalu tinggi.
Namun demikian, kontroversi program itu turut membawa masalah buat Khairul Anwar kerana beliau turut dipersalahkan disebabkan mengundang Tun Mahathir secara lisan dalam sidang akhbar tiga sebelum program diadakan serta menyatakan bekas Perdana Menteri itu boleh bertanya apa saja soalan kepada Najib.
Ramai yang pro Najib berkata, jika bukan kerana Khairul Anwar terlalu ghairah mahu melihat Najib dan Tun Mahathir berada di satu forum yang sama berhubung kontroversi 1MDB sehingga “gatal mulut” menyatakan bekas Perdana Menteri juga boleh hadir, mungkin program itu dapat dijalankan dengan jayanya hanya antara Perdana Menteri dengan NGO-NGO jemputan saja.
Ketidakhadiran Najib, selain dipertikaikan ramai,  turut menerima kritikan daripada Tuanku Mahkota Johor yang kemudian beralih menjadi perdebatan antara baginda dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz.
Bagaimanapun, semalam Khairul Anwar tampil dengan kenyataan menyokong pendirian Tuanku Mahkota Johor bahawa seseorang pemimpin seharusnya lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding semua perkara yang lain.
Tetapi sesiapa pun sebenarnya meragui alasan perletakan jawatan Khairul Anwar itu dan merasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan tindakannya secara tiba-tiba itu?
Jika ingin melebarkan sayap syarikat guamannya ke luar negara, bukankah lebih bermanfaat jika beliau terus kekal dengan jawatannya sekarang kerana pelbagai bantuan dan sokongan boleh diperolehinya daripada kerajaan melalui jawatan UMNO yang disandangnya itu?
Menjadi persoalan juga, kiranya program Nothing2Hide itu tidak menjadi kontroversi dan berjaya membawa kegembiraan kepada Najib, apakah Khairul Anwar akan turut meletakkan jawatan sebagaimana keputusannya hari ini?
Dalam hal ini, lebih ramai yang percaya perletakan jawatannya mungkin disebabkan adanya tekanan daripada kalangan yang rapat dengan Najib yang tidak puas hati dengan program tersebut sehingga dianggap memalukan serta mencalar imej Perdana Menteri yang selalu berbangga dengan kedudukannya sebagai Pahlawan Bugis yang terkenal gagah dan berani.
Memang diketahui apabila Tun Mahathir memutuskan untuk hadir ke program tersebut sehingga menjadi tumpuan ramai, lalu akhirnya Perdana Menteri memutuskan tidak hadir atas faktor keselamatan, Khairul Anwar banyak dipersalahkan oleh puak pro Najib kerana program tersebut sepatutnya hanya melibatkan NGO-NGO saja.
Ada juga yang menyebut, sejak program tersebut, Khairul Anwar tidak habis-habis dipersalahkan dan beliau jadi bosan dan meluat, lantas akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan bagi memuaskan hati kumpulan yang mendesaknya itu
Apa pun, sebagai pemimpin muda yang dianggap berpotensi, perletakan jawatan Khairul ini lebih memberi tamparan kepada Najib yang sedang cuba memulihkan imej dan sokongan terhadapnya berkaitan isu 1MDB.
Sekali lagi, alasan perletakan jawatannya sama sekali tidak masuk akal dan lebih berupa tanda-tanda bahawa tiada tempat yang selamat bagi mereka yang cuba berbeza pendirian atau telah menjatuhkan imej Perdana Menteri. (SH 27/06/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Kisah Sukses
Kisah Sukses
4 July 2015 1:10 am

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 June 2015 10:00 am

Sepatutnya najib yang berhenti dari jawatan PM.

Anonymous
Anonymous
28 June 2015 9:50 am

mengapa pemimpin berubah? persoalan perlu di renungkan…..
sepanjang mengenali politik Malaysia pada kaca mata saya,
1- pemerintahan pm4-6 hanya melayani aspirasi raayat hanya seketika(2-3 yrs)
2-tahun berikut dan seterusnya suasana berubah kepada self supply..kehendak diri
3 adakah pemilihan pemimpin satu kesilapan oleh raayat sendiri
cuma pandangan bodoh pacik felda yang tertipu

Anonymous
Anonymous
29 June 2015 1:49 am
Reply to  Anonymous

Kalau dah mata tu juling pakai kaca mata pun akan nampak juling juga.

Tuai Hasil Sendiri
Tuai Hasil Sendiri
28 June 2015 6:23 am

Dalam UMNO khususnya pemimpin pemimpin yang berfikiran realistik, sederhana dan mengambil pendekatan yang adil pada semua pihak tidak mungkin akan dihargai. Apa yang berlaku kepada Khairul Anwar Rahmat adalah satu dari banyak contoh lain. Mana2 suara yang realistik yang dikira ancaman kepada UMNO (tetapi baik untuk rakyat umum) akan ditekan dan tiada dalam masa depan dalam UMNO. Untuk itu jika niat dan nawaitu anda untuk kepentingan perut, nafsu dan bukan untuk rakyat, maka UMNO adalah parti terbaik untuk anda melanun dan merompak khazanah negara. Cuma anda perlu jadi Pak Angguk untuk mendapatkan sebahagian hasil rompakan pimpinan tertinggi UMNO atau nasib… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 June 2015 10:02 am

Betul, betul, betul. Lihat sahaja, Isa Samad yang pernah diambil tindakan rasuah dalam pemilihan UMNO boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA kerana nak balas budi ? Eloklah tu, Lanun lantik perompak !

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 10:00 pm

Syabas kepada yang berani letak jawatan.kalau nak masuk balik politik sila masuk parti selain umngok dan pasikulotoot.

Miss Vee
Miss Vee
27 June 2015 9:20 pm

Mari Bang … Sini !! >>> CLICK HERE !!<<<

Pusat Khidmat Umno Pokok Sena
Pusat Khidmat Umno Pokok Sena
29 March 2017 4:20 pm
Reply to  Miss Vee

kat mana @MissVee nak mari dah..

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 4:09 pm

Kalau kita ada pendirian dan bermaruh itulah tindakan yg sewajar..sebaik baiknya kita tinggalkan orang yg tidak ada maruah seperti PM kerana ianya lebih mulia dari di caci mahupun dihina orang…HARAPAN rakyat sememangnya mahukan seorang pemimpin yg bermaruah tapi apa kan daya kita hanya seorang rakyat MALAYSIA yg telah salah di didik oleh pemimpin yg terdahulu.

Jayne Saidin
Jayne Saidin
27 June 2015 3:56 pm

Pahlawan Bugis Gagal Brani? hahahaha….

Wrong typo or …..

Anonymous
Anonymous
28 June 2015 10:03 am
Reply to  Jayne Saidin

Pahlawan kangkong !

Anonymous
Anonymous
29 June 2015 1:19 am
Reply to  Jayne Saidin

kalau Pahlawan Bugis betul betul brani sila letak jawatanlah..serta jangan tangguh permilihan UMNO.

Pusat Khidmat Umno Pokok Sena
Pusat Khidmat Umno Pokok Sena
29 March 2017 4:16 pm
Reply to  Jayne Saidin

pahlawan versus bangsa..wan

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 11:35 am

Adakah kes perletakan jawatan Khairul Anwar Rahmat adalah satu kebetulan untuk fokus lebih masa dalam perniagaan hanya sejurus selepas isu Nothing2Hide yang memalukan Najib?. Tak mungkin kot?. Berapa banyak kebetulan daaa! Paling banyak kes kes satu kebetulan adalah melibatkan Anwar Ibrahim.

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 10:22 am

suburkan sunnah hapuskan kezaliman perbetulkan akidah …….sesungguhnya kita dlm fasa akhirulzaman

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 11:22 am
Reply to  Anonymous

Salam bos..gi main jauh2. Pergi jumpa Hadi Awang.. boleh meratib hingga hati puas dan meratap2 hingga ke pagi setiap hari. Kami x amik peduli pun.

Sini pentas politik.

Anonymous
Anonymous
27 June 2015 12:32 pm
Reply to  Anonymous

Anon 19:22…cam POYOO!..main dalam kain mak ngko bole…?