Solidaritilah Demi Mazlan Aliman

Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku “pembersihan etnik”  dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.
Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang “terselit” menang sebagai Ahli Jawatankuasa. 
Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.
Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.
Beberapa tokoh penting Pas yang selama ini mewarnai politik negara, dikenali ramai dan memberi banyak sumbangan kepada parti itu seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid, Khalid Samad, Hanifa Maidin, Nizar Jamaluddin dan ramai yang lain yang dicop sebagai kumpulan progresif atau profesional dalam Pas, semuanya kecundang di tangan kumpulan pro ulama.
Bagaimana proses mengenepikan kumpulan progresif ini berjalan kelihatannya sangat tersusun memandangkan dalam UMNO sendiri pun proses pembersihan sebegitu rupa tidak pernah terjadi di mana-mana pertandingan yang pernah diadakannya meskipun beberapa kali berlaku perebutan di peringkat pucuk pimpinannya.
Lantaran itu, ramai yang kecewa melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan, tambahan pula sebahagian yang memenangi jawatan baru-baru ini tidak begitu dikenali ramai dan masih hijau lagi. Mereka menang hanya semata-mata diletakkan dalam “cai” pro ulama.
Tidaklah menghairankan apabila Mohamad Sabu sendiri melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan tidak ubah umpama proses “pembersihan etnik” yang biasa dilakukan di negara-negara bekas kesatuan Soviet Union sebelum ini.
Persoalannya, apakah keputusan yang wajar bagi ketiga-tiga sekawan itu? Menolak atau menerima perlantikan yang ditawarkan?
Melihat bagaimana kumpulan progresif ini difitnah dan diaibkan sepanjang pemilihan lalu dengan gambaran antaranya mereka adalah tajaan DAP dan digelar Jebon, adalah wajar tiga sekawan ini menolak tawaran tersebut.
Kumpulan progresif harus memberi peluang sepenuhnya dan seratus peratus kepada kumpulan ulama mentadbir Pas dalam tempoh dua tahun akan datang ini kerana itulah yang dikehendaki oleh para perwakilan sebenarnya.
Biarlah pimpinan baru ini menentukan hala tuju Pas dan mencatur perancangannya tanpa campurtangan daripada kumpulan progresif ini. Berkembang atau menguncup dalam  dua tahun sehingga pemilihan akan datang, Pas  pro ulama inilah yang harus memikul bebannya.
Lagi pula, satu-satu Ahli Jawatankuasa Pas yang menang, Mazlan Aliman telah menunjukkan semangat setiakawan dan solidariti dengan tindakan terpujinya meletakkan jawatan kerana ingin “serentak seirama” bersama rakan-rakannya yang kecundang.
Dan kini adalah masanya pula bagi rakan-rakan yang tewas tidak menerima sebarang tawaran daripada Pas untuk menduduki apa-apa jawatan sekali pun. Bersolidaritilah pula kepada Mazlan Aliman.
Jika salah satu atau ketiga-tiga sekawan ini menerima tawaran itu, bermakna mereka tidak menghargai sama sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh Mazlan Aliman itu.
Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek tidak perlu risau mengenai masa depan mereka jika menolak tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa itu kerana mereka akan lebih dihormati jika tidak menerimanya berbanding sebaliknya.
Lebih dari itu, Mahfuz yang kalah Naib Presiden juga sudah pun digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah baru-baru ini dan dengan itu tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa tidak memberi banyak makna kepada nilai dirinya yang sudah ditolak dua kali sebenarnya.
Tindakan Pas tidak menawarkan sebarang jawatan kepada Mohamad Sabu yang kalah bagi jawatan Timbalan Presiden Pas juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah beliau tidak diperlukan lagi dalam perjuangan masa depan parti itu.
Sebaliknya kepada Mohamad Sabu sebagaimana yang diucapkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang baru, beliau sekadar dirayu agar terus bersama-sama Pas dan tidak mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.
Tidakkah tindakan menawarkan jawatan kepada Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek ini seolah-olah ingin memecahkan kumpulan progresif yang ketika ini nampaknya sedang bersatu?
Setelah keseluruhan kumpulan progresif dilabel dengan pelbagai gelaran dan disingkirkan melalui “cai”, kini mereka cuba dipecahkan pula dengan tawaran jawatan kepada tiga sekawan ini.
Rupa-rupanya benarlah dalam serban dan jubah pro ulama ini, siku dan lutut lebih banyak peranannya. (SH 22/06/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

19 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Kisah Sukses
Kisah Sukses
4 July 2015 1:12 am

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda… Read more »

Kamarudin Di Malaysia
Kamarudin Di Malaysia
26 June 2015 4:18 pm

ALHAMDULILLAH RAMADHAN INI PENUH BERKAH Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu halimah seorang TKI DI Bruney pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah… Read more »

Miss Vee
Miss Vee
24 June 2015 8:57 am

Lagi Gambar … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 8:02 am

tak dapat dinafikan…..akhirulzaman,,,islam akan dihina, sehina hinanya, yang mengaku islam akan hebat menghina islam………maka benarlah sabda rasullah…….sesungguh siksaan Allah itu amat pedih.

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 10:13 pm
Reply to  Anonymous

Dah jelas PAS buat kerja serupa kepalabutuh, kendian gunakan islam untuk mengkepalabutuhkan orang, jika terkena atas batang hidung sendiri, baru lu menggelupoq nak paham dan mula nak maki balik.

Tolonglah jangan membodohkan orang menggunakan agama. Kelak agama anda akan dicaci. Sendiri mau ingat.

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 7:11 am

huh….macam mana dia orang lilit serban macam tulah mereka belit orang..pembohong saja PAS ni.

Ritchie Blackmore
Ritchie Blackmore
22 June 2015 8:56 pm

Senang cakap Pas ini memang tidak boleh diletakkan harapan oleh rakyat Msia.Bankrup idea,bohong,mulut celupar,pandai cakap kerja hancur dan yg paling bangang selalu buat uturn setelah sesuatu kptsn dipersetujui.

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 12:10 am

Kalo perintah negara, duit hilang akan disalahkan takdir Allah. Salah urus sumua datang drpd Allah. Melayu2 professional pun dok kene pebodo jer dgn lebai2 kampung ni.

We are cheated islamically. Cheating in islamic way is good for lebai2 kampung.

Sedarlah, ramai melayu masih otak kampung walaupun keluar dan tinggal di bandar. Otak2 felda ini terus berkembang dgn hidup ditipu lebai kampungan untuk mendapat syurga dgn rasa sedikit nikmat berjimak.

Gereja2 di eropah sunyi sepi apabila Bishop niagakan agama Kristian. Apakah kita juga dpt melihat masjid2 kita akan terus sunyi sepi disebabkan mufti2 dan lebai2 kampung niagakan Islam?

Anonymous
Anonymous
24 June 2015 12:12 pm

Kena tanya khalid gerejalah

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 4:47 pm

1. 'Ulama-ulama' PAS a.k.a Parti Serban Taliban sudah kecut perut melihat sokongan akar umbi dan penyokong atas pagar terhadap kumpulan profesional-progresif yang disingkirkan mereka secara 'block' Muqtamar lalu. Lebai-lebai sedar jika kumpulan progresif ini bersatu & menubuhkan parti baharu yang semirip PAS Geng Ustaz bakal menjadi sejarah dan parti 'Ulama' mereka kembali menjadi parti 'pondok' seperti sebelum Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengambil alih kepimpinan. 2. Usaha 'terhegeh-hegeh' terpaksa digerakkan. Presiden paksa-rela menjilat ludahnya sendiri setelah hebat mencela kumpulan profesional-progresif sebagai Jebon, Barua dan Tali barut PKR-DAP sehingga tergugur mereka dari Jemaah yang direstui Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz. Ia… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 2:40 am
Reply to  Anonymous

Setuju dgn pandangan anda.

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 7:17 am
Reply to  Anonymous

aku tak setuju langsung….
Kalau niat untuk berdakwah maka berdakwahlah kenapa nak berpolitik, kenapa nak berparti…bila dah berparti sudah tentu berpuak…Bila berpuak saja cari nahaslah…macam PAS skrng ni

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 1:02 pm

Setuju, bagi Geng Ulama Siku dan Lutut pulak buat kerja sampai mencapai matlamat Pas, iaitu mencari keredhaan Allah. Mereka ini wala dan di pihak yang benar, sesungguhnya kemenangan sudahpun di tangan mereka. Hudud sedang dipertimbangkan oleh Dato' Najib.

Miss Vee
Miss Vee
22 June 2015 12:20 pm

Anda pasti suka yang ni … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 1:33 am
Reply to  Miss Vee

Miss Vee.. ada buat servis sampingan tak untuk duit raya ni? Saya nak servis yg geli-geli tu. Pasti saya suka. Berapa RM sejam ya?

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 11:12 am

Salehduddin, Mahfuz dan Taufik akan jadi budah suruhan Hadi kalau terima jawatan tu. Kan Ketua Majlis Syura Harun din dh keluar arahan Ahli dan Jawatankuasa Pas Pusat mesti mematohi Presiden Hadi.

CWC Pas dan ahli2nya nampaknya jadi macam balaci Hadi.

Tengok apa tindakan Selehuddin, Mahfuz dan Taufik nanti….

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 11:05 am

En Budin, pada aku PAS sudah lama berkubur terutama slps Hadi jadi Presiden. Betul2 tak wujud lagi setelah TGNA meninggal. Waktu itu PAS memang betul2 macam sampah dgn anai2 tak henti2 memuji aruah TGNA dek berkuburnya PAS ini. Jika dilihat layanan terhadap profesional PAS slps muktamar betul2 mcm sampah. Memang benarlah telahan aku yg PAS ni parti kampungan. Takat hidup makan ubi kayu dan ikat batu ala nabi diperut, cukup boleh hidup, ini adalah satu kejayaan pada PAS. Lagi menyerlahkan yg PAS ini ada hati nak berpadu2 dgn UMNO atas nama nak laksanakan hudud, jelas PAS adalah parti perkauman dgn… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 2:48 am
Reply to  Anonymous

Pastu jadi Parti Siku dan Lutut ataupun Parti Lebai dan Labu-Labu. Tunggu letak sungai jer…

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 6:59 am
Reply to  Anonymous

Tapi hat dok kat atas semua kaya bergaya macam pemimpin umno juga. Bila nak bertanding minta derma kat org bawahan.