Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat

UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.
Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.
Apa yang menjadi  perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui kenyataan media saja.
Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?
UMNO Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.
Ramai yang menyifatkan tindakan MBPP meruntukkan struktur tersebut tetapi tiada usaha bertahan atau menyerang balas yang bersungguh-sungguh daripada UMNO Pulau Pinang sebagai satu lagi bukti menunjukkan parti itu semakin “tidak selamat”  kedudukannya.
Ini kerana ia memperlihatkan kehilangan upaya UMNO Pulau Pinang dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi simbol atau mercu perjuangan parti itu.
Ada juga yang berkata kepimpinan UMNO Pulau Pinang hanya tahu “main selamat” dan tidak peduli pun sama ada parti itu selamat atau sebaliknya.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah banyak kali mendesak agar Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana  menurutnya UMNO dan BN “tidak selamat” dalam pilihanraya umum akan datang jika  Najib terus memimpin parti dan negara.
Najib terlalu banyak skandal dan semua kaum tidak lagi menyokongnya, begitulah antara kata-kata yang pernah diluahkan oleh Tun Mahathir.
Ketika berlangsungnya forum Nothing To Hide di PWTC awal bulan ini yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir bagi menjawab isu-isu berkaitan 1MDB, Najib telah dinasihatkan oleh pihak polis agar tidak menghadiri program itu kerana dianggap “tidak selamat” baginya.
Ketika itu ramai keliru bagaimana faktor keselamatan boleh menjadi suatu bentuk ketakutan kepada Najib untuk berforum bersama Tun Mahathir sedangkan ia diadakan di ibu pejabat UMNO sendiri dan kehadiran pula hanya sekitar 2000 hingga 2500 peserta sahaja.
Kini dengan tindakan meruntuhkan struktur tulisan UMNO di Pulau Pinang, hakikat bahawa UMNO semakin “tidak selamat” tambah melebar lagi.
Daripada kebimbangan mengenai nasibnya dalam pilihanraya akan datang, bersemuka dengan Tun Mahathir dan berforum di bangunan sendiri hinggalah kepada struktur tulisan UMNO, semuanya sudah “tidak selamat” lagi.
Selepas ini apa lagi yang tidak selamat agaknya?
Jika sudah begitu banyak yang “tidak selamat”, apa yang masih selamat di bawah UMNO dan Najib ini? Atau ini tanda-tanda benar bahawa UMNO memang “tidak boleh diselamatkan” lagi? (SH 21/06/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Kisah Sukses
Kisah Sukses
4 July 2015 1:13 am

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda… Read more »

Miss Vee
Miss Vee
22 June 2015 12:23 pm

Anda pasti suka yang ni … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 9:55 am

masa akan menentukan…..dulu adun pembangkang cakap umno cilaka…..wah melompat sakan, sikalang laayat cakap..mampui la umno…..apa mau buat…buat bolo jee!!!!

Anonymous
Anonymous
23 June 2015 3:55 am
Reply to  Anonymous

itulah lu apek tuo..dulu syok syok duduk luar lu pi jolok punggong olang…sikalang sudah duduk sg buluh…tunggu cukup time laaa baru boleh kluarr..

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 7:24 am

Sebenarnya tiada apa tentang tidak selamat atau akan jahanam politik UMNO Baru. Keadaannya tetap sama seperti dulu kini dan selamanya ia tidak berubah, masih lagi menipu, merompak, salah guna kuasa dan tunjuk samseng. Perubahan yang berlaku dalam UMNO Baru hanyalah rambut mereka yang dulunya lebat kini dah jadi botak, warna rambut kening dan misai mereka dulu hitam kini dah mula pudar macam tisu jamban. Muka dulu nampak kacak tapi sekarang dah bertukar macam muka pecah pintu rumah orang. UMNO Baru akan kekal memerintah sehingga hari kiamat, kecuali jika semua pemimpin parti itu dijangkiti penyakit anjing gila, digantikan dengan yang baru… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 6:54 am

Najib ni … Melayukah ….. atau Bugiskah ….. atau Omputih Celup. Dia lebih suko ambik omputih jadi penasihat.

Dia tak tak minat pegi staidum bolasepak Malaysia. Dia lebih minat manchester united….

Dia tak minat cuti kat Langkawi atau kat Sabah. dia lebih minat cuti kat US/Eropajh yang ada sejuk dan snow. Kak Mah mana mau cuti kat Malaysia. Buat malu ..

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 4:04 am

MACIK-PACIK FELDA…, ADA BEZA PUASO TAHUN NI…..JANGAN BIMBANG DAPEK BONOS RAYO NANTI, DAPEK SEPOSEN RUGI SEHINGGIT, MENANG MANGKAH TANAH TERGADAI+ BUNGA LAGI KENO BAYAR!!!!!!…….padan muko,…tak den simpati pun…..dasar makhlok bongok,bodo sombong,nongkek langit

obat pelangsing cepat turun
obat pelangsing cepat turun
22 June 2015 3:20 am

bodohlah yag pih lagi umno

jamu jamkho kolesterol
jamu jamkho kolesterol
22 June 2015 3:19 am

umno ke laut aja

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 2:59 am

aku tunggu saat gembira bg rakyat msia baru, kebebasan beragama tanpa takut utk lakukan apa, hak samarata kaum, melayu tak usah takut, hak sama rata saja, kalu hilang hak kuota masuk u ke nk kerja itu nasiblah, hak nak berniaga kalu tak dpt nasiblah sbb tak da kauliti, kuota beli rumah sama, kalu melayu tak dpt beli rumah nasiblah sbb tak cukup duit kena kerja kuat lagi, barang harga kedai semakin murah mungkin peniaga china sukahati sbb BN/UMNO sudah mampus, peniaga china sudah cukup untung dah, kos hidup akan jadi rendah, jadi baki dari gaji akan banyak boleh la nak… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 1:07 am

Yang selama ini taat setia kepada UMNO ini hanyalah rakyat marhen yang tidak ada apa apa jawatan pun di peringkat cawangan. Hanya ahli biasa saja yang sayangkan UMNO ni. Yang berjawatan dalam UMNO hari ini semuanya PENYAGAK belaka. Tindakan MBPP itu amat tepat sekali. ketua perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang tak pernah ambil pedulli pun hal parti. Sehinggalah DAP bukakan mata kita semua. kalau tidak sampai sekarang PM tak tahu. PM dok syok sendiri lagi… Panglima Bugis tu dok percaya sangat ketua ketua bahagian UMNO dok buat kerja. La ni baru dia tau. La ni baru padan dengan muka dia…Depa… Read more »

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
21 June 2015 10:08 pm

Perjuangan bangsa melayu d masa depan kian rapuh….malah mungkin lenyap.
Satu2 parti yg d harap telah d musnahkan oleh seorg presiden yg langsung tidak mempunyai sifat berani jujur dan amanah dlm berjawatan.
Kini….
Tatkala maruah telah tergadai,apakah nilai perjuangan bangsa d bumi msia bertuah ini ?
PM…ANDA SELAYAKNYA MELETAK JAWATAN DAN HADAPI MASALAH ANDA SENDIRIAN TANPA MELIBATKAN RAKYAT.
RAKYAT…BANGUN LAH HADAPI KEMELUT INI DGN BIJAK….ANDA LAH PEMIMPIN SEBENAR.

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
21 June 2015 10:07 pm

Perjuangan bangsa melayu d masa depan kian rapuh….malah mungkin lenyap.
Satu2 parti yg d harap telah d musnahkan oleh seorg presiden yg langsung tidak mempunyai sifat berani jujur dan amanah dlm berjawatan.
Kini….
Tatkala maruah telah tergadai,apakah nilai perjuangan bangsa d bumi msia bertuah ini ?
PM…ANDA SELAYAKNYA MELETAK JAWATAN DAN HADAPI MASALAH ANDA SENDIRIAN TANPA MELIBATKAN RAKYAT.
RAKYAT…BANGUN LAH HADAPI KEMELUT INI DGN BIJAK….ANDA LAH PEMIMPIN SEBENAR.

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 5:49 pm

Go to HELL with UMNO……

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 6:05 pm
Reply to  Anonymous

dahsyat….sampai macam ni sekali kebencian raayat terhadap UMNO

Anonymous
Anonymous
22 June 2015 2:51 pm
Reply to  Anonymous

Macam mana tak benci. Masa bentang bajet kata lain. Janji nak buat pembangunan untuk rakyat bukan main nak rak lagi. Semuanya untuk faedah rakyat belaka. Lepas dapat bajet buat lain. Buat pula benda yg pelik pelik. Kemudian suruh semua kementerian dan jabatan berjimat dan pulangkan duit lebihan semula. Siap janji nak bagi insentif lagi sebanyak 50%.

Ini bajet gila babi namanya. Negara lain di dunia ni pun tak pernah buat macam ni. Ini kata kata Perdana Menteri sendiri. Cakap tak serupa bikin punya manusia.

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 2:11 pm

Awang Selamat Utusan Malaysia pun da mula rasa tak selamat Bro. Ha..ha..

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 10:14 am

Lepaih ni duit rakyat yang tak selamat walaupon kate menabong sejak dari kecil.sedangkan tabongan nak haji pon tak grenti slamat.

Si Delima Merah
Si Delima Merah
21 June 2015 10:10 am

PRU14 nanti, UNDILAH PARTI CAP ATM MACHINE, kami akan pastikan wang anda habis kami gunakan.

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 7:03 am

pak ajik pung heren…..najik doh nasihak ahli, jange amno jadi mace pati jepong LDP hak kaloh dulu..tapi LDP rebound balik….umno beleja laaa..jangan amal korupsi…….tengok mr lubang sekare doh berkepak…ubah lah,jadi ahli politik hak ceredikk…

lufang
lufang
21 June 2015 6:48 am

UMNO mau mati lor rr ,PR sutak mati . PAS manyak kacau , PKR pon manyak kacau .

DAP manyak steady maa aa , Wa manyak sukak itu macam lea aa .

Anonymous
Anonymous
21 June 2015 6:27 am

Memang tak boleh diselamatkan lagi UMNO ni. Bagus juga untuk rakyat. Sekurang kurangnya dapat juga rakyat bernafas kembali bila BN dah pupus dari Malaysia tercinta.