Month: June 2015

Penyakit 1MDB, Felda Merebak Ke Mara?

Setelah didedahkan oleh akhbar The Age berkenaan pembelian apartment Dudley International House di Melbourne oleh Mara dengan harga lebih mahal sebanyak RM13.7 yang kemudian dikembalikan dalam bentuk rasuah melalui sebuah syarikat di Singapura, rupa-rupanya agensi itu juga memiliki tiga hartanah lain di Australia yang dibeli pada 2013 lalu. Dalam keseluruhan empat hartanah yang dibeli oleh […]

Giliran Muhyiddin Tidur Tak Lena

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak masih dibelenggu dengan isu 1MDB yang nyata telah menghakis sokongan rakyat terhadapnya, tindakannya lebih awal mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan sekurang-kurangnya dapat membuatkannya tidur dengan lebih lena selepas ini. Dengan menangguhkan tarikh pemilihan itu yang didakwa mendapat sokongan akar umbi, Najib secara tersiratnya memberi isyarat bahawa tidak […]

Perletakan Jawatan Penganjur Nothing2Hide, disebabkan tekanan atau meluat?

Secara tiba-tiba, tanpa ada angin atau ribut, Pengerusi Sukaguam, Khairul Anwar Rahmat yang menganjurkan program kontroversi Nothing2Hide meletakkan semua jawatannya dalam UMNO.  Kononnya perletakan jawatan itu untuk memberi tumpuan kepada syarikat guamannya mengembangkan sayap ke Eropah dan Asia Barat yang selama ini terhalang kerana beliau terlalu aktif dalam politik tempatan. Beliau yang kini memegang jawatan […]

Sekali Lagi Najib Perlekehkan Muhyiddin

Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu.  Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti. Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden […]

Mahathir Mula Mengalah, Mahu Najib Dihukum Dalam Pilihanraya?

Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah mula tawar hati untuk terus menyerang Najib Razak berkaitan 1MDB? Atau adakah beliau kini semakin merasakan 1MDB bukanlah senjata yang cukup tajam untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya? Ini adalah antara beberapa persoalan yang mula menjadi percakapan ramai sejak kebelakangan ini apabila Tun […]

Pakatan Rakyat Baru Direstui Anwar?

Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini. Setelah kumpulan progresif Pas yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai […]

Siapa Tenggelam Dan Siapa Bimbang?

Kewujudan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh kumpulan progresif Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.  Tidak saja PasMa dengan penuh yakin mengumumkan penubuhan parti baru itu akan direalisasikan tidak lama lagi bersama beberapa NGO dan bakal menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat, bahkan kumpulan progresif itu sendiri […]

Solidaritilah Demi Mazlan Aliman

Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku “pembersihan etnik”  dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti. […]

Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat

UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown. Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya. Apa […]

Masihkah Ada Badi Untuk Parti Islam Baru?

Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah “tawar hati” dan “putus kasih” terhadap parti itu. Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya “cai” telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut. Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan […]

PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas

Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan “lebih lajak dari laju” dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi. Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas […]

Nazir Razak Cuba Hantar Mesej Perubahan Kepada Rakyat

Sejauh mana penglibatan Nazir Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak dalam penubuhan sebuah parti politik baru yang kini menjadi perbualan ramai, masih tidak dapat dipastikan secara tepatnya lagi.  Mengikut laporan portal berita Asia Sentinal, Nazir yang kini Pengerusi Kumpulan CIMB sedang giat mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh perniagaan di Kuala Lumpur dan United […]

Nazri Aziz Silap Besar, Jawatan Kabinetnya Kini Terancam

Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mengkritik Tuanku Mahkota Johor dengan cara yang dianggap kasar lantaran terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib Razak yang sedang diserang dari pelbagai sudut, kini semakin hampir mengundang malang kepada dirinya. Beliau bukan saja bakal berhadapan dengan siasatan pihak polis, bahkan juga mulai menerima kecaman yang semakin meluas daripada pelbagai […]

Sebelum Nak Belasah TMJ, Nazri Patut Belasah Najib Lebih Dulu

Ketika perbalahan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir makin memuncak ketika ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz tampaknya seperti pembela utama dalam mempertahankan kedudukan Perdana Menteri. Berbanding menteri dan pemimpin UMNO yang lain, beliau semakin kerap muncul di dada media dengan apa saja yang ditanya mengenai serangan terhadap Najib akan dijawabnya dengan lantang, berani […]

"Tiga Hari Tersinggah Ke Rumah Gadis Cantik, Mustahil Kalau Bukan Nak Mengorat"

Sesiapa pun sukar mempercayai alasan TV3 bahawa tindakannya memainkan isu berkaitan kualiti kereta nasional Proton,  tiada kaitan dengan suasana politik negara dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak sukar memahami ia adalah serangan balas terhadap Tun Mahathir Mohamad yang kian hari kian memuncak mengkritik serta mendesak Najib Razak agar […]

Jika Perbalahan Mahathir – Najib Berterusan Hingga PRU 14, Apa Pilihan Yang Wajar?

Sudah tak terhitung berapa kali  banyaknya Tun Mahathir Mohamad sudah mendesak agar Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya sejak berlaku kemelut antara kedua mereka. Setiap kali beliau bersuara, mengkritik dan menyerang Najib, saranan perletakan jawatan itu jarang benar tercicir daripada butir bicaranya.  Daripada semua isu dan masalah berkaitan Najib yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri […]

Wahai Bakal PM, Jangan Biar Mahathir Terus Sendirian…

Dalam keadaan sekarang, hampir tidak ada yang berani mengatakan hubungan Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad mampu dipulihkan seperti sedia kala. Lebih ramai yang percaya pertelingkahan ini akan berterusan dengan penutup ceritanya yang sukar diramalkan. Tun Mahathir memang diketahui seorang yang “keras hati”  dan tidak pernah mengalah dengan apa yang sudah dimulakannya. Sesetengah yang rapat […]

GST – Kastam Suruh Peniaga Naikkan Harga?

Beban cukai GST masih menjadi bualan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Tidak kira di bandar atau kampung-kampung, rata-rata masih ramai yang bersungut, bukan saja mengenai lebih banyak wang perlu dibelanjakan berbanding sebelumnya tetapi juga kerana cukai tersebut turut menyebabkan kenaikan harga barang-barang. Ada yang merungut perbelanjaan bulanan mereka sudah meningkat berbanding […]

Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet?

Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein,  menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini. Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada […]