Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?

Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.
Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda setia dan ingin terus bersamanya.
Tetapi ramai yang membawa berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.
Begitu juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di Putrajaya,  Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan gembiranya.
Ada tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu. Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.
Beberapa tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.
Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?
Adakah ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?
Adakah kerunsingan dan wajah tidak ceria itu kerana sedang menunggu apakah lagi serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir kepadanya selepas ini?
Tetapi jika beban serangan Tun Mahathir yang dirunsing dan dirisaukannya, bukankah beliau sudah berikrar tidak akan menyerah dan akan terus melawan?
Lebih dari itu, bukankah baru-baru ini juga Najib sudah turun ke Tawau dengan disambut meriah kira-kira 40 ribu akar umbi keturunannya kerana di daerah itulah sebetulnya warga Bugis paling ramai menetap di negara ini?
Tidakkah sepatutnya, selepas bertemu dengan mereka yang sejenis darah dengannya dan kemudian menyatakan tidak akan menyerah serta akan terus melawan bagi mengekalkan jawatannya, Najib seharusnya berwajah lebih ceria dan bersemangat kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna?
Apakah keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib kini semakin menyedari hayat politiknya kian pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?
Apakah juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah ahli keluarganya dalam isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?
Setelah adik-beradiknya sebelum ini membantah kaitan perbelanjaan mewah keluarga Najib dengan kekayaan warisan Tun Razak, semalam adik bongsunya, Nazir bersuara lagi dengan menyarankan Lembaga Pengarah 1MDB sepatutnya meletakkan jawatan kerana sering berdiam diri di sebalik kemelut yang berterusan.
Tidak dinafikan ia adalah sindiran kepada Najib yang menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan yang sedang bermasalah dan dikritik rakyat itu.
Akhirnya, mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama sekali? (SH 15/05/2015)

Dua wajah Najib di malam bersama media yang jelas tergambar tiada lagi gembira dan ceria…

Mungkinkah ini yang membuatkan Najib tergangggu dan tidak ceria?
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

25 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Miss Vee
Miss Vee
17 May 2015 5:08 pm

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 12:41 pm

Cuba ukur balik umur guna apps hari tu..

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 9:47 am

Saya sebagai seorang Islam, memang sangat tidak senang dengan apa yang Pak Najib telah buat sebagai PM. Bagi saya Pak Najib seharusnya berundur dan kembali kepada jalan yang lurus. Lagi ada masa untuk beliau berfikir dan berkorban sedikit demi membersihkan namanya dan dirinya. Kalau beliau masih berdegil dan tidak mengakui kesalahannya, maka tanggunjawab sangat berat, kerana amanah untuk beliau ialah demi rakyat. Rakyat jangan dizalimi. Rakyat hari-hari berdoa. Doa orang yang dizalimi ……harus Pak Najib mengerti. Harga barang naik …… keselamatan di perairan Sabah terancam …… pnitu masuk negara mudah di bolosi orang luar ….. pemberian kontrak business pilih kroni-kroni… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 9:09 am

Mmg dia betoi2 stress.Kena hentam sana sini. Nak nafi pun mmg rs bersalah pun tetap ada. Kalau undur mmg dia akan di tongsampahkan dlm sejarah PM paling teruk. Di bayangi segala rekod2 teruk dia & bini dia .Samada dia undur atau kekal PM masalah tak selesai.Aku rasa dia pun tak bole tidor lena.Nasib kolah Najib. Ingat senang ke nk jadi PM?? Tahu songlap je koje kamu.. enjoy sakan, makan angin laki bini smpi lupa daratan lautan. Lambat laun ko akan tersembam gak!!

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 9:08 am

Tangan kanan jib bon bagi gula2 br1m tgn kiri najib bg tahi gst.itu blm kira syarikat perompak 1m semua sudah jelas.mana mahu senyum lg.leher bagai dtali gantung tunggu mati sj

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 4:23 am

Yang 40,000 orang keturunan Bugis yang menyambut ketibaan Najib di Tawau tu rakyat Malaysia ke atau ii?

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 4:12 am

Air muka najib spt tanda2 org yg frustrated menonggeng….aku malu ada PM mcm ni dlm sejarah Malaysia….PM yg xda karismatik langsung….x boleh dijadikan panduan dan pedoman…taraf akalnya spt budak umur 12 tahun yg suka bermain enjoy….menari tergedik2 atas pentas…bercakap meneran neran mcm dibuat2…berlakon….pm yg paling bnyk isu….undurlah kau najib…kalu aku sorang rakyat pun dah xda perasaan hormat pd kau….malulah kau makan nasi atas keringat rakyat mcm aku…..MANA MARUAH KAU NAJIB….MALULAH….BERTAUBATLAH….PERGI BUAT KERJA AMAL DI MASJID2…

Warga UMNO Marhein
Warga UMNO Marhein
16 May 2015 3:34 am

Sdr Shah – yang saya nampak ceria pada malam tu IdrisJala & NancyShukri! PMNajib mungkin dah terlalu tertekan…..harapkan kaum Bugisnya beri sokongan apa kamu ingat kamu PM untuk Bugis ke? Atau Presiden Bugis ke? 47% effectively dah tolak kamu dlm PRU13… Berilah peluang kepada orang lain pulak untuk memperbaiki keadaan negara.

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 2:20 am

Nasehat saya kepada sesiapa pun di muka bumi Allah, masa yg lepas tak boleh nak buat apa, harap jadi kenangan dan panduan. Peliharalah dan perguna masa hadapan dgn sebaiknya. Kita
hanya ada 3 masa sahaja iaitu ….1. Kelmarin 2. Hari ini dan 3. Esok.

zarra
zarra
16 May 2015 1:24 am

Sesungguhnya, yang tahu sebenar2nya kesilapan dan dosa2 kita ialah tuan punya badan sendiri! Mungkin juga menyedari hakikat itulah yang menyebabkan pm kita itu sangat tertekan jiwanya; yang terzahir pada wajah/sosok beliau……

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 12:17 am

Bagi saya bagaimana rupa seorang itu menghadapi tekanan bukalah isu yg perlu di renungkan sebagai bukti orang itu kecewa atau tidak.Paling penting menjaga air muka dan maruah sesaorang itu amat di hargai jika ianya melibatkan kebenaran yg tidak di minipulasikan secara terang terang. Rakyak Malaysia sekarang bukan rakyat yang seumur dgn Najib dimana kebanyakan mereka ini BUTA iT dan telalu kuno agenda pendirian mereka…lebih bersikap TAK APA..Bagaimana pula rupa riak muka rakyat rakyat yg hanya mampu menelan KEJAHILAN DAN KETIDAK UPAYA seorang PM NEGARA yg melontorkan semangat juang harian mereka bila PM yg di lantik adalah seorang yg LEMAH AKAL… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 11:54 pm

Kemurungan dan kegembiraan mereka tidak membawa apa2 makna…..duit negara tetap kena sebat.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 11:37 pm

kebenaran akan terbongkar,,pembohongan yang lama pasti akan terbongkar…moga2 anwar akan dapat kebebasan kembali….allah yg maha esa..tiada siapa yg boleh mencabar balsan allah..rasakan pemimpin2 umno..skrg bertelagah lah engkau sesama sendiri…

ibrahim darus
ibrahim darus
16 May 2015 5:25 am
Reply to  Anonymous

Anon 7.35
Saya langsung tidak teruja dengan cadangan untuk membebaskan seorang banduan yang telah didapti bersalah kerana meliwat. Biarkan dia menjalani hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya supaya beliau insaf. Ini bukan ' political persecution '.

Anonymous
Anonymous
16 May 2015 7:51 pm
Reply to  Anonymous

ibrahim darus, adakah anda juga dgn senang hati rela besekongkol dgn fitnah ciptaan UMNO serta kezaliman mereka terhadap banduan yg anda maksudkan itu? Ini juga bukan 'political persecution' tetapi adalah pertanyaan mengikut keadilan dlm syariat Islam dan merujuk kpd nama anda nampaknya anda adalah seorang Islam.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 10:56 pm

Tuan, selepas najib disingkirkan oleh Madey, rakyat paling gembira. Dan kemudian rakyat mahu pula Umngok dan BN pula disingkirkan dari putrajaya. Cukuplah, bagi parti lain pula memerintah. Umngok dan Bn dah rosakkan negara ini dengan seribu macam kerosakan sehingga negara ini mundur kebelakang setaraf negara Afrika.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 2:48 pm

Melalui ilmu semiotik.. 2 gambar tu cukup meyakinkan keadaan najib agak tertekan. Hati gundah memikirkan perkara yg berat. Sendiri buat, sendiri tanggung.. Mahathir yg baru pulang dari menyuci dosa di Mekah senyum melebar..Menunggu masa untuk menabur peluru utk najib. Well, good luck for both of them. Yg nyata rakyat akan melihat dan menilai episod drama bogel membogel kedua belah pihak. Rakyat tetap kena bayar GST + Cukai pendapatan+ saman dsbgnya. Itulah nasib rakyat Malaysia.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 2:05 pm

pakat pi mekah nak tunjuk sapa tak salah
satu yang sama – dua dua tak suka hukum Allah dijalankan
omno baru dah haru biru omno lama dah haram

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
15 May 2015 2:06 pm
Reply to  Anonymous

Otak udang

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
15 May 2015 2:07 pm
Reply to  Anonymous

Otak udang

Small Green Fish
Small Green Fish
16 May 2015 8:07 am
Reply to  Anonymous

Sila teliti penjelasan Tun Mahathir dan kemukakan hujah balas secara rasional jika tidak bersetuju dengan beliau sebelum memberi komen. Tulisan anda tidak mencerminkan tahap budi bahasa yang tinggi seperti yang dituntut Islam, bagaimana mahu berbicara tentang Hukum Allah?

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 1:49 pm

Do'a Tun Mahadey dan keluarganya semasa diMakkah la tu berselfi dimedah Ka'abah lagi engkau.Mati la kamu Najib do'a mahadey kat kamu yang ktegaq tak mau dengaq nasehat oghang tua,kalau dai mula kamu dengaq cakap tak la nampak sangat begainya kedua-dua kamu tu,la nie rakyat pun dah mula meluat dak kat kamu bedua.Kita tnggu la no apa pula nak keluaq.

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
15 May 2015 1:46 pm

@shah.Salaam.Banyak2 perkara bab air muka ni lah yg tak boleh nak d sorokkan. D akui kebelakangan ini beliau d desak dgn pelbagai isu. Tapi bila d renung kembali kenapa isu2 ini timbul ?Selalu saya jelaskan…..janji ALLAH ITU PASTI. Mana mungkin mungkir. Najib sebenar nya amat mengetahui perkara2 isu ini….Mana mungkin tak tahu ! Jika tidak jgn jadi pm. Tetapi dasar sikap manusia…….Amat menyedihkan cara kepimpinan beliau amat lemah. Bisa tunduk kemahuan pembangkang….utk apa ? Jika beliau tidak pertahankan bangsa melayu berdaulat ini siapa lagi…..agung ?Kemudian ambil sikap berdiam diri…..apabila timbul persepsi lain maka serang peribadi org. Dan yg kena serang… Read more »

Maliq Alsamani
Maliq Alsamani
15 May 2015 1:45 pm

@shah.Salaam.Banyak2 perkara bab air muka ni lah yg tak boleh nak d sorokkan. D akui kebelakangan ini beliau d desak dgn pelbagai isu. Tapi bila d renung kembali kenapa isu2 ini timbul ?Selalu saya jelaskan…..janji ALLAH ITU PASTI. Mana mungkin mungkir. Najib sebenar nya amat mengetahui perkara2 isu ini….Mana mungkin tak tahu ! Jika tidak jgn jadi pm. Tetapi dasar sikap manusia…….Amat menyedihkan cara kepimpinan beliau amat lemah. Bisa tunduk kemahuan pembangkang….utk apa ? Jika beliau tidak pertahankan bangsa melayu berdaulat ini siapa lagi…..agung ?Kemudian ambil sikap berdiam diri…..apabila timbul persepsi lain maka serang peribadi org. Dan yg kena serang… Read more »

IBU.SUMIASIH
IBU.SUMIASIH
6 March 2016 3:07 am
Reply to  Maliq Alsamani

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata… Read more »