Pengumuman Kepada Pembaca Blog Ini

Ramai yang bertanya kenapa sejak akhir-akhir ini ada komen-komen di blog ini yang dipadamkan? Ada juga yang ingin tahu, apakah saya sudah mula menapis dan menghadkan kebebasan?

Sebenarnya saya sangat terbuka kepada sesiapa saja yang ingin memberi komen di blog ini.  Sebagaimana saya bebas menulis, saya juga mengalu-alukan kebebasan yang sama di kalangan pembaca. Luahkanlah apa saja, asal dalam batas kesopanan dan kewajaran yang sesuai dengan topik yang saya tulis atau bicarakan.
Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada pihak tertentu, rasanya orang asing, yang menjadikan ruang komen yang ada sebagai wadah menjual sesuatu yang haram iaitu nombor ramalan atau judi. Ia tentunya mengganggu keselesaan pembaca blog ini.
Sejujurnya saya masih boleh menerima, selain komen atau pandangan, kalau sesiapa mahu mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka di blog ini. Sebelum ini ada yang mengiklankan kad prabayar, buku dan sebagainya. Saya biarkan saja kerana ia sebahagian daripada keterbukaan itu.
Namun tentu saja mempromosi judi, nombor ramalan atau apa yang dikata togel itu tidak boleh diterima sama sekali.  Iklan seperti itu bukan tempatnya di blog saya, lalu semestinya saya akan padam atau delete. Sebelum ini saya anggap iklan seperti itu mungkin tersesat, tapi nampaknya makin dibiarkan makin menjadi-jadi.
Kepada pembaca atau pengomen yang lain, meski menggunakan nama anonymous sekalipun, jangan risau, saya tidak akan padam atau delete selagi komen yang diberi itu berada di landasan yang wajar sebagai medan untuk sama sama meluahkan pandangan atau berhujah sesama kita.
Hanya yang berkaitan judi, haram, togel dan seumpamanya saja yang akan dipadamkan.
Terima kasih. (SH 15/05/2015)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

17 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
JAVA NEWS
JAVA NEWS
28 February 2017 8:56 pm

[IMG]http://i68.tinypic.com/28txrf4.jpg[/IMG] Hallo teman-teman pecinta judi online , vipqiuqiu99.com lagi mengadakan promo mungkin ada dari anda yang berminat untuk bermain di vipqiuqiu99.com 6 Game yang kami sediakan dalam satu web : * BANDAR POKER, * PLAY DOMINO99, * PLAY BANDARQ, * PLAY POKER, * CAPSA SUSUN,* PLAY ADUQ Deposit dan withdraw hanya Rp,-20.000 Kami juga menyediakan bonus untuk member setia kami. BONUS REFERRAL 10% + 10%, B10:07 AM 02-10-2016 BONUS TURNOVER 0,3% Jika ada kendala dalam pendaftaran atau kendala lainnya,silakan hubungi cs kami langsung yah :– LIVE CHAT– No.Hp : +85570931456– PIN BB : 2B48B175Kami berusaha memberikan yang terbaik untuk member… Read more »

Miss Vee
Miss Vee
17 May 2015 5:08 pm

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

eeiihh
eeiihh
16 May 2015 2:58 pm

good job…kipidap

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 11:22 am

jangan biarkan iklan maksiat/judi nanti dikira besubahat jugak
lama tunggu bila nak jumpak mamat kat london tu
tak jadi ka

Yong Intan Noor
Yong Intan Noor
15 May 2015 8:30 am

Salam Shahbudin

Yong pun terkena jugak. Sahabat semua. Macam mana nak blok penjual nombor haram ni erk? Geram betul. Dah blok pun masih masuk jugak.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 8:13 am

YA ALLAH…kami raayat Malaysia dizalimi…..hancurkan pemimpin ,penguasa dan munafik diatas kezaliman mereka………takalbal minnaa

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 7:17 am

MEMANG KURANG AJAR PREDIKSI SGP DI ATAS…..MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN YG MENGGANGGU BLOG PENENTANG KEBOBROKAN PEMERINTAH….YA ALLAH…PATAHKAN JARI KPD MEREKA2 YG MENGHANTAR INFO2 TTG JUDI TOTO INI….

Awin Ibrahim
Awin Ibrahim
15 May 2015 3:09 am

setuju

Awin Ibrahim
Awin Ibrahim
15 May 2015 3:09 am

setuju

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 2:23 am

Iklan tu Spam.

Website penyokong PR lain pun ada yg kena iklan Togel, no ekor ni.

Spam tu sengaja di kenakan atas website PR utk "menyerang" owner website/blog tu, supaya lama2 give-up utk delete spam tu. Ataupun supaya integriti website tu merudum di sebabkan byknya spam tu.

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 2:08 am

Setuju

Anonymous
Anonymous
15 May 2015 12:42 am

You did right.

mus
mus
15 May 2015 12:14 am

Ini yang menjadikan blog tuan lin dari yang lain. Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan tuan.

Sr Azami
Sr Azami
15 May 2015 12:08 am

Cantik Din. Dlm blog lain pun ade iklan begini. Sy dah mohon kpd empunya blog utk delete iklan sesat tu tp tiada action.
TK krn peduli perkara begini
Kita nak baca berita bukan nak buat per haram
TK Din

Awin Ibrahim
Awin Ibrahim
14 May 2015 10:28 pm

setuju

Anonymous
Anonymous
14 May 2015 8:47 pm

Komen atau iklan mengarut sepatutnya tiad tempat di blog ini

Anonymous
Anonymous
14 May 2015 7:44 pm

Sangat setuju dgn tindakan admin, segala komen yg tidak sepatutnya disiarkan hendaklah dipadam. Keterbukaan pun ada batasnya, ibarat orang bukan Islam tidak salah bagi mereka mendedahkan aurat tetapi tidak semestinya boleh dibenarkan bertelanjang bulat di depan khalayak ramai. Syabas admin dan terima kasih!