Month: May 2015

Jho Low Ada Di Malaysia, Siapakah Bakal Ditemuinya?

Mengikut laporan sebuah portal berita iaitu The Ant Daily atau Semut Harian, jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low ketika ini sedang berada di Malaysia. Berdasarkan apa yang dilaporkan, Jho Low  dikatakan tiba dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong yang memulakan perjalanan dari Jepun dan tiba di KLIA lewat petang Khamis lalu. Beliau yang […]

Berapa Banyak Bohong Daa…

Kemelut 1MDB terus menghantui rakyat dengan jalan keluar yang masih kabur dan berliku-liku. Sama ada syarikat pelaburan itu mampu dipulihkan atau sebaliknya, yang nyata beban hutang RM42 bilion tetap menjadi tanggungan rakyat. Selain hutang yang tinggi dan wang RM27 bilion tidak dapat dijelaskan ke mana perginya, setelah penyiasatan mencari kebenaran memasuki fasa audit oleh Ketua […]

Daripada "Berperang" Melalui Blog, Bukankah Lebih Baik Berdebat?

Selepas menjawab 13 soalan lazim berkaitan kepimpinannya sebelum ini, Najib Razak semalam mengambil masa menjawab dua lagi perkara iaitu mengenai dakwaan Tun Mahathir Mohamad dan GST. Menulis di blognya NajibRazak.com, berkaitan dakwaan Tun Mahathir, Perdana Menteri berkata, banyak tuduhan yang dilemparkan terhadanya sebagai tidak adil dan mengelirukan. Beliau antaranya membangkitkan isu pembelian cincin berharga RM24 juta […]

1MDB – Tumpuan Kini Beralih Kepada Muhyiddin

Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya. Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak […]

Alamak…Penjara Tiga Tahun Tuu!!

Jawapan mengelirukan mengenai sama ada “wang tunai”, “aset” atau “unit” milik 1MDB yang disimpan di sebuah bank di Singapura ketika ini terus menjadi “duri dalam daging” kepada Najib Razak dalam mempertahankan kedudukannya. Setelah sekian ramai yang mempertikaikan jawapan yang diberikan Najib di Parlimen mengenainya, kini bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pula tampil dengan mendakwa […]

Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?

Menyedari kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu, Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata rakyat. Difahamkan tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan […]

Mencari Perdana Menteri Baru

Di mana-mana ketika ini isu pertukaran Perdana Menteri sudah menjadi percakapan umum yang jarang terlepas daripada bibir perbualan rakyat. Orang kampung, orang bandar, ahli parti, mereka yang berkecuali, pegawai kerajaan, swasta, pencari kerja, anak muda dan sesiapa saja, malah boleh dikata  hampir semua rakyat bercakap isu yang sama. Bertemu di kedai kopi, berbincang soal bisnes […]

1MDB – Menanti Wibawa Ketua Audit Negara Dan Berani Atau Tidaknya PAC Menyiasat Najib

Di ketika Najib Razak meminta semua pengkritik 1MDB bersabar menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu, jawapannya selaku Menteri Kewangan di Parlimen mengenai kedudukan sebenr simpanan di Singapura tentu saja membuatkan ramai hilang sabar dengannya. Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, pengakuannya bahawa tiada wang […]

Najib Tak Mungkin Percaya Pandikar Amin Lagi, Undur Pilihan Terbaik Baginya

Siapa bercakap benar dan siapa berbohong dalam isu perletakan jawatan Speakar Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya boleh dinilai sendiri oleh rakyat.  Seakan tidak dapat menahan beban dalam jiwa selepas hasratnya meletakkan jawatan didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Pandikan Amin mengadakan sidang akhbar mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Beliau mengakui memang menghantar surat perletakan […]

Apa Orang Bugis Suka Buruk Siku?

Kalau dilihat gelagat Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, nampak sangat beliau sedang gelabah, panik dan cuba berbuat apa saja untuk menyelamatkan kedudukannya. Makin hari, kerusi Perdana Menteri yang didudukinya jelas semakin bergoyang. Setelah berbangga mendapat sokongan daripada MT UMNO, Ketua-Ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang secara asasnya itulah tunjang sokongan dalam […]

Puas Hati Dengan Jawapan Najib? Kenapa Isu Rosmah Tidak Dijawab Sama?

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya. Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihanraya akan […]

Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?

Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya. Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai […]

Pengumuman Kepada Pembaca Blog Ini

Ramai yang bertanya kenapa sejak akhir-akhir ini ada komen-komen di blog ini yang dipadamkan? Ada juga yang ingin tahu, apakah saya sudah mula menapis dan menghadkan kebebasan? Sebenarnya saya sangat terbuka kepada sesiapa saja yang ingin memberi komen di blog ini.  Sebagaimana saya bebas menulis, saya juga mengalu-alukan kebebasan yang sama di kalangan pembaca. Luahkanlah […]

Sokongan Kepada Najib Terus Mereput

Sokongan yang diterima Najib Razak dalam mesyuarat MT UMNO Isnin lalu seperti tidak memberi makna kepada kekukuhan hayat politiknya kerana kini pemimpin parti itu terus juga bersuara mengenai kontroversiri 1MDB dan Tabung Haji. Ia memberi bayangan segala sokongan dan Najib pula meminta Ketua Audit Negara mempercepatkan pengauditan terhadap syarikat pelaburan itu supaya segala-galanya dapat diketahui […]

"Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama"

Hanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan “menggerunkan” daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said. Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak […]

Viagra Palsu Daripada Haji Hadi

Selepas mendakwa disokong oleh Ahli-Ahli MT UMNO pada Isnin lalu, Perdana Menteri Najib Razak mendapat khabar yang mungkin paling menggembirakannya selepas itu apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang memberi sokongan kepadanya untuk terus kekal sehingga PRU akan datang. Berdepan serangan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad yang mahukannya segera berundur untuk mengelakkan BN hilang kuasa, sokongan […]

Ungkapan "Kita Akan Selalu Bincang" Petanda Najib Mulai Bimbang

Apakah yang dapat disimpulkan daripada mesyuarat MT UMNO semalam di sebalik beberapa penjelasan yang diucapkan  Najib Razak kepada media sebaik saja mesyuarat itu berakhir? Adakah semuanya sudah beres dan keakraban kembali seperti sedia kala apabila Najib berkata semua ahli MT memberi sokongan penuh kepada beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin? Apakah hubungan Najib dengan Muhyiddin sudah […]

Gendang Perang Sudah Dipalu, Adakah Pemimpin UMNO Berani Bersoal Jawab Dengan Najib?

Hari ini, 11 Mei adalah hari ulangtahun UMNO yang ke 69. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ulangtahunnya kali ini lebih menandakan bermulanya detik pertembungan berbanding mengukuhkan lagi perpaduan. Perdana Manteri paling lemah dalam sejarah UMNO, Najib Razak bukan saja diserang oleh Tun Mahathir Mohamad dan mahukannya berundur,  malah mula dipertikai oleh pimpinan kanan parti sendiri.  […]

Najib Makin Dijauhi, Benarkah Perancangan Sedang Berlaku Di Milan, Italy?

Minggu ini Najib Razak mempunyai dua aturcara khusus berjumpa dengan pemimpin UMNO yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka. Pada hari Ahad beliau akan berada di Tawau Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang […]