Month: April 2015

Jawapan Tak Memuaskan, Perlu Diadakan Forum Khas "Live" Antara Mahathir Dan Najib

Semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap temubual Najib Razak melalui televisyen malam tadi yang sejak awal dikatakan akan menjawab segala kritikan terhadapnya, terutama daripada Tun Mahathir Mohamad. Ramai mengimpikan dapat tidur lena selepas mendengar penjelasannya itu memandangkan Perdana Menteri sudah berdiam diri terlalu lama tanpa jawapan terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Namun, semuanya hampa […]

Email Daripada Aidana Karabasova

Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada email ini tulen atau sebaliknya. Dalam emailnya, Aidana  Karabasova mengakui bahawa itu adalah gambarnya […]

Mahathir Dah Jawab, Najib Bila Lagi?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi pukulan lagi kepada Najib Razak. Kali ini beliau tidak saja meneruskan kritikan dan persoalan untuk segera dijawab malah sambil itu menjawab pelbagai serangan yang mula dilemparkan terhadapnya. Antara yang dijawabnya ialah mengenai beberapa skandal yang melibatkan kerugian wang di era pemerintahannya.  Katanya, memang ada berlaku kehilangan wang semasa beliau […]

Siapa Aidana Baizieva Kekal Misteri, Gambar Di Media Sosial Dipercayai Bukan Wajah Sebenar

Siapakah sebenarnya wanita misteri yang dipercayai bernama Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam tragedi nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu? Apakah itu nama sebenarnya atau yang terbunuh itu mempunyai nama yang lain? Dalam nahas itu, enam penumpang yang terdiri daripada Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Huat Seang, […]

Apa Kata Jika Mahathir Sendiri Membuat Laporan Polis Terhadap Najib?

Serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sudah boleh dikira berada di tahap yang tidak boleh dipulihkan lagi. Beliau sudah dianggap “berkerat rotan, berpatah arang” dan “putus saudara” dengan Najib. Bermula dengan serangan terhadap aspek kepimpinan, Tun Mahathir kini benar-benar menyerang sasaran yang melibatkan peribadi dan maruah Najib, terutama berkaitan […]

Apakah Sirul 'Senjata Sebenar' Mahathir Menjatuhkan Najib?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu. Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa. Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan […]

Najib Mesti Bangkit Melawan!!

Apa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sekarang ialah respon dan jawapan daripada Perdana Menteri, Najib Razak terhadap serangan bertali arus yang kian hari kian keras yang dilontarkan oleh Tun Mahathir Mohamad kepadanya. Secara normal dan manusiawinya, Najib tidak boleh lagi sekadar berdiam diri dan mengunci mulutnya terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana isu-isu […]

Masa Untuk Tun M, Ku Li, Pak Lah dan Musa Hitam Bersatu

Sekembalinya daripada luar negara semalam kerana menjalani rawatan mata di Jepun dan tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Najib Razak yang gilang-gemilang dan super mewah,  bekas Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk meneruskan serangannya kepada Perdana Menteri yang sudah sekian lama ditarik balik sokongannya. Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun […]

1 April – Antara Resit Marah Dan Kenduri Mewah

1 April setiap tahun biasanya dikenali sebagai April Fool iaitu hari kita berjenaka atau mengenakan kawan-kawan dengan sesuatu yang menghiburkan. Tujuannya hanyalah untuk suka-suka, bergembira sambil mengeratkan hubungan dengan kawan atau kenalan. Tetapi 1 April tahun ini di negara kita tiada lawak jenaka atau hilai ketawa seperti tahun-tahun sebelumnya. Semuanya kerana GST yang mula diperkenalkan […]