Najib, Tunggu Apa Lagi!!

Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara tersebut.
Tetapi di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan. Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan seolah-olah mendapat “suntikan tenaga baru” untuk terus menyingkirkan Najib.
Jika Jumaat lalu, Tun Mahathir dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh selama kira-kira sejam tidak jauh dari Masjid Negara, hari ini pula bekas Perdana Menteri itu duduk bersebelahan dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam suatu program anti perang di PWTC, Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Muhyiddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada “perjuangan kebenaran” yang dilakukan oleh Tun Mahathir.
Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Muhyiddin yang bagaikan menyambut keluhan Tun Mahathir sebelum ini bahawa beliau mungkin keseorangan dalam berhadapan dengan Najib Razak yang mahu disingkirkannya.
Selain semakin rancak bertemu dengan pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, Tun Mahathir juga semakin rajin menulis meluahkan pandangan dan kritikannya kepada Najib di blog Chedet miliknya. 
Kehadirannya di pelbagai program yang disusuli dengan lontaran pelbagai pandangan mengenai isu politik semasa dalam negara, juga turut bertambah.
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mendedahkan baru-baru ini, Tun Mahathir juga ada mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali di luar negara.
Sokongan terbuka Muhyiddin kepada “perjuangan kebenaran” yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidaklah sukar difahami bahawa ia tentunya berkaitan dengan serangan dan kritikan terhadap Najib, tambahan pula tiada akvititi atau isu lain yang difokuskan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika ini.
Ke mana hilangnya wang 1MDB dan siapa yang memberi arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya seperti yang kerap ditanyakan oleh Tun Mahathir tidak lain hanyalah untuk mengetahui kebenarannya.
Lebih-lebih lagi dengan mengatakan Tun Mahathir tidak keseorangan dalam perjuangan itu, ia adalah pengakuan terbuka Muhyiddin bahawa beliau berpihak kepada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Jika Jumaat lalu, Najib mungkin tersentak dengan berita pertemuan antara Tun Mahathir dengan Ku Li, sokongan terbuka Muhyiddin ini dan mereka juga duduk bersebelahan yang memberi gambaran adanya  “ehem ehem” antara keduanya, pastinya memberi lebih lara kepada Perdana Menteri yang sedang berada di luar negara.
Berada di Kazakhstan di mana beliau sepatutnya berasa gembira sebagai seorang bapa, tetapi sebagai Perdana Menteri pula mungkin perasaannya sedang berbeza.
Di dalam negara dan di pelbagai peringkat percakapan pula, rata-rata rakyat begitu mengharapkan adanya perubahan dalam kepimpinan negara kerana peredaran masa memperlihatkan Najib ternyata gagal memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Gagalnya Najib barangkali boleh difahami dengan kenyataan sinis Tun Mahathir beberapa hari lalu yang menyatakan simpatinya kepada Perdana Menteri kerana “nak bina jambatan pun tak boleh”.
Najib, mahu tidak mahu, harus mengakui bahawa semua perkembangan akhir-akhir ini adalah tanda-tanda yang semakin jelas hayat politiknya sebagai Perdana Menteri kian pendek dan sukar diselamatkan.
Najib, tunggu apa lagi!! (SH 19/04/2015)

Gambar terbaru Najib ketika menghadiri majlis bertandang di Kazakhstan…

Daniyar dan Nooryana gembira sebagai pasangan suami isteri…
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:33 pm
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
janet
janet
3 July 2015 6:20 am

nice info,,

IBU FATMA DI MALAYSIA
IBU FATMA DI MALAYSIA
5 September 2016 3:54 pm
Reply to  janet

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

jepe2d Com
jepe2d Com
7 May 2015 2:20 pm

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah… Read more »

Miss Vee
Miss Vee
29 April 2015 6:27 pm

Lagi Isu Panas … Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Saadun Sulaiman
Saadun Sulaiman
20 April 2015 4:09 am

Ingat senang ka nak letak jawatan? Duit negara masyuk dari mcm2 sumber bhai.. celik setiap pagi, ada lebihan USD 10 billion. Kini akan di tambah lagi satu bila mana di bulan Sempember nanti KERA-jaan akan mengkempoun setiap rumah yang tidak mengasing kan sampah sarap mereka, saperti para botol di satu tempat. Para plastic di satu tempat dan yang itu di situ tempat. Macam kita buang air, kencing ada saluran nya dan yang itu ada saluran nya. Tegas nya sampah sarap ini perlu di asing kan. Kalau tidak boleh di denda sehingga RM1,000.00,
Mudah sekali KERA-jaan mencari duit.

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 10:18 pm

Ingat senang ka nak letak jawatan? Duit negara masyuk dari mcm2 sumber bhai.. celik setiap pagi, ada lebihan USD 10 billion, kalo guna pun, xder siapa peduli atau ambil tau. Setiap pagi PMO ada mcm2 update report itu ini duit masyuk. Hang nak dok diam saja je ke?? Kalo kene motong getah baru boleh simpan duit, mmg baru tau kata yg hidup ni susah. Tapi ini tiap2 pagi ada lambakan duit cukai yg ajen2 PMO dah kelaskan siap2 dah utk PM buat belanja peribadi. Rakyat kita ni bukannya mcm Indonesia, bukan juga mcm Thailand..pengecut dan lembik.. selagi ada kuasa, xder… Read more »

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 3:20 pm

sama tapi tak serupa serupa tapi tak sama
selagi bn macam ni la

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 1:33 pm

Sdra SH,izin saya, GERAKAN ETD Najib. Najib is not Irreplaceable.Najib bukan kebal.Masa sudah amat dekat – Estimated Time of Departure Najib.Najib is not irreplaceable.He is Clueless.Since 2008 he liberalised and transformed,hari ini dia marah ,sebab dia sendiri lahir kan information democratisation. Last Mile connectivity. Not Competent.TDM, You are not alone.Rakyat tolak BN sebab ;UMNO sudah jauh menyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.Getah RM1.98 tak dapat beli… Read more »

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 2:28 pm
Reply to  Anonymous

Lain kali awak undi lagi keris karat.sendiri buat sendirilah tanggung.apa bising2.

ANTI BN-GST
ANTI BN-GST
19 April 2015 12:36 pm

Najib tak akan turun kerana… isterinya tak redha.
Keadaan yg bercelaru ini akan berterusan sehinggalah Najib mengetuai PRU-14, dan umno BN-GST kalah dlm PRU-14 nanti.

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 2:26 pm
Reply to  ANTI BN-GST

Kalu najib yang takut bini pun Mahadet tak boleh singkir, aku ingat lebih baik Tun balik kerala.

kluangman
kluangman
20 April 2015 12:07 am
Reply to  ANTI BN-GST

Anon 22:26… yang perlu menurunkan Najib secara berundur dengan baik dan hormat bukanlah Mahathir tetapi ahli umno dan rakyat yang cintakan negara.

Jika najib tidak berundur. Yang salah bukan Mahathir, yang kalah ialah umno dan yang menang bukan PAS, bukan PKR tetapi DAP.

Saadun Sulaiman
Saadun Sulaiman
19 April 2015 8:51 am

Unknown, Kamu pasti kah dia akan balik?
Perkhabaran yang aku terima bahawa "ISTANA" yang di bena di sana atas desakan Rosmah ada lah lebih besar dan mewah dari Sri Perdana. Semasa berlepas 5 kapal terbang yang di miliki melalui sewaan oleh Negara 1MALAYSIA turut mengringgi "PEMERGIAN" nya.
Di faham kan cargo bagi setiap kapalterbang ada lah buah buah manggis seberat 4 tan

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 2:30 pm

Aku harap, kapalterbangnya juga hilang macam MH370.Sekali dengan fat mama.

Unknown
Unknown
19 April 2015 6:17 am

Apabila Balik nanti Najib akan melaung kata kata "Lawan Tetap Lawan" untuk penyokong penyokong nya lebih giat mempertahankannya dari serangan "Orang Tua" ini.

Anonymous
Anonymous
19 April 2015 2:24 pm
Reply to  Unknown

Jangan la ciplak orang lain punya ayat.Kau ni kangkong macam najib juga.